Thursday, April 24, 2008

Gadjet…get jet…gejat…gudget ?

Seni lukis muncul sejak zaman purba apabila manusia melukis di atas dinding gua. Setiap satu lukisan tersebut menceritakan sesuatu. Secara tidak langsung ia mencerita keadaan, kehidupan dan bahasa pada zaman itu. Apa yang dilukis oleh mereka mungkin tidak disengajakan dan mungkin kita tidak akan faham, tetapi ia mula menarik perhatian dan peredaran masa menjadikan sumber tersebut salah satu catatan dan pencerita penting.

Peredaran masa menjanjikan pelbagai media baru seperti lukisan atas kertas, lukisan atas kulit, lukisan atas Kanvas, dan logam atas aluminium, apa pun bahan atau media yang digunakan ianya tetap sebuah lukisan tiada apa yang istimewa terhadapnya. Setiap bentuk mengandungi unsur tersendiri dan apabila ia mempunyai konsep dan cerita tersendiri maka lebih mendalamlah karya tersebut. Seperti meninggalkan satu kesan tamparan pada kita.

Kalau dikaji pada seni arca pula, ianya bermula pada ukiran-ukiran patung realistik manusia sehinggalah seniman muda yang bosan dengan statue-statue mula memikirkan bentuk yang lebih abstrak dan sukar difahami hanya boleh dilihat dari aspek teknikal dan formalistik. Hakikatnya adakah keintelektualan seorang seniman itu diukur dengan idea yang abstrak, pandai bercakap atau bentuk yang menarik atau kemahiran teknikal seorang seniman?

Kemunculan imej bergerak mempengaruhi manusia sehinggakan ia digunakan dalam semua aspek dalam kehidupan harian seperti pengiklanan, filem dan komunikasi. Kebijaksanaan manusia menghasilkan sesebuah karya yang unik dengan gaya tersendiri seakan karya agung tersebut seperti satu ciptaan terhebat.

Antara lukisan yang digantung pada dinding dan imej yang bergerak serta mengeluarkan suara, sudah tentu imej yang bergerak itu menarik perhatian ramai. Imej yang bergerak itu menceritakan karya. Jangan terkabur dengan filem ataupun filem eksperimental , seni video menpunyai ciri-ciri tersendiri,ia mungkin hanya imej yang bergerak tanpa suara, ataupun imej bergerak secara terhenti-henti (stop motion). Ia tidak semestinya mempunyai dialog dan bukan ditonton di khalayak ramai sebagai satu media hiburan

Adakah seni video hanya sekadar imej bergerak yang menarik perhatian atau sekadar karya mengikut peredaran zaman? Alatan moden yang canggih menjadikan seni video mudah dihasilkan, dengan hanya menggunakan telefon bimbit kita mampu menghasilkan sebuah karya. Dengan ini adakah lebih ramai yang akan berkarya?

Di zaman moden ini terlahir manusia yang pintar, jika dahulu buta huruf akan ketinggalan kini yang buta IT pula akan ketinggalan. Makin banyak video yang terdapat di internet dan ia mendapat sambutan yang menggalakkan. Antaranya adalah Youtube, Metacafe, Myspace dan Google Video.

Persoalannya di sini,senario yang berlaku di atas ini, apa yang boleh kita klasifikasikan?

Kalau di dalam seni muzik ada zaman dan ada nama untuk setiap senario yang berlaku,

jadi apakah nama atau tafsiran-tafsiran yang kita boleh persepsikan jika media baru ini mengambil ahli seni tampak?

Jom kita membuka buku seni tampak sekejap, sehingga ke hari ini persoalan tema, bahan, media, idea seolah-olah kalau kita menghadiri sebuah pameran di mana-mana tempat esklusif atau tidak ekslusif , kerajaan atau badan berkanun, intitusi yang gah ataupun yang baru nak gah. Bagai mengundang sebuah perasaan di waktu 70-an dan 80-an atau mungkin 90-an tetapi apabila kita keluar dari tempat-tempat itu atau terbuka beg duit ataupun terpandang jam di tangan yang ada kalander, baru kita sedar yang kita hidup di zaman 2007.

Peliknya di sini apabila media millennium, media alaf baru, atau media sezaman yang telah lama diterima, diguna pakai, diaplikasikan di dunia dan di Asia Tenggara khasnya negara-negara jiran menggunakan media yang bergerak ini sebagai pengutaraan seni tampak yang ampuh. Dan di Malaysia media atau imej yang bergerak ini dianggap komersial, digital, kurang pemahaman estetitaka yang melabelkan media atau seni tampak tersebut hanya sebagai gadget dan tidak dapat diterima sebagai element seni tampak

Lazimnya begitulah senario seni Malaysia, seorang seniman abstrak Ekspressionis tidak akan boleh menerima realistik.A rca yang berbentuk-bentuk tidak akan boleh menerima Installation. Adakah Installation dapat menerima bentuk-bentuk yang bergerak di dalam skrin tanpa menyusunnya menjadi Installation.

Saya merasa dipanggil untuk mengkaji tentang ini dan dapatan kajian tindakan saya mengupas tentang sesuatu yang agak simple iaitu gadget. Terlebih dahulu saya menjemput diskusi terbuka selepas ini di atas kajian tindakan saya.

Gadjet, get jet, gejat, atau gudget walau apa pun ejeaan atau sebutannya ia tetap benda yang sama walau bahasa dan sebutan itu juga adalah gadjet. Gadjet yang berguna atau berfungsi merupakan ciptaan manusia yang bijak pandai, bertujuan untuk memudah cara menyenangkan kehidupan. Kalau dahulu orang hendak tengok jam kena tengok bintang di langit. Kini masa tersemat di tangan tetapi kita masih jalan berundur.

Jadi gadjet ia adalah permudah cara penyenang kehidupan. Bayangkan sebuah kampung yang kaya dengan adat resam dan masih menggunakan pelita api yang tidak boleh menerima kuasa elektrik atau satu fobia terhadap tenaga elektrik sebagaimana takutnya bangsa Malaysia terhadap sekolah inggeris sebelum merdeka dahulu dengan mempunyai satu kognitif yang mengatakan “Nanti anak jadi orang putih jika masuk sekolah inggeris”. Rupa-rupanya ramai bangsa Malaysia yang ingin sangat menjadi orang putih pada zaman ini sedangkan mereka berlatarbelakang Sekolah Kebangsaan. Atau cuba bagaikan jika kita masih menggunakan sampan untuk berjalan.

Seni Tampak menjanjikan pelbagai kemungkinan pada setiap zaman. Munculnya pelbagai media dengan ciptaan manusia dan dengan satu pemikiran yang progress. Asasnya untuk melukis kita memerlukan pensil (basic tool), bagaimana terhasil lukisan jika tidak menggunakan pensil? Bukankah pensil itu pun merupakan sebuah tool. Ada bermacam-macam jenis pensil, dan bermacam-macam jenis kesan yang ditimbulkan oleh bermacam-macam jenis pensil. Jadi bukankah kesan-kesan yang dihasilkan oleh bermacam-macam pensil itu adalah gadjet?

Dengan menggunakan welding set antaranya Arka, M.I.G dan T.I.G kita dapat menghasilkan pelbagai jenis logam dengan bermacam-macam jenis kesan yang kita panggil sebagai estetika. Jika dahulu tukang-tukang besi hanya memecit besi untuk menyambungnya. Dan cuba bayangkan jika kita menghasilkan arca logam dengan tidak menggunakan welding set, tidak kah kesan-kesan khas yang dihasilkan oleh welding set itu merupakan gadjet?

Ketika Albert Einstein menyatakan adanya tenaga di ruang-ruang atmosfera dia diketawakan. Khalayak tidak dapat menerima pemikiran Avant-Garde dari kajian Albert Einstein tetapi kini kita menggunakan tenaga itu untuk telifon bimbit dan frekuensi radio dan televisyen dan macam-macam lagi.

Melalui pemerhatian rawak saya dan betulkan jika saya silap. Berani untuk saya menyatakan bahawa seni tampak yang berbentuk pergerakaan iaitu movie, motion atau video belum dapat diterima dalam senario seni tampak Malaysia. Mungkin saya tersilap disini, tetapi jika dilihat pada Pameran Bakat Muda Sezaman 2006 Cuma ada satu sahaja yang mengerakkan imej atau dilihat awal millennium sehingga sekarang cuma USM sahaja yang bersungguh-sungguh memperjuangkan atau memperkenalkan media yang lama tetapi baru di Malaysia. Dengan mencetuskan MTV Melayu dan Art Talks yang mengenangkan Seni Video.

Bayangkan katak yang melompat dan berbunyi “ong!ong!gedek!gedek!” dari Malaysia mendapat sambutan luar. Tetapi di Malaysia katak itu melompat lemah dan hanya mampu berbunyi untuk memanggil hujan. Kalau begitu terhasil sebuah pemikiran Professor Katak.

Bukanlah jadi satu kesalahan untuk kita menghasilkan karya dengan berbagai-bagai bentuk dan media malah kita rasa diperkaya dengan hasil seni yang cukup bermutu tinggi. Apa yang patut dihasilkan di sini ialah sebuah jalinan, idea, pemikiran, idealogi dan falsafah yang saling menghormati antara satu sama yang lain. Kerana kita tidak tahu dan tidak hidup pada zaman batu kerana mungkin manusia zaman batu awal bercakap dengan orang zaman logam " ah memanglah senang dapat lembu ni ko pakai gadjet"

permulaan...

sering kali ia berlalu..
meninggalkan aku...
ke mana pergi semua perasaan lalu?
aku masih tidak faham....