Thursday, May 15, 2008

Kotak Berkaki Empat

"The plane,the plane!”….kotak berkaki empat itu mengeluarkan kata-kata dalamannya. Kotak ini wujud sebelum aku lahir lagi kata emak aku.

Aku selalu berhadapan dengan kotak ini dan terpegun dengan imej-imej hitam-putih yang dikeluarkanya. Kotak itu berjaya buat aku menangis, gelak dan diam.

Sehinggalah suatu hari satu karektor yang aneh muncul,karektor itu terbang dan mampu memikul kapal terbang. Aku sangat kagum sehingga aku mengikat tuala di leher aku dan terbang bersama inspirasi yang aku dapat dari kotak berkaki empat itu.

Satu hari apabila aku menemani emak ke pasar malam, mata aku melilau mencari baju karektor tersebut. Dan akhirnya aku jumpa, warna merah dan biru.Ia itulah warna karektor itu yang aku nampak di poster. Aku menangis teresak-esak meminta emak untuk membelikan aku baju tersebut.

Untuk mendiamkan aku dan oleh kerana aku seorang sahaja anak lelaki maka emak belikan baju itu. “Tak kan la dia nak pakai baju kamu bertiga” kata emak kepada kakak-kakak aku.

Aku sangat kagum dengan karektor itu, dan harapan aku agar satu hari nanti aku dapat menjadi seperti karektor itu. Aku hendak melindungi oleh tersayang iaitu emak aku.

Tetapi setelah 20 tahun, aku mendapati bahawa karektor tersebut merupakan simbol kebanggaan kaum yahudi. Tersentap aku apabila ketahui kebenaran ini.

Dan aku mula berasa sangat sedih apabila aku melihat kanak-kanak memakai baju karektor itu. Dan terus mempromosikan simbol tersebut.

Sedih,sedih!

Monday, May 5, 2008

Keaslian

Seorang pengembala kambing sibuk bertanya dengan orang kampung “Mana anak kambing aku?” Seharian dia berjalan mencari anak kambingnya.

Lalu dia berhenti di sebuah telaga untuk minum air. Kelihatan kambing di bahunya.

“La,rupa-rupanya aku dok pimpin anak kambing aku pusing kampung selama ni”

Cerita ini mak selalu cerita apabila barang yang hilang tidak dijumpa dan selang berapa hari terjumpa barang yang dicari. Cerita ini mungkin kelakar dan biasa didengari.

Ketika aku sibuk berdiskusi dengan diri sendiri.ketika aku mencari mana hilang diri aku ini? Mana pergi segala inspirasi yang aku ada? Alangkah bagus jika aku dapat jumpa di telaga. Mungkin aku pening dengan idealogi aku sendiri,mungkin aku taksub dengan segala imaginasi aku dan mungkin aku terlena dengan imejan yang hanya aku sahaja yang nampak.

Siapa aku? Apa aku? Kenapa aku?

Asal usul aku dengan apa aku sekarang jauh. Macam rojak dengan kuah kari.
Memang sedap. Tapi apa sebenanya isi-isi asli dalam rojak ?

Aku bersyukur kerana dapat bernafas sehingga hari ini dengan udara yang percuma. Tambahan dengan pelbagai agenda-agenda dan cerita-cerita baru dalam hidup aku.

Dapat berkenalan dengan seorang seniman yang jumpa dirinya di bawah tiang elektrik. Pernah dia tanya aku “ko dah cakap dengan kambing,ayam,lembu?”. Pesan dia lagi “ko kenal gaul dengan semua orang,dengar cerita orang”

“Kenapa dia suruh aku cakap dengan kambing” aku pening terus pening dengan idealogi aku. Betulah haiwan pun boleh bercakap,zaman dulu memang manusia bercakap dengan haiwan. Kenapa sekarang tidak boleh?

Aduh!pening….

Aku terpesona melihat semua idola yang menjadi sumber inspirasi aku berjaya dengan pantas. Melihat mereka sibuk dengan karya agung masing-masing.Menuju jalan masing-masing. “Yang menariknya apabila penceramah itu berhujah,hujahannya tidak mengantuk tapi dia ajak engkau dengar cerita dia.” Kata kawan aku.

Menarik,sayang aku tidak diberi peluang untuk mendengar ceramah itu.

Adakah aku ini dilahirkan untuk lari jauh dari asal-usul atau dilahirkan untuk mencari asal-usul aku ,Yang pasti aku tidak jauh tersasar dari landasan kehidupan. Kawan-kawan seperjuangan aku ada yang dah kahwin, ada yang dah ada kereta sport, ada yang dah jadi pengerusi. Hebat-hebat belaka.

Yang aku ni pekerja kontrak biasa sahaja, bila-bila masa boleh diberhentikan kerja.Harap-harap itulah yang mereka cari dalam hidup dan aku doakan mereka bahagia.

Ketika dilahirkan semula banyak perkara baru yang aku dapat. Betapa halusnya penggunaan air, sehingga apabila basah rambut ada yang ingat aku berenang dalam sinki. Kelakar,kelakar!

Asal usul,aku masih pening dengan asal usul. Bayangkan bagaimana Jepun mampu menghasilkan karya yang begitu asli sehingga mempunyai trade mark dan kita mampu mengenali yang karya tersebut adalah karya Jepun.

Ultraman walaupun bangunan yang dirobohkan semuanya adalah kotak tapi kita tahu bahawa ia adalah hasil ciptaan Jepun. Bezanya dengan Superman, Batman, Spider-man bukan di nama tetapi originalitinya.

Superman, Batman, Spider-man superhero Amerika yang sangat berjaya. Bukan sahaja filem dan kartun tetapi merchandise juga dijual dengan harga yang sangat tinggi.

Dan aku masih tidak berjaya jumpa orgin aku walaupun kulit aku gelap. Nama aku tiada a/l jadi apakah aku ini? Indian?Ya,tetapi aku tidak boleh bertutur bahasa Tamil dengan fasih. Malahan aku fasih berbahasa Cina. Pelik bukan?

Alangkah bagus jika aku dapat jumpa apa yang aku cari macam pengembala kambing itu.