Friday, June 20, 2008

Perjuangan

Ketika kita dikuti awan dan hujan yang hanya turun di atas kepala kita sahaja. Barangkali mungkin ketika itu kita sedar yang kita sedang diuji.

Sedar atau tidak kawan-kawan yang masuk poli tinggal satu semester sahaja.Ayeep dah nak grad.Apa yang aku capai.Allah sudah tetapkan macam-macam benda untuk aku.

Aku berpeluang berjumpa,bersembang dan mendengar cerita dan kisah manusia yang mencari sesuatu.Cuma yang membezakan aku dengan mereka adalah mereka yakin dengan apa yang mereka jumpa. Mereka tidak riak dengan harta malah ada antara mereka yang tidak mempunyai kerja tetap.

Mereka ni terus berkarya,untuk apa?"saja,aku dah selalu menyanyi,melukis dan jadi rutin".

Hippies dengan perjuangan mereka...barangkali setelah lama bumi berputar samaada mengikut paksi atau tidak,tak pernah dihiraukan..dan kitaran itu membawa kita ke zaman itu semula. Zaman manusia meperjuangan,memberontak tentang hak...

Aku seronok melihat kesemua icon dan nama besar ini mengangkat tanggan dan memanggil aku minum bersama. The Pro and Cons..the negatif and positif...apa yang kita cari sebenarnya?

Atau segala ajaran barat telah sebati sehingga kita lupa warna bulu dan warna kulit kita. Kalau semua sibuk memperjuangkan bangsa..dan tolak bab agama kepada ulamak selesaikah tanggungjawab kita?

Aku berdiri di satu sudut dan memerhati semua ini terjadi...ada yang sibuk mengumpul harta,ada yang sibuk mengemis, ada yang sibuk mengipas, ada yang sibuk berkarya dan karyanya hanya golongan itu sahaja yang tahu,barangkali yang hendak ambil tahu. Macam syok sendiri...

Nilla komersial, nilai seni.."oh,ko tak faham ni. Ni seni halus...ko ada degree seni halus baru boleh faham!". "Yang macam ni boleh jual ah,cepat naik senang dapat nama!"...
Apa yang kita sibuk perjuangkan ni?

Thursday, June 12, 2008

Pemimpin

Akhir zaman ramai pemimpin-pemimpin sesat yang akan dinaikan dan mereka inilah yang akan memimpin dunia. Jadi sama ada harga minyak melambung naik atau apa saja perkara yang akan terjadi pasti akan membuat kita sebagai penghuni bumi memberontak tentang hak kita.

Adakah itu perkara yang paling wajar untuk dibuat sedangkan ramai “man behind the curtain ” senyum melihat manusia-manusia lalai ini. Adakah kita terlupa dengan kaum yang tidak habis-habis menindas pemimpinnya dan sering kali berjaya menyesatkan umat manusia.

Barangkali manusia yang memilih untuk tidak berfikir dan asyik dengan segala kejadian yang menggaburi mata. berhibur dan terus terhibur dengan hiburan, tidak tau la samada penghibur itu terhibur atau tidak tetapi yang menonton pasti memenuhi segala pesta.

Pasti ada antara kita yang mempersoalkan kejadian dunia yang sememangnya dicipta untuk Manusia. ALLAH mencipta bumi untuk khalifahnya bukan untuk malaikat.

Adakah kita makin hampir atau jauh tersasar dari landasan kehidupan? Realiti atau fantasi?Ililusi atau nyata.

Bau…

Nanah yang dikeluarkan dari perut KL makin busuk lebih busuk dari bangkai, cecairnya mengalir dengan begitu pekat. Kadang aku ditelan dalam mulutnya yang busuk seperti bau kentut yang hangat.

Tetapi masih ada penghuni KL yang begitu gemar dan terhibur dengan bunyi ekzos dan honk,mereka menari sambil menepuk tangan. Hip hip Hooray! Sampaikan tarian itu digelar "Drift". Selepas ke kaca TV kini akan di pentaskan di teater bertaraf Dunia.

Makin ramailah melayu yang tidak mengaku melayu akan hadir dengan dress dan rambut perang tetapi bulu ketiak hitam.

Aku mencari dimanakah bau india aku? Daun kari?Tosai?atau kemanyan?Aku tidak kenal siapa itu Sri Rama,Kali kali atau Sai Baba.Tetapi terdapat beberapa patung yang sentiasa memerhati aku. Kenapa? adakah ia akan melindungi aku?

Siapa yang berjumpa aku buat kali pertama kali pasti terpedaya dengan warna kulit aku.Tetapi apabila aku bertutur dengan Ah Moi yang seksi dengan bahasanya adakah aku berjaya mengelirukan orang sekeliling atau aku menjadi seorang Malaysian yang tulen?

Haak Yahn Nga Gou” (Ubat Gigi Orang Hitam) atau Darlie, “Haak Kuei” (Hantu Hitam) ini antara gelaran aku ketika sekolah. Aku akan marah kerana kulit aku bukan berwarna hitam,kulit aku jauh beza dengan warna rambut aku yang hitam pekat.

Selalunya apabila pulang ke rumah aku akan mencari Emak. Masa kecil aku selalu tanya “mak masak apa?’. Tetapi kini aku lebih suka menyorok dalam bilik melayang dengan mimpi-mimpi yang tidak menjanjikan apa-apa. Tanpa menghiraukan lauk apa yang ada di dapur.

Aku mencari dimanakah hilang diri aku yang suatu ketika itu rajin bertanya soalan yang sama berulang kali. Dan dengan dua perkataan ini sahaja aku belajar memahami pelbagai benda…. “Kenapa mak?”. Dan aku akan rajin mendengar penjelasan mak aku.

Ketika itu mak seorang sahaja guru aku.Tetapi kini makin ramai guru aku makin aku mengabaikan mak…..

Mungkin kerana aku sibuk mengejar arnab putih dan menjelajah bersamanya ke dimensi-dimensi yang tersembunyi.