Thursday, August 28, 2008

Tali,tali,tali

Apa yang harus dikeluarkan,
perlu dikeluarkan,
hendak dikeluarkan?
Ku kumpul semula segala memori silam,
ku cari semua karektor-karektor lama dalam hidupku,

tali beirama mengikuti aku sejak azali,
tali perut, tali getah, tali gitar dan tali silaturahim.
ada sesuatu disebalik tali,
yang akan aku ungkap,
akan ku keluarkan…

jalan yang menanti aku..


Wednesday, August 27, 2008

1,2,3,4

Masa aku kecil kakak-kakak aku semua sekolah pagi jadi tinggalah aku seorang di rumah. Awal pagi mak akan pergi membasuh di tiga rumah cina. Mesin basuh mahal ketika itu jenama paling top masa ni Singer Menawan Keluarga Bahagia.

Abang John jiran sebelah rumah menegur aku, katanya “kemas rumah, sapu dan basuh pinggan mangkuk”. Aku enggan aku menjawap “itu kerja perempuan lah bang”. Dia menegur aku agar aku dapat mengurangkan beban mak.

Kadang aku ikut mak dan melihat dia membasuh sehingga jari-jemarinya kecut. Bayangkan betapa lama jarinya basah,dengan duit itulah mak membesarkan kami berempat. Ikutkan kami tidaklah begitu susah sehingga kena makan ubi,hidup kami sederhana. Dan aku mula mengemas rumah agar mak dapat berehat. Jadi kami adik-beradik memang pandai jaga diri dan jarang minta duit. Aku tidak pernah dapat alat permainan yang mahal semuanya dari keropok 20 sen yang dijual oleh mamak roti. Kadang ada komik dan Toy. ada yang seakan Transformer dan ada juga komik Captain America.

Aku membalut kotak Darlie dan mewarnanya serupa dengan Truck Optimas Prime lalu sambung dengan kereta. Itulah Optimus Prime aku yang tidak dapat transform. Muzik Rock sering kedengaran lagu-lagu kumpulan Search, Wings, Gersang, Lefthanded sering kedengaran di mana-mana sahaja. Ciptaan aku seterusnya adalah sebuah gitar buatan sendiri dengan kayu yang lebih kurang bentuk gitar,aku letak paku pada kedua hujungnya lalu diikat dengan getah.

Setiap kali solo lagu Isabella aku akan keluarkan gitar itu dan naik ke atas meja lalu strum bagaikan aku yang menghasilkan solo itu. Aku tidak pedulikan teguran emak dan kakak-kakak aku sehinggakan setiap kali solo itu berkumandang mereka akan panggil aku. Aku selalu menghabiskan masa dengan Abang John dan rakan-rakannya yang berambut panjang, seluar koyak tapi kerja kilang malam lepak main gitar. Mereka sering menegur aku agar belajar rajin-rajin jangan jadi seperti mereka yang hanya belajar sampai SRP.

Masa aku sekolah menengah aku makan roti tiap-tiap hari untuk kumpul duit sebanyak seratus ringgit kerana hendak membeli kasut berharga 99 ringgit. Hampir dua bulan aku makan roti dengan Peanut Butter akhirnya aku berjaya beli kasut dan baki pulangan hanya seringgit,tambang bas pun tak cukup. Kakak sulung yang belanja makan dan bayarkan tambang balik.

Masa belajar aku berkawan dengan pensyarah aku,itu pun beza umur kami hanya setahun. Kami sering berborak tentang isu-isu serius sehingga berjalan pun aku terfikirkan isu-isu bualan kami. Sekarang aku bekerja dan sering bergaul dengan makcik-macik dan pakcik-pakcik yang sentiasa risau tentang anak mereka, risaukan duit belanja. Jarang pula aku dengar yang anak mereka simpan duit beli kasut.

Kini mak tidak lagi membasuh kain, kami semua dah besar dan tidak minta duit darinya. Pernah sekali mak terdengar lagu Isabella dalam bilik aku dia menegur “Ko, ada lagu ni?’’ Pasti mak teringat karekter aku sewaktu kecil dahulu.

Beberapa hari yang lepas aku terasa sangat sedih, kakak kedua aku masuk hospital demam denggi. Wajah mak berubah pucat jarang melihat dia begitu. Nasib baik dia dibenarkan keluar hospital ahad lepas. Tetapi aku masih sedih dan aku terus pening kerana banyak benda yang telah dibuang dari hasil penemuan dan pemahaman aku. Aku menjadi takut untuk keluarkan karya baru. Dan rama-rama yang berterbangan terus mengipas-ngipas sayapnya agar aku terpegun dengn kecantikanya agar aku lena dengan mimpi-mimpi aku. Aku tidak tahu apa yang akan aku keluarkan….

Monday, August 25, 2008


Kenyatan Tender

Kugiran insan-insan istimewa

Berkongsi alam

Kaki dua berdiri, kaki lapan berlari

Teddy atau Anjing Laut?

Disebalik kelayuan

Insan

Manusia dicipta dari setitis air benih (air mani), pada tempat penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa ketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya (keadaannya yang asal serta ditiupkan roh padanya). Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik baik Pencipta.

Langit, bumi, alam, haiwan dan manusia dicipta oleh pencipta yang sama, dan setiap satu ciptaanya pasti ada sebab kenapa ia dicipta begitu. Setiap persoalan pasti ada jawapannya yang kukuh dan masuk akal.

Haiwan dicipta agar manusia tidak mengikut jejak haiwan yang buas dan liar, yang degil hendak makan cili walau ditegur dan yang pintar melompat diatas badan buaya semata-mata untuk melintas sungai. Alam yang indah yang terus menjadi saksi tempat kita sujud atau saksi tempat kita melangkah ke jalan maksiat.

Dan insan istimewa untuk manusia sedar yang dia dicipta sebagai seorang khalifah yang diberi akal fikiran. Jadi segala pilihan haruslah dibuat berdasarkan akal fikiran. Akal fikiran yang logik atau yang mengikut nafsu? Kenapa bunyi bingit gagak seperti mentertawakan kita, anjing yang menyalak menghalau kita, dan ayam yang berkokok menyuruh kita bangkit agar kita tidak menyelimutkan kulit babi?

Kita berkongsi alam ini bersama haiwan dan makhluk halus yang hanya dapat dilihat mata halus. Tetapi kita semacam tidak faham atau tidak endah dengan segala kejadian yang telah tertulis. Seolah-olah kita sudah cukup bersyukur kerana tidak perlu bayar untuk menghirup udara dan tidak perlu bayar untuk melihat.

Orkestra Simfoni Remaja mengadakan lawatan ke Taman Sinar Harapan. Kelihatan mereka terhibur dengan muzik bagaikan Peran yang sentiasa senyum tetapi menangis didalam. Bagaimanakah perasaan menjadi mereka? Ada seorang budak yang begitu Hyper Active sehingga kedua kaki dan kedua tanganya terpaksa dikat, namun dia tetap menghayun kepalanya seperti terkena kejutan elektrik kemudian berhenti. Mungkin selepas penat. Sungguh psycho, satu karektor study yang cukup unik, sungguh mengagumkan.

Jadi apabila kita sedar atau sekadar melakonkan watak yang prihatin untuk dipuji dek orang dengan papan tanda yang mengatakan kita menyumbang kepada insan seperti ini. Terlintas apa sebenarnya yang mereka perlukan? Hiburan? Kasih Sayang ? atau Doa? Dari seorang insan yang sangat lemah dan diketogorikan sebagai insan yang terkenal dengan sikap merajuk aku tersentak dari buaian mimpi lena aku.

Semoga aku bangkit disebalik kelayuan…..

Friday, August 22, 2008

Icon Feminism

1995 ketika ini muzik post grunge berada di tahap kemuncaknya band-band seperti Foo Fighters, Silverchair dan seangkatan dengannya lahir selepas Nirvana berpecah, Maverick Records menerbitkan album Jagged Little Pill yang mengandungi lagu-lagu hit seperti All I Really Want, Hand In My Pocket, Right Through You, Head over Feet dan Forgiven. Album ini menampilkan ramai pemain hebat seperti Flea dari Red Hot Chili Peppers, Dave Navarro dan Taylor Hawkins yang kini merupakan drummer Foo Fighters.

Alanis Morissette menjadi imej baru remaja dengan gaya t-shirt labuh dan rambut panjang menjadi trend kepada remaja. Seperti biasa dia menjadi icon feminism. Lirik seperti I'm broke but I'm happy, I'm poor but I'm kind berjaya memukau dan menjadi idom atau falsafah hidup gadis muda. Dan kakak ketiga aku menjadi salah seorang remaja yang mengikuti trend tersebut. Ketika itu aku sering melayang bersama album sulung Foo Fighters walaupun Dave Grohl sering mengatakan bahawa album ini hanya sekadar album Demo. Untuk menjaga kaset agar tidak menjadi tapeworm maka aku pun memasang kaset Jagged Little Pill. Memang liriknya sangat jujur dan ini merupakan album studio pertamanya.Dan ini antara liriknya.

Forgiven

You know how us Catholic girls can be,
We make up for so much time a little too late,
I never forgot it, confusing as it was,
No fun with no guilt feelings,
The sinners, the saviors, the lover less priests,
I'll see you next Sunday
I sang Alleluia in the choir

I confessed my darkest deeds to an envious man
My brothers they never went blind for what they did
But I may as well have
In the name of the Father, the Skeptic and the Son
I had one more stupid question

We all had delusions in our head
We all had our minds made up for us
We had to believe in something
So we did….

Ini antara perkara yang wajib aku buat setiap ahad sewaktu aku kecil bersama kakak-kakak aku, jadi lagu ini sangat mudah difahami. Alanis hanya menceritkan secebis memorinya dia seolah menujukkan perasaan kecewanya terhadap apa yang pernah berlaku. Semacam kecewa sebagai seorang katolik.

Selepas pulang bercuti dari Indian Alanis Morissette menulis lagu seperti Thank You, dan Baba bagaikan dia menjumpai sesuatu yang amat berharga sepanjang pecutiannya. Album Supposed Former Infatuation Junkie diterbitkan pada tahun 1998. Dalam masa 3 tahun dia melalui satu proses pencarian. Dan ini antara lirik lagunya.

Baba

I've seen them kneel
with baited breath for their rituals
I've watched this experience raise
them to pseudo higher levels
I've watched them leave their families
in pursuit of your nirvana
I've seen them coming to line up
from Switzerland and America

How long will this take, Baba?
How long have we been sleeping?
Do you see me hanging onto every word you say?
How soon will I be holy?
How much will this cost, guru?
How much longer till you completely absolve me?

I''ve seen them give their drugs up
in place of makeshift altars
I've heard them chanting
kali kali frantically
I've heard them rotely repeat your
teachings with elitism
I've seen them boasting robes and
foreign sandalwood beads
I've seen men overlooking god in
their own essence
I've seen their upward glances
in hopes of instant salvation
I've seen their righteousness
mixed without loving compassion
I've watched you smile
as the students bow to kiss your feet

give me strength all knowing one
how long 'til enlightenment?
How much longer 'til you
completely absolve me?

--Chanting--

Adakah Alanis Morissette sekadar mengucapkan terima kasih atau dia sedang berdakwah? I've seen them coming to line up,from Switzerland and America. Siapa yang beratur dari Switzerland hingga America? I''ve seen them give their drugs up ,in place of makeshift altars.Siapa pula yang sanggup meninggalkan dadah untuk memuja Baba? Siapa Baba?Apa yang Alanis Morissette jumpa?Adakah dia sekadar mempromosikan imej rambut panjang berbaju labuh atau dia mempunyai hidden agenda?


Thursday, August 21, 2008

Petikan dari episode Lost 210 What Kate Did?

EKO: Hello. I have something I think you should see. If you don't mind, I will begin at the beginning. Long before Christ the king of Judah was a man named Josiah.

EKO: At that time the temple where the people worshiped was in ruin. And so the people worshiped idols, false gods. And so the kingdom was in disarray. Josiah, since he was a good king, sent his secretary to the treasury and said: "We must rebuild the temple. Give all of the gold to the workers so that this will be done." But when the secretary returned, he had no gold. And when Josiah asked why this was the secretary replied, "We found a book." Do you know this story?

EKO: What the secretary had found was an ancient book -- the Book of Law. You may know it as the Old Testament. And it was with that ancient book, not with the gold, that Josiah rebuilt the temple. On the other side of the island we found a place much like this, and in this place we found a book. [Eko unwraps the book and pushes it toward Locke] I believe what's inside there will be of great value to you.

Pada penghujung episode ini Mr Eko memberi sebuah buku dan mencerita kisah Raja Yosia King Josiah. Kenapa? Dan ini cerita sepenuhnya.

Allah Berbicara Melalui Yosia

Seorang raja muda yang memerintah di Yehuda. Umurnya baru 8 tahun. Namanya Yosia. Apa yang terjadi sehingga baru berumur 8 tahun ia sudah menjadi raja? Ayahnya, yang adalah raja, dibunuh musuh. Sebab itu anak raja yang dibunuh itu dijadikan raja, biarpun umurnya baru 8 tahun. Bagaimana caranya ia memerintah? Membaca dan menulis saja belum tentu lancar. Itu tidak mengapa, sebab ada banyak orang pandai yang membantunya dan menasihatinya. Dengan cara itu Yosia banyak belajar.

Tentu tidak mudah pekerjaan itu. Apa lagi ketika ayahnya masih hidup dan menjadi raja, negara itu sudah menjadi berantakan. Bangsa Yehuda tidak merdeka penuh. Mereka dikuasai bangsa Asyur. Jadi raja Yosia pun masih ada di bawah kuasa Asyur. Tetapi itu tidak seberapa. Yang paling parah adalah bangsa Yehuda sudah menjauhkan diri dari Allah. Sebabnya adalah kerana ayah Yosia, Raja Amon, dan kakak Yosia, Raja Manase, memberi contoh untuk menyembah berhala, patung- patung, dan berbuat hal-hal yang kurang baik.

Raja Yosia sangat sedih melihat keadaan itu. Untunglah ada orang pandai dan bijaksana yang segera menjelaskan kepada Yosia betapa sedihnya Allah melihat umat-Nya yang tidak setia pada-Nya.

Pada umur 18 tahun Raja Yosia memperhatikan Bait Allah di kota Yerusalem yang sudah tidak terpelihara. Sudah banyak bahagian yang rosak dan perlu diperbaiki. Tapi tidak ada wang untuk itu. Jadi raja menyuruh orang meletakkan peti sumbangan pembangunan Bait Allah. Banyak juga orang memberi sumbangan. Waktu tiba untuk membuka peti sumbangan itu, maka banyaknya wang. Raja pun memberi sumbangan juga.

Segera dikumpulkan tukang-tukang bangunan, tukang batu, tukang kayu, semuanya dikumpulkan. Segera juga dibeli batu bata, kayu, lalu orang-orang mulai bekerja. Semuanya sibuk. Bagian-bagian di Bait Allah yang sudah lama tidak dibuka, dibuka dan dibersihkan. Apa yang masih bisa dipakai ditahan, tetapi yang tidak ada gunanya dibuang.

Imam besar Hilkia yang bertugas di Bait Allah sibuk, tapi dia gembira, sebab jika selesai semuanya, maka Bait Allah akan dipakai lagi seperti dulu. Wah, dibuka lagi satu ruangan. Dalamnya banyak gulungan Kitab Suci. Imam Hilkia membaca satu demi satu. Banyak yang sudah rosak dan susah baca.

Ada satu gulungan yang besar. Imam Hilkia membukanya. Wah tulisan apa ini? Dibersihkan, dibaca, dibaca, dan dibaca lagi. Ternyata inilah tulisan bahagian hukum Torat Musa yang sudah lama tidak dipakai. Di dalamnya tertulis tidak hanya hukum Torat, tetapi juga janji-janji Allah. Imam Hilkia takut. Hukum yang ini belum ia kenal. Wah tulisan itu sudah begitu lama dilupakan, untung sekarang ditemukan kembali.

Segera Imam Hilkia ke istana dan memberitahukan kepada menteri dan orang-orang pandai apa yang ia temukan, "Aku telah menemukan buku hukum Torat yang tua. Laporkan segera kepada raja kita, Raja Yosia. Siapa tahu betapa banyak hukum yang tidak kita lakukan kerana kita tidak tahu adanya hukum itu," kata Imam Hilkia.

Raja sangat hairan. Segera ia perintahkan untuk dibaca dan ia mendengarkan dengan sangat baik dan tekun. Belum habis semuanya dibaca, Raja Yosia berdiri lalu merobek bajunya tanda sedih. Dikumpulkannya semua orang pandai dan imam-imam dan kepada mereka dikatakan, "Berdoalah kepada Allah, mintalah Allah mengampuni kita kerana kita tidak tahu adanya peraturan itu."

Betapa besar dosa bangsa itu. Apakah Allah akan menghukum mereka? Ternyata bangsa itu masih dikasihi Allah, dan kerana Yosia benar-benar menyesali kejadian itu, maka ia tidak dihukum. Bangsanya juga tidak dihukum selama Yosia hidup. Dan sejak itu Raja Yosia mengajar bangsanya untuk setia dan tekun membaca dan mempelajari Firman Allah. Tuhan juga menghendaki kita tekun membaca Alkitab. Firman Tuhan untuk mengetahui apa yang Tuhan kehendaki kita lakukan.

Monday, August 18, 2008

Wonder Boy

Dulu mak aku selalu tanya “dah besar nak jadi apa?” Jawapan aku pasti ‘Superman”. Bila ke sekolah cita-cita aku mula berubah pernah terlintas untuk menjadi seorang Pemain Bola Keranjang Professional.

Namun aku pasti terpengaruh dengan setiap Superhero yang muncul dalam hidup aku. Lion O, Optimus Prime, Suria Perkasa Hitam, Superman, Spider-man, Batman, Darth Vader, Wolverine dan sehinggalah aku kenal Kurt Cobain.

Aku pernah membuat gitar sendiri dengan getah dan kayu. Gitar itu hanya sekadar mengeluarkan bunyi tarikan getah dan aku hanya main gitar angin.Bila aku kenal gitar kapok ,aku mula memahami naluri tali yang mengelurkan isi hati dalaman aku. Kurt ibarat hero yang dinanti-nantikan, lyriknya sangat jujur. Dan setelah mengenalinya dan mengetahui latar belakangnya aku pasti yang dia cuba mencerita kisah hidupnya. Aku sangat terpikat dengan susunan musiknya yang simple dan lyrik yang dalam maksudnya.

Namun aku kembali melayan cerita melankolik Peter Parker dimana aku juga sering melalui situasi yang sama dan mengidamkan seorang kekasih seperti Mary Jane Watson. Kawan wanita aku pernah menegur aku katanya “It’ all fantasy, the creator made it up”. Aku enggan menerima kata-katanya kerana bagi aku seorang yang berkarya secara lansung atau tidak langsung akan menceritakan tentang dirinya sendiri. Kejujuran dalam karya.

Aku terus melangkah sehingga aku difahamkan tentang banyak perkara dan apabila aku mendapat Reality Narratif di mana aku difahamkan tentang segala agenda disebalik terciptanya segala karektor-karektor yang pernah aku sanjung dari kecil. Aku tidak kecewa tetapi aku sedih kerana sepanjang perjalanan hidup aku, aku tidak pernah ditegur atau difahamkan tentang segala agenda yahudi.

Apabila Al-Masihi Palsu memerintah dunia, dia akan menghidupkan semua ahli kubur, pasti kita terpedaya lalu menjadi pengikutnya. Dan apabila semua Superhero ini ditiupkan roh adakah mereka akan berdiri untuk menyelamatkan kita atau mereka akan membantu Al-Masihi Palsu.

Kesemua cita-cita aku sewaktu kecil masih segar dalam ingatan aku, dan aku menggunakan peluang ini untuk menyusun strategi dan aku bersyukur aku diberi peluang untuk memahami segala agenda yang telah dirancang dan mereka hanya tunggu kedatangan Penyelamat mereka.

Penyelamat dan 70 ribu orang-orang Yahudi dari Asbahan akan berkumpul menentang umat islam. Dan apa perana kita sebagai umat islam? Adakah kita ini dilahirkan hanya sekadar bercita-cita dan berangan-angan dan tidak mengambil tindakan terhadap cita-cita kita? Tidak salah jika kita kerja dan bertanggungjawab membesarkan generasi akan datang.. Adakah kita hanya bergantung kepada tempat disujud menjadi saksi atas amalan kita.

Aku tidak memilih langkah itu dan cita-cita aku tidak berubah, aku masih bercita-cita untuk menjadi Superhero yang akan melindungi mak aku tanpa diketahuinya. Dan tanpa disedari aku sudah pun mula menjadi Superhero walaupun aku boleh menjadi terkenal, dan bukan tujuan aku untuk menjadi terkenal.

Aku difahamkan atas tujuan aku dilahirkan, bukan untuk mengejar wanita idaman dan bukan untuk memandu kereta mewah tetapi aku dilahirkan untuk bercerita. Bercerita tentang Kejadian aku.

Dan aku menanti kedatang Hero yang dinanti-nantikan untuk memusnahkan segala salib di muka bumi.

Sebagai umat islam marilah kita membaca Al-Qur’an dan menghafalkannya. Khususnya surat Al-Kahfi. Rasulullah saw. bersabda, “Siapa yang hafal 10 ayat pertama surat al-Kahfi, maka dia selamat dari Dajjaal” (HR Muslim).


"Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari azab Jahannam, dari azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari buruknya fitnah al-Masih ad-Dajjaal.’” (HR Muslim)

Monday, August 11, 2008

Memori

Selepas menjadi seorang graduan aku tidak berhenti berehat aku terus menyibukan diri bercucuk tanam di tanah depan rumah aku, walaupun dipenuhi jalan tar dan kereta-kereta penghuni pangsapuri dan cuma ada beberapa tempat yang boleh aku tanam. Namun setiap pagi ketika menyiram benih aku sering ditegur oleh makcik-makcik yang menjemur kain. Kata mereka buah yang aku pilih tidak sesuai dengan tanah.Mungkin juga,sehingga kini anak pokok pun belum muncul.

Aku beralih bidang ada peluang pekerjaan aku sebat. Penah jugalah kerja lipat kain, jual permainan. Ada juga yang turut membantu tolong carikan kerja. Dan ada jugalah kursus usahawan yang aku hadiri. Dan aku terus menanti kemunculan anak pokok.

Aku diberi peluang untuk bekerja di sebuah gedung permainan kanak-kanak yang besar, kerja aku pasang basikal tapi seronok bekerja dengan kanak-kanak sambil bekerja boleh main kejar-kejar.Kadang boleh transform menjadi Autobot,yang paling best aku gunakan scooter kaki untuk ke destinasi-destinasi yang jauh. Tapi untuk seketika sahaja kerana mereka hanya perlukan khidmat aku sepanjang musim cuti sekolah.

Kemudian aku beralih arah melipat kain dan ketika aku sibuk melipat baju aku menerima panggilan, tawaran bekerja sebagai seorang pereka di syarikat pecetakaan dan yang menariknya syarikat ini membuat buku-buku cerita kisah-kisah nabi. Selepas menghantar surat peletakan jawatan aku terus melangkah ke satu tempat yang agak jauh dari rumah dan aku perlu menaiki enam bas pergi dan balik.

Pejabatnya di sebuah rumah apartment, menggunakan komputer berusia nenek yang menghitung hari. Aku teruskan tekad walaupun aku terpaksa bangkit awal dan tidur lewat dan yang paling menariknya aku harus tinggal di sana. Aduh, aku rasa macam di dalam penjara. Ntah kenapa ketika ini aku sangat merindui emak.

Minggu kedua aku pulang dan sebelum itu aku menceritakan masalah aku kepada Boss. Dan Boss menasihati agar tunggu sehingga dia mendapat pengganti. Aduh, parah sungguh. Niat dan betul kerja dan best tempat pula jauh.Akhir sekali kami mendapat satu persetujuan dimana Boss itu membenarkan aku membuat kerja di rumah. Dan seminggu sekali sahaja aku perlu ke pejabat untuk menghantar artwork.

Ketika jari-jemari aku melekat pada keyboard yang melompat kerana sakit ditekan dengan kuat sekali,aku menerima panggilan dari rakan pejabat lama aku. Khabarnya ada kerja kosong kontrak di agensi kerajaan di bahagian Audio. Aku setuju, sangat setuju lalu terus menghantar resume dan menunggu panggilan. “Tapi kau jangan risau lah semua kat sini kenal kau, mesti dapatlah” katanya.

Lalu aku terus berhenti kerja di syarikat penerbitan buku dan meneruskan bidang cucuk tanam yang ditinggalkan buat seketika. Namun anak pokok masih belum muncul. Dan aku banyak menghabiskan masa dalam bilik menonton filem-filem yang aku download, nasib baik kakak bayar bil internet. Dan aku terus menghitung hari untuk dipanggil temu duga.

Kakak aku mencadangkan aku untuk mengajar anak perempuan kawan sekolahnya bahasa mandarin. Menurutnya budak ini perlukan teman untuk berbicara dalam bahasa mandarin. Aku sangat kenal kawan kakak aku ini dulu kami sering menghabiskan masa bertiga. Namun semenjak dia berkahwin lama kami tidak berjumpa.

Masa form 3 aku beraya bersama kawan-kawan rapat dimana kami semua berada dalam satu pasukan bola. Lalu mereka ajak ke rumah kawan-kawan sekelas mereka, ketika beraya dia rumah salah seorang kawan mereka aku ditegur oleh kakaknya. “Ni siapa nama?”. Aku menjawap dengan nama sebenar ,“ha,makan jangan malu-malu” kata kakak itu.

Aku pulang dan bertanya dengan kakak aku, sama ada kakak yang dulu selalu bersama kami mempunyai adik perempuan atau tidak. “Ada” jawap kakak aku. Dan untuk mendapat kepastian setelah aku tanya budak itu sendiri,sah mereka adik-beradik.

Dan aku disuruh mengajar anak buahnya ”aduh, parah ni” bisik hati aku. Anak pokok itu masih menunggu saat yang sesuai untuk keluar,tarikh sebenar temu duga masih belum diketahui. Aku saut cabaran ini,sebelum ini pun aku pernah mengajar sekelas pelajar setahun bawah aku dan aku yakin aku boleh buat jadi tanpa memikirkan risiko aku setuju dengan cadangan kakak.

Sabtu, aku ke rumah mereka. Selepas memberi salam aku masuk melangkah dengan hati yang berdebar. Mak budak ini dimana suatu ketika dahulu merupakan kakak yang kiranya kakak angkat aku garang rupanya. Sehingga budak perempuan ini tidak berani melihat muka emaknya sendiri.

Jelas budak ini masih diperingkat lemah dan dia perlukan bantuan agar dia boleh bertutur dengan fasih. Aku menerangkan kepada maknya bahawa aku perlu revise tetapi yang asas aku masih mampu mengajar. Hampir lapan tahun aku meninggalkan sekolah rendah dan sejak itu aku lebih banyak menggunakan bahasa pasar untuk bertutur dan mendengar agar tidak ditipu dengan bahasa negara komunis ini.

Setiap pagi aku bangkit dan ke rumah dengan niat dan tanggungjawab yang besar dimana aku diberi kepercayaan untuk mendidik generasi baru walaupun murid aku hanya seorang. Beberapa hari berlalu hubungan kami mula rapat sehingga habis seluar aku dicontengnya. Sehinggalah satu hari aku dipanggil untuk menghadiri temu duga.

Temu duga itu berjaya lancar dan harapan untuk aku diterima sangat cerah. Tetapi berat hati aku untuk meninggalkan budak ini, ketika aku mengajar dia aku sering teringat bagaimana sukar aku cuba memperlajari bahasa asing dan berjaya menguasai lalu menjadi bangsa itu seketika. Aku pernah menyertai kelab bola keranjang dimana sesiapa yang hendak menyertai pasukan itu harus bertutur dalam bahasa pasar. Dari situlah aku belajar bertutur dalam bahasa pasar sehingga kini.

Budak ini mengingatkan bagaimana karektor aku waktu kecil dahulu, susah payah aku belajar bahasa asing ini. Dan aku pelajari sendiri dengan hanya mendengar dan memahami petuturan mereka. Dia membawa aku ke zaman kanak-kanak di mana satu peringkat yang sangat gembira dalam hidup aku. Aku tidak perlukan risaukan soal kerja, soal duit atau apa pun.

Sekali gus dia buat aku teringat segala memori silam aku, sedih sungguh hati aku untuk meninggalkan dia. Tuhan sahajalah yang tahu perasaan aku pada saat itu. Dan antara memori indah yang aku terkenang adalah Floating Castle yang masih dalam proses pembikinan.Namun anak pokok itu masih belum muncul mungkin anak pokok itu menunggu sehingga Floating Castle siap.

Khalisa, terima kasih atas segalanya. Semoga dia dapat bertutur dengan aku dalam bahasa mandarin satu hari nanti. Semoga aku akan capai cita-cita aku….


Saturday, August 9, 2008

Kapok Brand

Note pertama aku adalah riff lagu ‘The Man Who Sold The Who’. Aku perhatikan jari Cobain ketika live unplugged in New York dan aku terus pratikkan.

Akak angkat aku meminjamkan gitar Ibanez Acoustic. Setiap hari aku akan strum gitar, sehingga jari-jari aku kemerahan.Setelah melihat kesungguhan aku kakak aku belikan buku Guide Guitar dimana terdapat Chord-chord asas. Aku akan mendengar dan selalu melihat sesiapa sahaja yang bermain gitar. Lalu aku akan tanya ‘Chord apa tu?’. Aku akan bermain sehingga aku dapat lagu tersebut.

Sehingga pada suatu hari aku mengingkari perintah kakak aku, tahap kemarahanya sampai ke tahap maksima dimana dia menjadi head bangers live di depan mata aku. Kejadian seterusnya aku terpaksa mencari gam kayu dan pegang bahagian yang patah berjam agar guitar itu pulih.

Aku gagal menyelamatkan nyawa gitar tersebut, dan hubungan yang baru terjalin musnah kerana kakak aku melepaskan kemarahanya pada gitar yang menggantikan tempat seseorang yang baru sahaja meninggalkan aku. Dia telah pergi jauh dan tidak akan kembali.

Hampir beberapa bulan kami tidak bertegur, aku hanya dapat memetik gitar tersebut dengan intonation yang sangat tinggi,gitar itu hilang tone harmoninya. Aku berazam untuk membeli gitar baru tetapi ketika itu kami agak susah. Begitulah kesudahan aku bersama tali-tali yang mengeluarkan suara dalaman aku namun terhenti seketika.

Gitar seterusnya merupakan sebuah gitar Kapok brand berharga RM50 aku membelinya dengan duit belanja sekolah aku. Aku mula bermain gitar dengan seruis dan banyak band yang aku kenal ketika ini. Pernah juga jamming dan merasakan musik yang dimainkan live. Hampir 12 tahun gitar ini masih bersama aku,merantau bersama dan hubungan kami sangat intim kami selalu tidur bersama.

Tonenya sangat dry banyak fret yang mati namun sayang sungguh aku pada gitar ini. Hari ini aku sedar yang gitar ini tidak pernah berubah dan tidak pernah putus asa dengan aku. Berjuta kali jatuh malah di pangkal fret terpaksa letak batang lidi satey. Apakah keistimewaan gitar ini?


Friday, August 8, 2008

Haluan

Subuh yang sangat dingin membuat kita lena dan liat untuk bangkit dari keseronokan mimpi indah semalam. Mimpi yang sangat lucid bagaikan memberitahu sesuatu.

Keadaan persekitaran pudar, awan dan langit seakan sama warnanya. Atau mungkin kita yang rabun warna. Air menitik di atas dedaunan, batu seperti biasa bisu walaupun dia menjadi saksi segala kejadian.

Disebalik peredaran waktu dan kejadian yang ditetapkan akan ada bayi yang lahir dan akan ada manusia yang akan meninggalkan alam dunia hari ini. Seekor ulat bergerak perlahan agar ia tidak dimakan oleh ayam-ayam bandar yang sibuk shuffle.

Metamorfosis adalah suatu proses biologi di mana haiwan secara fizik mengalami perkembangan biologi setelah dilahirkan atau menetas. Proses ini melibatkan perubahan bentuk atau struktur melalui pertumbuhan sel dan differensiasi sel.

Kupu-kupu mengalami proses perkembangan yang panjang sebelum menjadi kupu-kupu dewasa. Dalam proses perkembangan pertama, kupu-kupu akan bertelur. Telur kupu-kupu biasanya akan menempel di dedaunan. Telur kemudian menjadi ulat. Ulat paling sering berada di daun, kerana sebelum telur kupu-kupu yang menjadi cikal bakal ulat ini terdapat di daun. Setelah ulat menjadi besar dan memanjang, ia akan berubah menjadi kepompong. Dalam bahasa ilmiah, kita menyebutnya pupa atau chrysalis.

Di dalam pupa, cairan pencernaan akan dikeluarkan untuk menghancurkan tubuh larva, menyisakan sebagian sel saja. Sebahagian sel itu kemudian akan tumbuh menjadi dewasa menggunakan nutrisi dari hancuran tubuh larva. Setelah beberapa lama, dari kepompong tersebut akan keluar seekor kupu-kupu yang masih muda. Tidak berapa lama kemudian menjadi kupu-kupu dewasa.

Bayangkan dalam satu perjalanan proses yang berisiko tinggi akan melahirkan seekor rama-rama yang cantik. Lantas aku terfikir karya Seniman Negara Dato’ Noordin Hassan ‘Jangan Bunuh Rama-Rama’. Ketika rama-rama terbang berlegaran sambil mengipas-ngipas Raja dan air panas mula beransur sejuk. Seekor rama-rama yang cantik dengan hanya mengipas sayapnya dapat menyelamatkan Raja.

Apa yang menarik dengan karya Dato’ Noordin Hassan adalah kehalusan karektor rama-rama yang terbang mengaburi penglihatan kita. Manusia mempunyai dua mata, dua telinga dan dua tangan. Allah mencipta Nabi Adam lalu dengan menggunakan tulang rusuk Nabi Adam hawa dilahirkan untuk menemani Nabi Adam. Jelas segala ciptaan Allah pasti berpasangan. Duality seperti malaikat dan syaitan, ying dan yang,syurga dan neraka. Akan tetapi di sayap rama-rama terdapat satu corak yang sangat cantik bagaikan sebuah cerita kejadianya.Bagaimana seekor ulat berjaya menjadi rama-rama. Dan corak ini terdapat pada kedua bahagian sayapnya.

Seorang manusia yang lahir ke dunia dari mula dia merangkak sehinggalah dia berjalan pasti akan melalui proses jatuh dan berdiri, gagal dan berjaya. Dan melalui proses ini yang membuat kita matang. Dan kematangan kita akan sampai ke satu tahap yang maksima sama ada kita jumpa dengan diri kita atau tidak . Akan tetapi ramai memilih untuk tidak mencari diri sendiri.

Apabila kita melihat muka kita di cermin, melihat wajah kita sudah pasti kita kenal diri kita.Tetapi bagaimana dengan karektor yang terdapat dalam diri kita? Mana hilang karektor kanak-kanak kita? Mana hilang karektor arjuna yang berpuitis berbicara dengan dewi? Dan bagaimana pula dengan karektor yang akan menjadi seorang ayah?

Ketika rama-rama itu terbang melawati semua tempat yang pernah dilalui ketika ia menjadi ulat, kepompong pasti ia kagum dan sedih mengingati kisah kejadiannya. Di mana rama-rama itu sampai ke satu tahap yang ia berjaya terbang bebas di udara dan manusia terpegun dengan kecantikanya.

Kita melihat semua karektor sampingan dalam hidup kita berubah termasuk watak penting seperti Bapa dan Emak kita. Adakah karektor tersebut yang berubah atau kita yang berubah? Berjayakan kita menzahiri apa yang ada di dalam diri kita?

Adalah sangat penting bagi setiap orang untuk mampu menyaksikan penciptaan yang menakjubkan di segenap penjuru jalan raya ini, beserta hikmah yang ada di dalamnya. Allah menghendaki kita agar berfikir tentang penciptaan dan mengambil pelajaran dari padanya. Dalam sebuah ayat Al-quran, Allah Swt. Berfirman:

Katakanlah! Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS. Al-Ankabut [29]:20)


Monday, August 4, 2008

Akhir Zaman

Apabila kita berhadapan dengan satu situasi yang sebesar ini apakah perasan kita? Sudah pasti cemas,takut dan gementar dengan segala kejadian kucau-kacir melihat semua bangunan runtuh, semua monument agung musnah.Bagaimanakah keadaan kita ketika itu?

Bomba, Polis dan Askar pasti akan membantu rakyat jelata. Tetapi mampukah mereka?Atau adakah semua superhero akan muncul untuk menyelamatkan kita?

Apabila kita melihat Harry Potter terbang bersama Nimbus 2000, Spider-man dengan spider webnya, Iron Man pasti terbang seperti roket, Neo di alam realiti,Superman yang sudah pasti muncul bersama pengikut symbol ‘S” . Pasti kita yakin yang superhero ini akan menyelamatkan kita.

Karya Alan Moore Watchmen menceritakan kisah superhero yang pencen, superhero yang tidak mahu lagi menjadi superhero. Tetapi satu kumpulan Crimebusters muncul kerana rakan mereka dibunuh jadi mereka ingin mencari pembunuhnya.

Dalam The Dark Knight pula Batman seakan bukan hero.Dengan kata-kata seperti “Either you die as a hero or live long enough to become a Villain”. Dan watak Joker yang tidak begitu menbencikan pula yang menjadi hero dalam The Dark Knight. Christopher Nolan berdakwah dalam filem ini, dia menceritakan bagaimana manusia akan hilang kepercayaan apabila seorang superhero yang hanya menggunakan gadet-gadet canggih gagal menjadi hero kerana tidak mempunyai kuasa super hero.

Pada penghujung filem Iron Man, Nick Fury muncul dan agenda seterusnya pasti muncul seorang lagi super villain yang pernah berganding bersama Adolf Hitler iaitu Red Skull.

Kebelakangan ini makin banyak filem Superhero yang dihasilkan dengan teknologi atau effect canggih zaman modern ini. Dan dengan izin ALLAH filem ini sampai ke Malaysia.Hellboy dengan tajuknya jelas bahawa ia sebuah cerita “Budak Neraka” jadi patutkan ditontoni?

Di pihak manakah kita akan berdiri jika semua bangunan runtuh dan muncul semua Superhero ini untuk menyelamatkan kita. Adakah kita akan tolak tawaran mereka. Sedangkan yang Villain pula sibuk dengan agenda mereka.

Dan seperti yang tertulis didalam al-quran akan muncul pula satu watak yang besar dan sebelum itu Yakjud dan Makjud akan keluar setelah berjaya meruntuhkan tembok . Selama empat puluh hari kita akan ditawani oleh Dajjal

Kemudian dajjal memanggil seorang pemuda remaja lalu dibelah dengan pedangnya sehingga anak muda itu terbelah dua dan belahannya itu di lempar sejauh anak panah dipanahkan. Dajjal memanggil tubuh yang terbelah itu kembali, dia datang seutuhnya dan dengan wajah yang berseri-seri sambil ketawa. Begitu mudah kita akan terpedaya dan sekuat manakah iman kita?

Sudah pasti kita menunggu satu Hero yang akan bersolat Subuh bersama umat islam terakhir lalu membunuh Dajjal.

Melihat semua filem yang dizinkan ALLAH yang sampai ke Malaysia, pasti kita seronok dengan semua filem ini. Tetapi alangkah sedih melihat yang kafir berdakwah dan yang islam sibuk bergaduh sesama sendiri.

Friday, August 1, 2008

Empati terhadap kesunyian