Monday, September 29, 2008

Ramadan 1429

Malam tadi nenyak tidur mungkin sistem gastroinstestin aku berfungsi dengan lancar, bangkit jam 5 pagi buat roti bakar dan masak air, sesudah mandi buat kopi Radix. Best oh minum kopi ini hilang mengantuk.

Yang lain masih tidur nenyak dibuai mimpi, makan dalam bilik tidak mahu menganggu mimpi-mimpi mereka.Sesudah solat subuh aku meneruskan perjalanan,awal pagi penghawa dingin sangat bas sejuk. Dugaan aku bermula disini puasa mata, kadang aku lelapkan mata tetapi kalau perempuan transparent didepan mata maka kuranglah peratus puasa aku. Bulan puasa mana ada setan yang menghasut? Mungkin aku yang memegang jawatan “Bapa Setan” untuk bulan ini. “Man, bila nak berubah?”

Aku akan lalui satu jalan (foto dibawah) yang aku kira sangat unik kerana jalan ini menemukan dua bangunan negara yang terunggul satu bertaraf dunia dan satu lagi bertaraf nasional dan disini aku dapat berjumpa dan berkenalan dengan seniman-seniman tersohor sambil berceloteh dan mendengar kisah-kisah menarik mereka. Jalan ini menjanjikan kejadian-kejadian yang menanti aku. Jalan ini membakar saraf pusat aku sehingga ke kawasan serebrum dan aku semacam faham dan redha untuk meneruskan perjalanan. Ya, aku perlukan kuatkan semangat selagi aku tidak dapat sambung belajar, selagi aku tidak dapat berkongsi karya aku bersama khalayak umum selagi itu aku tidak akan putus asa.

Bulan Ramadan menjanjikan peluang rehat yang maksima, di pejabat pun sekadar check e-mail dan update data-data tertentu.

Tepat jam 4:30 petang punch out, aku tumpang kawan sepejabat sampai Great Eastern Mall kemudian aku naik bas. Nasib baik dia lalu sana, setiba rumah aku keluarkan buah kurma didalam peti sejuk dan kuih raya yang dibeli serta apa sahaja makanan yang halal dalam peti sejuk ini. Menanti saat azan sesudah membaca “Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa 'alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin dan dengan lafaz “Bismillah ir-Rahman ir-Rahim” telan beberapa biji buah kurma minum air segelas rehatkan perut terus solat maghrib.

Mana kawan-kawan yang sudi akan ajak aku berbuka, aku akan turut serta. Tetapi aku malas sikit pasal aku bukan jenis kuat makan. Kadang lepas solat tarawih pun aku masih kenyang. Aku faham bagi mereka yang ada keluarga mereka perlu lalui rutin menjalinkan silaturahim.

Tahun ini kakak-kakak aku rajin sms tanya samada perlu belikan makanan atau tidak, hujung minggu mak akan masak,biasanya dia akan pelawa sekarang dia senyap dia tahu cukup masa aku akan bawa makanan ke bilik.

Keindahan Bulan Ramadan adalah saat berjalan ke masjid, suasanya lain, suasannya indah disamping manusia yang berjubah dan masjid dipenuhi dengan pakcik-pakcik tua, entah mana semua remaja menghilang.

Beginilah Bulan Ramadan aku, sabtu aku akan menemani Sarah, dia semakin kejam, semakin susah untuk memahaminya. Tapi aku suka, suka dengan benda yang menanti aku. Semoga kita masih berpeluang menyambut Ramadan Al-Mubarak yang ke 1430 masihi.


Monday, September 22, 2008

Bingit

Zaman sekolah menengah keluarga aku baru dapat hi-fi jenama Aiwa, dan aku pakar dalam bidang explore jadi rajinlah mengusik radio itu walaupun sifatnya tetap sama. Dan aku dapat discover “alarm setting”. Maka sejak hari itu lagu “Master of Puppet” adalah alarm pagi kami. Ada kalanya aku akan set tepat pada saat penghujung lagu itu dimana ada bab ketawa yang seram.

Kesemua ahli kelurga aku buta muzik, kakak-kakak aku sibuk belajar main recoder masa sekolah tamat sekolah tinggal. Dan ada seorang ini lahir pada zaman kemuncak era muzik. Era grunge dan ketika itu kakau aku sibuk dengan Siri 90210. Aduh, sedih sungguh sedih selalu kena kutuk dengan aku. “Orang layan Nirvana, Pearl Jam ko layan Bon Jovi.” antara sindiran aku.

Dari kecil aku dah sibuk buat gitar sendiri, guna tali getah. Jadilah “Air gitar” masa aku dapat gitar kakak aku pecahkan, langsung kena kumpul duit beli yang baru. Masa sekolah ada band, jamming jadi rutin harian kami,mujur semua ahli group aku tidak merokok jadi duit banyak dihabiskan untuk jamming, beli kaset, atau beli tablature.

Masa aku kecil ayah selalu pasang lagu Micheal Jackson dan kaki aku pasti goyang. Lalu ayah akan perli ‘Kau, perhatikan kaki dia mesti goyang”.

Selepas band kami berpecah dan aku gagal beberapa kali untuk membentuk band baru, aku kecewa agak lama dan tidak pedulikan muzik kononya Rock Star tetapi tanpa kehadiran aku pun industri muzik makin kritikal semua artist sudah nyawa-nyawa ikan. Aku mula bertanya pada diriku apa motif aku membeli semua CD dan belajar lagu-lagu tersebut?Buat apa aku sibuk mengikuti scene sedangkan “The scene has already died for a long time”. Sampai aku jual kebanyakan koleksi CD aku, tali gitar aku mula berkarat, lama aku biarkan dia merajuk sampai aku lupa siapa yang merajuk sebenarnya?

Aku pernah berkata dengan kawan aku “Seumur hidup aku satu je konsert yang aku nak pergi, tapi sayang gitaristnya dah lama meninggal”. Dan kita hanya kenang lagu-lagunya, aku gelar mamat ini “The Rock Poet”

Tiada seorang pun yang paksa aku main muzik, dan bukan pantang nenek moyang aku pun untuk jadi ahli muzik. Di Malaysia memang susahlah hendak hidup dengan bergelar ahli muzik pasal industri kita kecil pusing-pusing di Kuala Lumpur juga,

5 tahun lepas aku mendekati muzik keroncong,ghazal, tradisional dan klassikal. Aku kenali Gambus, Sitar dan Sapeh. Dan banyak muzik berakar Asia termasuklah Jepun yang tidak pernah lupa muzik tradisi mereka. Muzik mampun mencetus satu revolusi apabila kita ingat Beatles kita akan ingat zaman hippies, Nirvana kita akan ingat zaman Grunge dan banyak lagi.

Sejak awal aku sangat terpengaruh dengan muzik rock yang bingit, bising, radikal dan jarang didengari oleh khalayak ramai. Kononnya di sinilah membezakan kita. “This where the line ends”. Banyak kali aku bertindak mengikut lirik lagu yang menyuruh kita memberontak, menuntut hak, dan perasaan marah terhadap ibu-bapa mahupun kekasih. Ada juga lirik yang dijadikan metafora lalu diangkat karektor -karektor atau kisah-kisah mitology yang merupakan kepercayaan warisan atau kuno. “False idol.”

Mahukah kita mematikan sistem auditory masing-masing dengan harapan agar kita tidak terjebak dengan muzik? Apa yang aku sedar makin aku abaikan muzik makin ketara impaknya dalam hidup aku.

Suatu ketika dahulu aku gemar duduk dalam bilik yang gelap lalu melukis sambil mendengar lagu-lagu yang berunsur radikal. Di luar pintu akan ku gantung tanda “Leave me alone”. Dan ketika aku berjalan atau menaiki bas aku akan bersama Discman aku, dimana tidak akan diganggu orang sekeliling aku kerana memang aku tidak dengar apa yang mereka katakan.

Harapan untuk menubuhkan band sangat jauh, kerana ia mengambil masa yang lama untuk memahami band mate. Aku akan lanjutkan pelajaran tidak lama lagi, kemungkinan saat aku kehilangan band mate akan berulang. Aku pernah mengetengahkan lagu-lagu aku namun ia tidak dapat diterima dan ia terus kaku dalam saraf muzik aku.Mungkin aku salah jumpa crowd atau mungkin juga aku terlalu ego. Namun aku masih jamm dengan kawan-kawan yang sudi menghabiskan masa dengan aku.

Kini aku masih lagi bersama gitar yang pernah merajuk dengan aku, dan ada juga ahli baru yang ingin tidur bersama aku dan sudi menjadi rakan bilik aku. Aku baru mengenali Sarah kami belum bersatu dan dia mengajar aku banyak benda baru diantaranya dia menuju cahaya nur di dalam bilik gelap ini dan aku mula menjauhkan diri dari muzik yang bingit dan radikal.Apa yang aku jumpa biarlah untuk aku sahaja, aku akan kongsikan apabila aku dengan Sarah bersatu. Sarah mengajar aku mendengar dalam kesunyian dan apa yang aku jumpa sangatlah menarik ibarat benih berjumpa tanahnya.

Monday, September 15, 2008

13-09-08

Chiq bersama Gibson SG.

Akim masih malu dengan kamera.

Arip dengan koleksi rarenya.

Amp yang dikagumi ramai.

Aku terus bercakap dengan bayang-bayang sendiri.

Thursday, September 11, 2008

Sketches 1998

di dalam mimpi aku ke tempat ini.


mungkin persepi aku yang berubah.

antara imej yang sering keluar dalam mimpi aku.

satu kejadian yang paling istimewa tahun itu,
walaupun aku basah kuyup.

Kemunculan gadis ini.

Semuanya sekadar secebis memori.

1998 aku form 3 dan masa ini pengaruh komik kartini sangat kuat dalam hidup aku, tahun ini juga aku berkawan baik dengan basikal aku, selalu mandi bersama. Banyak lagi kejadian-kejadian menarik malangnya aku lebih gemar menulis ketika itu.

Masa ini kami kerap jamming,Ramlet Wallmen nama team bola kami nama sempena cikgu matematik tingkatan2 kami.

Akhirnya tahun 1998 adalah antara tahun paling sedih dalam hidup aku kerana banyak benda yang berubah antaranya band kami berpecah team bola pun berpecah semuanya sekadar secebis memori mungkin akan lebih sedap jika ditambahn Ajinomoto.

Rupa-rupanya banyak lagi rintangan yang akan aku lalui selepas tahun 1998.

Wednesday, September 3, 2008

Melankolik

“gua bilang gua beda” keluar dari mulut seorang melayu yang tengah menghisap rokok Gudang Garam rasa tengah bergaduh dengan kekasihnya , lalu cina yang berfesyen Jepun sangat kawai kalau tak cakap kantonese memang aku tegur “Ohiyo Gozaimasu” . Datang pula seorang nigga mesti halus tangan tukang rambut yang mengikat rambut dia, “dai po dah” katanya. Aduh, Indian rupanya. Inilah perkara-perkara yang sering berlaku ketika aku menunggu bas.

Gadis-gadis kota kini sangat transparent mudah untuk ketahui isi hati mereka, mana-mana arjuna yang bertopi Micheal Jackson pasti berjaya membuat gadis-gadis kota ini cair. Mereka ini ibarat iklan realiti yang lalu lalang untuk mempersona mata manusia agar kita beli produk atau melihat fesyen terkini. Kadang tidak perlu beli majalah tidak perlu menonton iklan liarkan mata sahaja di kota pasti tidak ketinggalan.

Harga minyak melabung tinggi tapi kenderan tetap sama jalan tetap sesak. Di sini bulan Al-Mubarak sama seperti bulan lain tiada bezanya. Bagi peniaga-peniaga inilah bulan yang boleh menambah rezeki kerana penghuni kota rata-ratanya malas hendak masak, semuanya berkerjaya. Malam selepas penat berniaga pasti berehat, tarawih sunat buat dapat pahala, tak buat tak dosa pun.

Petang isnin mak membuat cekodok tak laku, pukul 7 hilang. “ Hai, tadi tak laku katanya.” Bulan ini lain dari yang lain walau aku sentiasa dengan imaginasi-imaginasi aku kononnya ada dolphin bermata lampu berenang di tengah jalan sesak menyinari cahaya neo pelangi, ada pula ikan bebas berterbangan, ketam sibuk mengajar anak-anaknya berjalan, dan kucing jantan sebesar bas membawa anak-anaknya bersiar-siar sambil dikuti oleh kucing betina yang tengah menyusu. Kadang gajah menggunakan clinacanthus Nutans menyiram pokok bunga. Ini antara benda yang sering aku nampak sangat colourfull,sangat indah seperti lukisan kanak-kanak.

Imej tersebut mungkin hanya untuk aku seorang sahaja tapi kadang ada kanak-kanak yang gembira sambil melambai pada gajah. Memang aku jenis kuat berangan pun sampai kadang melayang jauh fikiran aku.

Ramai yang menghantar pesanan ringkas mengucap “selamat berpuasa”, ada yang ajak berbuka tetapi aku lebih suka melayan haiwan-haiwan yang bergerak mengikut paksi semeteri mereka. Mereka tidak menyoal kenapa perlu berenang atau kenapa perlu mengajar anak berjalan.

Apa maksud bulan ini? Sungguh kerdil sifat manusia tidak sedar yang duit bukan segalanya siang malam mencari duit. Aku sangat simpati terhadap mereka yang hanya bercita-cita hidup senang dan kaya. Biarlah yang transparent terus dilihat, yang berlakon terus berusaha agar watak gadis jepun itu berjaya dan biarkan aku dengan bulan melankolik aku yang layu dengan pemadangan indah lukisan kanak-kanak dan sedih melihat diri aku yang hina ini. Namun aku tidak minta simpati daripada sesiapa kerana aku gembira dapat melihat semua haiwan yang sentiasa ceria ini.

* Antara karektor Melankolik yang berjaya :
-Spider-man.
-Uchiha Sasuke.