Thursday, October 30, 2008

Mengenali garisan...

Brader grafik itu mengajar kami lukisan dan sessi kuliah bermula, aku tidak mempunyai bakat lansung dalam bidang melukis. Hari pertama dia menyuruh kami melukis “Anda sedang berlari”.

21 Jun 2004

Seterusnya dia menyuruh kami berlatih mengasah pencil, melukis di buku Sketch dan melukis portrait diri, lukisan figura, tone. shading, teknik dan macam-macam lagi.

Koleksi Assignment





Koleksi Buku Sketch


Mujur aku mendapat seorang sahabat baru bernama Kharil Faiz, bakatnya sangat kental sehingga tanganya tidak boleh duduk diam, pantang dapat kertas pasti dicontengnya. Dia banyak memberi tunjuk ajar serta bantuan dan ada juga yang dia tolong touch-up. Hehehe.

Aku mula mengenali dan memahami kekejaman garisan, tidakku sangka dengan garisan halus, tebal, kasar, nipis dan macam-macam lagi akan terhasilnya satu masterpiece. Kami menjadi kutu-kutu yang berkeliaran sehingga tidak tidur malam kerana perlu siapkan assignment. Setiap kali selesai menghantar assignment lukisan kami akan ke laut untuk bersalam elektrik bersama Mr Obor-obor.

Enam bulan pertama yang sangat best disaluti inti charcoal dan gum eraser. Bulan puasa pertama aku yang cukup bujang bersama chief yang sungguh berbakat, kami sering mentertawakanya yang dia telah salah bidang.

Chief bakal bergelar graduan Poly PJB yang akan menjadi seorang pereka.

Teliti komen pensyarah lukisan.


Melangkah…

Selepas mendapat keputusan SPM langkah seterusnya diatur sama ada ingin melanjutkan pelajar atau terus bekerja. Aku menghantar borang pemohonan ke IPTA. Situasinya sama ketika aku memohon untuk ke Sek Men Teknik ketika tingkatan 3.

Lalu aku bersama 2 orang rakan kurigan membuat keputusan untuk melengkapkan peralatan . Khalis Azwuan mendapat kerja di Suchan KLCC sebagai pelayan. Alan di Marmalade di Bangunan bertentangan Risda sebagai pelayan juga. Masa form two aku dan akim pernah bekerja sebagai pelayan di Flamingo Hotel penatnya bagai nak patah tulang belakang. Hujung tahun form 3 aku bersama Aiman menjadi pelayan di Mandarin Oriental, balik lewat dan kami akan berjalan kaki untuk pulang ke rumah, jadi aku sudah jemu dengan gelaran pelayan aku mendapat kerja di sebuah kedai Hardware.

Selepas mendapat gaji aku ke kedai musik untuk membeli CD kebetulan tauke kedai tersebut sedang mencari pekerja, tanpa berfikir panjang aku bersetuju. Dan kedai musik berhampiran pun perlukan pekerja, khalis mengisi kekosongan itu. Ketika itu Alan berada di Penjara Sungai Buluh bersama Anwar Ibrahim atas sebab-sebab tertentu. Sedih,hampir 10 tahun kami tidak bertemu dan hancur band “grozette”. Khalis menyertai kumpulan lain dan aku cuba bangkit bersama guitarist lama, guitarist zaman sekolah. guitarist yang hasyat solonya.

Aku sering teruja dengan grafik cover album, antaranya adalah Youthanasia,Rust In Peace dan banyak lagi. Suatu hari datang seorang pelanggan yang mengemari kumpulan Megadeth, kami bersembang dan menjadi kawan. Dia adalah seorang pereka aku dapat tahu dari kad namanya. Aku cuba bertanya untuk mendapat maklumat tentang industri grafik di sekitar Kuala Lumpur dan selok-belok jurusan grafik.

Selepas hampir setahun bekerja aku menjual motor dengan harapan untuk melanjutkan pelajaran.Ketika itu ekonomi gawat dan duit motor aku habis digunakan untuk menolong famili. Aku berhenti kerja di kedai musik dan bertukar gelaran sebagai seorang foreman di Toys R’ Us. Aku memasang basikal kanak-kanak dan aku menjadi kanak-kanak. Hampir 6 bulan aku bekerja disitu kemudian tauke kedai musik ingin menpelawa aku kembali bekerja bersamanya.

Dengan izin Allah aku dapat berjumpa dengan brader grafik itu, kini dia bergelar pensyarah dan dia sudi membantu aku untuk memasuki kolej di tempat dia mengajar. Dengan azam dan tekad yang aku akan menjadi seorang pereka grafik aku berusaha menyimpan duit dan aku meneruskan perjalanan ke suatu tempat yang aku tidak pernah jejaki.

Aku ditegur oleh Khairul Azuan Drummer Sessionist ketika itu “Ko betol nak blah ni? Ko kena ingat sekali ko blah semua yang ko build (band) akan musnah.”

Aku meneruskan langkah dengan bantuan kewangan dari semua pihak yang simpati terhadap diri ini, aku melangkah meninggalkan Bandar yang jijik, sempit, nanah dan bingit ini ke suatu tempat yang aku tidak tahu langsung persekitaranya.

Akhirnya aku sampai ke tempat itu dan aku diberi peluang untuk melihat alam ciptaan ALLAH S.W.T

Senja di Lumut

Painted Sunset

Tuesday, October 28, 2008

No More...

“Selama ni ko tak perlukan ayat sesiapa pun.” kata sahabat aku. Kata-kata itu membakar aku dengan iringan lagu “Pure Birth and Loneliness” dari Envy dengan jeritan Tetsuya yang memberi semangat untuk aku bangkit dari segala kelemahan dalaman.

Lama juga aku merajuk,merajuk pada diri sendiri atas sebab aku tidak mencapai apa-apa pun. Dalam masa 2 tahun ni bermacam media baru aku ceburi. Sampai dibantai oleh kawan sendiri yang seronok melihat karya-karya lama aku.Katanya aku hilang fokus,aku sepatutnya tumpukan pada satu media itu sahaja.

Satu demi satu kegagalan menimpa, dugaan diuji dan nawaitu dipersoalkan. Apa tujuan aku berusaha memperjuangkan karya-karya aku? Proses menghasilkan karya tersebut memerlukan masa dan kos untuk dihasilkan dan usaha aku ke arah itu dan aku tidak nampak benda lain.

Aku menilai semua karya dengan satu pandangan dan satu perjuangan iaitu perjuangan Rasulullah. Yang lain sekadar satu santapan petang.

“Bukan semua orang sama, bukan semua orang boleh terima karya ko.” teguran dari seorang lagi sahabat yang sepatutnya menjadi pelukis komik. Aku masih menanti karya unggulnya yang pasti pecah perut.

Aku pernah merasa kekejaman garisan yang menghasilkan lukisan dan aku kembali merasa kekejaman garisan, namun kali ini aku kembali ke garisan permulaan. Biarlah aku lambat, lewat dan tidak memiliki apa-apa pun untuk ditunjuk dan dipuji dek orang. Biar aku begini hanya Yang Maha Esa sahaja yang tahu tujuan aku yang sebenar.

Selama ini aku menanti jawapan dari Yang Maha Esa tanpa menyedari yang semua jawapan ini telah lama terjawap tinggal aku yang tidak sedar. Dunia ini hanyalah satu “Freak Show” yang sedang sibuk mentertawakan aku, sehinggakan bingit telinga aku mendengar jeritan gagak.

Apa yang Peter Parker dapat? Sibuk jadi Spider-Man, sibuk selamatkan orang?

Dan gambaran merajuk pada diri sendiri aku?...heem!
I’m Spider-Man No More!

And every boy,
sooner or later,
must put away his toys,
And become a man.

But the years,
have a way of,
Slipping by,
Of changing the world about us.

I was just a young,
unthinking teenager,
When I first became Spider-Man

Wednesday, October 22, 2008

Silenced beneath a sea of discord,
lost my grip to pick me up.
String of emotion,
try to heal me.
but I can’t hear any sound.
i’m down on the upside,
and i’m not standing.

luminous mind,
clear as transparent,
I fail to induce myself.

Tuesday, October 14, 2008

Mengalah

Perjalanan hidup dipenuhi dengan pelbagai perhentian, persinggahan, penemuaan dan pemahaman. Samada bergerak dalam satu putaran yang lengkap atau jauh tersasar dari landasan kehidupan.

Apabila kita berada di garisan pemulaan jauh sungguh rasanya untuk sampai ke garisan penghujung tanpa memikirkan atau menghiraukan garisan pertengahan. Adakah kita akan ingat garisan permulaan dan garisan pertengahan apabila kita telah sampai di garisan penghujung?

“When I was a child, I think like a child and act like a child. When I become an adult, I think like an adult and leave my childhood behind.” Aku terjumpa ayat ini, buat aku terfikir seketika.

Masa kecil aku mengenali Superman, aku sangat kagum dengan kebolehanya dan apabila aku dewasa aku sangat benci dengan simbol “S” apabila aku mengetahui agenda disebaliknya.

Apa yang kita jumpa dalam perjalanan, apa yang difahamkan akan membuat idealogy kita berubah dan sekaligus kita juga akan berubah. Aku melalui beberapa proses perubahan yang mendadak sehingga aku hilang fokus. Aku merajuk dengan semua benda, tidak puas hati dan sering hanyut akhirnya aku tidak kecapi apa-apa pun. Seolah-olah aku kembali ke garisan permulaan.

Aku pernah bersama awan yang sentiasa hujan tetapi mendung disekeliling ku, aku pernah menulis lirik yang sangat berkonsepkan “Life Sucks”, aku pernah mengadu sehingga kering air mata aku, aku pernah, aku pernah dan aku pernah…..

Sehinggalah aku berada dipertengahan perjalanan aku berjumpa dengan pelbagai karekter-karekter yang unik, yang belum pernah aku temui. Ada yang hidup dan ada juga yang mati. Kisah-kisah mereka sangat menyentuh dan ada diantara mereka pernah melalui perjalanan yang lebih teruk tetapi akhirnya mereka sampai di penghujung jalan. Dan mereka sering menceritakan kejadian-kejadian di pertengahan perjalanan hidup mereka.

Apabila kita sampai di satu sudut kita mungkin hendak melupakan banyak perkara yang sedih, duka dan melukakan. Aku tidak mahu melupakan atau meninggalkan childhood aku. “When I was a child, I think like a child and act like a child. When I become an adult, I think like an adult and always remember my childhood.” Kerana ia akan sentiasa buat aku kenang detik pemulaan aku.

Adakah aku telah bersedia untuk mengalah,terus berubah atau aku telah jumpa apa yang aku cari selama ini?

Ke hadapan.



Monday, October 6, 2008

Mencari Inspirasi

Cahaya cuba memasuki ruang bilik yang sentiasa gelap ini, disebabkan tayangan pelbagai filem jadi bilik ini sentiasa gelap, dengan harapan agar screen dapat bertukar ke falt screen pada hujung tahun ini.

Aku mencari 10 top emotional filem yang sangat menyentuh dan menyedihkan dengan harapan ia akan motivate aku. Semakin hari semakin jarang kedengaran lagu-lagu yang bingit, jadi kebanyakan lagu-lagu yang keluar dari speaker semuanya yang menyedihkan dan saat-saat touching sebuah filem. Ya, aku mendengar score dari filem-filem dan series yang menyentuh.

Lapisan atmosfera bilik ini semakin hampir mungkin kerana pengaruh muziknya. Struktur bilik ini berubah mengikut perkembangan dan penambahan alat media dan perabot yang telah dinaik taraf. Adakah ini juga faktor perubahan karektor aku?

Zaman sekolah rendah cita-cita aku hendak jadi pemain NBA, namun aku gagal kerana faktor kurang latihan. Sememangnya jurulatih aku sering memberi sokongan padu kerana faktor warna kulit serta rambut aku yang bergaya skin head ketika itu pasti melayakkan aku ke arena NBA katanya.

Tiba masa aku melangkah ke sekolah menengah band aku bercita-cita untuk menyertai konsert woodstock. Sememangnya kami mempunyai bakat untuk mencipta lagu tanpa kelas muzik. Namun selepas tingkatan 4 selepas band kami berpecah maka musnahlah ilham hilang segala harapan.

Dalam usaha aku mencari makna kehidupan, dengan usaha tekad aku mengejar cita-cita, aku lalui siku-liku kehidupan yang kiranya tidaklah seteruk kalah dalam perang atau ditembak musuh, akan tetapi aku hanyut dalam ruang bilik yang gelap gelita dipenuhi kertas-kertas yang diconteng dengan stroke kasar dan penulisan serta idea-idea yang memeningkan saraf otak aku.

Aku mula sedar betapa kehidupan zaman sekolah membentuk peribadi aku. Kalau bukan cikgu seni aku yang menyuruh aku ke Balai Seni Lukis Negara aku tidak akan mula mendekati dunia seni. Selepas tamat waktu sekolah aku sering ke Balai Seni Lukis Negara seorang diri melihat lukisan-lukisan tanpa memahami apa yang dipamerkan. Aku bersyukur dengan semua zaman yang aku tinggalkan banyak benda yang aku pelajari serta kehadiran kawan yang muncul dan lenyap dienggelami zaman.

Dari kecil aku melihat wajah mak aku yang tidak pernah kecewa dengan segala angan-angan dan cita-cita aku. Kini dalam diam aku yakin dia terus mendoakan agar aku berjaya. Kali pertama dia melihat video “Swing” wajahnya sangat bangga. Aku tidak mahu mengecewakan mereka. Hampir 2 tahun aku bergelar graduan aku masih gagal mencapai apa yang aku idamankan. Aku masih belum boleh beri mak peluang untuk hidup senang.

Pasti ada hikmah diatas segala dugaan dan rintangan yang kita lalui, namun mampukan kita menerima semuanya? Aku mula melihat wajah aku yang semakin hari semakin riang bersama semua karektor yang sering bersama aku saban hari,namun kenapa aku ditenggelami dengan muzik serta tayangan emotional?

Siapakah yang akan datang? Siapakah yang akan menegur dan menasihat aku dengan teguran “relax man, semuanya akan berjalan dengan lancar.” Siapakah yang masih sudi mendengar cerita aku? Semua karektor disekelilling aku sudah mula jelak dengan idealogi dan rentehan ketidakadilan aku.Ketika ini aku ibarat Tom Yorke dalam video clip No Surprises-Radiohead yang lemas dalam satu kotak berisi air. Harapan aku agar aku terus senyum dan gembira seperti tune baru yang aku cipta beberapa hari lepas. Ke mana hilang sumber inspirasi aku?

“Man, ko merupakan satu karektor Peran yang berjaya” kata diri aku kepada aku.

Bunga yang mekar.
(Substance D)