Friday, November 28, 2008

Kadang-kadang…

“Seperti seekor anjing yang kehausan dan tamak
pada akhirnya mati bukannya kerana kehausan,
tetapi kerana keletihan”…..

Wednesday, November 19, 2008

Watchmen
















Sebuah novel grafik Alan Moore dan Dave Gibbons.
Takala Superhero bersara….


Saturday, November 8, 2008

Kepekaan

Januari 2005 aku meneruskan langkah meninggalkan bilik yang penuh koleksi-koleksi dan memori semester 1 dan berpindah ke bilik baru di frasa 2A. Bilik baru ini terletak di bahagian hujung rumah yang berdekatan dengan tandas. Aku tidak dapat menghadiri sessi suai kenal kerana aku masih bekerja part-time di Toys R’ Us. Namun aku sempat lapor diri pada hujung sessi sual kenal.

Aku berkongsi bilik bersama Wak, kali ini kami ditemani oleh PC yang diterbangkan khas dari KL jadi aktiviti malam kami dihabiskan dengan menonton filem-filem yang seharusnya melatih pemikiran minda kami.

Semester ini kami harus menyiapkan video pendek, model karekter dalam bentuk kayu, dawai, cut board dan clay, penulisan skrip dan lukisan animasi.

Aku terus membuat karekter study dengan mengambil beberapa watak penting dalam kelas dan menggunakan ayat seperti “Dahlah laju menjunam”. Hasil dari karekter study ini aku mendapati ramai pelajar di dalam kelas yang mengharapkan perhatian dari kumpulan kami dan ramai juga yang ingin bersaing sama ada secara sihat mahupun secara tikam belakang.

Antara idea awal aku bersama Wak untuk filem pendek adalah perjalanan watak yang akan berjumpa pelbagai watak dan akhirnya dia akan terjumpa kopiah. (sangat cliché). Idea kedua Superhero yang akan berlawan dengan karekter-karekter melayu seperti Hang Jebat di simpang empat Jalan Bukit Bintang (satu idea yang sukar dilaksanakan).

Satu hari ketika aku dan Ujang (Helmy) dalam perjalanan untuk pulang ke rumah kami kesangapan rokok dan ketika ini kami berada di kawasan sekolah sudah tentu kami tidak merokok sedang lantas aku terpikir “Kita buat cerita mengenai kesangapan hendak menghisap rokok.” Kisahnya sangat simple dan sentiasa terjadi pada kumpulan kami dimana setiap pagi kami akan bangkit dengan liatnya untuk ke kelas dan antara aktiviti utama kami adalah menghisap rokok dan kembali menyambung mimpi lalu terus lena dibuai mimpi indah.

Jadi proses penerapan berlaku dan setelah dikemaskini kami mulakan sessi penggambaran yang diganggu dan ketika ini lah campur aduk dari pelbagai pihak yang ingin memberi tunjuk ajar dan cuba mengubah idea asal namun kami gagah menegakkan idea asal kami. Dengan menggunakan teknik mengambil shoot dari motorsikal dan menyuruh Pak Din (Kamarul Azizi) lari. Pak Din terpaksa lemas, berlari dan terus berlari sehingga dia sampai di Stesen Putra KLCC satu pelarian yang agak jauh.Terima kasih kepada Pak Din yang tidak mengeluh dan sanggup membasuh bajunya sendiri.

Akhirnya tiba pada hari sessi kritik,aku dan Wak menjawab segala soalan dari Indera (ranking no 2 dalam group chap) dia merupakan seorang pereka freelancer USM. “Video korang ini kalu hendak ke arah komerisal kamu telah berjaya tetapi kalu hendak ke arah penceritaan yang serius masih banyak yang perlu dipelajari”.

Soalan aku pula “Kami menghadapi masalah dari segi karekter build-up, sebagai contoh saya ingin membuat penonton berasa sedih bersama protagonist dengan segala kegagalan yang dia lalui tetapi saya gagal. Dan malam itu aku diberi peluang untuk jamming bersama Indera dan Chap.

Semester ini banyak menguji kami dari segi pengolahan idea dan kepekaan kami terhadap segala ilmu yang dipelajari ketika di semester satu. Dan jawapan bagi soalan aku terjawab ketika aku terbaca nota teknik pengenalaan karektar semester satu. Aduh, tanda kepekaan yang lemah.

Koleksi Karya Semester 2

Model Clay

Pemain Tennis

“Hold On” Video Pendek

Lukisan Katoo (Amir)

Inilah yang sering dilukis di belakang buku amali Sains tingkatan 2