Tuesday, December 30, 2008

Jadual Harian

Kehidupan harian aku bagaikan mesin yang telah dijadualkan untuk bangun, makan, kerja, makan, balik rumah… tidur. ..dan esoknya pun sama.

Akan tetapi dari awal pagi aku ditemani awan yang seperti ingin memberitahu aku sesuatu….

Sketches Lalu

Seketika aku jadi jemu dengan persoalan yang tidak dapat aku jawap, lalu aku senyap dan terus senyap dan terus jemu dengan soalan-soalan tersebut. Sifat-sfat manusia yang diagendakan untuk menyedarikan diri aku. Aku mula memahami agenda tersebut sengaja ditetapkan untuk aku. Aku dapat bersembang dengan seorang manusia yang merupakan sumber inspirasi aku sepanjang proses aku menconteng sehinggalah contengan itu menjadi cerita dalam karya aku. Belum sampai sehari dia boleh agak idealogy aku, yang bagi kalian susah untuk terima. “Macam mana ko nak ringankan idea ko yang berat itu”…. Perbualan kami tamat dengan kata-kata yang membuat aku terus berfikir. Selang seminggu kami kehilangan seorang penghibur yang sentiasa ceritakan kisah-kisah silamnya yang diakhiri dengan kemunculan semua watak yang pernah disebutnya ketika kami menghantarnya buat selamanya….Semoga rohnya dirahmati ALLAH. Banyak pengajaran yang diberi walau kami tidak pernah menjadi anak muridnya. Hunjung 2008 aku menyedari yang aku belum mula melangkah.

Cerita yang selalu bermain di kotak fikiran…








Wajah-wajah yang muncul…..






Seketika aku jadi jemu dengan persoalan yang tidak dapat aku jawap, lalu aku senyap dan terus senyap dan terus jemu dengan soalan-soalan tersebut. Sifat-sfat manusia yang diagendakan untuk menyedarikan diri aku. Aku mula memahami agenda tersebut sengaja ditetapkan untuk aku.
Aku dapat bersembang dengan seorang manusia yang merupakan sumber inspirasi aku sepanjang proses aku menconteng sehinggalah contengan itu menjadi cerita dalam karya aku. Belum sampai sehari dia boleh agak idealogy aku, yang bagi kalian susah untuk terima. “Macam mana ko nak ringankan idea ko yang berat itu”…. Perbualan kami tamat dengan kata-kata yang membuat aku terus berfikir.
Selang seminggu kami kehilangan seorang penghibur yang sentiasa ceritakan kisah-kisah silamnya yang diakhiri dengan kemunculan semua watak yang pernah disebutnya ketika kami menghantarnya buat selamanya….Semoga rohnya dirahmati ALLAH. Banyak pengajaran yang diberi walau kami tidak pernah menjadi anak muridnya.
Hunjung 2008 aku menyedari yang aku belum mula melangkah.

Friday, December 12, 2008

Long Disember …

Ada pernyataan bahawa mengampuni diri sendiri itu lebih susah dari pada mengampuni orang lain, tetapi ternyata itu tergantung dari orangnya….

“Kenapa aku masih macam ini?” adakah itu tanda-tanda aku tidak bersyukur.

“Apa yang telah buat?” adakah itu tanda-tanda yang aku belum pun berganjang….

Seketika aku terlupa di mana aku kini, harian yang dilalui dengan roti dan jamm Resberry hagus akibat habuk dan asap kota terus tidak lalu aku makan roti tersebut. Bangunan-bangunan pencakar langit yang menjanji kejayaan sebuah bandar maju dengan begitu pesatnya dan mentertawakan pengayuh basikal yang sesekali muncul dan yang lain begitu bergaya memandu kereta beratap sambil memaki sesama lain sedangkan semuanya berada di atas jalan tar yang sama.

Instinct aku dapat merasakan yang aku akan terus lemas dalam lautan yang semakin dalam kesan dari akibat air hujan yang tidak henti-henti melimpahkan rahmatnya. Ketika dibasahi mimpi-mimpi lena, aku terhenti dan memikirkan apa yang telah aku buat sepanjang tahun 2008? Mimpi aku seperti biasa akan sentiasa memperkenalkan watak-watak penting yang akan memberi semangat dan inspirasi untuk aku terus berkhayal.

Separuh dari sifat aku sangat berkiat pada alam, seolah menggalakan aku untuk berhenti kerana cuaca yang tidak mengizinkan. Dan boleh dikatakan hampir segala rancangan aku gagal disempurnakan tahun ini, yang paling menarik sekali ketika menerima pujian yang sememangnya tidak aku gemari dan suasana serta situasi yang tidak begitu selesa untuk lalui setiap hari dengan mendengar khabar berita dan kes-kes yang menguji mulut dan telinga aku. Kesan dari segala situasi harian tersebut membuat aku tenggelam bersama perbualan yang tidak menjanjikan sezarah mikroorganisma pun.

Penerangan aku ini berbentuk negatif yang menyuruh aku berambus dari tempat ini yang membuat aku berhenti seketika namun tidak semua kejadian yang ditetapkan untuk kita lalui adalah kosong dan tiada pegajaranya dari kejadian tersebut. Tahun ini banyak menguji kebolehan aku untuk terus bertekad dan usaha untuk mencapai sesuatu.

Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk mendengar dan menghadiri kuliah bersama manusia-manusia yang terus mendidik aku untuk berfikir dan membakar saraf tunjang agar aku terbakar di dalam walaupun secara fizikalnya faktor warna aku sentiasa membuat ramai tertanya-tanya.

Banyak benda yang meninggalkan dan muncul untuk aku tatapi namun soalan utamanya adalah “What have i done?” Walau jelas aku fahami segala pengajaran di sebalik setiap kejadian tetapi aku masih di sini seolah-olah tidak berganjang setapak pun seperti filem chile yang bertajuk “Fuga” mengisahkan an unfinished opus yang akhirnya hanyut ke dasar lautan. “Selagi man di sini selagi itu lah man unfinish” teguran selepas menonton file ini.

Ntah bila aku akan menegur diri sendiri.agar aku tidak terus merajuk dan hold atau pause segala karya yang sepatunya dikeluarkan. Jika menonton muzikal aku pasti pulang dengan begitu gembiranya kerana terhibur namun aku tetap akan tertanya-tanya apa pengajaran muzikal tadi?

Jika aku ketahui penghujung kisah aku pasti aku tidak akan terus mengejar cita-cita. Dan sememangnya manusia akan mati dan akan lahir pula bayi baru yang akan menggantikan jumlah penduduk bumi, jadi kalau kita sudah tahu yang kita akan mati buat apa usaha?

Allah SWT telah menetapkan harapan dan cita-cita pada setiap insan yang dicipta terpulanglah kepada insan tersebut untuk mencari dirinya atau tidak.

Ego aku mucul di hadapan aku dan menghina diri aku sendiri sambil ketawa ‘hahaha, senyumlah dan terus sedekahkan senyuman itu, dan sesungguhnya hanya engkau dan aku sahaja yang tahu apa yang akan kita buat!”

Pada setiap hujung tahun aku akan mendendangkan lagu ini kepada diri sendiri agar aku sedar apa yang telah aku lalui :

“A long December and there's reason to believe
Maybe this year will be better than the last…

Dengan harapan kabus dapat mengabur segala kejadian yang aku sudah jelak untuk lalui. Dan harap-harap aku akan terus menyedarkan diri aku sendiri…….

mana MENARA KL?

Tuesday, December 2, 2008

Perbualan

Setelah melalui beberapa peringkat proses pembesaran dari mula kita bercakap dalam bahasa bayi kemudian mengeja, menyebut hinggalah kita petah bercakap,sebenarnya ini adalah satu proses yang sangat komen untuk meluahkan isi hati....Ya, bercakap.

Kita bertutur agar orang lain dapat memahami kemahuan dan isi hati kita, sekaligus untuk menunjukkan yang kita bukanlah spesis bisu. Buka hina pun orang bisu ini lagi best adalah, kerana mereka sentiasa berpentomime agar difahami dan insan seperti ini cukup unik untuk melihat air muka dan pengerakan mereka yang begitu karekteristik.

Seperti kalian semua aku pernah bercakap dalam bahasa bayi di alam aku sendiri. kemudian ibu mendidik abjad A for Epal dan pengaruh utama aku adalah perbualan di dalam filem-filem dan kartun yang akan menjadi rutin aku untuk menghafal bagaikan saat pahlawan mengangkat Light Siber dan berucap “may the force be with you young Skywalker ”. Tidak lama selepas itu aku meneruskan langkah ke sekolah yang dikelilingi bahasa asing. Satu bahasa yang ditetapkan untuk aku belajar selama 6 tahun akan datang. Dua minggu pertama aku menghabiskan masa dengan melihat mimik muka Ah Moi dan Ah Chai yang berubah dari kuning ke merah selepas tu aku mula bertutur dalam bahasa mereka tanpa dikesan perubahan warna muka aku.

Lewat remaja aku banyak bertutur dengan intonasi dan aura ego yang sentiasa menyeleweng ke arah nakal lalu aku mengenali pelbagai benda baru seperti ponteng sekolah dan antara perbualan yang kami gunakan ketika ini adalah bentuk bisikan pada kadar sangat perlahan sehinggalah halkum terkeluak...”Ca ah li bot!

Selepas melalui perlbagai peringkat jatuh dan bangkit aku mula berbual sendiri dan merewang jauh ke planet dan terbang ke awan yang jauh dari bumi. Bagaikan fikiran aku sangat jauh dari realiti dan aku akan capture setiap babak tersebut dalam angle komik. Ketika aku menaburkan tanah ke pusaran kakak aku, ia antara babak yang sangat penting untuk menyuruh aku “move on”.

Perbualan dalaman yang hanya kita dengar, bisikan ditepi kesedaran kita, perbualan dalam ingatan dan monolog menjadi rutin harian sehingga sebati dalam diriku. Aku sentiasa menyuruh diriku mencapai ke satu tahap yang way beyond my imagination dan berbual atau berdiskusi dengan diri sendiri “What am I suppose to do?” Sampai satu tahap aku berkenalan dengan qarin dan cuba mengawalnya.

Aku sangat teruja dengan perbualan di antara Nabi S.A.W dengan Iblis, antara janji-janji iblis untuk mengoda manusia. Dan aku percaya setiap perbualan kita didengari oleh ALLAH SWT dan mustahil pencipta kita tidak tahu kemahuan dan isi hati kita, sudah pasti pencipta agung lebih mengetahui apa yang terbaik untuk mahluk ciptaanya.

Ada juga perbualan yang simple dapat mengubah kita dalam sekelip mata untuk bertukar dari putih ke hitam. Syaitan bergumbira melihat kita cair dan terpedaya. Secara emosional kadang satu perbualan akan menggubah kita terus dari gembira ke sedih. Aku berterima kasih kerana aku dapat berbual dengan diri sendiri dan tahu apa kemahuan aku.

Se7en
by Andrew Kevin Walker

JOHN DOE

I wish I could have been a normal man like you. I wish I could have a simple life.

JOHN DOE (to Mills)

I want you to know, I wish I could have lived like you do.

MILLS

What are you talking about? What happened?

JOHN DOE

Are you listening to me, Detective Mills? I'm trying to tell you how much I admire you...
and your pretty wife Tracy.

MILLS (to John Doe)

What did you say?

JOHN DOE

I visited your home this morning, after you left.

Mills is filled with an aching terror.

JOHN DOE

I tried to play husband... tried to taste the life of a simple man, but it didn't work out.
So, I took a souvenir.

JOHN DOE

Her pretty head.

JOHN DOE

Because I envy your normal life. Envy is my sin.

Fury rises in Mill and he turns to level his gun at John Doe.

MILLS

Tell me it's not true.

Mills goes to grab John Doe by the throat and puts the gun to

Doe's forehead, blind with rage.

JOHN DOE

Kill me.

JOHN DOE

She begged for her life, and for the life of your baby inside her.

Mills' face fills with confusion -- then a wave of horror.

Doe's eyes register shock

Mills turns the gun on John Doe.

Blam.Blam.Blam.

* satu contoh perbualan yang bagi aku sangat celaka!