Tuesday, December 29, 2009

Bayangan

Cuba mengungkap makna dan definasi kehadiran,ketiadaan, kebiasaan dan kejarangan dengan menggunakan warna hitam, putih dan kelabu tak berani pula untuk menggunakan warna-warni.

Bayanganya akan muncul di atas permukaan air, tenang dan sunyi. Tetapi dalamanya siapa tahu?

Mendengar:
Chevelle-This Type of Thinking (Could Do Us In)

Monday, December 28, 2009

Haluan

Kebiasaanya aku akan mengalami satu symptom yang agak lucu, setiap kali selepas selesai menghasilkan sesebuah karya (tidak kira dalam bentuk apa) aku akan berasa sangat cemas dan takut dengan apa yang bakal dikeluarkan. Pengerakan dan kelakuaan aku kelihatan tenang dan ceria tetapi dalaman aku sebenarnya berkelodak untuk mencari sesuatu yang ingin dipertengahkan, akan dipertengahkan dan bakal dipertengahkan. Ia proses….dan ‘idea’. ‘Orang yang ada idea ni celaka’ kata salah seorang idolaku.

“Balang” adalah antara karya yang mengambil masa paling lama untuk dihasilkan, tak tau kenapa tetapi banyak pengajaran yang dipelajari. Antaranya komposisi, kepekaan pada canvas dan aku cuba bercerita dengan cara yang berbeza dan yang paling utama ‘simple storytelling’.

Tujuan, haluan dan sasaran aku sangat kabur malah tidak menjanjikan kereta mewah,
keluarga bahagia atau sumber kewangan yang pasti, tetapi aku mencuba untuk membetulkan jalan ini, bukan untuk aku seorang tetapi untuk mak, keluarga dan orang yang tersayang. Yang hadir untuk menyelamatkan dan menemani hari-hari warna-warni yang bakal dilalui bersama.

Walau berkali aku menafikan benda-benda yang perlu aku fahami tetapi akhirnya aku tetap akur dan meneruskan perjuangan ini. Dan aku juga perlu berubah dan sedar bahawa aku bukan lagi keseorangan.Terima kasih kerana sudi memahami dan menemani hari-hari gelapku.

Mendengar :
Foo Fighters-Times Like These
Foo Fighters-Ain't It The Life


Last Scene

Pagi ni aku tersentak daripada mimpi yang sungguh ceria, ditemani kanak-kanak di sebuah taman permainan yang bersama-sama membantu merakam scene terakhir “Balang”. Mereka menanti kehadiran dan memberi kerjasama yang sangat tinggi untuk aku meneruskan perjuangan ini. Kenapa? Buat apa? Mengapa? Apa semua ini?

Aku tak faham, dan aku sangat marah dengan kutukan semalam yang hanya mementingkan pangkat dan darjat semoga dia dapat membawa semua ini ke alam seterusnya.

Soalanya seperti biasa....bila nak siap?

Mendengar:
Pearl Jam-Ten
Norma Jean –Redeemer

Ahad
Pearl Jam Ten Revisited


Aku stuck layan dokumentary Pearl Jam “Ten” Revisted, mencerita kisah disebalik penbikinan album yang terjual berjuta keping. Apa yang menarik tentang Pearl Jam adalah kisah brotherhood dan bagaimana mereka menemui missing pieces mereka iaitu Eddie Veder.

Sepatutnya Alice in Chains, Soundgarden, Mudhoney dan banyak lagi band yang berasal dari Seatle sepatutnya menembusi pasaran sekaligus mencipta revolusi namun “Smell Like Teen Spirits” Nirvana yang berjaya mencipta sejarah sekaligus menjadikan genre ini sejarah muzik.

Apa yang menarik tentang generasi ini ialah semua golongan mampu mencipta lagu,liriknya jujur berkisahkan cerita realiti. Berpakaian simple dan berbekalkan Fender Stratocaster atau Gibson Les Paul kesemua band yang muncul dari zaman ini mencipta lagu daripada unik hinggalah cliché.

Tetapi apa yang lebih mendalam adalah video clip yang tercipta. Jeremy, Black Hole Sun, Heart Shaped Box berjaya membuka mata segolongan manusia yang mendalami lirik dan erti disebalik setiap watak yang diwujudkan. Jalan cerita video clip ini berjaya meninggalkan kesan yang mendalam untuk mendalami dan menghayati malah untuk mencipta karya baru.

Petang ini aku dilamun cinta ke era itu semula, berpakaian t-shirt lusuh, jeans dan Jack Puzzle. Ehlisa merajuk sehingga tidak terdaya untuk dipujuk tambahan dia baru dapat tahu ada seorang lagi bakal menemaninya di dalam bilik ini. Petang ini juga aku mencipta satu riff alah “Days of The New” memberi makna kepada petang yang serba melankolik ini.

Malam filem “Pollock” mengundang dan menjanjikan seribu satu persoalan terhadap apa yang akan dikeluarkan selepas ini.

Mendengar:
Pearl Jam – Ten


Friday, December 25, 2009

Monday, December 21, 2009

1 Muharam 1432


Khutbah Jumaat mengisahkan Hijrah pertama Nabi Muhammad S.A.W dan pengorbananya sentiasa dihargai.

Petang mendung diikuti hujan renyai-renyai, sangat lembab seperti berenang di lautan yang bergelora diikuti satu perbualan yang sangat “Casually Dressed and Deep in Conversation”. Perkara aib yang diaibkan tertera di papan kenyataan untuk diawasi dan diteliti agar menerima kenyataan dan memegang janji untuk bertanggujawab ke atas segala rahsia. Walaupun sedih dan agak sensitif tetapi kenyataan tersebut mencerminkan individu seseorang, kelihatan sangat transparent, jitu dan tulen.

Disebalik kejadian setiap insan pasti ada cerita yang menarik, dan kehadiran insan seperti ini dirancang untuk menyedari diri sendiri, bukan mudah untuk menceritakan sesuatu yang sangat personal, namun inilah fitrah manusia mahu difahami dan memahami.

Maka hari ini dia perlu terima bahawa sesuatu yang tertulis sudah muncul di depan matanya, semuanya terpulang kepadanya untuk sedar dan menerimanya.

Azam tahun ni? Teruskan perjalanan ini dan kotakan janji-janji yang telah dibuat. Amin.

Mendengar
Jimmy Page and Robert Plant - Walking Into Clarksdale














































Thursday, December 17, 2009

Kehidupan Seorang Pereka

Kononya apabila anda digelar sebagai seorang pereka maka perlulah rambut berserabai, pakaian selekeh dan tiada life. Anda dianggap sangat kewl kerana tidak berdiri di jalan yang lurus malah tidak suka bergaul dengan manusia biasa.

Pernah kena batai dengan kawan lama aka pereka maut majalah kami, “apa ko ingat rambut ko panjang, pakai t-shirt band, selekeh kira ko ada style ah. Ko tak akan diambil untuk bekerja dengan gaya ko, mereka akan melihat design ko bukan gaya ko”.

Kalau ya aku mempunyai gaya penampilan begitu mungkin ia lahir sejak dulu dan sudah sebati dengan jiwaku. Perlu tingkatkan design malah perlu selalu menyibukkan diri dengan rekaan terkini. Sewaktu ketika dahulu aku teringin menjadi seorang pereka dan menlihat rekaan aku di merata tempat, tidak harapan itu tidak hilang tetapi aku jemu dengan perkataan limitation jadi aku beralih arah kepada imej yang bergerak.

Sepatutnya aku berubah penampilan yang kemas dan bergaya agar dipandang mulia dan bergaya atau lebih tulus. Namun kerja aku semakin bertambah, aku bersyukur kerana diberi peluang untuk menimba ilmu bersama ilmuwan-ilmuwan yang sudi berkongsi pengalaman dan mengajar aku pelbagai benda baru. Dan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi mendengar lagu-lagu singal mono yang membuat anda turut sedih.

Mendengar
Takahiro kido -Y

Tuesday, December 15, 2009

Tertulis


Telah tertulis setiap dugaan yang perlu diharungi, kegembiraan yang menanti, dan kesedihan yang bakal melukakan hati setiap manusia. Manusia hanya tidak terdaya untuk memadam apa yang telah tertulis, manusia hanya mampu doakan yang terbaik untuk diri sendiri,untuk muslimin dan muslimat.

Kita tidak tahu walau sezarah pun apa yang akan berlaku esok, jika kita tidak tahu apa yang akan jadi maka tidak seronoklah untuk melaluinya. Hargailah setiap saat kerana kita tidak dapat bayangakan apa yang akan jadi selepas ini.

Seperti daun yang telah ditetapkan akan tumbuh dari akar, mustahil ke jika ia tumbuh dari tali gitar?

“Yes, you should!”
“No, you shouldn’t!”



























Keputusan

Biasanya sangat sukar untuk membuat satu keputusan dengan tepat, kerana mungkin kita akan menyesal dengan keputusan yang telah dibuat atau bersyukur kerana mempelajari sesuatu daripada kejadian tersebut.

Mungkin kita memang perlu melalui peringkat itu agar kita menjadi lebih kuat dan cekal. Dan apabila kita memahami dan menerima keputusan tersebut pasti pulih perasaaan yang luka dan kita tidak dapat menjelaskan apa yang kita faham.

"Gelap malam adalah pembuka dimensi kejahatan".

Mendengar
Incubus-Quicksand


Thursday, December 10, 2009

Sensitif

Kadang-kadang sifat sensitif akan membuat orang di sekeliling tidak selesa malah boleh juga melukakan hati sesiapa sahaja. Sifat ini akan meleret sehingga pentingkan diri sendiri dan mudah terasa.

Sejak kebelakangan ini satu imej yang agak mengerikan muncul mempelawa aku ke ‘the other side’ matanya hitam penuh, berpakaian sama seperti aku, dia bersuara ‘jom, ikut aku’. Aku senyap terkedu.

Perbualan itu tamat begitu dan ia berterusan setiap malam sehingga membuat aku takut untuk melelapkan mata. “Apa motif kemunculan dia, sengaja menggoda atau ada tujuan lain?” Berbakul-bakul soalan muncul, semuanya tidak terjawap.

Aku bercadang untuk menyingkatkan waktu tidur aku, dan disi dengan aktiviti yang bermanfaat seperti membaca dan melukis namun setiap malam aku terlelap sehingga berjumpa dengan karakter itu. Apa motif karakter ni?

Satu malam, beberapa text berjaya membuat aku terfikir tentang erti kehidupan, komitment, pengorbanan dan pentingkan diri sendiri. Kadang perubahan perlu dibuat untuk mendapat sesuatu dan ini antara pengorbananya.

Deminya aku berubah dan menghayati erti setiap perwatakanya, agar aku berubah menjadi muslimat yang beriman untuk-NYA bukan untuk sesiapa.
Adakah aku terlalu yakin atau aku bakal memakan diri sendiri?

Mendengar:
Megadeth-Rude Awakening













Tuesday, December 8, 2009

Cloak
Riff yang agak suram dikuti chorus yang ceria dan build up. Suara-suara dalaman yang terpendam. Irama ini muncul semasa fikiranku sedang memikirkan sesuatu yang ‘sangat gentle’.

Emo yet beautiful.

Kakak ku mandi air garam, katanya elegy. Nak jadi duyung kot.

Mendengar:
Matchbox Twenty-Push [Acoustic]

Monday, December 7, 2009

Pagi ini

Apa yang menanti hari ini? Oh, ya cuti ganti, maka berehatlah.

Mendengar:
Yellowcard-How I Go [Adaptasi filem Big Fish]
Dashboard Confessional
Butterfingers-Pancasona

6 Disember

Selepas sarapan, bertolak ke stesten bas. Pagi ni agak segan dan shadu dengan kedua orang tua Fikri, jasa mereka tidak dapatku balas.Wajah fikri pun agak letih melayan aku beberapa hari ni. Tanjung Tualang mempunyai beberapa tempat yang menarik untuk diterokai.

Dalam perjalanan jawapan bagi soalan-soalan yang timbul malam tadi terbalas. Dan aku mula sedar akan sesuatu yang bakal memakanku.

Setiba KL aku berjalan ke dalam perutnya yang begitu bingit, ke CM berjumpa dengan Pak Aris berborak dengan dia sebentar, dia agak sibuk. Selepas makan aku pulang, pulang, pulang ke rumah.

Agak gementar dengan apa yang akan ku keluarkan selepas ini. Kahak?

“Man, ktorang selalu doa utk man” ummi

Mendengar:
Rival School Live at Maxwell’s in Hoboken










































































































































































5 Disember

Petang itu proses sejatan dan kondensasi secara berterusan bermula awal, awan semakin gelap, tetapi kami bertiga tetap degil dan meneruskan perjalanan.

Kami terpaksa berteduh dalam kereta ditemani XFresh FM, pelakon mula gelisah dan masing-masing agak moody.

Hasilnya memuaskan, pelakon berjaya mewujudkan mood yang dikehendaki malah memberi sumbangan yang tidak dijangka.

Malam, kami agak kepenatan dan banyak pula soalan yang muncul.

* Home work: perlu membuat kajian tentang mood Sfx .

Mendengar :
Lagu tema

















































































































4 Disember

Selepas solat jumaat bersama pakcik-pakcik berkain pelikat, kami meneruskan perjalanan mencari lokasi yang sesuai. Ya, sangat setuju Perak mempunyai beberapa secenary yang indah,itu pun dapat diterokai semasa pengajian.

Kemudian menjemput pelakon di Asramanya.

Malam, merancang dan merancang dengan lebih terperinci.

Mendengar :
Pelican – Bliss In Concrete





















































































3 Disember

Gumpalan awan kumulus yang terbentuk sejak awal pagi mengatur strategi untuk memulakan proses sejatan dan kondensasi secara berterusan. Setitik demi setitik air yang menitik mematahkan semangat untuk bekerja. Selepas mengemas baju, berbekalkan payung harungi jalan yang bakal membasahi kasut. Mendengar irama air hujan di penantian bas lebih sedap daripada lagu-lagu dalam ipod.

Seperti biasa melayan pelakon-pelakon hebat, mengikut kehendak mereka. Tepat jam lima tanpa menghiraukan pesanan penaja dan sebarang pesanan ringkas, berbekalkan semangat membakar terus melangkah meninggalkan KL yang bingit ini.

Perjalanan pada malam itu sangat gelap, pejam mata dan nikmati lagu-lagu yang bakal menyalakan obor yang agak lama terpadam.

Setiba destinasi, neon lampu jalanan menyinari malam yang gelap. Selepas minum dan satu sesi diskusi panjang kami mengatur jadual esok.