Saturday, January 31, 2009

Mogwai
21st Jan 2009
8.30 pm
KL Convention Centre














 

Ruang yang luas, stage yang berdiri dengan perkasanya serta amplifier Mesa Bogie and Marshall sedia untuk berjuang dan sedia mengeluarkan bunyi-bunyi Scotish.
 
Musik mereka sangat spacey, ditemani warna-warna indah seperti kuning, merah, hijau, unggu, menemani alunan musik mereka. Tiada lirik hanya musik yang berkata dengan sendirinya ibarat menang atau tawas dalam satu peperangan.

Aku, Arip dengan Chiq berdiri dari satu sudut ditemani peminat mereka yang bersorak dan menghayati musik ambient pada malam itu sangat psychedelic jikalau anda seorang stoner malam ini anda akan terbang tinggi ditemani alunan musik Scotish, sangat rare.
Christmas Steps antara lagu yang sedih bersama susunan piano yang sahdu, mereka berjaya mendendangkan 14 lagu kesemuanya dan lagu penutup mereka Batcat yang mempunyai element A Perfect Circle sangat enegetik yang menyuruh anda bangkit, bangkit dan terus bangkit.

Apa yang pasti ini persembahan International yang harus ditonton jika anda penggemar entertainment yang berbentuk tidak komesial. Akan tetapi malam itu kami ditemani bir Tuborg bersama gadis-gadis Tuborg yang meronda untuk menggoda mata-mata lelaki teruna. Aduh!

Sessi Butterfingers Istana Budaya
17 – 18 Januari 2009
Lambang Sari, Istana Budaya















15 tahun yang lepas aku melalui proses pembikinan band kugiran yang dipenuhi dengan kegagalan, akan tetapi terdapat pelbagai cerita menarik disebalik setiap kisah. Antaranya drummer masuk penjara, guitarist masuk band kugiran lain dan alasannya adalah jenis musik yang ingin diperjuangkan.

Aku diberi peluang untuk berjumpa dengan satu kumpulan yang tali persahabatan sangat akrab. Bersama mereka bagaikan komik “bersama selamanya” pelbagai siku liku dilalui bersama. Sehingga kini kami masih bersama dan faktor perubahan masa dan rutin kehidupan harian membuat band kugiran kami terggendala. Ada yang sambung belajar, ada yang kerja dan ada yang berjaya memperolehi kerjaya dan ada juga yang lemas dan terus lemas.

Butterfingers adalah antara band yang kami kagumi dan dengari serta menjadi saksi bagi setiap perubahan serta kematangan mereka pada setiap album. Kami pernah stage dive, bersorak dan berperang di mosh pit sehinngakan ada yang pernah terseliuh tangan.

Dari mula musik yang sangat ber-influence grunge sehinggalah ke musik keroncong atau musik traditional kontemporari. Ntah selalunya golongan seni benci apabila dilabel. Album Transcendence dengan lagu The Chemistry (Between Us) membuka telinga ramai pendengar muzik sehinggkan lagu The Chemistry (Between Us) menjadi anthem mereka. Susunan lagu ini sangat energetik yang berjaya menaikan semangat muda. Aku ingat cd album Transcendence pernah lama berada di diskman aku. Kemudian mereka melahirkan Malayneum penuh dengan lagu di bayang-bayang. Jikalau dikaji Loque sudah lama masukan element kemelayuan dalam musik mereka bersama gesikan biola Emmett yang menyaduhkan lagi irama butterfingers.

Hapis aka Loco barang kali missing piece mereka tidak syak lagi ketika dibangku sekolah kami selalu jamming di Heaven Studio dan brader Loco sentiasa sibuk bersama snare akhirnya dia bersama butterfingers yang mendapat stroke Matt Cameron. Kadak pula bekas penuntut ASK ketika di Empire Tower yang dulu asyik dok serong beg bassnya ke hulu dan ke hilir..

Aku sempat menonton ke-empat persembahan mereka di Lambang Sari dimana biasanya digunakan untuk persembahan eksperimental tiba-tiba ia menjadi saksi bagi titik perjuangan anak muda watan. Barang kali inilah hasil karya pemuda urban yang tiada kampung musiknya penuh dengan pelbagai genre dan keasyikan suara protes mahupun dari segi alunan music ataupun lirik.

Loque mula mempratikan petikan guitarnya secara terkawal walaupun gaya permainanya yang sentiasa berubaha dari garis ordinary lagu sikap jitu grunge. Emmett yang terus menjerit dengan sebutan bahasanya tersendiri dan kumpulan Strings yang cuba sedaya upaya untuk mengiringi kumpulan kesayangan ramai ini.

Secara keseluruhanya ini adalah persembahan mereka yang terbaik setelah lama menyaksikan persembahan mereka namun ruang dan sound system kali ini menjanjikan satu persembahan yang lebih mantap.

Semua dapat melihat Inspirasi, memori dan cita-cita bersama band ini yang sentiasa jujur dengan musik yang mereka hasilkan untuk didengari dan dihayati bersama. Aku bersyukur yang aku terlibat secara langsung untuk menjayakan persembahan kali ini. Jutaan Terima Kasih kepada Butterfingers dan teruskan usaha anda.




Friday, January 23, 2009

Perangai

Faktor persekitaran sentiasa mempengaruhi perangai seseorang individu, biasanya pada waktu malam manusia akan tidur dan bekerja pada waktu siang. Secara tidak langsung manusia akan membawa watak dan peranan masing-masing.

Apabila seseorang individu lemah atau putus asa perangainya akan lemah longlai, tidak semangat dan murung dan kebarangkalian ke arah moody. Tetapi ketika seseorang individu sedang gembira atau ria ia pasti ceria, buat lawak dan happy go lucky.

Kebelakangan ini aku sentiasa moody, walaupun ditemani awan-awan yang cerah. Yang pasti ia ibarat satu perjuangan yang menjanjikan jatuh dan bangkit.

Seharusnya aku sedang cuba menerima hakikat dan tabahkan hati untuk terus berjuang…..

Wednesday, January 14, 2009

Awan

Ketika kita sedang lena dibuai mimpi tanpa menyedari azan berkumadang, lalu matahari pula menerangi dan memberi sinar harapan sambil bulan meninggalkan langit yang sama. Awan mula beredar dengan perlahan-lahan dan tanpa disedarii sudah pun bermula hari yang baru. Manusia seperti biasa bangit untuk melakukan tugasan harian.

Matahari yang sama akan menerangi sepanjang hari dan matahari itu juga menemani nabi adam sehinggalah kini. Kesemua ciptaan Allah masih yang sama dan diantaranya ada manusia yang dimatikan dan ada yang dihidupkan. Seperti yang aku ingati awan yang sama menemani aku ketika aku gembira dan sedih, Menerima kejayaan dan kegagalan. Seperti detik-detik aku menyelamatkan gol (selaku pemain defender) daripada pihak lawan menjaringkan gol dan juga ketika aku gagal menyelamatkan keadaan.

Awan sentiasa bersama aku dan ia seperti ia ingin memberitahu aku sesuatu, adakah awan bisu? Adakah awan pekak? Adakah awan buta?

Awal pagi awan beredar menutupi malam dan munculnya ingin memberitahu kita semua yang semuanya akan berjalan dengan lancar seperti satu skuad penyelamat yang akan melindungi kita, tetapi akhirnya hujan pula akan turun dan kita mula menyalah hujan. Bukankah awan yang sama yang menurunkan air agar ia menurunkan rahmat?

Apa yang aku nampak dan difahamkan cukuplah untuk aku seorang lagipun kalau aku berkongsi ramai yang menggangap ia tidak mendatangkan faedah.

Akan tetapi akan aku keluarkan dalam bentuk visual sebuah cerita awan, kerana apa yang difahamkan cukup menarik jika dikeluarkan dalam bentuk garisan-garisan yang akan dibaca dalam pemahaman yang berlainan.

Tidak kiralah jika pegedaran awan biasanya disedari atau tidak disedari, namun yakinilah bahawa ia muncul untuk melindungi kita. Aku bersama emosi aku yang berada di dasar lautan menanti apa yang telah diagendakan untuk aku walaupun hasrat ini besar namun aku seperti menanti satu watak yang akan memberitahu aku apa akan jadi selepas ini.

Saturday, January 3, 2009

Poke

Dewasan ini hubungan aku bersama kakak-kakak aku tidaklah begitu akrab, faktor utama kerana kami mempunyai kehidupan masing-masing.

Namun kami mempunyai memori yang menarik antaranya aku pernah ketuk kepalanya dengan suis elektrik sehingga berdarah kepala.Scene seterusnya…..

Aku lari dan tidak pulang ke rumah. Takut dimarahi oleh boss.

Seterunya dia melangkah dan terus melangkah maju ke hadapan bersama semua celibiriti yang disanjunginya dan aku pula sibuk menghabiskan masa di gelangang bola keranjang.

Penah sekali kami ke Lot 10 dan kakak aku ke tandas lalu aku sesat bersama banjiri manusia yang tidak pernah aku jumpa. Dia muncul dengan mencubit telinga aku menyinari hidupku. Banyak kejadian yang mematangkan kami.

Kawanya menghadiahkan aku gitar akustik, aku menghabiskan masa bersama kekasih baru itu, akan tetapi kakak aku terkenal dengan sikap pemarahnya membelasah aku dengan gitar tersebut sehingga patah. Dan jari aku bengkak bukan kerana belajar main gitar tetapi dibelasah dengan gitar.

Namun dia mempunyai satu sifat istimewa yang sentiasa mencaci aku, kononya aku tidak menpunyai cita-cita dan tidak nampak satu hasil pun. Berbekalkan Sijil SPM dia terus bekerja sehingga kini bergelar penyelia di salah satu syarikat telekomunikasi. Hebatnya dia bersama keretanya dan gaya hidupnya yang serba mewah.

Ramai kawan-kawanya mengenali aku dan mereka sering memberitahu aku yang kakak aku ni bangga mempunyai adik seperti aku dan segala bentuk kepujian yang tidak layak untuk aku terima.

Dari kecil sehingga kini sikapnya sentiasa membuat aku terbakar dan ingin melawan tetapi apabila aku sedari yang aku tidak mempunyai bukti yang nyata bahawa aku telah berjaya jadi aku membisukan diri. “Buat bodoh, buat muka kesian” itulah ayat utamanya.

Secara realiti kami sangat jauh tetapi aku tahu kenapa dia bersikap begitu dan kenapa dia membuat aku begini mematikan aku dengan kata-kata yang makan dalam.

Lama aku mengenalinya tetapi kini baru aku sedari perananya…

Yang sentiasa menguji kesabaran aku.

Babak peranan sebenar.