Friday, February 27, 2009

Perwatakan

Setiap watak hadir dengan peranan masing-masing,sama ada ia akan bersama dengan kita buat seketika atau lama itu telah ditetapkan.

Ada watak yang sangat menarik kemunculanya akan membuat kita terpesona dan ada juga watak yang akan buat kita terasa sangat rimas. Setiap watak mempunyai agenda tertentu. Kenapa ia hadir, apa yang perlu ia buat dan apa tujuan watak tersebut muncul telah pun ditetapkan oleh Allah swt.

Kadang-kala kita tidak sedar datang dan perginya satu, kita tidak hargai atau pun tidak dapat memahami watak tersebut lalu kita terus menghukumnya dengan sikap yang kejam, sangat kejam.

Kali ini aku didatangi satu watak yang membuat aku sangat selesa, dan perwatakanya sangat menarik perhatian namun bagi aku isi dalamnya sangat kesunyian. Aku terasa yang aku tidak ditanggungjawabkan untuk melakukan apa-apa pun kerana aku tidak mepunyai apa-apa. Namun watak ini sangat pintar dan pandai mencari kelemahan aku.

Apa yang pasti ada banyak benda yang menanti aku, yang telah tertulis dan yang telah diagendakan hanya tunggu aku untuk sedar. Aku selesa dengan perwatakan seorang Auntie yang mengajar aku sifat keibuan, seorang pakcik yang dengan hanya berjalan dia mampu membuat aku berfikir, dia tidak pernah mendidik tetapi banyak yang aku pelajari darinya. Aku sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk berkawan dengan idola aku dan dapat memeluknya dengan kata body language “May the Force Be with You Young Skywalker”. Tetapi aku perlu sedar yang semua watak ini mempunyai peranan mereka, tidak lama lagi aku harus melangkah dan memainkan watak aku pula……

Bila hujan ada bus stand dapat berteduh, setelah hujan reda kita sedar ada perjalanan yang perlu diteruskan. Gembira di situ hanya semasa hujan lebat.

Sampai satu tahap aku takut untuk menuntut hak aku…sebab kita tidak mempunyai apa-apa pun…

Ya, ALLAH hamba mu ini terlalu lemah!




Wednesday, February 25, 2009

Kepercayaan

Secara umumnya bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara

Manakala dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Dalam konteks ini, kepercayaan dikenali sebagai Akidah ataupun Iman.

Kepercayaan tidak akan hilang
jika tidak dusta,
Kepercayaan tidak akan ada
jika tidak pandai berahsia,
Kepercayaan tidak akan diberi
jika tidak pandai menerima.

katanya....

“Batu kalau selalu bergolek takan ditumbuhi lumut” kata sahabat aku sorang ni.

Tuesday, February 24, 2009

Ozymandias adalah nama lain untuk Ramesses Great, Firaun kesembilanbelas dari dinasti Egypt kuno. Ozymandias merupakan transliterasi ke dalam bahasa Yunani yang merupakan bahagian dari takhta Ramesses “User-maat-re-en-Setep”.

Thursday, February 19, 2009

Ruang

Tiba saat-saat genting membuat menggetar kepala lutut, hari-hari yang dilalui penuh dengan jerebu, tak nampak apa pun, suara-suara yang kedengaran samar, topik-topik yang dibualkan langsung tidak dipedilikan dan fikiran berada jauh dari landasan realiti.

Makin ramai yang menggunakan ubat gigi cap bawang putih, apabila berbicara terpaksalah jauhkan diri.

Keadaan seperti ini tidak menjanjikan apa-apa pun, sama ada akan berlaku satu perubahan mendadak atau akan membuat aku lemas, lemas dan lemas ke dasar lautan.

Mungkin ada benda yang belum aku selesaikan, mungkin ada benda yang lebih menarik menanti aku, atau mungkin belum tiba masanya untuk aku berhijrah.

Apa yang akan jadi selepas ini?

Friday, February 13, 2009

Bunga

Tempat ini sunyi, tapi rasa macam pernah ku jejaki. Kabus mengaburi penglihatan, awan berwarna-warni, ikan berterbangan,kucing masih lagi menjadi bas sekolah.

Keadaan mula ceria apabila bunga mula mekar dan menghiasi permandangan mataku, perlahan-lahan orkid cuba mengelilingiku, sedaya upaya ia cuba membelit badanku tapi aku elak…

Bunga lotus pula kembang di atas permukaan tasik cuba menarik penglihatanku, apa yang menarik apabila warnanya merah, merah semalam yang menimbulkan kemarahan hari ini menarik perhatian. Pelik!

Tiba-tiba lotus hilang ditiup angina belum puas ku lihat, lotus menghilang jauh dari penglihatanku. Mungkin sifat lotus sangat pemalu kot!!!

Dan hari ini sama seperti semalam dan hari-hari sebelumnya…..

Thursday, February 12, 2009

Merah

pemikiran layu
marah tapi masih mampu senyum
kenapa merah mesti marah?

Tuesday, February 10, 2009

Power House 9 Feb 2009

Semalam proses cubaan lagu “noto” yang telah diselubungi selimut dingin. Cubaan kali ini mudah difahami dan susunan lagu ini pun mudah dan pendek tidak komplikated seperti rangka awal.

Banyak detik sejarah di studio ini, Khalis menarik diri dari band yang kami bentuk sejak tingkatan 2 dan ingin meneruskan hasrat bersama “Green Grozette.” Aku dan akim buntu ketika itu, kami cuba memujuknya namun akhirnya kami izinkan jika itu yang terbaik buat Khalis.

Aku perlu susun semula lirik “noto” bagi ia serasi dan mudah dimuatkan bersama riff. Abang Jay berjaya mendidik kami satu benda baru semalam pada setiap Bar 4/4 pemuzik perlu hit riff tepat pada setiap Bar agar alunan itu tepat dan konsisten.

Sebelum ini aku main hentam riff-riff yang ada di fikiran, idea yang muncul ketika subuh yang dingin ,tidak ku sangka ia adalah riff 3/4 dan akhirnya aku mendapat ilham untuk satu catatan nota pada diri sendiri.

Bersama line up yang sudi menemani aku dan idea-idea aku kami akan terus mencorak lagu ‘noto”, namun perubahan persepsi terhadap muzik kugiran yang harus diperjuangkan dan lagu yang harus dibikin,aku memilih lagu yang harus dibikin kerana secara tidak langsung ia menguji potensi diri sendiri.

Hasrat ingin terus main muzik ada, cuma banyak lagi benda lain yang masih terapung jadi kesabaran untuk meneruskan semangat jitu harus terus dibakar.

Mana lagu? Nantilah…

Thursday, February 5, 2009

3 Februari 2009

Kemarin ke rumah drummer lama “green grozette” bersama Khalis dan aweknya disebabkan kami bertiga tidak tahu dimana letaknya Tiara Kondo jadi kami terpaksa tunggu dia dia stesen minyak terdekat.

Di tiba dengan badanya yang agak sedap, seperti biasa dia akan keluarkan lawak-lawak Sentulnya. Dia panggil aku “Woi,Semangkol”…gelak besar kami semua.

Lepas berjumpa dengan maknya kami bertiga borak panjang lebar dengan lawak-lawak lama. Dulu dia selalu guna ayat “Trikuspid” dan trikuspid merupakan salah satu jnjap dalam jantung tapi bila kami Tanya apa maksud tricuspid katanya “stupid kuasa tiga”. Memang banyak lagi lawak-lawak sentul dia. Ingat lagi gaya pukulan right cymbal enam kali masa lagu “The Chemistry (Between Us)”….

Kebanyakanya sahabat-sahabatnya dari zaman MCKK , tahun ini dia buat A level dan kemudian pasti sambung lagi.

Dia ni seorang yang sangat kosong walaupun dia berlawak jenaka dengan semua namun pada satu saat yang sunyi dia akan mengaku yang dia tak suka pun bergaul dengan mereka, umurnya 26 tapi katanya dia rehat 5 tahun jadi “King is back”…..

Kad pengenalanya ditebuk tetapi walau apa pun yang pernah terjadi kita manusia yang sentiasa buat kesilapan malah terus buat kesilapan jadi aku doakan agar dia sinar cahaya terus menyinari kehidupanya dan Alhamdulliah kini dia sudah kembali.


Tuesday, February 3, 2009

Sama.

Kebelakangan ini semua makanan tawar,perut tak kenyang sekadar telan je. Air pahit pekat nilai kolorinenya walaupun pekat dengan pewarna. Semangat makin pudar, inspirasi makin hilang.

Dan kemunculan watak-watak plastik semakin banyak yang hadir untuk cuba menghiburkan. aku seperti sangat terhibur, bercerita dengan semangatnya sedang apa yang sedang berlaku di dalam perisian aku siapa tahu? Aku hanya satu karektor pelik, unik, original, tiruan, dan semua perangai aku hanya diwujudkan untuk kalian.

Aku gelar ini hari-hari hitam dan putih sebab semuanya kelihatan sama aku tak nampak pun perbezaan antara merah dengan pink.

Semoga semangat aku akan kembali bukan untuk kalian dan bukan untuk aku tetapi untuk Yang Maha Esa.

Rasulullah saw bersabda :

“ Perempuan itu adalah aurat, apabila ia keluar maka syaitan menghiasinya.”