Monday, March 30, 2009

Sehari Di Pulau Pinang

Pagi tu kami mulakan perjalanan dengan menaiki Rapid Penang, sampai di Bandar kami bersarapan di kedai berdekatan Depoh, jejantas disini jambatan kayu. Selepas itu kami ke Chowrasta mencari buku. Aku beli 3 buah buku bernilai RM16. Kemudian kami sampai di satu kawasan berlainan jambatan disini tidak beratap.

Hari ini kami terasa sangat asing, mungkin juga kerana berada di tempat orang dan mungkin juga idealogi kami mula berubah setelah apa yang disajikan kepada kami semalam. Kami dapat merasakan walau apa pun kami buat dalam kehidupan harian inilah jalan yang kami pilih dan inilah kehidupan kami selepas ini. Dan apabila kami melangkah setelah dinilai oleh beberapa artist jepun, kami berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk berkarya.

Jambatan Pulau Pinang makin luas setelah laut ditambak, kami beredar meniggalkan Pulau Pinang dengan harapan karya selepas ini perlu lebih matang selepas pengalaman kali ini.

















































Tabir Maya Seni Video Artist Jepun
Muzim Galeri Tunku Fauziah
Jumaat 27 Mac 2009

Katsuyuki Hattori,Sato Hiroaki,Kotaro Tanaka dan Tomonari Nishikawa keempat artist Jepun ini bergerak secara sendiri meneruskan Seni Video walaupun Seni Video kian ditenggelami dengan kemunculan Seni Video Mass Media.

Karya Katsuyuki Hattori berbentuk signal video dan sebuah catatan memorinya terhadap dua orang tokoh besar dalam hidupnya iaitu gurunya yang mati akibat kanser dan kawan baiknya yang mati bunuh diri. Karya ini agak sedih walaupun air mata tidak mengalir. Katsuyuki merupakan ranking ketiga Artist Video Jepun.

Sato Hiroaki sangat menggelikan akan tetapi ia akan bersinari bersama warna-warna psychedelic. Karya ini berbentuk prefomance yang akan tertera di projection hasil dari beberapa signal yang dihantar melalui gelombang dan frekuensi.

Kotaro Tanaka pelapis keempat generasi Seni Video Jepun, videonya bersifat konsensual dan simple walaupun ia sangat teknikal. Salah satu dari videonya bertajuk “Holidaze” orang awam yang berjalan tetapi ia berulang beberapa kali satu repetation.

Tomanari Nishikawa bukan ahli kumpulan Seni Video Jepun tetapi beliau dijempu oleh Sato Hiraoki apabila dia mendapat tahu bahawa Nishikawa telah lama menetap dan membuat kajian di Malaysia. Karyanya berbentuk menggaburkan, dari satu sudut spit point kotak hitam.

Setelah tamat tanyangan video Artist Jepun, pelajar New Media sem 3 mula bertanya soalan dan antaranya adalah “Software apa yang digunakan? Adakah storyboard penting untuk sesebuah karya? dan cara teknikal edting”.

Soalanya aku kepada Sato Hiroaki :

“Emosi berbeza yang anda dapat dari tanyangan persembahan video anda?”

Dia menjawap “anda akan terasa bersinar bersama warna.

Kemudian giliran tcliew pelajar Fine Art USM yang cuba menceburi Seni Video karyanya berbau keagamaan dan proses pencarian dirinya. Dan giliran aku menjelaskan karya-karya lama aku dan Video Study Blind Confuse mereka tidak banyak tanya, mungkin juga structure penceritaan aku dan teknik yang aku gunakan. Giliran Fikri iaitu ahli Protalkcall yang paling muda, ini merupakan kali pertama dia membentangkan videonya pada karyawan. Akan tetapi mereka sangat berminat pada videonya yang bertajuk “Monolog Diri” satu animatik yang sangat simple, hitam putih dan lagu 3 note dengan lirik yang sangat spotan.

Kami sambung diskusi di kedai minum dan aku dipilih menjadi ahli komitee muda untuk pameran Japan-Malaysia Video yang akan diadakan tahun ini. Sessi diskusi ini membuka mata kami dengan terbeliaknya dan member semangat baru untuk karya akan datang. Ia memberi petunjuk dan input yang sangat besar dari mereka yang agak lama dalam bidang ini.

Aku dan Fikri bermalam disini, kami tidak dapat menerima apa yang telah kami lalui tadi seolah-olah semua itu tidak layak untuk kami.































Menunggu kata Dari Tuhan
26 Mac 2009















Khamis menonton pra persembahan teater Menunggu Kata Dari Tuhan karya Dinsman berdasarkan hadis sahih riwayat bukhari dan muslim, daripada Abdullah bin Kaab. Yang dilakonkan oleh Sabri Yunus dan Sani Sudin. Gesekkan biola Sani Sudin dan gaya persembahan monolog Sabri Yunus yang spontan berjaya mengusik dari kita yang semakin jauh dari landasan kehidupan.

Aku tertanya adakah aku makin menghampiriNya atau makin jauh dari mengenaliNya.

Thursday, March 26, 2009

Bayangan

Satu watak yang sangat aku kasihi muncul dalam mimpi aku kemarin meninggalkan seribu satu persoalan. Budak ni sangat rapat dengan aku dan mungkin kemunculan bagaikan dia menyuruh aku mencari sesuatu.

Pagi tadi Chap call beritahu tentang aktiviti malam tadi, katanya Jepun 2 org tu sangat hargai karya kita. Aku rasa besok nak demam la!

Monday, March 23, 2009

Bilik

Semalam perabot yang dinanti-nantikan sampai, jadi aku menghabiskan masa bersama emak tersayang mengemas rumah. Jiran aku kepoh datang menjenguk dan bertanya “Boy, ko bila nak kawin?” Kelakar sungguh, aku dengan mak gelak besar. Agak lama juga kami menghabiskan masa bersama.

Aku terjumpa lakaran-lakaran lama aku, malam aku dengan Kay jamm lagu baru aku berjudul “Dischord” (working title) seperti biasa agak teknikal tapi mudah, sangat mudah dan rangkanya agak jelas, masih perlu sentuhan dan perubahan.

Kay menghadapi gangguan emosi bersama ahli kumpulan “Rudji” yang membuatnya putus-asa sambil mengeluarkan ayat ni “Life Sucks Dow!”. Kenapa aku asyik tak dapat apa yang aku beri more then 100%”.

Aku cuba nak tenangkan dia “kenapa kita percaya dan beri segalanya pada seseorang tetapi dia tak balas atau mungkin kita terasa tidak dihargai. Kay masih dengan mood emosi tenggelamnya. Sessi latihan agak menyeronokan kami warm - up dengan lagu “Stay together for the Kid” agak lama tak cover lagu ni, kemudian cuba lagu baru aku dan “note” versi terbaru, bila brader studio buat tak tau kami belasah “Pretty Lush” dan “Fell On Black Days”. Aku agak seronok dengan proses percubaan ini, hal lain aku tidak hiraukan sangat kerana aku tidak sabar dengan karya-karya akan datang.

Apa yang akan keluar kali ni?

Perempuan Transparent

Dari kemunculan pelbagai watak ni aku keluarkan dalam bentuk lakaran yang bagi aku cukup personal walaupun lakaran aku tidak begitu mantap.Mereka ini hadir kerana ditetapkan jadi aku mencari apakah keistimewaan mereka dan peranan mereka.




















Dalang bersama mangsanya



















Perempuan transparent1



















Perempuan transparent2

Storyboard Learn To Fly 2006

Idea lepas grad, aku cuba nak terbang tapi jumpa false idol, burung droid, akhirnya aku buat sayap sendiri.





























Dan muncul pula seorang yang bersayap ni.

Asas Storyboard

Storyboard Hang Tuah 2006

Fighting scene antara Tuah dan Jebat versi komik, assignment storyboard masa sem 4. Lakaran sendiri. (syok layan angle time ni)

Storyboard The Hand 2005

Cerita ini agak direct tawaran dari manusia-manusia yang kita jumpa sepanjang jalan, mereka menawarkan telinga, mata, petunjuk dan ada pula yang berjalan menggunakan tangan. Idea asal aku, lakaran Amir Farhami (Katto Inc)





















Storyboard Hold On 2005

Lakaran awal storyboard Hold On" projek video kumpulan masa aku kat kolej, idea asal aku, dilakarkan Kharil Faiz.




















Saturday, March 21, 2009

Begitu Pantas

Sejenak aku meneliti dengan sangat teliti apa yang telah aku kecapi? Apa yang telah aku lalui dan apa yang telah aku pelajari? Melangkah dan terus melangkah, mengharungi hari demi hari tanpa satu suara pun yang menyuruh aku mengubah sikap aku.

Satu demi satu watak muncul dan pergi, ada yang hadir dengan sangat tulus, ada yang hadir dengan sangat kejam. Aku terlupa pada satu watak yang amat besar impaknya dalam kehidupan aku.

Aku terlupa perananya dan aku terlupa kata-katanya yang terus membuat aku terbakar, aku tidak pernah menceritakan atau memperkenalkan watak ini. Dia tidak patut dipersalahkan, malah sebab dia memainkan perananya aku berjaya jadi aku hari ini. Terima kasih kerana sentiasa membiarkan aku sehingga aku menjadi seorang lelaki, ya aku amat merindui kasih sayangnya,namun kasih sayangnya tidak diberi dengan tangan atau teguran tetapi dengan kata-kata yang sentiasa bermain di benak fikiran aku. Dan dia biarkan aku untuk membuat keputusan sendiri kerana dia telah melakukan tugasnya.

Setiap kali aku gagal aku akan teringat kata-katanya dengan gayanya tersendiri. Dan aku sepatunya membuktikan sesuatu kepadanya. Jadi itulah yang masih belum aku kecapi.

Aku bersama-sam roh aku yang telah mati dan mula mengenal siapa aku.Mula memikirkan apakah yang akan aku keluarkan selepas ini? Adakah ia masih berbentuk protes, marah, dan dendam atau sesuatu yang sangat sentimental dan penuh dengan emosi sehingga anda akan menitik air mata.

Lakaran-lakaran dari buku lakaran aku masih pudar, idea membuak tapi semuanya tergendala. Yann Tiersen menemani aku dengan irama merdu bagaikan soundtrack kehidupan aku. Ada dua karater yang sangat dark sentiasa menjadi idola aku mereka menjadi begitu atas tomahan yang terpaksa mereka lalui. Adakah aku juga akan terpengaruh dengan dua karakter ini?

Kelengkapan perkakas untuk memudahkan aku membuat kerja belum lengkap, bilik aku masih tergendala, semuanya tergendala. Dan apabila aku hampir untuk meninggalkan semua ini aku mendapati ini belum masa untuk aku pergi. Aku terima segala ujian dan dugaan ini seperti aku bersyukur kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas sehingga hari ini.

Perut ini sudah reput, suara dalaman hanya mampu mengeluarkan irama yang merdu, wajah ini masih mampu senyum, badan ini masih kuat untuk mengharungi beberapa abad lagi tetapi hati aku belum bersedia untuk menyerah kalah. Aku sudah puas memujuk qarin aku yang tidak habis-habis ketawakan aku. “hahahahahaha” (ending Master of Puppets)

Melaka makin Maju

Awal Sek Men sebelum makcik aku berpindah dari Ampang ke Jalan Gasing kami sering ke Melaka ikut jalan lama, jalan-jalannya sangat panjang. Makcik aku ni ada darah Portugis, bukan makcik kandung pun tapi dia treat aku macam anak kandung dia. Tujuan kami adalah untuk membeli perobot Melaka, “kayu jati” katanya.

Jadi kerap juga kami ke Melaka sambil berjalan-jalan di kota bersejarah ini, Selepas dia meninggalkan kami, aku jarang ke Melaka. kali ini aku diberi peluang untuk menghadiri Kursus di Melaka, setiba dia Melaka aku terkejut melihat pekembanganya, jalan sesak, ada Tesco, Stesen Bus yang jauh lebih selesa dan besar dari Stesen Bus Pudu.

Permandangan disini indah, tidak banyak bangunan pencakar langit, aktiviti agak perlahan. Akan tetapi sungguh sedih apabila laut ditambak untuk memperluaskan negeri ini. Apakan daya manusia yang hanya melihat semua benda dari aspek kebesaran dan kemajuan negeri tersebut.

Tanpa ku sedari bas sudah sampai di Stesen Bus Pudu, cepatnya sampai.





Friday, March 20, 2009

Reput


Aku menelan makanan untuk mengenyangkan nafsu aku, walaupun aku tahu selepas makan aku akan lapar,jadi buat apa makan? Makan? makanan? sedap? atau aku hanya memuaskan nafsu aku sahaja?

Beginilah sikap manusia tertanya dan terus tertanya, dan jawapanya masih tidak ditemui. Kita mencari dalam buku, membuat kajian akhirnya tak dapat sebarang jawapan yang tepat. Kawan aku pernah tegur “ko cari, ko pening, apa ko dapat?” Ntah puaskan nafsu aku kot!

Berat badan aku semakin menurun, tapi metabolisma aku sangat tinggi jadi aku kuat makan sebenarnya. Akan tetapi segala makanan yang aku telan menjadi reput….

Kenapa ek?


















lakaran awal

Sunday, March 15, 2009

Terima

Awan-awan yang sentiasa menemani aku sibuk menurunkan Rahmatnya, kucing bas sudah kotor dan tidak ku kenali, ikan berterbangan dengan sayap yang patah, segalanya hitam dan putih sungguh menyedihkan.

Inspirasi aku hilang entah ke mana, segala harapan pudar, aku pernah ke jatuh ke lurah ini dan sekali lagi aku kembali ditemani mereka ini.

Mungkin saja kegagalan aku kali ini adalah pertanda semakin dekatnya tujuan. Mungkin saja kegagalan aku hari ini adalah cara Allah menyadarkan aku tentang celah-celah kekurangan yang mesti aku tambal. Mungkin saja kegagalan aku sekarang ini untuk menunjukkan kebocoran-kebocoran yang mesti kita tutupi, agar pejalanan menuju tujuan akhir lebih lapang. Semua ada hikmahnya. Dan hanya hati yang jernih dan pikiran terbuka mutiara hikmah dari kegagalan hari ini dapat kita temukan…

Akan ku cuba menerima hakikat ini dan memamahi hikmah disebalik kejadian ini, terima kasih kepada semua yang tidak pernah putus asa dengan aku dan terus membuat aku senyum.

Kegagalan Adalah Fitrah

Biasanya kerana sudah ada di minda kita satu stigma “hidup ini perlu berjaya sahaja tanpa gagal, ataupun takut menerima kegagalan”.

Antara faktor lain terlalu yakin dengan diri sendiri dan lupa bahawa kita ini adalah hamba yang disuruh berusaha, manakala natijah terakhir adalah di bawah kekuasaan Allah.

Kenangi semula awal penghidupan sebagai manusia, budak kecil yang bermula dari tidak tahu apa-apa, tidak pandai berjalan, berlari. Langkah pertamanya adalah dengan bertatih merangkak, semasa ia kenal untuk berjalan ia mencuba bangun perlahan-lahan dan kadang-kadang terduduk sehinggalah ia tidak berputus asa untuk mencuba berkali-kali sehingga boleh berjalan betul dan berlari.

Kita kembali sedikit kepada sirah, Rasulullah s.a.w berdakwah selama 23 tahun untuk menyampaikan ajaran Islam. Tetapi baginda tidak pernah mengaku kalah. Padahal di peringkat permulaan dakwah baginda hanya terdapat ramai orang-orang miskin dan hamba abdi yang lemah. Tetap juga Rasulullah s.a.w meneruskan tugasnya dengan penuh amanah walaupun tahu di hadapannya banyak sekali kesusahan yang bakal diterimanya. Kerana ia tahu Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar.

Dan katakanlah (wahai Muhammad) : Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan. (105)

Gagal di dalam peperiksaan, gagal di dalam pekerjaan, gagal dalam cinta, gagal dan sebagainya. Ia adalah ujian untuk menunjukkan adakah kita gagal dalam iman kepada Allah?.

Sekali gagal, atau berkali-kali gagal bukanlah menunjukkan kita telah gagal selama-lamanya. Kerana kejayaan itu diukur dengan usaha kita bangun dari kegagalan. Orang yang gagal adalah orang yang tidak mahu berusaha, yang tidak mampu bangkit dari kekalahan.

Allahu Allah… lihatlah kegagalan itu dari sudut positif. Dengan hanya bersedih, mengerutkan muka, menyesali apa yang telah berlaku tanpa mengubah diri. Anda tidak akan ke mana-mana. Ambillah hikmah dari kegagalan .Pandanglah ke hadapan, kita perlu meneruskan hidup yang bukan hanya untuk dunia sahaja bahkan di akhirat nanti.

Kata Hamka : “Jangan takut jatuh, kerana yang tidak memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal, kerana yang tidak pernah gagallah yang tidak pernah cuba melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua”.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya”. (Ali Imran: 200)

Bangkitlah wahai jiwa, Orang Islam Yang Beriman pasti berjaya, jiwanya sentiasa hidup dengan pengharapan dan usaha. Hayya ‘alal falah!

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya”. (Ali Imran: 200)

Bangkitlah wahai jiwa, Orang Islam Yang Beriman pasti berjaya, jiwanya sentiasa hidup dengan pengharapan dan usaha. Hayya ‘alal falah!

Kegagalan yang menyebabkan kita tahu penyebabnya adalah hikmah…
Kegagalan yang mengingatkan kita pada keterbatasan diri adalah hikmah…
Kegagalan yang menyadarkan kita tentang kerendahan hati adalah hikmah…
Kegagalan yang menuntun kita pada jalan kejayaan adalah hikmah…
Kegagalan yang menyelamatkan kita dari keterlanjuran adalah hikmah…
Kegagalan yang mengingatkan kita pada Tuhan, juga adalah hikmah…
Dibalik kegagalan, selalu ada hikmah…
















Wednesday, March 11, 2009

Suppose

Am i not purpose to have what i want,
what i need?
what am i suppose to do?

bersedia untuk esok!!!!

Tuesday, March 10, 2009

Selesa.

Kita akan didatangi pelbagai karakter yang akan membuat kita terasa sangat realiti, fantasi, kosong dan mungkin juga sangat terisi.

Walaupun karakter ini tampil dengan sangat transparent, mungkin ketika itu karakter tersebut sangat memerlukan seseorang untuk mendengar dan memahaminya. Fitrah manusia selalu ingin difahami dan ditemani. Adakah dengan menjadi pendengar yang setia dan membantu karakter tersebut kita mengharapkan sesuatu dari kemunculan karakter ini?

Tasfiran aku sangat mudah Allah lebih mengetahui apa hambanya memerlukan dan kemunculan setiap karakter ini memberi sebab-sebab tertentu, pasti ada hikmahnya. Cuba renung seketika, carilah apa hikmahnya.

Karakter-karakter ini tidak akan lama bersama kita walaupun ada yang akan terus bersama kita sehingga hari kita kembali kepada tanah.

Aku tidak mengharapkan apa-apa pun kerana aku lebih yakin pada pencipta dan aku ingin cuba memahami hikmah yang diberi ini. Mungkin tugas aku hanya membantu dan menyokong dan terus menyokong,bukankah semua manusia dilahirkan untuk membantu sesama sendiri, tambahan gadis lemah yang sangat memerlukan bantuan aku, walaupun aku rasa aku tidak membantu apa-apa pun.

“Lagi banyak kita tahu, lagi besar tanggungjawab kita” kata Chap. Jadi walau berapa kali aku putus asa dengan realiti, aku akan cuba takatkan tugas aku ini dengan harapan sifat empati aku dapat membantu mereka. (kedengaran lagu Envy-Further Ahead Of Warp)

Semalam ketika aku mandi hujan dan cuba sesat setelah menaiki beberapa buah bas, aku berjanji pada diri sendiri setelah lama aku berdiskusi bersama qarin aku. Kawan baik aku Amir Farhami (Katoo Inc) menegur “Ko ni berpaut di tiang dengan pelbagai karakter hanya orang disekelilingi engkau sahaja yang tahu karakter engkau”, tapi betulkah mereka dapat mengenali karakter aku yang sebenar? Mungkin mereka selesa dengan aku tanpa mengenali siapa diri aku yang sebenar?

Saturday, March 7, 2009

To strong to lose

Cahaya tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik ini kerana aku tidak izinkan, keadaan ini membuat aku tidak keliru,tidak bengang,sangat selesa, sangat tenang,dan tidak sedih langsung. Telah banyak kali aku melalui kesukaran dan situasi seperti ini sudah pernah ditempuhi.

Hidup aku penuh dengan kesukaran dan hasil akhirnya sangat memuaskan kerana apa yang Allah tetapkan untuk aku pasti yang terbaik . Cuma cara dan jalan aku mendapat sesuatu benda pasti dengan jalan yang sukar.

Aku sering berjaya menyembunyikan diri aku yang sebenar dan senyum seperti tiada masalah. Jiwa aku tidak kosong kerana isi kandungan aku berjiwa keras disebabkan apa yang telah diberi dan difahamkan, tanggungjawab aku sangat besar jadi betulah kiranya aku hanya ditugaskan untuk menjalankan tugas aku. Aku akan menjadi pendengar yang setia dan membantu gadis lemah ini, bukan terpaksa tetapi ini adalah tanggungjawab aku, setiap insan yang muncul adalah satu “Pixel” yang berbeza apabila pixel tersebut wujud kita tidak boleh membunuhnya kerana ia sudah menjadi salah satu dari kehidupan kita.

Aku sudah cukup kuat untuk tidak mengalah.Aku hanya meneruskan apa yang aku harus aku lakukan, man, semoga berjaya!!!!

Dari senyum aku boleh serius dengan pantasnya. Siapa aku? Ntah aku tak jumpa lagi? Tapi aku tahu siapa pencipta aku….jadi apa kata tanya pencipta aku….

Friday, March 6, 2009

Nilai Kemanusian

Separuh dari sifat kemanusiaan aku telah mati kerana jemu melayan mereka yang hanya perlu difahami tetapi mereka tidak pernah cuba untuk memahami aku.

Ia tidak terkandung dalam bab “mengharap”, kerana mengharap seperti menanti pertolongan tanpa berusaha tetapi bagaimana pula jika mengharap pada diri sendiri? Hahaha

Aku mula menjadi lemah melihat manusia yang tidak habis-habis menyusahkan aku dan tidak pandai berterima kasih. Aku mula menyelam ke lautan pasifik mungkin akan dapat jawaban dari ikan paus atau mungkin dolphin. Akan tetapi mereka hanya berenang menikmati air laut tanpa menyedari kehadiran aku.

Aku menjadi sangat emotional dan simpati pada diri sendiri kerana apabila aku bersemangat akan lahirlah bermacam inspirasi tetapi aku kembali ke sifat temporarism yang berhenti lama walaupun lampu hijau.

Mungkin aku sudah putus-asa untuk terus mencuba kerana aku takut pada keputusan yang menghampakan, mungkin aku sudah fed up untuk memakai topeng ini dan mungkin juga akan datang sesuatu yang dinanti-nantikan.

Ketika aku menghabiskan masa cuba memujuk diri sendiri yang hanyalah satu ilusi yang muncul kembali untuk menggoda dan melalaikan kewibawaan aku dan cuba menghasut aku ke lurah kegelapan. “hahahaha,man,roh kau milik aku”.

Khutbah jumaat hari ini mengisahkan junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w dan sifat-sifatnya yang patut dicontohi, sungguh kelakar penat aku hanyut dengan idealogi aku, pening aku dengan segala jenis teori akhirnya dia menyelamatkan aku dengan sentuhan kasih sayangnya.

Mungkin nilai kemanusian aku akan kembali, pasti akan kembali walaupun kepala lutut aku menggeletar kerana keputusan yang dinanti-nanti akan keluar minggu depan.

Doakan aku ye!!!

Thursday, March 5, 2009

Scanner

Penampilan watak berkait rapat dengan bentuk badan, warna rambut, mata dan kulit, jarang sekali kita akan dapat terus memahami sifat-sifat watak tersebut seperti sifat-sifat peribadi, fikiran dan perasaan watak tersebut.

Nafsu dan fitrah, kebolehan dan kemampuan, keinginan dan kelayakan tidak akan tampak jelas jika watak tersebut hanya muncul dengan bentuk badan yang menarik, rambut lurus dan senyuman manis. Watak tersebut tidak mencerminkan apa-apa pun selagi watak itu tidak menujukan sifat peribadinya seperti keinginan dalaman, cita-cita atau motif watak tersebut.

Pasti kita akan tertanya apabila kita mula tertarik kepada sesuatu watak dan ingin mengetahui peranan dan kewujudan watak tersebut.

Apa dia akan buat? Apa akan jadi pada dia? Dan terus sabar menanti kemunculan watak tersebut, aku selalu menyumpah diri sendiri apabila melihat watak yang berjaya seperti watak Bob Arctor dalam filem A Scanner Darkly yang terpedaya dengan substance D, dia juga seorang penyiasat substance D dan kemudian dia bekerja di ladang bunga biru yang menghasilkan substance D .

Permintaan aku dimakbulkan dan aku bersyukur kerana kali ini aku tidak perlu menjadi extra jahat untuk dibenci akan tetapi aku menjadi extra baik untuk memahami watak-watak ini.

Mungkin catatan aku beberapa minggu ini sangat personal tetapi ia ibarat diberi peluang untuk bersama watak Bob Arctor tanpa disedarinya kita mempelajari pelbagai perkara darinya.

Pengajaran aku kali ini agar tidak lagi memihak ke pihak menggoda dan menjadi neutral untuk terus menghirup udara percuma ini.

Namun apabila roh watak tersebut keluar dari jasadnya dan menunjukan dirinya yang sebenar, semua soalan akan terjawab dan aku akan kembali menyumpah diri sendiri kerana masih berpegang kuat dengan temporarism.

“Apa yang dilihat oleh scanner? Ke dalam kepala? Jauh ke lubuk hati? Apakah ia melihat ke dalam aku, ke dalam kita? Jelas atau gelap? Aku harap ia melihat jelas, kerana aku tidak dapat lagi melihat ke dalam diri sendiri. Aku melihat segalanya gelap. Untuk kepentingan semua orang, aku harap scanner dapat melihat dengan lebih jelas. Kerana jika hanya melihat kegelapan, macam aku, maka aku dikutuk dan terkutuk lagi.” Philip K. Dick

Tuesday, March 3, 2009

Agonize

Ketidaktegasan pada diri sendiri mengakibatkan “temporarism” dan banyak benda akan tertangguh dan entah bila ia akan disiapkan.

Mungkin tiada inspirasi, mungkin tidak cukup oksigen, mungkin tiada ilham, mungkin merajuk pada diri sendiri dan pada persekitaran.

Jangan salahkan aku kerana aku insan biasa yang mempunyai perasaaan dan nafsu, tak kan nak lari dari fitrah manusia pula?

Apa yang mencabar adalah perasaan yang tidak dapat ditulis, dilukis atau diceritakan dan terus menderita akibat “temporarism”.

Semuanya alasan, watak-watak ini akan hadir dan terus hadir malah akan hadir pula watak baru. Yang paling menarik apabila satu watak ini muncul dan beri impak yang sangat dalam.

Walaupun sekadar memberitahu “jalan mana yang patut aku pilih”.

Satu lagi fasa derita dalam hidup aku.

Walau aku menpunyai satu cita-cita yang murni aku yakin bahawa semua ini telah tertulis untuk aku pelajari dan lalui kerana pengajaran serta pengalaman ini akan menguatkan aku lagi.

Semoga aku dapat bunuh sifat “temporarism” ini dan memahami sifat semua watak ini.

Monday, March 2, 2009

Awan Kosong

Tarikh penentuan semakin hampir, sudahkah aku bersedia?

Sebahagian dari inspirasi aku mula pulih dan aku mula mendapat pelbagai jawapan bagi soalan-soalan yang telah lama tidak terjawap.

Telah lama aku menanti untuk melangkah jauh dengan hasrat yang ku pendam, tetapi hasrat itu mula goyang apabila aku diletakkan pada satu ujian besar. Soalanya apakah motif utama aku?

Segala watak yang muncul hanya muncul sementara dan akan meneruskan perjalanan mereka, seperti minyak wangi baunya akan hilang dibawa angin.

Satu demi satu watak penting meninggalkan aku, dan aku lupa segala perasaan yang pernah aku lalui bersama mereka. Kali ini garisan tidak kejam, isi tersirat sangat mudah difahami dan segalanya sangat warna-warni tetapi aku tidak faham apa makna semua ini?

Aku tidak layak untuk mempertikaikan mengapa aku tidak diberi peluang kerana aku tidak memiliki apa pun dan tidak apa pun yang boleh aku tawarkan. Sedangkan semuanya telah tertulis dan aku hanya perlu memainkan watak aku.

Aku ingin meminta maaf pada diri sendiri kerana lalai dan sangat lalai ketika zaman persekolahan, namun banyak yang aku pelajari dari setiap kesilapan yang pernah aku buat.

Mungkin aku tidak dapat memberikan nilai-nilai kebahagian pada “lukisan kerinduan”, dan tugas aku hanya untuk perhatikan kertas itu dilukis dan diwarnai oleh orang lain.

Akan tetapi adakah semua ini bererti aku akan putus asa dan aku akan terus lemas ke dasar lautan sekali lagi? Atau ini detik permulaan penjelajahan hidup aku, bab baru dalam hidup aku?

Kaki dicipta untuk berdiri namun yang lumpuh masa mampu untuk bergerak dengan izin ALLAH.