Thursday, April 23, 2009

Semalam,kemarin…..hari sebelum ini.

Mengkaji, melalui, merasa, mencuba, membuat, dan mempelajari satu perkara akan mengambil satu jangka masa yang agak panjang. Dan apabila kita memahami dan mendapat jawapanya ia membuat kita berubah. Seperti berada di satu tempat setiap hari cuma jiwa kita yang berubah.

Kadang-kadang kita akan melalui satu pengalaman yang pahit, hitam dan pedih,adakah pengalaman ini akan menjatuhkan kita lagi?

Idola,inspirasi dan pengalaman tidak bermakna apa-apa jika jiwa kita bergaduh menentang perkara yang sedang kita lalui. Aku bersyukur Tuhan masih mengizinkan aku untuk menghirup udara dan melalui rutin harian seperti biasa, melambai dan bergurau senda bersama mereka. “Tahniah kerana anda berjaya menjadi manusia” kata mereka.

Di mana ko sekarang?
Apa lagi alasan yang hendak diberi kali ini?
Tahniah!Tahniah!Tahniah

Ingat :
“Puteh tulang jangan puteh mata”

Tuesday, April 14, 2009

Topeng


Kembar aku cuba menggoda ke sebelah, aku menolak kerana tidak mudah terpedaya. Hari demi hari dia terus menggoda dengan hasuta-hasutanya. Sememangnya kembar aku ini dicipta untuk menghasut aku, jadi seharusnya aku perlu menguatkan iman agar tidak terpedaya.

Mana aku? Mana kau? Kenapa aku? Kenapa kau? Mengapa aku? Mengapa kau? Apa aku? Apa kau? Siapa aku? Siapa kau?

Mana kau nak buat? Kenapa kau nak buat? Mengapa kau nak buat? Apa kau nak buat?Siapa kau nak buat?

Buat je….Sekali je…

Hari ini aku terasa hendak membuka topeng untuk menjadi diri aku yang sebenar. Akan tetapi segala sifat yang ada pada diriku hanya dipinjamkan sementara, aku tidak memiliki apa-apa pun.

Jadi….

Soalan untuk diri sendiri:

Sudahkah cukup bekalanmu?

Saturday, April 11, 2009

Naratif

Naratif adalah rentetan dari keadaan sebab - akibat yang berhubungkait dengan masa dan ruang. Ini bermakna naratif berlaku apabila ada sesuatu yang mencetuskan atau menjadi penyebab sesuatu perkara dan berlaku tindak balas yang terkesan akibat penyebab tersebut lalu jadilah sebuah jalinan cerita atau jalinan naratif.

Naratif khususnya di dalam filem tidak dapat berdiri sendiri tanpa ada struktur yang membentuk naratif tersebut. Pelbagai teknik penceritaan atau teknik naratif dieksploitasi bagi tujuan membentuk sebuah sistem penceritaan dan seterusnya membentuk naratif. Naratif di dalam filem juga merupakan satu kesinambungan plot yang berpecah-pecah yang membentuk satu idea cerita.

Teknik flash back adalah cara yang paling mudah untuk menunjukkan sesuatu plot naratif, contoh terbaik adalah siri Lost di mana banyak situasi dijelaskan melalui flash back dan begitu hebat cara ia menjelaskan karakter-karekter tersebut yang pernah berjumpa ketika kecik .

Contoh kedua plot awal Naruto ketika Haku mati, ia hanyalah satu karakter yang tidak penting dan perlu dimatikan karakternya. Akan tetapi, dipertengahan cerita Naruto tiba giliran karakter Kimimaro pula dimatikan. Yang menarik disini adalah ketika flash back ke zaman kanak-kanak Kimimaro pernah berjumpa dengan Haku sewaktu kecil. Dan plotnya menjadi menarik apabila kedua-dua karakter ini mempunyai persamaan dari segi emosi ia makin memantapkan kedua karakter ini satu impak yang sangat berkesan dari pengenalan karakter ke pengolahan kedua karakter ini.

Apa yang tidak jelas disini adalah apabila penjelasan itu berbentuk lisan ataupun gambaran yang menerangkan sesuatu situasi dengan tepat ia seolah membiarkan pihak ketiga untuk mencari jawapan dan memahaminya sendiri. Jadi jika pemahaman kita berbeza kita akan mendapat jawapan yang berbeza.

Mungkin bagi kalian teknik naratif tidak menarik dan jemu untuk tunggu atau perlu ambil masa untuk berfikir, tetapi kita tanpa kita sedari perkara-perkara seperti ini sering terjadi dalam kehidupan harian walaupun kita selalu cuba melarikan fakta dari fiksional. Penghayatan dan pemahaman kita berbeza jadi keputusan akhirnya juga akan berbeza bagi setiap induvidu.

Dalam hidup aku terdapat satu karakter yang sangat unik, kami seperti orang asing yang mengenali satu sama lain dengan baik, namun kesudahan cerita kami tidaklah begitu menarik yang mengakibatkan kami berpisah, perananya di dalam kehidupan aku adalah merangka permulaanku, aku gelar plot ini “Naratif Realiti.” Tugasnya hanya perlu memastikan aku ke sekolah cina dan seterusnya semua akan mengikut segala benda yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa. Dan apabila aku sedar akan hakikat ini aku dapat memaafkanya.

Aku tidak melihat apa-apa dari dalam dirinya dan dia juga tidak melihat apa-apa dari dirinya pada diri aku. Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepadanya kerana berjaya mengubah persepsi aku dan walaupun aku terpaksa melalui pelbagai dugaan aku bersyukur kerana aku dibenarkan untuk lahir semula dan aku dibenarkan merasa kenikmatan Yang Maha Esa.

*lakaran dalam proses

Monday, April 6, 2009

Kelas

Bulan April tahun 2009, aku mula menyedari betapa jauh aku ketinggalan dengan janji-janji yang dibuat pada diri sendiri. Tahun ni aku banyak mengikuti kelas, seperti kelas biola, kelas Bahasa, kelas rekaan buku dan juga kelas belajar dari setiap watak.

“Bukan semua benda harusku teliti dan bukan semua benda untuk aku” banyak benda yang aku perlu tidak hiraukan, serta buat tidak minat, kerana susah untuk menjaga hati semua insan.

Seketika aku seperti malas hendak berkongsi cerita bersama kalian, kenapa? Aura-aura dalaman aku cukup sensitif, jika ditegur aku senyap tidak mahu berkata, tidak mahu menyentuh perasan insan lain. Namun mereka sentiasa menegur pada perubahan yang aku lakukan. Bukannya aku bertukar menjadi Gaban.

Kadang agak sukar untuk kita bernafas tanpa menyedari berapa jumlah oksigen yang kita hirup dengan percuma, kadang kita tidak sedar pun yang kita sedang bernafas , dan kadang agak sukar untuk kita bernafas dengan lega ketika situasi begitu tegang.

Belum selesai masalah ini, timbul pula masalah baru. Aku menolak nikotine, yang kononnya satu tanda penghormatan kepada idolaku. “Serabai’ motto baru aku, tapi sebenarnya sikap ni sudah lama sebati dengan jiwa aku.

Perlukah setiap satu kejadian yang hendak diubah perlu ditunjuk atau diumumkan kepada khalayak umum? Bagaikan mengumumkan apa yang telah diubah, seperti satu logo baru dimana kita perlu cat seluruh Bandar warna merah.

Aku tidak tahu dimana aku sekarang, dan apa yang perlu aku buat. Aku hanya mampu menghirup udara yang percuma ini sambil melayan lagu-lagu dalam ipod ini yang sudah jemu aku scroll.

Thursday, April 2, 2009

Rahmat

13 tahun yang lalu aku kehilangan kakak sulungku yang banyak memberi sumber inspirasi untuk melukis. Disebabkan kami berkongsi gen yang sama, jadi sudah pasti aku juga mewarisi bakat ini.

Kakakku seorang yang sangat rendah diri, dia akan sentiasa membantu adik-beradiknya dengan pesanan “jangan beritahu mak” . Ada satu insiden dimana ketika itu aku membeli kasut berharga RM99.90 dengan berbekalkan duit RM100. Aku telah membayar sendiri kerana bangga duit belanja sekolah yang aku simpan. Kemudian dia bertanya “ko nak balik naik apa?” Aku terdiam, dah lah dia yang belanja makan siap bayar tambang bas.

13 tahun yang lalu, ketika aku mengabus tanah di kuburnya aku bernekad dengan ego diriku, ketika itu juga aku jemu dengan manusia yang tidak habis-habis menyusahkan keluargaku dan mengambil kesempatan terhadap kami, sudah lama aku mengucapkan selamat tinggal kepada individu ini, air mata aku tidak dapat mengalir apabila aku kenang segala jasanya dan aku bertekad untuk menjaga mak sepertinya. Selepas itu aku terus lupa tarikh ini, aku terus melayang bersama kehidupan harian tanpa menghiraukan segala peristiwa yang pernah terjadi di antara kami. Perlukah aku terus bersedih? Seketika saraf-saraf aku terhenti, darah berhenti mengalir dan aku hanya mampu berdiri memerhatikan ke satu sudut dengan lemahnya.

Apa yang terjadi berjaya menguatkan aku dan segalanya telah pun tertulis sebelum aku dilahirkan ke bumi ini, sebelum aku mengenali kakak aku ini. Mujur aku pernah mengenalinya, aku terfikir apakah yang dia nampak pada aku ketika kami bersama? Mungkin dia sudah tahu apa yang menanti aku.

Mimpi aku malam tadi cukup istimewa kerana watak seorang abang muncul dan memeritahuku “mak ko mesti bersyukur dapat anak macam ko, kakak ko mesti bangga jika dia melihat ko hari ini”. Aku terjaga dari mimpi dan terus tertanya. “what have I done?”



















Lukisan kakakku