Friday, May 29, 2009

Ujian

Seawal pagi matahari menyalah terang memancar tepat padaku, dalamanku hampir masak terbakar lalu muncul seorang perempuan separuh bogel berdiri di depan ku…

Aku bertanya….

Aku : Siapa kau?
Perempuan : Lilith
Aku : Ya, engkau syaitan dan kau merupakan ujian utamaku.

Lalu aku beredar meninggalkan perempuan itu, apabila aku menoleh perempuan tadi hilang, mungkin hilang bersama angin.

Monday, May 25, 2009

Tegur

Aku menegur engkau, mereka, kalian dan dia….
Sebenarnya segala teguran itu untuk diri aku sendiri.

Sunday, May 24, 2009

Ubah, ubah, ubah

Tik,tik,tik masa berdetik, mata aku terus lena dibuai mimpi indah yang menjanjikan seribu satu makna dan seribu satu ungkapan yang perlu diungkap. Biasanya aku akan bangkit dengan peluh sambil mendongak ke dingin lalu mengaru mencari maksud mimpi tadi?

Seperti biasa aku tidak akan mendapat jawapannya dan terus senyum mengharungi rutin harian sambil melambai ke arah semua karakter yang muncul. Seronok adanya mereka dalam hidup aku bagaikani bunga-bunga yang sentiasa mekar dan sentiasa mewarnai hidup aku.

Walaupun aku berada di persekitran dan tempat yang sama cuma situasinya berbeza aku kagum dengan mereka ini yang sentiasa melayan aku. Dan apabila persekitaran itu menjadi suram, muram dan gelap perlukan aku turut ikut sama terpengaruh dengan persekitaran yang sedang dilalui?

“Adakah dia semakin ke hadapan atau ke belakang? Jika dia melangkah ke hadapan dia telah berjaya jumpa sesuatu, tetapi jika ia undur ke belakang tandanya dia hanyut bersama persekitaranya sendiri,” kata seorang yang sangat penting dalam hidup aku.

Bukan semua manusia mempunyai ideologi, bukan semua manusia sedar yang dia mempunyai satu ideologi yang hebat, bukan semua manusia mahu ideologinya dibaca. Pada satu peringkat kita akan sedar bahawa kita sedang melalui konflik dalaman atau konflik diri. Soalan seperti apa yang dicari, apa yang hendak dicapai? Akan terus tertanya dan tidak terjawab sehingga kita jumpa jawapannya.

Sewaktu kecil aku suka berkhayal, suka membayangkan sesuatu yang tidak pernah dan mungkin wujud atau aku dapat. Aku membesar dengan persekitaran orang Melayu, nasi putih, kicap dan telur goreng merupakan lauk yang cukup lazat ketika itu, layang-layang, wau, gasing, gitar kapok antara permainan paling menarik.

Di peringkat sekolah, aku mula berkawan dengan bola yang menjadi mangsa lontaran, yang akan dilontar ke dalam jaring, siang malam aku berlatih menghabiskan masa di gelanggang. Ketika di sekolah menengah aku kembali melayan suara tali yang terpendam lama, ketika aku marah dan geram pada keadaan sekeliling, aku keluarkan dalam bentuk akustik.

Ada seorang yang membiarkan aku membuat segala keputusan tanpa bertanya apa yang engkau nak buat? Aku sedar dia sedang menunggu apa yang akan budak ini keluarkan? Hahahahaha…..

Jika diberi peluang macam-macam benda yang aku nak jadi, pasal banyak sangat benda yang ingin dikeluarkan tetapi aku selalu sangat menyalahkan masa dan memberi alasan untuk tidak memulakan apa yang telah aku jumpa dan fahami.

Menarik yang paling menarik dalam hidup aku adalah segala benda yang aku temui dan lalui, Susah untuk aku menceritakan tetapi ini merupakan proses, satu proses yang perlu dilalui, merasa, memahami, mengkaji dan mengungkap segala yang terjadi dengan penuh abstrak dan cerita yang memberi inspirasi serta pedoman untuk ditatapi.

Sesungguhnya semua ini adalah dugaan manusia yang memilih untuk membuat sesuatu yang sangat mulai. Mampukah aku?

Yang menarik, akan hilang begitu sahaja dan
yang pahit, akan meninggalkan satu kesan yang hebat.

Friday, May 15, 2009

My Characteristic Manner

Good

- Patience
- Thankful
- Understood
- Believe
- Again and again…

Bad

- Out of Character
- In Character
- Alter ego
- Out of Focus
- Right or Wrong
- Emotional
- Confuses
- Lost
- Giving up…..


Wednesday, May 13, 2009

The Man Who Sold The World

Semalam anak Fred, Cadence dah mula berjalan teringat sewaktu kecil emak pernah berkata “Budak ni kalau biar dia jalan, satu dunia dia akan jual”. Masa tu aku tak faham, bila sudah dewasa aku diberi peluang menonton Nirvana Unplugged dan Kurt Cobain cover lagu “The Man Who Sold The World”. Wow, aku mula faham apa maksud emak. Tetiba Fred menyampuk “ Dude, David Bowie main dulu!”

Monday, May 4, 2009

Distorsi

“Master, master
Master of Puppets
I'm pulling your strings
Twisting your mind and
smashing your dreams…

Sepanjang sekolah menengah inilah lagu yang akan mengejutkan aku dari mimpi lena, kerana inilah lagu alarm pagi yang akan kedengaran.

Hakim, Zaifren, Khalis dan aku akan menghabiskan masa membaca sejarah,mencari lagu dan cuba memahami teknik-teknik yang digunakan dalam aliran muzik ini. Lama kelamaan muzik ini menjadi sebati dalam hidup aku, dari awal pagi sehingga ke malam telingga ini akan menjamu muzik keras, inilah suara dalaman yang ingin diluahkan dengan penuh dendam dan kemarahan, tambahan distorsi metal berjaya mengeluarkan emosi berat dan tepat yang ingin disampaikan.

“Mana pergi Metal ko man?” soal Hakim, sejenak aku terfikir dengan soalan itu. Dave Mustaine antara idola yang dikagumi kerana keegoan dan susunan riff serta strukture yang cukup teknikal, susunan muziknya akan memukau dan membuat aku terfikir, “mana dia dapat idea ni, riff ni?”

Satu hari aku diberi peluang untuk menyaksikan persembahan muzik klasikal, satu komposisi yang diadaptasi, diatur dan disusun bagaikan sebuah cerita yang penuh dengan emosi, kemarahan, kegembiraan, suka-duka dan penuh inspirasi cukup mampat bagaikan satu susuanan muzik yang menjelmakan karakter lalu muncul karakter tersebut dalam benak fikiran masing-masing berserta imej.

Sedikit demi sedikit aku menolak distorsi metal yang membingitkan telingga aku, dan membenarkan strings dan alunan orchestra menemani setiap detik dalam hidup aku, bagaikan satu soundtrack kehidupan. Bunyi angin, rama-rama yang berterbangan dan sinaran cahaya turut menyempurnakan soundtrack tersebut element ini mengubah corak kehidupan aku dan persepsi aku melihat, menilai dan mereka muzik memberi kesedaran suara dalaman yang berbentuk sangat emosional.

Rupa-rupanya hari aku mengucap “Selamat Tinggal Metal” adalah hari aku menjual LTD EC 50. Sedih ke? Tak, aku rasa lega kerana aku dapat benda baru, satu benda yang lebih menarik.