Tuesday, June 30, 2009

Akan Datang

Kehadiran tumbuhan di alam semesta ini cukup mudah, sekadar berdiri tegak untuk ditatapi oleh sekalian manusia, akan tetapi tumbuhan juga menyembah kepada penciptanya mengikut arah kiblat. Tumbuhan juga mempunyai saat kelahiran dan kematian. Tumbuhan juga akan mengharungi musim hujan dan kemarau.

Semalam aku terfikir kenapa tumbuhan ini suka berlakon, seperti ia tidak mahu mengejar cita-cita dan menanti saat kematian. Adakah begitu mudah kehidupanya di alam ini? Adakah itu tujuan ALLAH mencipta tumbuhan? Walau bagaimanapun mereka tidak mempersoalkan semua ini mereka terus gagah berdiri melakonkan peranan mereka sebagai tumbuhan yang hidup dan akan mati.

Akan tetapi apa yang aku nampak adalah kelayuan, kemekaran dan kemegahan tumbuh-tumbuhan yang melakonkan watak mereka dengan sempurna. Untuk kalian aku hulurkan pedang tetapi aku tidak akan membunuh kalian kerana kalian tidak bersalah namun nantikan apa yang akan datang…

Thursday, June 25, 2009

Cuba menjadi Tulen

Masa kecil aku amat meminati muzik, radio menjadi kawan baik aku. Pernah juga aku berlagak dengan earphone di telinga bersama radio yang bernyala tetapi earphone sebenarnya tidak berfungsi.

Usia Remaja aku terdedah dengan pelbagai jenis muzik baru, tambah menarik apabila aku berusaha gigih untuk bermain gitar. Walaupun jari jemari aku bengkak, namun aku tabah kerana aku ingin bermain lagu-lagu yang aku minati. Saban hari aku berkemampuan untuk cover lagu-lagu tersebut bersama bandmate. Kami kagum dengan kebolehan masing-masing kerana sudah sampai ke tahap ini.

Bezanya aku dengan mereka kerana aku meneruskan bakat yang dipupuk ini dengan mencipta sesuatu yang tulen, jitu dan berakar diriku. Memang kita perlu menghargai muzik yang tercipta, tetapi adakah kita puas sekadar cover lagu-lagu tersebut, dan terus lena berangan menjadi artis tersebut? Aku tidak puas kerana aku ingin keluarkan sesuatu yang bukan untuk kalian beli tetapi sesuatu yang membuat kalian berfikir, kenapa iramanya berubah dari satu mood ke mood yang lain?

Dari meniru kita akan menjadi sesuatu yang lain, apakah yang akan jadi, apa yang akan kita temui? Kesedaran aku terhadap segala karya yang aku hasilkan hanyalah satu jalan pintas, satu karya yang sangat kosong. Tiada apa-apa nilai, mujur aku faham dan berkeinginan untuk berubah. Terima kasih juga kepada semua yang memberi kuliah di meja makan, sambil ketawa aku mempelajari pelbagai benda. Terima kasih juga kepada insan yang membuat aku teringatkan pada diri aku dulu, dan juga insan yang sudah nampak apa yang akan jadi padaku.

Wednesday, June 17, 2009

Sini

Setiap wajah yang muncul bagaikan matahari yang terbenam di senja yang sunyi, akan meninggalkan hari siang tetapi ia pasti muncul esoknya dengan izin Tuhan. Pedoman, pengajaran dan pemahaman setiap manusia berbeza, ada yang faham, ada yang buat-buat faham dan ada juga yang buat-buat tak faham.

Cerita aku akan berubah selepas ini, aku yakin kerana aku melihat sifat aku pada seorang gadis yang seronok mendengar kisah-kisah silam aku. Seronok mendengar semua benda yang aku ketemui dalam beberapa tahun terdekat ini, melihat dia teruja, seronok dan teringin mempelajari semua yang aku ketahui sama seperti aku seketika dahulu. Aku tergelak kerana terkenang sifat aku dahulu pada gadis ini.

Saturday, June 13, 2009

Adakah

Adakah kelahiran kau untuk menyusahkan mereka?
Adakah pemahaman kau untuk dikongsikan?
Adakah kewujudan kau untuk melawan fitrah kejadian?
Adakah tugas kau untuk menyelesaikan masalah?
Adakah idealogi kau untuk diperam?
Adakah kau semakin hampir atau jauh dari landasan kehidupan?

Sampai bila kau nak menyusahkan mereka?
Apa lagi alasan kau?

Tuesday, June 9, 2009

Ulang

“It’s fun to lose and to pretend” ulang lah lagi, ulang.

eviden dengan visual yang kabur….
Sepatutnya dah bertindak,
Ntah, tak tau. Tak nak ambik tau.

Senang je, aku tidak berdiri di garisan yang lurus,
Aku tidak sama seperti mereka,
Jalan aku lain,
Visi aku berbeza,
Jadi mari kita pretend!

tapi dia tak kasi ulang.....

Friday, June 5, 2009

Plot

Satu plot yang berjaya biasanya disusun dengan rapi, tiada sebarang kecacatan mahupun kesilapan agar jalan cerita tidak gagal ataupun syok sendiri.

Pada awalan pengenalan karakter yang membawa watak masing-masing wajar bermula dengan seribu satu soalan agar penonton terpikat dengan jalan cerita dan terus tertanya-tanya apa yang akan terjadi selepas itu, penonton akan terus membuat andaian mahupun pelbagai kemungkinan bagi watak-watak dalam cerita.

Jangan terpedaya dengan watak yang diperkenalkan,yang hitam boleh bertukar menjadi putih dan yang putih boleh bertukar menjadi unggu, jingga mahupun pink. Sub plot dan segmen-segmen kecil dalam cerita juga penting kerana ia pasti tidak diperhatikan tetapi apabila kita menonton atau mengkaji cerita tersebut ia pasti mewujudkan perasaan baru dan maksud yang berlainan.

Permulaan satu plot tidak semestinya berakhir dengan gembira ataupun sedih itu sudah sangat klise. Satu plot yang berjaya pasti meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup kita samada ia wujud atau satu fiction.

Kita mungkin akan jatuh cinta dengan karakter, mungkin juga akan terpengaruh dengan karakter dan mungkin juga akan menjiwai karakter yang memikat kita. Cuba cari sebab kenapa karakter itu diperkenalkan dalam hidup kita? Adakah mustahil di alam realiti kita pernah berjumpa dengan karakter yang kita baru kenal, dan sewaktu kita kecil dahulu mungkin kita pernah berselisih atau mungkin dia berada di dalam bilik yang sama.

Plot kehidupan kita telah lama tertulis dan sudah ada penghujungnya, di atas kesedaran kita plot tersebut akan menjadi lebih menarik jika kita faham kenapa munculnya setiap karakter dan apa peranan mereka. Apabila kita faham mengapa karakter itu muncul sudah pasti kita akan menjadi satu manusia yang lain. Kita tidak perlu lagi memikul tanggungjawab dan tidak perlu mengambil tahu tentang perkara-perkara yang remeh-temeh lalu kita akan berterima kasih kepada karakter yang muncul dalam hidup kita dengan seikhlas hati.