Thursday, July 30, 2009

Chinese Ink On Rice Paper









Penat melayan Chinese ink, kertas pula lembab. Maka aku pun terlelap.

Wednesday, July 29, 2009

Chinese Ink on Rice Paper


Jam 9 mlm,selepas solat Isyak aku nekad untuk mulakan lukisan kedua, selepas sapu layer pertama aku ke bilik kakak aku untuk meminjam Hair Dyer. Dan aku mendapat jawapan yang best “Hair Dyer” rosak. Mana rambut dia tak sentiasa kelihatan lurus.



Friday, July 24, 2009

Thrice
Beggars


















Zaman ciber memudahkan pencarian semua jenis maklumat, semalam berjaya mendapat album terbaru Thrice versi “Vagrant Record Advance Promotion Stream”. Ahli kumpulan ini sering berkata “setiap album kami akan berlainan, jangan mengharapkan mutu kualiti yang sama pada album akan datang.

Mood yang diwujudkan pada bridge “Circle” berunsur element orgin yang dicipta oleh Thrice, jika anda biasa dengan muzik mereka anda akan dapat merasakan chemistry mereka. Muzik mereka semakin matang, unsur radikal semakin pudar. Tone guitar Fender sangat jelas junsur Vintage dari saraf anak-anak muda yang sering mencipta muzik dengan penuh gambaran visual.

Barangkali inilah sikap manusia ingin mengeluarkan benda baru kerana bosan dengan apa yang pernah dihasilkan. Mereka perubahan muzik mereka membuat aku tersandar dan menghayati saat-saat awan terapung sambil melihat aku di atas awan.

Thursday, July 23, 2009

Luahan

Luahan secara terus terang mudah difahami, luahan yang berbentuk metafora, simbolik ataupun semantik perlu fikir maksud tersirat yang membuat sesetengah individu binggung terhadap motif dan maksud yang ingin disampaikan.

Buat masa ini aku lebih selesa luahankan dalam bentuk lukisan, tulisan, muzik dan video. Ada yang ringan, terus terang dan mudah difahami ada juga yang terlalu berat. Masih belum jumpa jalan penyelesaian yang meringankan karya tersebut, apa yang pasti aku perlu buat dan terus buat agar aku dapat luahkan segala yang dipendam tanpa memikirkan respon yang lain.

Manusia sudah hilang sifat kemanusian, mereka sibuk mengejar benda lain, sibuk mencari kesalahanku dan sibuk merobek otakku agar mereka kenyang dan gembira sambil ketawa dengan riaknya. “Otak kau sudah tidak berfungsi, jadi kau tidak boleh lagi berfkir dan berkhayal.Hahahahaha”


















Yakin II

Tuesday, July 21, 2009

Penamat

Setiap satu permulaan akan disudahi dengan satu kesudahan, samada sedih ataupun gembira. Allah mencipta manusia dengan menetapkan tempoh hayat setiap manusia tanpa diketahuinya, jika manusia sudah ketahui jangka hayatnya pasti ia akan putus asa.

Sesuatu plot ditulis dengan teliti untuk membingungkan penonton agar penonton tertanya-tanya apa akan jadi selepas ini. Sama juga di alam realiti manusia tidak akan tahu apa akan menantinya, tidak seronoklah jika dia tahu apa akan jadi selepas ini. Secara logik atau tidak logik manusia harus menerima hakikat tersebut. Apabila kita dilalui suatu dugaan atau ujian, kita pasti akan mengeluh, merungut dan merintih kenapa kita diuji tanpa memikirkan pengajaran yang telah ditetapkan. Apa yang terjadi akan membentuk manusia tersebut untuk menjadi lebih matang, kuat dan tabah melalui hari-hari akan datang.

Aku mendengar diriku yang terus tenggelam di lautan lunak yang sedang memanggil namaku. Apabila aku menyahut ia mentertawakan aku, ia benci akan perubahan diriku, ia jijik melihat warna dan bosan mendengar suaraku. Aku menjadi takut dan terus tenggelam ke dasar lautan tiada siapa yang peduli, tiada siapa yang hiraukan aku. Jadi apabila kita sudah ketahui kesudahan sesebuah plot kita akan menggelakkan diri dari terus terjebak agar kita tidak akan terluka. Namun apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.

Penyesalan ini bukan untuk kalian yang suka melihat aku jatuh tersungkur dan menanti saat untuk memijak muka aku, penyesalan ini bukan berbentuk protes agar hatiku puas dan penyesalan ini bukan meminta simpati tetapi penyesalan ini adalah terhadap diriku yang tenggelam dan terus tenggelam, aku bosan melihat alam yang sedang mentertawakan aku, tetapi aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas dengan percuma. Biar putih tulang, jangan putih mata.

Friday, July 17, 2009

Yakin
Kesinambungan cerita “balang”.

Yakin

Menggeletar jari jemari aku melukis….lepas tu mewarna guna medium baru.Idea sudah lama tercatat di dalam benak fikiran, agak lama aku tidak menurunkan dalam bentuk lukisan.

Layer pertama ni masih raw, dan harap ia akan jadi lebih raw.

Wednesday, July 15, 2009

Balang

Ku terpaksa melepaskan kau,
Kerana aku tidak mampu menjaga kau lagi
Mungkin dengan cara melepaskan kau
kau akan lebih bahagia di alam baru
Alam yang dikelilingi
Sama rupa dan keadan dengan kau
Apa yang akan engkau lalui
Telah ditetapkan
Biar panas,hujan mahupun kering
Kau tetap menempuhinya
Kerana terlalu mencintai kau,
dan memikirkan kau
Ku rela melepaskan kau pergi
Agar kau bahagia selama-lamanya

Tetapi apabila aku sedar
Ku datang mencari kau kembali
Namun kau masih seperti dulu
Tiada apa yang berubah
Dan saat aku melihat ke dalam diri kau
Ku terpandang sesuatu yang tidak aku duga
Sesuatu yang sangat indah…
Walau kau hidup penuh kekurangan
Kau tetap berusaha
Berusaha..
Kau telah membuktikan sesuatu di luar jangkaan
Kau mekar dengan indah tanpa cacat cela
Seperti yang telah ditetapkan
Oleh Yang Maha Esa
Betapa berkuasanya DIA

3.10 pm
15 July 2009

Taik Lalat

Waktu kanak-kanak aku rajin berjalan, merayau-rayau di belakang rumah mengejar ayam dan itik, kadang tidak sedar yang aku sudah jauh dari rumah. Keseronokan ini sering aku ulangi sebagai alasan untuk merayau dan apabila ditanya oleh emak jawapan aku mudah “ Kejar ayam jiran, degil tak nak masuk reban”.

Sambil merayau aku bertemu ramai insan baru, sambil melambaikan tangan aku memberi senyuman dan terus mengejar ayam dan itik tanpa menghiraukan arah tuju. Sikap peramah ini membuat aku mudah bergaul, mudah berinteraksi bersama pakcik dan makcik yang datang melawat. Biasanya di rumah aku berkaki ayam, dah biasa mengejar ayam sehingga sifatnya terbawa-bawa. Tiba-tiba Kak Cik adik mak aku menegur “Boy, ada tahi lalat di tapak kaki.” Aku menyahut “Ye ke?” “Jarang dapat tahi lalat di tapak kaki tau boy, untung.” Aku tanya-tanya apa untungnya, bukannya sesiapa dapat melihat tahi lalat tersebut.

Saban hari, aku jarang berkaki ayam tahi lalat itu pun terus menyembunyikan diri, dan aku meneruskan pejalanan hidup ini dengan penuh siku-liku. Semakin banyak perkara yang aku fahami semakin sukar perjalanan ini, bagaikan alam sangat cemburu terhadap cita-cita yang ingin dikecapi. Semakin hampir menuju landasan semakin sukar perjalanannya. Aku terus terfikir “apa keistimewaan tahi lalat itu”. Sehinggalah aku ditegur semalam “tahi lalat menunjuk sikap seseorang, dan tahi lalat di tapak kaki menunjukan seseorang itu kuat berjalan dan merayau tanpa menghiraukan keadaan sekeliling yang banyak membebel tentang dirinya, keistimewaan tahi lalat di tapak kaki boleh pergi membawa individu tersebut jauh dan akan banyak menemui dan mengharungi segala malapetaka yang akan menyusul di depan mata.Cuma yang menjadi kekuatan, dia berani menempuhnya dan tidak menjadikan halangan di depan sebagai satu benda yang melemahkan.,Cuma perlu kekentalan dan usaha.” Terus tak tidur malam aku dibuatnya.

Tuesday, July 14, 2009

Envy
11 July 2009

9.40pm
Bentley Music Auditorium

2009.6.7

We have been confirmed to play a show in Malaysia! It's our first time going and we are very excited. We hope to see a lot of people from Malaysia and from surrounding countries. See you at Bentley Music Auditorium.

2009.7.11 sat Bentley Music Auditorium.

Band yang berasal dari Jepun, elemen musik mereka berunsur jeritan, juga dinamik dan pada masa yang sama ada kelembutan. Jika mendengar buat kali pertama ia seperti muzik ambient bagaikan terapung-apung di angkasa dikuti jeritan kemarahan di kedua belah telingga. Lagu mereka tidak dijual di mana-mana “Gedung Muzik” terkenal tetapi mudah didapati di alam siber. Mungkin faktor utamanya tidak ramai kerana mereka tidak dikenali dan mungkin juga muzik mereka sukar untuk difahami.

Sabtu Auditorium Musik Bentley Damansara luasnya sederhana seperti gig local, dipenuhi muka-muka scene golongan matang. Penonton mula bising apabila kedua gitarist membuat sound check, kelompok urban tidak sabar untuk menyaksikan aksi kumpulan yang diterbangkan dari Jepun, dan mungkin juga telah jemu dengan dua band local yang kurang menyerlah pada malam ini.

Pentas kelihatan merah menyala jeritan padu Tesuya menggerakkan kelompok yang tidak sabar menanti aksi mereka ini. Mosh pit mula bergerak seperti ombak, di mana alunan ombak membuka ruang untuk crowd surf dan stage dive. Agak lama tidak kelihatan kelompok old skool seperti malam ini. Progresif muzik Envy sangat bising dan selepas itu ia akan menjadi merdu ibarat sifat radikal yang akhirnya memahami punca dan sebab dan akur kepada takdir. Tetsuya, Nobukata, Masahiro, Manabu dan Dairoku anak-anak mangsa perang mengatur lagu-lagu mereka seperti sebuah “soundtrack” kisah hidup mereka sebagai anak jati mangsa peperangan.

Setiap tempat yang mereka beraksi, mereka melihat kelompok yang berbeza bergerak dengan penuh agresif memberontak mengikut alunan muzik yang dimainkan oleh mereka. Seperti di medan peperangan, susunan muzik mereka sangat detail dan teratur seperti strategi perang yang disusun dengan begitu rapi. Petikan kedua gitar bagaikan shoot gun yang menembak mangsa dengan begitu kejam, jeritan vokal yang memberi isyarat untuk mara ke hadapan dan dikuti ketukkan marching snare untuk bangkit selepas tewas. Lagu mereka sangat tragis, epik dan penuh emosi untuk pendengar muzik mereka turut memahami dan mengaitkan dengan kisah hidup dan perasaan masing-masing kerana kita semua pernah lalui kekalahan.

Setelah mengikuti beberapa lagu mereka kami merasakan sangat bersalah pada ibu bapa dan bernekad untuk akur pada perintah mereka. Kami juga berazam untuk bangkit dan terus berusaha dengan tekun untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan siku-liku ini. Kami terima kekalahan ini dan nantikan kebangiktan kami.

Malam itu kami pulang dan terus mendengar cd “Sonzai Records” di dalam kereta dan tidak percaya bahawa kami baru sahaja menonton Envy di hadapan mata kepala sendiri.











































Foto:http://www.flickr.com/photos/blueglory/

Tuesday, July 7, 2009

Pelancong

Pelancong : What is this station called?
Aku : Ampang Park
Pelancong : How do I go to China Town?
Aku : Take Bus no 29 once you reach the last bus stand walk straight.
Where you from?
Pelancong : Cairo
Aku : How do you find Malaysia?
Pelancong : Can’t hear Azan, but the food is easy.
Aku : Sorry my bus is here I have to go.

Kebetulan soalan tadi ada kaitan dengan pelancong, tetapi jawapan pelancong itu menyegat otak aku dan membuka aku terfikir sejenak.

Selepas merempuh satu lagi dugaan untuk memperbetulkan kesilapan lalu agar aku dapat menyambung pelajaran. Aku merawang di ibu kota yang sesak ini, inspirasi aku kabur, matlamat aku masih belum dikecapi, adakah aku bakal menghampakan mereka lagi? Maafkan aku dengan symptom-symptom yang aku hadapi ini.

“Jika kita tahu kita akan gagal, kita tidak akan usaha”