Friday, August 28, 2009

Komposisi

Semalam aku ditegur “Video Balang dan siap?”

Banyak alasan yang boleh diberi untuk menjawap soalan tersebut tetapi insan yang bertanya soalan itu tidak akan faham dan tidak akan terima jawapan aku. Bagi dia hasilnya lebih penting. “Action speaks louder than words”.

Sepanjang proses daripada idea asal sehinggalah ke proses penelitian dan penerapan aku berjaya explore pelbagai benda baru di antaranya “Cinematic Shots”, “Mood” dan “Komposisi”.

Komposisi : Setiap imej dalam bingkai perlu diteliti, jadikan satu kebiasaan memerhatikan setiap elemen di dalam frame yang hendak dirakam.Bayangkan balang yang diletak di bawah matahari terik, bayang-bayang balang tersebut akan memberi makna yang lain, dan bila balang yang sama diletak di bawah hujan, ia akan memberi makna yang berbeza. Apa yang menarik disini adalah cara kita menyusun frame dan cara kita mengendalikan imej tersebut. Kenapa letak di depan, di belakang, di kiri atau di kanan. Setiap sudut memberi makna yang berbeza.

Apabila aku mendapat seru untuk berlakon teater, aku saut bukan untuk terjun bidang, tetapi aku cuba mencari pengalaman untuk melihat benda di sudut yang lain. Kita akan berdepan berdepan dengan penonton dan kita perlu berinteraksi dengan penonton, kalau salah tak boleh berhenti dan retake. Mimik muka, bahasa tubuh dan pengerakan sangat penting, jika silap melakonkan satu pengerakan ia akan memberi makna yang berbeza dan maksud asal mungkin tidak berjaya disampaikan.

Terima kasih kepada pengarah dan penulis skrip yang memberi kami kepercayaan dengan membiarkan kami berlakon dan mencari watak sendiri untuk karyanya yang begitu personal. Ceritanya sangat sedih jika ditelitikan, nasib melayu yang tidak sedar apa yang jadi kepada mereka, penatlah jika terus berpegang dengan falsafah Hang Jebat.

Proses self discovery aku semakin mantap tetapi belum padu, ada yang memberi sokongan dengan hanya kata-kata yang padu melalui email, ada yang buat tak tau, ada yang membebel, ada yang kata buang masa, dan ada juga yang sangat berharap karya ini akan berjaya mungkin mereka nampak sesuatu yang jauh di penghujungnya.

Monday, August 24, 2009

Sumber

"Apakah sumber kekuatan terbesar dan juga kelemahan terbesar engkau?"

Tuesday, August 18, 2009

Jalan

Di setiap simpang kita akan membuat keputusan jalan mana yang akan dipilih,
Percayalah bahawa setiap pilihan yang kita buat,
akan ada sinar cahaya yang akan menerangi…

Monday, August 17, 2009

Mingguan
Ahad 16 Ogos 2009
Lukisan dari Istana Budaya
Oleh Sy Mussaddad Mahdi
(mussaddad.mahdi@utusan.com.my)
Foto Aswad Yahya














"Setiap pelukis ada falsafah mereka tersendiri. Pada saya biarlah mereka nak lukis apa pun asalkan boleh menanggung hidup. Saya melukis dan menjual lukisan untuk terus hidup," kata Sani Sudin ketika kali pertama bertemu.

Bagi yang kurang mengenali insan seni ini pasti akan terkejut dengan kenyataannya. Tetapi pada yang sudah mengerti, ini adalah sesuatu perkara yang biasa.

Katanya lagi, setiap orang mempunyai tafsiran dan tujuan untuk menghasilkan karya seni. Jadi terpulanglah setiap pelukis untuk meluahkan apa sahaja yang tersurat dan tersirat seterusnya menjadi lukisan yang unik dan menarik.

"Kebanyakan lukisan yang saya hasilkan diangkat daripada pelbagai sumber seperti puisi mahupun teks-teks sastera yang lain. Semua ini digarap mengikut tafsiran saya sendiri.

"Saya tidak kisah apa juga tafsiran yang akan orang lain buat apabila melihat lukisan saya. Cara orang lain melihat sesebuah lukisan bukannya sama.

"Lagi dalam orang berfikir lagi luas maksud yang dia dapat. Pada yang malas mentafsir hanya akan dapat lapisan pertamanya sahaja," kata Sani ketika ditemui pada perasmian Pameran Lukisan Karyawan Tempatan baru-baru ini.

Pameran yang diadakan sempena perasmian Bazaar Seni Rakan Niaga Melayu Warisan Borong di Wisma Warisan, Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur itu turut disertai sembilan pelukis dari Istana Budaya dan enam pelukis jemputan.

Sebanyak 70 buah lukisan dipamerkan selama sebulan merangkumi pelbagai medium seperti catan, akrilik, cat air dan sebagainya.

Biarpun sudah banyak pameran yang disertai oleh Sani selama ini, baginya khalayak yang meminati lukisan masih lagi kurang memberangsangkan biarpun negara semakin maju.

"Perkara ini bukan perkara yang baru dan asing. Orang kita hanya datang ke pameran lukisan sebab segan dengan kawan-kawan. Kalau tak datang apa kata mereka nanti.

"Jadi kalau nak kata kegiatan lukisan berkembang dengan pesat, tidak juga. Tapi perubahan itu masih lagi tetap ada setiap tahun dan biarlah ia terus berkembang dengan maju pada masa akan datang," kata Sani lagi.

Menariknya mengenai pameran kali ini, ia menghimpunkan pelukis-pelukis daripada Istana Budaya yang selama ini kurang diketahui umum. Kesemua pelukis yang mempamer lukisan terdiri daripada mereka yang bergiat aktif bekerja di belakang tabir sahaja.

Kurator Pameran Lukisan Karyawan Tempatan, Rahimidin Zahari berkata, kebanyakan pelukis Istana Budaya kurang dikenali kerana mereka bukanlah pelukis sepenuh masa seperti seniman yang lain.

"Ini bukanlah satu perkara yang baru. Selama ini pun sudah banyak institusi yang mempunyai pelukis seperti mereka yang bekerja sebagai pereka set persembahan dan sebagainya," katanya.

Pelukis Datuk Hoesein Enas pernah mengetuai unit rekaan set di RTM. Selain itu terdapat juga beberapa nama besar yang lain seperti Nik Zainal Abidin Salleh dan Dzulkifli Buyung yang turut melalui fasa yang sama.

Antara yang terlibat termasuklah Ahmad Marzuki Abu Hassan, Termize Mokhtar, Razali Itam, Kamarudin Abd. Ghani, Siti Nasyreen Zaharin, Sarena Azizan, Azzazizul Shuib, Azmi Awang dan Muhammad Colmann Abdullah.

"Ini adalah titik permulaan kepada pelukis-pelukis Istana Budaya untuk mempamerkan bakat yang mereka miliki. Melihatkan sambutan yang diterima pada hari ini, kita yakin semuanya akan berjalan mengikut perancangan.

"Dari sini, kita akan cuba melakukan pameran pada masa akan datang agar bakat-bakat yang Istana Budaya miliki dapat diketengahkan kepada umum," katanya lagi.

Rahimidin juga mengucapkan terima kasih kepada para pelukis yang terdiri daripada Aris Aziz, Amirudin Ariffin, Sani Sudin, Azmi Mambo dan Hazin Misran yang sudi menggabungkan karya mereka untuk pameran kali ini.

Bagi peminat yang ingin datang menyaksikan sendiri pameran tersebut boleh datang ke Tingkat B1, Plaza Warisan, Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur.

Friday, August 14, 2009

Selamat Tinggal Dunia

Barangkali apabila kita menerima segala musibah di sebalik kejadian kita akan sedar kesilapan kita dan sedang elok kita ingin bangkit untuk terus mengharungi kehidupan harian kita akan diperhati dengan mata yang seakan ingin menerekam.

Dunia mengajak kita menghayati kejadian alam, terpesona dengan setiap perubahan langit dan bumi. Akan tetapi sesiapa yang menghayati dan memahami sebab-sebab perubahan tersebut akan merasakan titisan air, bukan titisan air hujan tetapi titisan air mata yang menitik membasahi lantai, sebak menerima hakikat dan sebak melihat keEsaan dan kebesaran tuhan.

Semakin kita mengejar cita-cita kita tidak akan sedar samada kita semakin hampir atau semakin jauh dariNya. Setiap yang jatuh wajib bangkit semula, setiap yang jauh tersasar wajib kembali semula, dan setiap yang berdosa wajib bertaubat.

“Semangatku takkan luntur, pulanglah pulang kepangkuan, puteh tulang jangan puteh mata”. Aku terdengar lirik tersebut menjerit dengan merdunya di kedua belah telinggaku. Marilah mengucap “Selamat Tinggal Dunia” dan kembali ke pangkal jalan, mujur Ramadan kembali untuk menyedarkan kita semua. Maaf di atas segala dosa-dosaku namun setiap yang terjadi telah ditetapkan tetapi renungi dan terimalah musibahnya.

“Allah menukarkan malam dan siang silih berganti; sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik mata hatinya berfikir”- Surah An-Nur Ayat 44.

Wednesday, August 12, 2009

Meant

Some of us are meant to suffer!
Some of us are led to believe that,
we have this certain destiny,
and then it just gets snatched away.

But we have to stay alive,
Because we have to see...
how the story ends.

Monday, August 10, 2009

Frasa

Dalam perjalanan hidup ini kita akan lalui pelbagai simpang dan akan temui pelbagai ragam manusia. Semua ini telah tertulis dan menanti kita untuk laluinya.

Masa sekolah rendah aku cukup takut ke sekolah, sebab utamanya aku nak tengok kartun tambahan tidak berpeluang untuk mengalami tadika kerana faktor kewangan. Aku akan menangis teriak lalui mak akan muncul menerangi hari gelapku lalu memeluk aku

Rupa-rupanya bermacam siku-liku menanti untuk aku lalui, masa tu game “Street Fighter” top jadi aku dan kawan-kawan sekolah rajin mengunjungi pusat video game untuk mengeluarkan kuasa-kuasa dalaman yang memberontak. Walapun beberapa kali ditahan, diberi amaran kami tetap mencari pusat video game yang lain untuk melepaskan geram pada joystick. Masa mengubahkan kita dan masa juga menentukan di mana kita berada. Aku melangkah ke zaman menengah mengenali muzik dan bermacam benda baru. Kan aku dah cakap banyak benda menanti aku.

Setiap satu persinggahan pasti ada cerita yang menarik dan manusia yang menarik ada di antara mereka yang muncul untuk menggoda, ada yang muncul untuk menguji kesabaran, ada yang muncul untuk merobek dan menyedut otak, ada yang gila, ada yang manja muncul untuk dibelai, ada yang perlu dilayan dengan waras dan ada juga yang perlu dilayan dengan tidak waras.

Sifat manusia mahu difahami tetapi enggan memahami yang lain, kadang kita akan marah, kadang kita akan gembira, kadang kita akan diam, dan kadang kita akan bersyukur. Alhamdulliah aku mula menyedari kesilapan aku dan aku mula memahami kenapa benda itu terjadi. Maaf kerana aku terpaksa melukakan hati kalian, memberi harapan, dan memberi janji-janji manis sedangkan janji pada diri sendiri tidak dapat ku kotakan. Jadi marilah terima kenyataan ini dan terus melangkah.

Cari harga diri dan banyak pengorbanan yang perlu dibuat, antaranya terpaksa jadi jahat di kalangan sekian manusia. Bukan semua manusia diberi peluang untuk memiliki “Sharingan” dan bukan semua dapat mengaktivekan “Mangekyou Sharingan”, kerana itu aku melihat semua benda lain dari yang lain. Kerja aku belum selesai, aku belum menewaskan seorang yang penting, yang sangat penting. Yang aku perlu buktikan kepadanya. Kepada anda yang ketawa dan terus memperlekehkan aku teruskan, kepada anda yang melihat bakat aku, sabar dan mari kita saksikan kebesaran Yang Maha Esa, dan kepada anda yang masih belum mengenali aku nama aku tidak akan keluar di bahagian komersial.

Semua yang tercatat hanyalah satu frasa, sekadar renungan dan kesedaran untuk aku.

Wednesday, August 5, 2009

Yakin I & II


























Akhirnya berjaya siapkan dua buah lukisan dengan kadar bertungkus-lumus. Yang tunas agak mudah, tetapi yang bunga agak sukar kerana ini merupakan kali pertama aku menggunakan ‘rice paper’.

Sebenarnya aku sengaja gunakan ‘Chinese Ink’ untuk kembali ke medium utama yang aku pelajari ketika sekolah rendah, banyak kali dakwat tertumpah dalam beg, kena tulis berbelas muka surat. Tetapi kali ini aku eksperimen teknik basah atas basah kesannya agak kabur dan memang aku mahukan scenary yang lembap. Namun aku gagal dan tidak puas dengan final produknya, tapi tak pe untuk peringkat cubaan aku akur pada kelemahan yang ada dan bernekad untuk terus usaha.

Sebenarnya seronok guna ‘Chinese ink’, dan salah satu sifat baru aku untuk mencuba medium baru, dan juga menceburi bidang baru. Bulan ni menjanjikan satu bulan yang agak sibuk, selepas waktu kerja aku menyambung reka letak majalah dan setiba di rumah aku akan mula melukis,selepas ni perlu edit video ‘Balang’.

Seronok, seronok kembali ke alam jalan sambil melihat lantai, kerana segan pada setiap gadis transparent. Agar aku terus berusaha dan sampai ke destinasi yang dituju.

Monday, August 3, 2009

Sketches Video "Balang"

Idea awal video “Balang” sangat ringan, mudah difahami dan pendek, tetapi setelah melalui proses pecah kepala otak, aku mendapati satu benda baru harus dikeluarkan dalam bentuk bukan “direct storytelling”. Jadi aku mula bermain dengan lukisan-lukisan yang menunjukan scene-scene tersebut.

Sekarang “Balang” semakin padat dengan pelbagai shot yang luar dari cerita, banyak menggunakan “Cinematic Shot” untuk menggambarkan cerita tersebut. Bagi cubaan kedua yang belum diedit jadi ia masih kabur dan akan diperbaiki agar ia sampai ke tahap yang boleh gelak ketawa…opps adakah itu gaya aku?