Friday, September 25, 2009

Pemberian

Dalam kehidupan ini sering kali kita akan berhadapan dengan pemberian dari insan dan memberi sesuatu kepada insan lain. Selalunya aku sebak menerima apa-apa sahaja dari insan lain yang berbentuk wang, bantuan dan juga kasih sayang.

Terima kasih kepada semua yang menghulurkan bantuan dari semua segi baik dan juga yang jahat aku sangat menghargainya. Terima kasih kerana sudi berkongsi kasih sayang dan perhatian hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa anda dan dari Allah juga segalanya datang kerana Allah yang izinkan segalanya.

“Tidak elok jika insan tersebut ingin beramal dan kita enggan menerima, bagaimana pula jika kita ingin beramal dan ditolak oleh insan lain?” pesan Umi.

Akan tetapi aku masih menggaru kepala kerana tidak faham atas segala pemberian ini.

Wednesday, September 16, 2009

27 Ramadan 1430

Melihat cermin tetapi tidak mengenali bayangan yang muncul di cermin, terus menyalahkan dan menuduh bayangan tersebut. Bayangan itu sentiasa mengekori dan menghantui setiap langkahnya.

Adakah bayang itu punca segalanya atau hanya satu fatamorgana? Berkali-kali dia jatuh sehingga sudah tidak hairan dengan kegagalan yang akan datang. Idolanya pula meninggalkan alam sementara untuk dipuja dan dihargai peranannya.

Di bulan Ramadan bayangan tersebut hilang disinari cahaya kasih sayang, bayang itu pergi dengan harapan ia tidak mengacau lagi. Dia tidak perlu menyorok di dalam bilik gelap yang sentiasa ditemani bayangan. Menarik untuk mengetahui bagaimana karakter ini berubah menjadi begini dan mungkin juga dia sudah mendapat kawan baru yang bernama sunyi atau dia sudah penat untuk berkata-kata kerana dia tidak memiliki apa-apa pun melainkan menyakiti hati manusia di sekelilingnya.

Barangkali manusia sudah hilang sifat kemanusiaan, bukan kerana manusia makan manusia tetapi manusia yang enggan memikirkan mengapa dia diizinkan untuk menghirup udara dengan percuma.

- Ingat tak payah fikirkan benda yang remeh –temeh.

Thursday, September 10, 2009

10-9-09

Jutaan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang menyumbangkan dana, beg, kata-kata semangat dan juga kata-kata sinis ia sangat membantu.

Wednesday, September 9, 2009

9-9-09




















World premiere ‘ 9’
arahan Shane Arker, malangnya filem ini tiada dalam senarai TGV mahupun GSC tempatan.

Thursday, September 3, 2009

Pintu

Di setiap perjalanan dalam kehidupan ini kita akan melalui pelbagai jenis dugaan. Ada yang manis, ada yang pahit namun tetap kita telan untul terus mengharungi kehidupan ini.

Ada yang diuji dengan pelbagai dugaan dan setiap satu ujian tersebut sudah pun tertulis hanya menanti saat untuk diuji. Ada yang dilahirkan untuk menuntut bela, ada yang dilahirkan untuk menetang nasibnya, jika dia berjaya maka dia tabah menghadapi ujian ALLAH S.W.T.

Seperti biasa dugaan sudah menanti dengan setiap jalan yang kita pilih. Aku yang sibuk bersedia menentang seseorang, tunggu saat untuk aku menikamnya, tiada ungkapan yang boleh aku terjemahkan tentang perasaan aku terhadapnya, tiada cara lain yang boleh memuaskan hati aku selain membalas dendam kerana aku percaya sebab dialah aku jadi macam ini.

Akan tetapi sedang berkocak kemarahan aku, sedang aku mengumpul data, sedang aku bersiap sedia untuk menikamnya aku diberi sebuah hadiah yang tidak boleh dirasa atau dimakan, mungkin boleh dilihat tetapi hanya aku saja yang faham perasaan ini. Darah yang mengalir dalam tubuhku tidak sama dengan darah mereka, jauh sekali dengan warna kulit tetapi layanan yang diberi sangat istimewa bagaikan aku anak kandung mereka. Hilang segala perasaan dendam aku, hilang dirobek perasaan kasih sayang yang mereka berikan.

Di perhujung persimpangaan bulan Ramadan ini aku melihat satu perubahan, berubah menjadi senyap dan tidak pandai melawan. Menjadi kawan baik sunyi dan menjadi musuh senyum. Mujur cahaya ini berjaya memulih luka-luka lama dengan harapan aku tidak mengecewakan mereka. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang membuka pintu dengan lapang dan terima kasih juga kepada mereka yang menutup pintu dengan rapat.