Friday, October 30, 2009

Kata-kata semangat daripada Umi

SEMANGAT! SEMANGAT! Cuba lagi ya! Work hard. Kali ni pasti berjaya, insyallah!

Tuhan menyayangi orang-orang yang menyayangi dirinya sendiri. Usahalah dengan yakin.
Insyaalah tuhan bersama kita.

Ok, Selamat belajar, Semuga berjaya.

Kata-kata dari Umiku yang tersayang.

Sebahagian

Rehatkan sebahagian daripada dirimu buat seketika dan tumpukan perhatian kepada fakta dan formatlsitik.

Aduh, boleh ke?

Ya, dah dekat dah ni. Moh kita….

Monday, October 26, 2009

Kaunselor

Seronok dapat berkawan dengan rakan yang mempunyai bakat melukis dan melihat persepsi mereka melalui lukisan. Ramai di antara mereka yang menjadi sumber inspirasi aku sejak bangku sekolah.

Salah seorang daripada mereka merupakan kawan yang sentiasa sudi mendengar dan tidak jemu menegur kesalahan demi kesalahan yang pernah dibuat. Baru-baru ni sempat lepak dengan dia dan update status. Tak nak lah puji lebih-lebih, aku doakan semoga dia murah rezeki dan sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T.

Rambut ni sudah semakin serabai, cadang nak botak je tak perlu sikat rambut, tetapi mengenangkan lukisan dia tak jadi pula nak botak.

Terima kasih atas segala jasa kalian,

Friday, October 23, 2009

Tersirat

Di antara kita ada yang mampu mentafsir yang tersurat, dan ada juga yang dilahirkan untuk mentafsir yang tersirat.

Kadang apabila kita mampu memahami dan mentafsir yang tersirat tanpa disedari ia mampu menitikan air mata.

Monday, October 19, 2009

Antara

Di antara engkau dan aku tidak perlu ada rasa dendam,
Di antara engkau dan aku tidak perlu ada rasa benci,
Di antara engkau dan aku tidak perlu ada rasa simpati,
Di antara engkau dan aku tidak perlu ada rasa menyesal,
Di antara engkau dan aku tidak perlu ada rasa bersalah,

Sebab aku tidak memilih engkau….

Friday, October 16, 2009

Luas-luas

Ramai di antara kita yang tidak akan sedar dan fahami kenapa kita diuji, kita mengabaikannya tanpa memikirkan salah dan silap kita, lantas kita tidak memperolehi sebarang pengajaran. Syukur kita masih bernyawa dan masih ada yang menyayangi kita, separuh bahagian ini sudah putus asa, sudah jelak untuk mencuba, menyalahkan nasib, tiada inspirasi, dan kononnya pasti akan gagal. Sir menyakini aku bahawa kepala otak aku masih berfungsi dann berupaya untuk mengeluarkan idea-idea, cuma idea tersebut tidak teratur.

Entry Kak Jwa hari ni best, walaupun tidak ditujukan kepada aku, Umi terus menasihati dan memberi semangat agar aku bangkit, ada yang tidak putus-putus mengingatikan siapa diri aku kini ada yang memberi ceramah tepat “Selama ni apa pesanan aku?” Ada juga yang sentiasa bertanya tentang perkembangan, seperti biasa ada juga yang terus senyap dan akhir sekali ada entry yang menarik berunsur positif alah-alah iklan Petronas.

Selepas mengesan kelemahan aku, patutkah aku putus asa dan abaikan pengajaran serta kasih sayang yang diberi kepada aku? Aku rasa aku ikat sayap aku dan buka mata luas-luas.

Sunday, October 11, 2009

Pesanan

“Dah kena mula kelas intensive, tinggalkan kerja OT buat seketika.” pesan Umi.

Aku akur dan bertekad untuk berubah, jadual aku seterusnya perlu dirancang dan perlu korbankan segalanya buat seketika.

Aura

Lebih kurang tujuh tahun yang lepas aku menghadiahkan diriku sebuah gitar akustik yang berjenama 'Kapok'. Boleh dikatakan setiap hari aku menghabiskan masa bersamanya, tidur, makan sehinggalah talinya putus.

Ramadan yang lepas aku menjauhkan diri darinya atas sebab-sebab tertentu, sesuatu terjadi kepadanya di mana dia perlu direhatkan.

Maka aku pun mencari pengantinya. Beberapa jenama ditemui dan diuji, ternyata jelas setiap di antara mereka mengeluarkan bunyi yang berbeza namun setakat ini aku berkenan dengan tone, aura kayu dan nalurinya. Ia seperti memahami jari jemariku.

Sabar ya, kau akan ku miliki

Wednesday, October 7, 2009

Ego

Lelaki sangat terkenal dengan sifat Ego, ia tampak jelas pada seseorang dengan gerak wajah dan gaya pertuturan. Terdapat pelbagai jenis ego, ada Super Ego, dan Ultra Ego. Ego merupakan sistem yang berfungsi untuk menyalurkan dorongan naluri ke keadaan yang nyata. Dengan kata lain, ego merupakan ekspresi diri di hadapan realiti. Sifat di mana seseorang melihat dan mementingkan dirinya secara berlebihan daripada realiti di hadapannya. Ego ertinya mengakui adanya pembatasan atau penyempitan. Manusia mengakui adanya batasan, dan ia selalu menghendaki apa yang ada di luar batasan dikorbankan untuk mengejar apa yang berada di dalam batasannya.

Jadi ego untuk mengejar sesuatu yang di impikan, yang mustahil dan yang di luar batasan, maka jika ego digunakan untuk mendapat sesuatu yang bagus dikira tidak elok atau tidak?

Egokah anda? egokah aku?

Tuesday, October 6, 2009

Kemanusiaan

Musibah dan kenikmatan adalah cubaan dari Allah agar manusia sedar dan kembali mengingati kekuasaan Allah. Setiap manusia mempunyai sifat yang berbeza apabila menghadapi kesusahan, musibah, malapetaka, kesenangan dan kenikmatan.

Terdapat pelbagai jenis manusia dengan pelbagai sifat lahiriah, dan manusia ditakdirkan mengenali pelbagai jenis manusia ini agar dia melihat dan mentafsir diri sendiri. Kemunculan pelbagai jenis manusia akan menguji kesabaran, biar dari keluarga, rakan sepejabat, rakan baik dan juga manusia asing. Seeloknya kita menilai dan bertindak menggunakan akal apabila berhadapan dengan manusia yang berlawanan sifat dengan kita.

Yang menarik adalah kemunculan manusia yang memberi semangat, inspirasi dan kepercayaan yang tinggi kepada kita. Kata-kata mereka membuat kita melayang-layang. Ada di antara mereka yang akan menjadi idola, mentor dan juga sumber inspirasi untuk kita terus menghayati dan menghargai layanan meraka.

Ada orang yang beriman dengan penuh keyakinan. Apabila memperolehi kenikmatan dia bersyukur dengan ucapan dan perbuatannya. Apabila ditimpa malapeta atau kesusahan dia tetap bersabar. Imannya, ibadahnya dan akhlaknya tidak mudah terpengaruh baik senang ataupun susah.

Perubahan drastik seorang manusia telah ditetapkan ia terpulang bila individu tersebut sedar, jikalau individu tersebut tidak berubah maka segala pengalaman dan ujian yang dilaluinya ibarat angin yang setiasa bertiupan, tiada warna, tiada bentuk dan tiada rasa. Individu yang perlu berubah dengan ketara adalah "DIRIKU SENDIRI" biar apa pandangan anda terhadap diriku, anda berhak untuk berfikir begitu. Akan tetapi pasti ada sebab mengapa karakter itu menjadi jahat dan karakter yang baik juga tidak semestinya sempurna kerana ia sentiasa digoda oleh syaitan, jadi jangan la mudah terpedaya.

Ketika aku terjatuh, langit sunyi sepi namun aku percaya Allah sentiasa mendengar walaupun aku berbisik pada diri sendiri"

Friday, October 2, 2009

Mereka

Kehadiran mereka bukan untuk kanak-kanak sahaja tetapi untuk umum. Pencipta mereka mempunyai misi tersirat dan tersurat ke atas ciptaan mereka, namun tanpa izin Yang Maha Kuasa mereka ini tidak akan wujud jadi mesti ada sebab mengapa Yang Maha Kuasa mengizinkan mereka ini diwujdkan.

Andai kata kita tersalah tafsir mereka ini akan nampak negatif, kanak-kanak pasti minta ibu bapa membeli patung, kostum dan macam-macam benda yang ada sangkut paut dengan mereka ini. Sehingga kini aku masih tembak “spider-web” dan kadang jikalau lewat lantas terfikir “kan best ada spider wed boleh swing”

Peranan mereka bukan sekadar superhero biasa, mereka ini sungguh kejam dan mereka ini akan muncul tidak lama lagi, jadi bila kita nampak kehadiran mereka adakah kita akan terus terpedaya dan mengikut mereka? Subhanallah, jauhnya tersasar.


Thursday, October 1, 2009

Penyebab

Sekali lagi aku menjadi sangat takut untuk menulis di ruang ini kerana aku akan ditegur atas segala perbuatan dan perkara baru yang menghadiri hidupku. Ya, aku tiada hak untuk melarang anda dan masalah utamanya pada diriku sendiri. Maafkan aku jikalau segala tingkah laku aku menyinggung anda, tetapi disebabkan banyak faktor aku terpaksa berubah dan terus kembali menjadi kawan baik sunyi ditemani kegelapan, tetapi aku mendapat keselesaan maksimum.

Biar mataku merah, biar mukaku pucat, biar badanku kering, biar rambutku serabut dan biar aku senyap dari membuat perkara-perkara yang tidak senonoh. Ada seorang yang merajuk kerana hampir 2 bulan aku tidak menyentuhnya walaupun setiap hari kami tidur bersama, opps maaf aku tidak menemanimu sepanjang bulan Ramadan.

Doaku agar dapat terus menyayangi insan-insan yang istimewa dalam hidupku, yang menyinari saat-saat keseoranganku, mereka hadir dengan menghulurkan kasih sayang yang tak terhingga. Terima kasih kerana memberi kepercayaan yang tinggi kepadaku moga-moga aku tidak akan hampakan kalian.