Sunday, November 29, 2009

Akal

Manusia diberi akal untuk berfikir, itulah yang membezakan manusia daripada haiwan yang tidak mampu berfikir. Setiap dari kita mempunyai had limit untuk berfikir, kadang kita tertanya-tanya kenapa sesetengah manusia itu enggan menggunakan akal mereka untuk berfikir.

Ada di antara kita yang dilahirkan untuk memimpin dan dipimpin, jadi terpulanglah di mana kita nampak diri kita dan di mana kita ingin berada. Sesetengah individu pula akan banned dan menjauhkan diri daripada idealogi kita, mungkin mereka tidak sependapat dan mereka enggan setuju dengan idealogi tersebut. Ada juga yang akan setuju dengan apa sahaja yang dipertengahkan. Ada pula yang hanya diam tidak berani atau enggan memberi pendapat.

Bersyukurlah kepada yang diberi akal untuk melihat dan memahami bermacam benda yang tidak mampu difahami oleh akal lain. Gunakanlah ke arah jalan yang betul, untuk kegunaan semua, seperti bersifat adil, jujur dan ikhlas.

Bahagian akal aku pula sering gagal mentafsir dan menceritakan sesuatu dengan tepat, jadi kebanyakan daripada kalian tidak dapat memahami cerita aku. Maaf, kerana aku bukan seorang pencerita yang tersohor dan cerita-cerita aku pun bukannya menarik.

Stephan Jenkins, seorang gitarist dan penulis lirik yang sangat jujur, seorang graduan Sarjana Muda Kesenian dalam Sastera Inggeris. Ayat-ayatnya sangat kejam dan berbentuk realiti, mungkin juga selepas berputus hubungan dengan Charlize Theron seorang pelakon sensasi yang sangat menawan. Liriknya berkisahkan hubungan mereka yang ditulis dengan begitu metafora dan puitis. Jenkins menuntut ilmu dan akhirnya dia menggunakan untuk menulis lirik yang simple dan berbentuk realiti serta segala pengalaman hidupnya.

‘But when I see you
It's like I'm staring down the sun
And I'm blinded
There's nothing left to do
and still I see you’….

Mendengar:

Third Eye Blind
Smile Empty Soul















* Cuba spot sesuatu di dalam gambar ini.

Thursday, November 26, 2009

Selepas Ini

Sejurus selesai menduduki perperiksaan yang bertahun tidak lulus aku terasa sangat sukar untuk tune pemikiran ini. Pernah mencuba untuk tidak berfikir, hanya melihat dan menghayati secara normal dan secara rigid, tetapi tafsiran aku masih seperti dulu penuh dengan kreativiti kata adik aku seorang ni.

Sepatutnya semalam aku berjumpa dengan seseorang end up kami hanya berbual melalui talipon. Teguran dan nasihatnya sangat ringkas tetapi mendalam, “penulisan yang mantap akan memudahkan sesuatu karya untuk dihasilkan dan divisualkan, kita yang malas membuat kajian akan terkandas dan terubang-ambing. Cari buku ‘Musyawarah Burung’ untuk teguhkan sipitual kau”

Walaupun ditegur beberapa insan penting untuk meneruskan karya ini aku masih terasa sangat insecure untuk meneruskan karya ini, masih ada kekurangan, masih tidak puas hati. Sedang membaca esei tulisan Pak Mail, kena usung kamus untuk memahami eseinya.

"I’ll turn like a stone, jadi speechless” Introspection value from someone.

Introspection :
Self-observation and reporting of conscious inner thoughts, desires and sensation.

Mendengar:
Bedlight For Blueeyes-Leaving Berkeley Heights
Charlotte Sometimes-Build the Moon

Wednesday, November 25, 2009

Ditunda

Tiket bas dan kereta api abih dijual, jadi rancangan untuk shooting terpaksa ditunda.


Cerah

Pagi ini sangat muram, langit ingin memberitahu sesuatu.





























Tuesday, November 24, 2009

Arrangement

Satu irama sering bermain di benak fikiranku, dah dapat riff tunggalnya mungkin cara penyusunannya yang memantapkan lagu ni.

Mendengar:
Flyleaf - Circle
Envy - Scene
Perwatakan

Manusia mempunyai pelbagai peranan yang perlu dipikul, bermula sebagai seorang ayah, ibu, kakak, abang, adik dan sebagainya. Kemudian mereka mula memasuki alam pekerjaan dan mereka mula memikul peranan lain seperti seorang engineer, lawyer, doctor, chetty mahupun seorang pengarah.

Selepas memegang gelaran-gelaran hebat, mereka ini mempunyai dua peranan, setengah dari mereka akan terbawa-bawa kegelaran hebat sehingga ke rumah, di mana mereka mahu dilayan seperti seorang pengarah atau yang jenis biasa mengutip hutang sehingga dengan darah daging pun mereka berkira.

Ada di antara mereka ini bakal atau sudah meninggalkan kita, maka tamatlah peranan yang mereka pikul sebelum ini, dan kita hanya mampu mengenang jasa mereka sepanjang mereka bersama kita. Walau macam-mana kita berdoa kita tidak akan terdaya untuk mengembalikan mereka semula.

Aku sangat merindui mereka dan jasa-jasa mereka, mungkin jalan hidup aku berbeza jika mereka masih ada. Kini aku terima segalanya, maaf aku alpa dan terlupa akan janji-janji yang pernah ku buat, maaf aku masih belum menjadi manusia, dan maaf kerana aku masih tidak mampu menjaga emak. Tetapi aku bangga dapat mewarisi bakatmu dan mempunyai sifat-sifatmu.Terima kasih semoga roh mereka dicucuri rahmat.

Ini pula dari manusia yang sering senyum, ini petuanya:

“Biar kita dikata pendiam kerana pendiam kita bukan bermaksud kita sombong. Cuma aturannya akal bercakap baru mulut berkata”.

Monday, November 23, 2009

Lauk














Lauk malam ni cukup menarik, ada ayam masak kicap, taufu goreng dan sambal apa ntah.


Akan tetapi aku mencapai kicap cap kipas udang, sos cili, taufu dan kerepek pedas..

Maaf jika air liur anda juga mengalir ... Selamat menjamu selera.

Saturday, November 21, 2009

Dalaman

Tanpa penerangan kadang-kadang kita dapat membaca ingustik seseorang, manusia mudah dipujuk secara lisan, visual atau tulisan tetapi betulkah kita memahaminya ataupun diri sendiri?

Di Hujung November aku menyedari bahawa ipod menemaniku sepanjang masa, kadar kesedaran aku terhadap keadaan sekeliling semakin suram, bingkit dan jijik dipenuhi memori-memori hitam yang terus berusaha untuk menerekamku, dikuti langkah-langkah berliku yang perlu dilalui.

Biasanya manusia hanya mendengar simetri bunyi monaural yang hanya mendengar naluri sendiri, tanpa menyedari simetri bunyi sterofonik dengan mendengar sekeliling secara semula jadi.

Aku bakal menghukum diri sendiri dengan tidak menyentuh fret enam tali, dan memilih fret yang lebih halus dan kecil. Adakah aku sedang menipu diri sendiri, atau telahku temui sesuatu yang baru?

Simfoni atau bingit? Merdu atau jerit? Pejam atau terbeliak?



Tuesday, November 17, 2009

Terang

Kebelakang ini langit sering merajuk, keluluhannya makin terasa apabila tidak putus-putus tangisan diturunkan, tanpa memahami mesej tersirat yang ingin disampaikan, apatah lagi dengan mata kasar yang jahil ini langit terus menangis, barangkali menyuruh kita untuk putus asa?

Pasti ada sebab kenapa langit begitu moody dan berkelakuan begitu, pasti ada yang dapat menafsirnya. Akan tetapi kebelakangan ini alam ini terlalu bingit. Bingit dengan pelbagai kerenah yang perlu dilayan untuk kepentingan kalian sendiri. Bilalah manusia hendak sedar yang mereka tidak mempunyai hak atas apa-apa. Bila diberi kuasa dipijaknya, dimaki dan dihina, jiwa ini telah cacat dirobek dengan kata-kata kalian.

Petang ini aku berjalan ditemani langit cerah lagi terang, tidak perlu menggunakan lampu suluh atau lampu jalan, didampingi bisikan "Selamat Tinggal Dunia" dan ditemani beberapa inspirasi yang pintar lagi jernih air wajahnya. Langkah demi langkah aku mengatur, walaupun kaki ini perlu meredah kelopak dan kasut ini dibasahi air mata langit, aku terus mengatur langkah seperti pentingnya proses kitaran hidrologi untuk alam ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada kalian yang menemani, memberi tunjuk ajar, memekik di kedua telinggaku, memberi kata-kata hikmah dan meletakkan kepercayaan yang tinggi padaku. Terima kasih kerana sudi bersamaku dalam perjuangan ini.

Untuk kalian pula, terima kasih kerana hadir dalam hidupku dan mengujiku, memijak, dan menghukumku seperti seorang penjenayah, diarah untuk berkhidmat untuk anda. Harap tuhan memberkati jasa anda, dan harap kehidupan anda bahagia.

Bayangkan jika langit pula mengucap "Selamat Tinggal Dunia"!!!!





Monday, November 16, 2009

Sebelum

Sebelum kalian menjatuhkan hukuman kepada aku, ingin aku bertanya kalian tu betul sangat ke? Tak pernah buat dosa kecil pun, tak pernah mengumpat, tak pernah mengata belakang?

Sesungguhnya body guitar ni lebih memahami aku, pendapat dan cara dia menilai aku lagi best, berbanding dengan kalian yang cetak akal. Eloklah, teruskan hidup di daerah sendiri, patut idealogi tak berkembang pun, lupa produk mana ek?


Sunday, November 8, 2009

Kampung














Lukisan terbaru Pak Aris setelah sembuh dan dia kembali melukis. Jiwanya sangat dekat dengan alam dan hatinya sangat tenang. Begitulah gambaranya yang diluahkan ke dalam lukisan kampung ini.

Terima kasih Pak Aris kerana sudi berkongsi pemandangan yang indah ini bersama.
Mulut

Belajarlah menggunakan mulut, kerana mulut yang bijak ternyata tidak datang begitu saja. Ia mesti memiliki acuan nilai, pendidikan yang bagus, kesedaran intelek, dan emosi yang cerdas. Hal-hal yang menyulut peperangan, bermula dari mulut.

Mulutmu harimaumu,hati-hati memelihara mulut.

Satu pengajaran yang menarik, terima kasih kepada kalian atas teguran yang membina.

Friday, November 6, 2009

Kesalahan

Manusia memang dijadikan untuk buat salah sebab tuhan nak tunjuk yang manusia ni buat apa-apa pun tak sempurna.

Jadi tidak perlulah kesiankan aku.

Tahniah man, watak kau dibunuh sebelum karaktor ko diperkenalkan.

Thursday, November 5, 2009

Tenang

Alangkah bagus jika aku dapat menyelam ke dasar laut, pejam mata dan mendengar suara laut tersebut.

Tenang….fuh….bestnya

Musuh

Pasti anda mengenali musuh utama manusia, janjinya untuk menghasut dan melalaikan kaum adam. Dia tidak kelihatan jadi sudah tentu kita akan termakan hasutanya.

Walau apa pun yang terjadi pada aku, sama ada kesalahan aku atau kesalahan orang lain aku sentiasa cuba mengelak dari terus bermusuh. Sesiapa yang mengenali aku pasti jelas akan keegoaan aku. Biasanya aku akan cuba berbaik, berdamai, atau buat rundingan.

Akan tetapi apabila hati kita dihasuti dan ego kita yang tinggi meningkat lebih tinggi, jangan salahkan sesiapa cuba renungi kesalahan diri sendiri.

Maka terbinalah dunia sendiri dan terus menjadi orang asing sesama kita.

Komitmen

Satu perkara yang nampak mudah tapi agak susah untuk dilaksanakan, satu tanggungjawab yang besar dan menguji kepercayaan, kejujuran, keikhlasan, kesetiaan, kegigihan, ketabahan, ketekunan dan daya kesabaran.

Terciptanya perempuan untuk menemani lelaki, dan terciptanya lelaki untuk melindungi perempuan.

Sungguh mudah untuk mengeluarkan kata-kata manis dan setia, tetapi sungguh sukar untuk mentaatinya.

Pretty rain, pretty scared….

Wednesday, November 4, 2009

Munzir

Kehadirannya membuat aku bisu seribu makna dan terkaku, tiada kata yang mampu aku keluarkan.

Rambut sama hitam, hati siapa tahu?

Aku kagum melihat kau, semoga engkau menjadi khalifah yang berguna kepada alam sementara ini, jangan terpedaya dengan hasutan bumi ini.

Terang

Bayangkan jika tiada cahaya lampu jalan dan kita terpaksa bergantung pada bulan yang sentiasa menerangi alam. Akan kelihatan jalan tetapi pasti kabur, kita akan keliru dengan semua simpang-siur di hadapan kita.

Inilah manusia akhir zaman tidak pernah bersyukur dengan segala pemberian kepadanya. Memang teknologi memudahkan kita tetapi kita lupa pula untuk menghayati keindahan alam sementara ini.

Terang mana pun lampu jalan tidak guna jika kita masih keliru.


Tuesday, November 3, 2009

Selamat ………….

Kedengaran suara perlahan di kedua belah telingga, diikuti jeritan padu “Semangatku….
Terima kasih Ayie kerana sudi berkongsi lagu versi akustik.

Monday, November 2, 2009

Dinilai

Manusia bukan dihitung dengan cara hidupnya, tetapi apa yang diperolehi dan peninggalanya di dunia sementara ini.

Sewajarnya sesetengah watak perlu mati, sama ada dibunuh mahupun dimatikan wataknya. Biasanya selepas kematian tersebut manusia lain akan merasakan kehilangan insan tersebut.

Dia perlu mati dengan begitu tragis dan sedih, dia sering kali ditolak oleh perempuan yang diminatinya, gagal menyelamatkan sahabat baiknya, seterusnya gagal melindungi guru dan anak muridnya. Malah dia tidak dapat mengikut tauladan tokohnya dan idolanya apatah lagi mewarisi ajaran mereka.

Nanti apabila kita dinilai, bukan lagi mulut yang berbicara. Jadi sudah tiba masanya kita membunuh beberapa watak dan membunuh watak-watak penting dalam diri sendiri.

The Tale of Jiraiya the Gallant

Pertikaikan

Sesetengah individu gemar mempertikaikan pelbagai isu, ini tak kenalah, itu tak betulllah . Semua yang individu lain buat tak betul, kononnya yang lain dilahirkan untuk dipertikaikan.

Jikalau ditegur dia melenting dan membela diri, tidak pula dia sedar akan kesalahan dirinya.

Apakah tindakan sewajarnya yang boleh diambil? Jika kita melibatkan diri kita akan dipersalahkan kerana turut serta mempertikaikan isu, ada juga situasi yang kita akan dipertikaikan “Kenapa ko tak tanya”. Aik, aku pulak yang salah?

Baik aku pelihari mulut dan akal, fikirkan benda yang berfaedah. Abaikan apa yang sedang hangat dibualkan. Tahniah kalian memilih untuk mengejar populariti sekali gus menjadi isu semasa untuk diperbualkan. Terima kasih yang tidak terhingga kerana mengabaikan serta tidak melibatkan aku.

Kepada yang rajin menasihati aku, terima kasih. Kepada anda yang ingin mempertikaikan tingkah laku aku, teruskan aku sedia untuk dipertikaikan cuma aku akan angguk kepala. Baik, baik….

Seterusnya aku akan lebih mengenali diriku!!!!!!

“Kalau engkau senyap sehari, tiada siapa akan cakap engkau bisu!” pesan Cikgu Muzik Sekolah Rendah aku.