Sunday, January 31, 2010

Gerhana Bulan















11 –29 Jan 2010
Plot Baru


Maka bermulalah plot baru, cerita baru, kejadian baru dan cabaran baru.Setakat ini jalan yang dipilih ini dipenuhi cahaya yang bakal menerangi hati yang gelap dan penuh nanah. Aku tidak menyalahkan mana-mana individu di atas sumbangan dan jasa anda. Ya, saya belum memiliki kerja tetap dan kereta untuk membuktikan bahawa saya berani bertanggungjawab ke atas segala tingkah laku saya……

Beberapa minggu ini aku diuji dengan pelbagai persoalan, kesihatan tidak mengizinkan tetapi terpaksa tabahkan hati untuk mendidik Khalifah-khalifah muda ini, Bagi sesetengah individu aku sentiasa mengabaikan dan melukakan hatinya sedangkan aku sedang berhadapan dengan dunia baru yang penuh dengan ujian, belum lagi meyakinkan majikan bahawa berkebolahan untuk berkongsi secebis ilmu yang dipelajari, tambahan lulusan dan sijil-sijil yang sekadar cukup makan.

Segolongan yang lain tidak pun melihat aku, malah apa yang dia nampak cukup kejam jika dibayangkan, akan tetapi aku doakan yang terbaik dan terima kasih atas segala tunjuk ajar dan jasamu dalam hidupku, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasamu. 20 Jan aku ke organisasi gergasi yang berdiri megah di sebelah tasik menghulurkan surat penghujung dan surat menamatkan agenda bersama organisasi ini. Hati ini tidak berat meninggalkan tempat ini kerana masih diberi peluang dan kepercayaan oleh beberapa individu yang sangat disegani.

17 Jan kami mengadakan program merentas Taman Tasik Perdana dengan skala yang kecil, walaupun penat tetapi terhibur melihat kahlifah-khalifah ini gembira. Suasana kerja kini dipenuhi diskusi-diskusi tentang pemikiran kanak-kanak yang meningkat dewasa ditambah didikan untuk menyakinkan mereka untuk berjuang dan terus berjuang atas nama Yang Maha Esa, banyak yang akan dipelajari daripada mereka. Sekali lagi terima kasih atas peluang yang pernah diberi, peluang mengenali, bekerjasama, berdiskusi dan menjana ilmu, buanglah segala yang keruh dan ingatilah yang jernih. Semoga kita dapat terus menikmati keindahan dan peluang yang diberikan oleh Yang Maha Esa.









8 Jan 2010, Jumaat
Atika


Pagi ni bertukar bidang menjadi pakar It dengan melawat rumah rakan setugas menjeguk komputernya disertai juadah yang enak.

Kesesakan lalu lintas dan hujan bukan alasan, pokok pangkalnya bagaimana anda menetapi janji. “I hate rushing” katanya, aku jalan laju sangat, betul juga mungkin aku sudah lama berjalan dan berdiskusi dengan diri sendiri.

Avatar tidak dapat menandingi Lord Of The Rings, pelik kenapa rating sangat tinggi sedangkan jalan ceritanya lebih kurang Pocahontas cuma kesan grafiknya melampuhi imaginasi manusia. Maaf bagi aku cerita ini gagal menarik perhatian aku, tetapi aku memahami perkara lain yang mengubah persepsi aku terhadapnya. Terima kasih

Malam ini juga lahir seorang kekasih baru bernama Atika yang akan menemaniku untuk mencipta suara dalaman ini, aku mengambil masa 15 tahun untuk menggantikan kekasih lama, tahap kepercayaan aku begitu tinggi?



5 Jan 2010
Penghujung Plot


Sifat manusia mudah dibaca dan diramal apabila kita mengenali individu tersebut, apatah lagi manusia hanya terbahagikan kepada dua jenis iaitu lelaki dan perempuan, namun ada di antara mereka cuba menolak fitrah kejadian dan barangkali mereka terpengaruh dengan teori Darwin atau lebih tepat disebut “homosapien”.

Setelah menyelesaikan beberapa persoalan membara yang timbul akibat tidak puas-hati atau juga untuk menujukan pangkat dan taraf yang diwujudkan oleh manusia sendiri, frasa fed up membuak dalam jiwa ini. “Balik solat istikharah mintak petunjuk” ini antara jawapan yang membuat aku runsing dan berat untuk meningglkan tempat ini.

4 Jan 2010

Aku ditawar untuk menyertai satu organisasi yang berlainan arah dan hala tuju, telah pun menjalani cubaan kelas selama 20 min resultnya sangat menarik, sangat bernyawa dan sangat mencabar.

Petang itu sempat menyertai sessi diskusi di studio pelukis sempena pameran “Wayang U-wei”, motif untuk berada di bilik ini membuai dan memberi jawapan bagi soalan-soalan yang timbul di kepala ini selepas menjalani sessi pendek. Kritikan dan diskusi daripada Pengarah tersohor lagilah mantap bagaikan matahari cair di atas kepala. Tuan, terima kasih kerana mengizinkan saya menjana ilmu walaupun masa yang singkat.

Monday, January 4, 2010

Ilham Juhari 10 tahun
Bersantai di Taman Tasik Perdana untuk menyaksikan perlawanan badminton di antara Denmark dengan Cina, nampak gayanya rakyat Malaysia tidak berapa gemar menyaksikan perlawanan ini malah tidak hiraukan siapa yang menang.

Selain berubah gaya rambut, aku ditawarkan sesuatu yang bakal mengubah gaya hidup aku. Otak ini sudah tepu, ilmu agama semakin nipis. Tetapi bersyukur kerana ditemani dan sentiasa dikasihi. hehehehe

Demi kalian aku tidak perlu berubah, demi dia aku perlu berubah.





Kuala Lumpur 2010

Bandar ini semakin pesat, semakin ramai remaja yang berani memasuki perut Kuala Lumpur untuk menikmati juadah bersama-sama. Mereka mencuba seribu saru perkara baru atas dasar ingin mencuba, tanpa menghiraukan manfaat atau faedah yang akan mereka perolehi.

Berbaju tee shirt band yang entah mereka kenal atau tidak, masakan pernah mendengar lagu band tersebut. Dihiasai aksesori yang ntah mana mereka dapat berserta kasut zaman 70-80an yang dikembalikan. Semacam tidak mengenal atau mengerti satu pun maksud, tetapi bangga dengan budaya yang ditonjolkan.

Ketika golongan ini sibuk meconteng isi perut (dinding) Kuala Lumpur, pelancong asing menyaksikan gelagat remaja ni, barangkali mereka kagum kerana remaja tersebut sedang mewarisi budaya mereka. Pernah sekali pelacong asing bergambar dengan buah gatal di taman KLCC, kenapa mereka kagum pula dengan buah yang begitu biasa untuk kita ya?