Wednesday, February 10, 2010

Revenge

Barangkali jika setiap agama tidak mempunyai batasan tentang dosa, rasanya lebih banyak kes pembunuhan akan berlaku. Mujur apabila manusia lain bersikap tidak senonoh mahupun melampauhi batas kita sedar dan terasa kebodohan untuk bertindak seperti begitu. Mujur Allah izinkan kita berfikir dan plot kita adalah untuk mengubah dan muhasabah diri.

Agak biasa untuk seseorang untuk melepaskan kemarahannya, yang berbakat akan luahkan pada lukisan, penulisan, mahupun video. Yang tidak melihat keindahan kemarahan bakal menconteng dan mencemarkan pemandangan alam ciptaan manusia seperti dinding di persekitaran sungai sepanjang landasan keretapi moden. Lidah manusia lebih tajam daripada ketajaman sebilah pedang, apatah lagi kata-kata yang telah lama dipendam pasti menguris perasaan yang lain walaupun yang meluahkanya terasa lega selepas meluahkan segalanya. Kalau ya pun ditegur pasti dia enggan menerima nasihat. Jadi apa yang mampu kita buat adalah berdoa agari dosa dia dimaafkan dan agar kita tidak bertindak begitu.

Semoga kita dapat melihat sifat kita pada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, dan bertindak seperti manusia yang berakal.