Wednesday, March 24, 2010

Purata

Jika diberi pulang untuk kembali ke tarikh-tarih sebelum ini saya tetap tidak akan menulis kerana kebanyakan kejadian tidak begitu menarik untuk dicatatkan.

Sejak kecil saya gemar berimaginasi dan sering meluangkan masa bersama kepulan awan yang bergerak dari masa ke semasa. Awan-awan itu masih di sana menanti untuk dijelajahi dan diterokai. Mengikut setiap putaran kehidupan manusia rata-ratanya ada yang gembira,sedih, bahagia dan duka. Akan tetapi awan yang sama masih menemani manusia saban hari tanpa disedari.

Alhamdulliah dengan berkat doa dan keperhatinan kalian kali ini saya lulus dan berjaya melepasi satu ujian yang telah lama menghantui dunia ini, secara langsung menyekat jalan ke peringkat seterusnya.

Kesihatan saya tidak begitu mengizinkan sehingga saya terpaksa menghidu Vicks Inhaler dan menelan gula-gua Fisherman and Friends untuk terus bernafas, kahak kelihatan hijau dan baru-baru ini berwarna oren. Saya ditawarkan untuk menghantar biodata peribadi yang bakal diterbitkan oleh satu Agensi Perkasa, sebagai catatan mungkin artikle ini dapat membantu untuk mengukuhkan jalan seterusnya.

Ramai pelajar mula mendekati saya sejurus lulus peperiksaan, barangkali mereka mendapat hidayah dari seorang story-taler ini. Method yang digunakan sangat simple iaitu tanya soalan, jawap dan beri penjelasan untuk mengukuhkan fakta.

Ada pula pelajar yang sedang melalui satu tahap yang sangat sukar di alam remaja, dia ditinggal kekasih lamanya, dan apa yang sedih dan sukar adalah untuk dia menerima hakikat dan terus mara ke hadapan. Jalannya penuh dengan kegelapan dia enggan melihat dan menerima sinar cahaya harapan. Kesakitan dia semakin perit dan terbawa-bawa sehingga dia melukakan hati yang lain.

Bukan senang untuk saya menasihatinya dan meyakinkanya bahawa ada cerita dan kisah-kisah lebih menarik telah disediakan untuknya. Apa yang mampu saya buat hanyalah senyum sambil memberinya semangat.

Kebetulan saya sendiri telah melalui satu tahap yang sukar kerana cahaya yang diberi terlalu terang dan sangat janggal untuk seorang insan yang selesa dengan kegelapan untuk keluar dari ruang itu.Jadi apa lagi yang boleh dilakukan jika bukan kita yang bakal meyelamatkan keadaan?

Mendengar:
Deftones:Mascara
Deftones:Passenger

Monday, March 15, 2010

Solat Jumaat
5 Mac 2009


Beginilah keadaan kami, diuji,dilatih,didera dan dipaksa menyertai pelbagai aktiviti yang agak berat untuk dijalani.

Rutin harian kami dirombak dan diubah dari masa ke semasa, sehingga badan kami tidak larat menanggung beban.

Tetapi tidak elok juga menjadikan alasan sehingga tidak mendengar khutbah jumaat, sampai begitu lena.