Sunday, April 18, 2010

Hijab Seorang Pelukis

Jumaat saya bertolak ke Pulau Pinang melawat rakan sebilik saya sewaktu kolej dahulu, setiba sana kami bersembang dan antara topik yang dibualkan adalah pemergian ibunya,sungguh kesian dia tidak berkesempatan untuk menatap wajah ibunya buat kali terakihir sebelum ibunya menghembus nafas terakhir.

Dia membelik hasil karyanya dan sahabat yang lain ketika di Poly, saya terasa sangat lega kerana tidak ke sana,apa yang saya pelajari dan lalui di industri lebih kejam dan lebih menikam. Shair juga menunjuk tahap pemikiran dan cita-citanya yang kini menantinya untuk terus melangkah menuju jalan yang penuh sinar cahaya menanti kehadirannya.

Pagi sabtu kami ke Balai Seni Lukis Negeri, menjenguk ruang-ruang gelap yang dihiasi dengan lukisan Hasnul Jamal Saidon, sekali lagi dia menceritakan penemuannya, selangkah demi selangkah dia menapak namanya. Penemuanya ke alam sufisme sudah pasti menggaburi dan membuat ramai terfikir, kenapa satu lilin, kenapa berbaju putih, kenapa air patah balik (keluar dari tubuh), kenapa anak-anak perempuannya melintas sambil senyum dan kenapa gerak tubuh menunaikan solat? Masing-masing akan mendapat jawapan secara individu. Teknik yang digunakan minimal tetapi isinya sangat padu dan saya percaya kajiannya pun pasti sudah lama.

Kami ke Line Clear makan nasi kandar, selepas mencari buku di Corasta, dia membawa saya meroda-roda lalu menghantar saya ke stesen bus.

Setiba di perut KL, bunyian bingkit mula memasuki dan mencemari salur auditori saya.
Ya, kembali ke kampung sendiri.

Mendengar:
Sevendust-Confessions (Without Faith)






Bersangka baik

Setelah mengorbankan masa, usaha dan bertekad untuk menghadapi peperiksaan yang sekian lama tertunda, akhirnya saya berjaya lulus. Kejayaan ini bukan atas usaha sendiri tetapi doa dan teguran daripada pelbagai individu membantu saya untuk terus bersemangat.

Awal tahun ini saya berhijrah ke bidang lain, menjadi pendidik dan rakan kepada generasi akan datang. Azam untuk melanjutkan pelajar tidak pernah padam,walaupun berkali gagal melepasi gerbang utama Universiti. Saya mengambil pilihan untuk tidak meneruskan perjalanan yang selamat atas faktor kewangan di insitusi tersebut, di mana rakan yang lain terus melangkah dan kini mereka berada di semester kedua tahap Universiti.

Pensyarah saya menegur “pengalaman yang kau kecapi lebih banyak daripada mereka yang meneruskan pengajian di insitusi itu.” Dugaan diharungi dan didepani bersama bayangan serta bisikan, mujur ada tugasan yang sentiasa diberi atas kepecayaan. Menurut Universiti tersebut saya tidak diterima kerana tidak mendaftar, sebenarnya saya tidak terlepas tarikh tersebut tetapi keputusan peperiksaan keluar pertengahan Mac dan tarik tutup permohonan hujung bulan Februari.

Separuh badan ini telah berputus asa, badan sudah mula lembik, minda tidak fokus dan pemikiran dibuai lalu semakin lemas ke lautan kesepian. Saya cuba menerima hakikat menghirup udara sesak ini sambil senyum pada semua pelajar, beberapa pelajar menyedari dan menegur dan ada juga diantara mereka yang bersifat provokasi dengan memberi motivasi kepada saya.

Pernah terlintas dan sangat marah dengan sistem, apa mereka tidak bacakah siapa yang menyokong? mereka tidak lihatkah portfolio? mereka tidak bacakah pencapaian dan pengalaman saya? serba sedikit saya terasa dirobek pemikiran dan tidak mahu berfikir lagi. Tetapi siapa saya untuk mempertikaikan hak dan keputusan yang telah tertulis, saya cuba bersangka baik dan menerima hakikat, cuba berlajar ilmu agama dan menyesal atas dosa-dosa yang pernah dibuat, janji-janji yang tidak dapat ditepati, masih tidak dapat menyenangkan mak, masih tidak berharta seperti yang dipinta oleh kakak saya.

Mujur saya bukan dispatch yang beranak satu dan langsung tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran, mujur saya bukan suami yang hidup menumpang harta isteri, mujur saya bukan anak yang tidak bekerja tetapi hidup menghabiskan harta ibu-bapa dan mujur saya diberi akal untuk sedar dan ‘kembali’.

Mungkin ini bukan masa saya, tetapi yakin akan apa yang telah ditetapkan.

Berita baik kepada peminat Soundgarden, mereka kembali semula setelah 12 tahun berpisah.

Mendengar:
Wellwater Conspiracy- Hal McBlaine


30 Mac 2010

Kami ke stor DBP menyaksikan ulang tahun pertama teater Menunggu Kata Dari Tuhan. Persembahan ini semakin mantap, saya melihat dari dua sudut, satu dari kanta kamera dan dari kanta penonton yang tidak menyedari air mata menitik atas dugaan yang dilalui oleh Ka’aab bin Malik.














2010














2009

Tuesday, April 6, 2010