Thursday, May 20, 2010

19 Mei 2010 There Is Nothing Left To Lose


Saban hari saya menyelami lebuhraya yang tidak putus-putus dilalui kenderaan untuk menuju ke destinasi mereka. Saya yang agak ketinggalan dari segi kemudahan mengatur langkah sambil menikmati awan biru yang sungguh indah, satu nilai warna sewarna yang tulen dan natural
Hadi meyedari berberapa watak yang sering bermain di dalam kehidupan harianya, Ya thaniah dan selamat maju jaya, dan terima kasih atas input yang sangat membantu itu. Manusia sentiasa cuba meluahkan perasaan disedari atau tanpa disedari namun dia tidak dapat menluahkan dengan member maklumat yang tepat, dia sentisa gagal menyampaikan bunyi, suara, rasa, warna dan emosi sebenar maklumat itu. Mungkin hatinya lega kerana dia telah meluahkan segalanya tetapi masih terdapat banyak atom-atom perasaan tadi yang masih berputar di kotak fikiran dan mengalir terus ke tubuhnya.
 Saya meneria pesanan ringkas, “I really need to see u this afternoon” ketika sibuk menghadiri mesyuarat Perkhemahan KRS. Otak saya gagal menafsir data tersebut dan terus ke mesyuarat tersebut. Seperti biasa pemilihan dibuat tanpa sebarang soal siasat sama ada individu tersebut lapang untuk menghadiri perkhemahan tersebut.
Petang, setelah menyelesaikan segala kerja yang tertundak saya menuju destinasi tanpa Isabella dan memikirkan apa yang penting sangat ni. “Try living a lie and kicking out the same old guise wasting time. So very ordinary wait until my bomb goes off. See the actors run and hide, fake it all in stride, one day we all can say we're gone and haunt the ground we're from. Everything's so open wide here within the divide.“ Lirik ini masih bermain secara terusan. Bila giliran saya?
Bubur, tetapi masakan cepat siap. Tiba-tiba muncul sebuah percel yang berisi Kemeja band kegemaran saya. Wow! Tersentuh, memang tersentuh tidak disangka satu hadiah yang bergitu enak diserta alunan muzik yang menemai awal remaja saya. Cd album ini sentiasa bermain ketika saya masih menggunakan discman malah tiada satu lagu pun dalam album ini yang kurang menarik, impak, ketukan dram, penyusunan riff dan sarutan bassline sentiasa dingati. Lama saya terkedu dan wajahnya hanya melihat dan menantikan perasaan seterusnya.
Dia sentiasa mencuba untuk menceriakan dan menyinari hidup saya, tetapi saya terlalu sibuk melayan segala godaan dan bisikan, selepas mengambil polaroidnya kami beredar pulang. Tiba-tiba moodnya bertukar dingin, dan saya terlelap kerana penat dengan kehidupan seharian yang begitu warna-warna tetapi semuanya hanyala satu ilusi.

Mendenger-
There Is Nothing Left To Lose

7 Mei 2010 Shai Hulu Live Malaysia

Selepas waktu pejabat tanpa memikirkan segala tanggungjawab yang dipikul saya mengatur langkah ditemani Sulaiman untuk ke destinasi seterusnya.


Tiba-tiba saya menyedari yang saya telah tercicir sesuatu di dalam bas. Ya, Isabella aka Ipod kesayangan saya tercicir dan thaniah kepada sesiapa yang menjumpainya. Saya menerima panggilan dari Hakim, seperti biasa dia sesat dan gagal menemui destinasi atau perlu ditafsir dengan lebih tepat dia tidak tahu pun di mana tempatnya. Maka saya pun cepat-cepat berangkat selepas kecewa dengan Nasi Goreng Kampung Pedas tadi, melihat wajah manyok, keletihan dan muka sakitnya saya beredar untuk menemui Hakim.


Malam ini tiada apa yang beza melainkan menonton persembahan daripada beberapa kumpulan tempatan yang agak keras muzik mereka. Seperti biasa kutu-kutu yang rambut panjang, bersemangat wajah memperjuangkan lagu-lagu yang digubah, ditulis dan dicipta alunan muziknya sendiri. Tetapi kemunculan Shai Hulu mengetepikan segala sengeketa yang saban hari melanda di dalam kehidup harian kami. Saya tidak berapa mengikuti kumpulan ini, tetapi sahabat saya Arip sangat peka dan taat mengikuti mereka, ketika ayahnya menjalani pembedahan akibat kanser lirik lagu Given Flight By Demon's Wings telah menyelamatkan kadar kestabilan fikiran daripada ganguaan, bisikan dan godaan syaitan. Arip berkesempatan untuk memberitahu pemain gitar kumpulan tersebut dan yang paling menarik lagu tersebut menjadi lagu encore yang ditujukan khas kepadanya.


Spotlight menyinari Chot dari kumpulan “Black Territory”, walaupun dia hanya mengisi tempat kosong atas masalah dalam kumpulan itu tetapi Chot yang berbadan kecil dan mempunyai gaya tersendiri untuk menyampaikan jiwa dalamanya. Malam ini Arip dapat tidur lena malah saya dihantui hari-hari esok tanpa Isabella.












































Sunday, May 9, 2010

30 April – 1 Mei
Gunung Nuang

Sebingit suara yang menyuruh dan memberi arahan, semakin bingit bunyi kesesakan lalu lintas dan kesesakan nafsa rakan-rakan di sekolah mengatur langkah untuk menerokai alam ciptaan Allah SWT.

Perjalanan bermula 6:45 petang dan dari 7:45 petang hingga 9:45 malam kami berjalan dalam kegelapan, bayangkan disekeliling kami hanya pokok dan dedaunan, jika tiada kami penghuni hutan ini kekal tekal dan cekal mengharungi harian mereka, ketika iman diuji suara dan bunyi mana yang akan didengari?

Hanya ada satu cahaya dan suara yang sepatutnya diyakini, saya terasa sebak dan mellow dengan alam ini, tiada bingit, tiada arahan, tiada kelajuan dan tiada sebarang warna yang perlu dijelajahi pada malam ini. Sungguh aman dan sungguh tenang walaupun kami bagaikan semut hitam yang berada di atas batu hitam di malam yang gelap.

Setiba di kawasan perkemahan, kami mendirikan khemah dan menikmati masakan chef yang serba bakat. Malam saya tidur menemani akar pokok yang besar kerana pelajar tahfiz yang terlalu pintar sehingga mendirikan khemah dengan begitu berpandukan kajian fizik.

Jam 11 malam kami mandi sungai dan terus tidur seperti air batu, pagi kami bangkit dan menunaikan solat disekeliling hutan yang gelap dan mandi sungai. Sejurus itu kami berangkat meninggalkan hutan yang tenang ini dan melangkah ke jerat Bandar yang bingit. Perjalanan ini ibarat "Kehidupan satu pendakian."

















Saturday, May 8, 2010

23-25 April
Teachers Retreat
Intekma Shah Alam


Selama tiga hari, silap bermalam sehari di sekolah dan hari kedua dari pagi sehingga petang kami mengikuti kursus untuk memantapkan ukhwah. Ada beberapa pihak yang sangat pntar sehingga tidak memberi kami kunci bilik kerana khuatir akan sikap kami yang akan hadir lewat atau pontenh kursus. Ya, tindakan itu berkesan tetapi kusus yang disediakan tidaklah member maklumat langsung. Soalan yang ditanya “mana yang dulu, ayam atau telur ayam” kemudian dia suruh kami menyanyikan lagu “Jalur Gemilang” Tiada satu pun hujahnya menimba pengetahuan saya. Maka saya pun mematikan suis saraf otak saya dan melayan filem bisu.

Malam kami mengadakan sketsa yang memuji beberapa pihak serta medendangkan lagu yang agak mengusik kalbu. Usaha untuk memumup ukhwah? Ntahla, kami membentuk dan menyediakan pantry sendiri sehingga ada ramai guru lain yang datgn menumpang sekaki. Saya tinggalkan dengan kata Tanya, kerana segala usaha mereka hanya untuk kepentingan mereka.





23 April
Kelas 3D


Kali pertama saya menjejak langkah ke dalam kelas ini saya ditanya beribu soalan, bukan mengenai subjek saya bakal saya ajar tetapi soalan-soalan peribadi. Antaranya adalah..”Ustaz, ada muka buku?” Saraf otak tengah saya terus memproses maklumat dan menjawab “No, saya anti sosial terutamanya apabila melibatkan internet”.

Mula pula seorang budak yang sangat menjelekkan, bertanya soalan keluarga dan yang paling tidak digemari. Kelas ini terbahagi kepada tiga bahagian pelajar yang utama pelajar tempatan yang agak berada, kedua pelajar asing iaitu dari Amerika, South Afrika dan yang ketiga pelajar dari Thailand.

Aktiviti pertama kami, melukis garisan dan ramai yang sememangnya sudah bebakat. Cuma corak-corak garisan mereka terdiri daripada kekusutan, tekanan keluarga dan pelajaran serta kerinduan terhadap kampung halaman yang teramat sangat. Piksel mereka menarik perhatian saya kerana tindak balas yang diberi mencabar kepekaan dan perhatian saya kepada psikologi remaja.

Setelah hampir lima bulan, ini merupakan kelas yang paling saya seronok dan menanti saat untuk melangkah kaki ke kelas mereka, dan ada beberapa insan istimewa yang berkongsi piksel sama seperti saya. Di mana untuk merempuhi hari-hari akan datang mereka hanya perlukan perhatian, teguran dan kasih sayang daripada saya, kerana saya sangat fahami bagaimanakah keadaan dan suasana berlatar belakang keluarga yang agak penuh dengan drama-drama harian.

Jadi kebiasaanya saya akan merancang dan memberi yang terbaik kepada kelas ini dan menjadikan mereka sebagai ujikaji yang bakal membentuk keperibadian mereka. Mereka tidak sedar apa yang menanti mereka, apa yang bakal mereka lalui. Segala kegagalan, kecermelangan, kedukaan, kehilangan, kezaliman, kecelakaan dan kebahagian yang menanti mereka.

Piksel mereka mungkin berbeza tetapi siapa yang tidak merasakan rindu pada kampung halaman ketika merantau dan menuntut ilmu di negara asing, siapa yang tidak tertekan apabila pulang ke rumah tiada siapa untuk berkongsi masalah dan bercerita malah yang menjadi pemimpin sibuk dengan agenda dan kepentingan sendiri dan siapa tidak penat apabila dikurung dan dilayan seperti banduan yang tidak berotak sedangkan mereka ini lebih banyak mengajar saya untuk membentuk keperibadian yang lebih berguna.

Apa yang mereka nampak pada diri saya tidak diketahui tetapi melihat mereka seronok dan senyum, memberi jawapan yang tulus ikhlas serta sering datang ke bilik guru untuk menujukkan karya terbaru yang dilukis waktu bosan, sedangkan subjek seni lukis langsung tidak ditekankan dan bukan satu subjek yang pentin pun. Apa yang penting saya akan terus mengkaji piksel mereka untuk memantapkan diri sendiri.

Gals, thanks for everything!!!!



20 April 2010

Mengenang saat saya memotong kek ketika tangan disemen waktu itu awal zaman kanak-kanak, seterusnya tidak pernah menyambut harijadi. Lewat remaja ini rakan setugas berkongsi tarikh dan saya pun berkongsi sambutan harijadi.

Tahun ini saya berkongsi harijadi bersama seorang pelajar 3D dan menerima hadiah dari ketua kelas mereka serta dihadiahkan beberapa keping lukisan yang amat bererti ketika kegagalan demi kegagalan dilalui serta gagal menepati janji untuk menemaninya.