Tuesday, June 15, 2010

Menanda Kertas


Saya menghabiskan cuti sekolah ini dengan menanda kertas perperiksaan semester pertama, ramai yang berbakat tetapi malas, ramai juga yang cuba sedaya-upaya sehingga saya pun terperanjat, ramai juga yang menghampakan saya, ramai yang tidak faham soalan, ada ke mencipta poster dia tampal rempah-ratus. Pening kepala saya dibuatnya. Keseluruhanya saya berpuasa hati kerana sekali lagi saya mendapati kelemahan saya sebagai seorang pendidik.


Sebahagian dari cuti ini saya sangat taksub dengan anime Full Metal Alchemist:Brotherhood. Teori kimia yang menawarkan pemulangan yang sama. Bermaksud jika kita inginkan sesuatu kita perlu mengorbankan sesuatu.


Selain itu saya sempat berlatih muzik dengan dua orang pelajar, nampak gaya hasilnya agak memuaskan dan sekarang ia telah membakar adrenaline saya.Yang paling utama saya ingin mengucapkan jutaan “Terima kasih” kepada semua yang mengambil berat dan terima kasih Ya Allah kerana masih mengizinkan aku menghirup udara dan mempunyai secebis akal.



















































































Thursday, June 10, 2010

Sambutan Hari Guru


Seperti semua sekolah sudah menjadi kebiasaan untuk meraikan dan menghargai jasa guru. Sekolah kami meraikan pada 4 Jun 2010 sempena hari terakhir sebelum cuti penggal.


Acara bermula seawall pagi, semua guru berjalan menuju tapak perhimpunan disambut dengan kompang,dikuti persembahan daripda murid sekolah rendah yang sangat comel, persembahan nasyid dari pelajar lelaki, muzikal sketsa seorang guru arahan cikgu Rahimah, silat dan dendangan beberapa buah lagu dari cikgu lelaki.


Sejurus lepas itu semua guru menyerbu kelas untuk menikmati juadah yang disediakan, semua kelas dihias dengan begitu meriah malah ada juga kelas yang sempat membuat tarian.


Saya mendapat tali leher, t-shirt band, alat menulis, gambar, lilin, makanan dan bermacam lagi hadiah daripada pelajar.


Gambar hiasan pelajar lelaki itu saya masukan kerana perutnya pasti bergerak apabila dia berjalan, lima orang guru yang memakai pakaian tradisi, dua orang pelajar perempuan yang comel dan sangat taat pada arahan guru.































































































































Wednesday, June 9, 2010

26 Mei 2010


Selepas penat sehari mengajar dan menghabiskan masa dengan pelajar, saya berjalan ke destinasi seterusnya. Kelihatan seorang pelajar yang bercelaru fikiranya, tegak rambutnya berdiri seperti ada misi yang belum diselesaikan. Ya, budak ini seorang yang sangat periang, ceria dan sentiasa gembira dan dalam kamus kehidupannya tentang hari-hari sedih atau mungkin juga dia tidak pandai menunjukan perasaanya.


Sebelum solat zohor pasti dia menyapa di meja saya, bertanya itu ini, bertanya apa yang sedang saya buat dan bertanya tentang proses saya membuat rekaan. Kebetulan dia di bawah saya untuk mereka banner sempena hari guru. Seperti semua remaja normal yang meningkat usia, pasti ada cerita tentang si dia yang istimewa, yang membuat denyupan jantungnya bergerak pantas apabila dia lalu, tak senang duduk, dan pasti mengatur langkah untuk mendekatinya. Kisahnya sama seperti yang pernah kita semua lalui atau bakal dilalui, yang pasti kisah masing-masing berbeza.


Petang itu kami berdua bersembang dan saya menceritakan serba sedikit tentang diri saya yang tidak diketahuinya. Dia menyoalkan kenapa saya menceritakan semua ini kepadanya. Petang ini saya menyedari bahawa bukan susah untuk memahami manusia lain, tidak perlukan kelayakan yang tinggi pun, tidak perlukan wang ringgit, tidak perlukan kereta mewah, rumah mewah atau darjat yang tinggi pun. Apa yang penting bagaimana kita mengambil berat dan mendengar kisah masing-masing. Apatah lagi memahami situasi yang dilaluinya. Apa yang mampu saya buat hanya memberi sedikit suntikan yang padu agar segala saraf-sarafnya tertanya dan terus tertanya, mencari dan terus mencari. Saya tidak dapat memahami segala naluri dan perasaanya kerana emosi, bunyi, gambaran dan rasanya berbeza daripada saya.


Setelah beberapa hari dia memberanikan diri mengatur langkah dan mungkin tragedi itu memuaskan semangat kelakiannya atau mungkin juga jauh tersasar daripada kamus kehidupanya apabila cikgu yang disanjungi ramai berjaya membuat budak ini mengenggam tumbukan sambil mengalirkan air mata. Satu kejutan bagi semua yang tidak mengenalinya. Gadis itu menyelesali perbuatannya kerana tidak pernah rapat dengan budak ini.


Banyak kisah baru menanti kamu di sana, tunggu kamu menyedarinya dan semoga kisah itu dapat dicatatkan atau dilukiskan. Tepat jam 10 pagi 4 Jun saya melihat jam detik-detik dia tidak lagi bersama kami. Kini dia jauh berbatu dari kami, katanya terperangkap. Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada kisah ini untuk terus berusaha. Amin