Sunday, January 30, 2011

Bakat Muda Sezaman 11 Nov 2010 – 6 Mac 2011


Tahun 2006 saya menghantar kertas kerja bertajuk “Reality TV”, satu permerhatian dan persoalan yang mengupas tentang siapa memerhatikan siapa. Saya dipanggil untuk temuduga bersama Azliza Ayub, (Pemenang Bakat Muda 2006), Rozana Musa, Shaharin Sulaiman dan tiga orang lagi. Kami dipanggil kerana kertas kerja kami tidak jelas jadi kami perlu menjelaskan kepada U-Wei Haji Saari, Yee I-Lann, Nasir Baharudin dan J.Anurendra. Karya saya tidak diterima kerana karya tersebut masih mentah dan isunya telah dibuat oleh ramai artis.


Tahun 2010, pada hari terakhir, saya bertungkus-lumus menyiapkan kertas kerja, setelah bind kertas kerja itu yang ditemani oleh Harith Hidayat, siap ditampal saya terus menaiki teksi untuk ke Balai Seni Lukis Negara. Awal Ogos saya dihubungi oleh pihak penganjur untuk menyiap karya tersebut kerana karya saya diterima untuk menyertai BMS 2010. Maka mulalah sessi bertungkus lumus bersama Luqman Yahya selaku syaitan yang mengencing di telinga saya, Zubir Sahar yang mengikat saya serta budak asrama yang sentiasa bertanya atas setiap tingkah laku saya. Beberapa kali saya berbincang tentang isu ini di dalam beberapa kelas dan juga pelajar-pelajar yang rapat dengan saya. Amran Asnawi, Arisyah Azmil, Wan Syahirah Mansor, Imran Darus dan Hadi Darus dan Juga Radhiah Esa. Maka bermulalah kerja-kerja lakaran awal bersama Ahmad Nur Fikri yang memecah benak fikiran kami berdua.

Langkah seterusnya saya ke Teluk Intan untuk sesi berdiskusi bersama Ekram dan Ridzuan, setelah mengenal pasti kelemahan melalui idea asal, saya terus mengambil langkah untuk memperbetulkan jalan cerita. Kemudian sessi rakaman, dikencing, dirantai, berdiri dan melangkah dengan perlahan di Jalan Tar, meminjam projektor dan saat memasang karya serta membantu Farizal Puadi memasang karyanya dari tengahari sehingga subuh keesokan hari.


16 Nov 2010

Hari disoal jawab tiba, saya menjawab dengan bahasa internasional yang suam-suam kuku bersama Tengku Sabri, Simon Soon, Pushpamalar Narasingarao, Dr Sulaiman Esa dan Faizal Sidek, setelah menjelaskan idea asal dan isu saya banyak disoal dari segi persembahan karya, kenapa pintu kecemasan tidak dilindungi kerana seperti jalan keluar atau jawapan untuk karya saya, Dr Sulaiman Esa sangat kecewa dengan bunting yang sangat kabur, saya menjawab “Fokus utama saya adalah video”. Hanya Pushpamalar Narasungarao yang berminat dengan kajian rotoscope yang lain tidak peduli pun apa yang dikaji dan apa peranan setiap warna dan element lain video saya. Dua lagi juri langsung tidak bertanya, katanya bukan bidangnya.


8 Jan 2011

Saya membawa rombongan bersama pelajar tingkatan 3 ke bsln untuk menyaksikan karya-karya BMS 2010, kesemua pelajar seperti memasuki alam baru, dunia baru, atau dunia alien. Ada yang berkata “Selama ni kita belajar dengan seorang Artist”, ada yang berkata “Aku tak faham apa pun doh”, ada yang tidak sangka seni boleh dijadikan bahan dakwah dan juga bahan untuk meluahkan emosi.


18 Jan 2011

Hari penyampaian hadiah


Hazlin Ismail dengan karya 'The Way It All Works' membawa pulang RM25K untuk diraikan bersama anak yang bakal dilahirkan, Diana Ibrahim dengan karyanya First Aid Kit (V-Love Capsules),Tan Nan See dengan karyanya Rupa Malaysia : Jewellery dan Helmi Azam Tajol Aris dengan karyanya ‘Sudah Terang Lagi Bersuluh’ masing-masing membawa pulang RM 10K . Peserta lain tidak dihargai, tidak dipanggil untuk ke atas pentas untuk mengambil sijil seperti tahun-tahun sebelumnya. Di dalam buku katalog juga tiada penjelasan karya. Soal pemenang layak atau tidak menjadi masalah bagi saya, kerana dapat menyertai pun sudah cukup bagus. Banyak ilmu ditimba dengan musibah yang dilalui bersama-sama. Dia membantu, memarahi dan sabar bersama saya sehingga kini. “I’m proud of you” kata-kata itu membuat saya senyap dan senyum seorang diri.

Permohonan

Langkah seterusnya, menanti panggilan. Harap kali ini saya akan melanjutkan pelajaran Terima kasih “Selamat Tinggal Dunia” yang banyak menyelamatkan saya dan memberi semangat untuk terus bangkit.

Keluarga 2011

Saya dibesarkan dengan penuh dugaan, jatuh bangun sendiri, hendak sesuatu beli sendiri dengan duit sendiri. Begitula ibu-bapa saya mendidik kami berempat, kesemuanya bekerja selepas SPM dan tidak berpeluang untuk ke Universiti kerana kami perlu menyara diri sendiri dan menyumbang untuk perbelanjaan rumah.

Ketika di sekolah saya bukanlah pelajar yang pintar dari segi akademik, tetapi saya jumpa diri saya di bidang luar akademik, melukis, mereka cerita dan menyampaikan kisah-kisah peribadi dengan transisi sendiri merupakan sesuatu yang sedang saya dalami.

Jadi jika saya ingin melanjutkan pelajar semuanya terletak di atas tangan saya, percayalah setiap dugaan untuk mendapat sesuatu yang menarik walaupun susah. Lagi payah untuk mendapat sesuatu lagi puas dan lagi seronok bila mendapatnya. Jadi saya tidak menyalahkan ibu-bapa saya mahupun kakak-kakak saya yang tidak dapat membantu saya, akan tetapi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka kerana memberikan dugaan dan ujian serta kepercayaan kepada saya dan terus berusaha untuk mengecapi dengan titik peluh sendiri.

Dengan fasa yang telah lalam tertanam di benak fikiran saya ‘buat sendiri’ . Saya melangkah dan akan terus melangkah.

Transposisi – D

Lagu ini digubah untuk seseorang pada satu malam secara sponta, iramanya keluar dari hati yang dahaga akan kasih sayang yang telah lama terpendam.

Transposisi D berada di tuning ‘drop d’ yang biasanya agak raw, grunge dan berat, tetapi penuh dengan hammer on, slide dan strum yang sangat perlahan.

Saya melukis semula irama ini di sebuah suasana yang lembap, beberapa ekor burung berada di paksi tab gitar lagu ini di atas tiang telifon yang menghantar isyarat kepada penerimanya.

Sebenarnya idea ini saya bercadang untuk membuat video, kebetulan di kawasan sekolah rendah saya ada sekumpulan burung layang-layang yang pasti hinggap di tiang elektrik pada setiap petang, malangnya kini mereka berubah arah.







Pelajar Asing

Di sekolah saya terdapat pelajar dari pelbagai jenis Negara seperti Thailand, Somalia, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, FIlipin, Jepun, Negeria dan bermacam lagi. Kebanyaknya berlatar belakang islam tetapi ada yang berasal dari keluarga bercerai, keluarga yatim piatu dan keluarga yang sempurna tetapi tidak gembira dan juga keluarga yang cukup penuh dengan kasih sayang.

Ada pelajar yang merantau di Malaysia bersama ibunya manakala ayahnya mencari rezeki di Negara asal mereka dan menghantar nafkah setiap bulan, tetapi biasanya pelajar tersebut di luar kawalan kerana hero keluarganya tiada jadi dia terasa tidak perlu takut atau hormati ibunya. Ada pelajar yang merantau berseorangan di sini, tinggal di asrama bersama ustaz dan ustazah yang juga mempunyai keluarga, rata-ratanya pelajar Thailand yang sangat kaya di Negara mereka sehingga mampu belajari di sekolah swasta yang begiut mahal yurannya. Ibu-bapa mereka merupakan pemilik restoran, pemilik hotel, pemilik kenderaan awam, pemilik bot di Phuket dan macam-macam jurusan yang menguntungkan.

Kebanyakkan pelajar Thailand tidak begitu fasih berbahasa International dan bahasa melayu mereka agak memuaskan. Oleh kerana makanan dan agama pelajar ini dapat menyesuaikan diri, namun ada beberapa orang pelajar yang sudah lanjut usia kerana visa pelajar menengah sehingga 19 tahun jadi mereka terpaksa ditetapkan ke kelas biasa walaupun kelulusan mereka tidak layak. Bayangkan bagaimana mereka ini memahami setiap subjek yang dikendalikan dalam bahasa international, kemudian ada pula peperiksaan JHLA yang bersylibus United Kingdom.

Saya pernah bersekolah di Sekolah Rendah cina dan percayalah sehingga kini saya mengira menggunakan bahasa cina dan ini menyebabkan saya lambat menjawab soalan tetapi sukar untuk ditipu jika saya membeli barang di kedai cina. Enam tahun saya mendengar bahasa cina dan keputusan UPSR saya pun sekadar cukup makan, tetapi itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus belajar di sekolah itu dan tidak pula menyalahkan rakan sekelas , kerana bagi saya tidak kiralah ke sekolah mana pun yang perlu cekal dan tabah menghadapi dugaan adalah diri sendiri dan bukan menyalahkan keadaan sedangkan diri sendiri yang lemah malah usaha dengan begitu manja. Salah siapa? ibu-bapa, guru atau rakan sekelas? Yang sentiasa memberi tekaan dan dugaan.

Bayangkan pula kita belajar di negara asing dan perlu mempelajari bahasa dan budaya asing, sebagai contoh ‘koma’ dalam loghat Perak ialah kamu, tetapi saya memarahi kawan-kawan saya “Asyik koma je, bila nak titik?”

Kursus Di Masjid Wilayah 21 – 31 Disember 2010


Sepanjang semiggu ini semua guru perlu mengikuti kursus yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ada sessi yang sangat bagus dan ada juga sessi yang sangat berat bagaikan berada di kuliah universiti, ada pula dilayan seperti pelajar tadika, ada juga dilayan seperti tiada di situ. Keseluruhannya banyak manfaat yang dapat ditimbah tetapi banyak juga perlu dibuang mengikut kesesuaian diri sendiri.