Sunday, February 20, 2011

14 Feb Deftones

Biasanya isnin saya tiada kelas, dengan kadar boring yang maksimum saya akan membaca atau membuat kerja di meja, tetapi hari ini dari awal pagi saya menanti detik 4:30 untuk pulang.

Dari bangku sekolah kawan saya ini akan lewat apabila berjanji, setielah berjam-jam menantinya, kami pun bertolak. Tiba di pintu depan penuh dan sesak, bangunan pula masih dalam proses pembaik-pulihan. Setelah masuk Love Me Butch masih beraksi dengan lagu terakhir, bila pula mereka ingin mengeluarkan album baru.

Saya bukan peminat setia Deftones tetapi saya tahu kesemua album mereka dan layan juga lagu-lagu mereka, kerana sahabat-sahabat mengidolakan penyanyi dan pemain gitar utama yang juga berbadan besar seperti mereka, sahabat saya juga sering cover lagu-lagu band Deftones. Bagi saya Chino merupakan tunggak utama Deftones, kerana vokalnya yang begitu unik dan mantap serta setiap kali dia membantu band lain, lagu tersebut pasti meletup. Maka malam itu saya bermentaliti stabil dan biasa dengan tidak mengharakan apa-apa.

Mereka mulakan dengan lagu Birthmark dari album terbaru, saya dan sahabat saya menujuk ke bahagian tengah dan depan, kelihatan circle pit dan mosh pit yang begitu aktif, tidak dijangka begitu ramai sakai yang hadir untuk menyaksikan Abe Cunningham. Deftones memainkan kesemua single utama dan beberapa lagu yang diminati. Saya agak tercenggang dengan sambutan dan turut melontarkan suara sambil menyanyikan lagu-lagu mereka. Tertanya pada diri sendiri “Bila jadi peminat setia ni?”. Lagu Deftones simple dan kebanyakannya mengisahkan awek dan juga emo remaja dan semakin serius kepada isu negara seperti lagu Hexagram. Steve Carpenter mengeluarkan segala koleksi gitarnya, Chino all out pada setiap lagu, Abe kekalkan staminannya, bassist barunya juga mantap walau beberapa kali tergelincir.

Ini merupakan konsert pertama saya yang basah kuyup selepas zaman sekolah. Memang puas, memang seronok dan memang liar. Terima kasih Deftones dan ingat janji kamu..”We will come Back”

13 Feb

Sekian lama saya tidak menyentuh gitar kerana sibuk dengan tugasan harian, dan jarang juga mendengar muzik kerana keadaan tidak mengizinkan. Setiap kali mengelurkan ipod pasti ditegur “mendengar muzik atau mendengar muzik barat”. Maka untuk mengelakkan untuk terus ditegur saya pun tidak mendengar muzik.


Sebuah band yang kami ikuti dari bangku sekolah akan mengadakan konsert esok, jadi malam itu kami ke studio dan cover beberapa buah lagu yang biasa menjadi lagu jam kami. Malam itu kedengaran segala bunyi sumbang, segala out of tempo dan segala out of tune, tetapi kami seronok ke zaman awal remaja, seronok ber-Back to School.

11 Feb

Sepanjang minggu ini saya down dengan tomahan yang perlu dilalui di tempat kerja dan di rumah. Manusia yang duduk di atas selalu lupa bahawa suatu ketika dahulu merek juga pernah duduk di bawah, tetapi apabila mereka berada di atas mereka mengambil kesempatan terhadap kita yang dilayan seperti kuli, malah lebih hina dari itu. Apa kalian lupa bahawa kalian akan dipersoal atas segala sikap kalian? Barangkali mereka lupa yang mereka ini merupakan manusia yang memperjuangkan kalam Allah, dan tidak boleh dinafikan pula kepada manusia yang tidak diberikan hidayah untuk melihat dan merasai kuasa Allah. Apa yang dipintah semua yang materialistik.


Tetapi malam itu saya menerima panggilan dari editor, katanya malam ini abang Sani membuat persembahan di Rumah Pena, dengan meninggalkan segala gelaran sepanjang minggu ini saya ke situ, maka malam itu kedengaran lagu Ke Pintu Kasihmu versi keroncong dan beberapa buah lagu dari sajaknya.

Sunday, February 13, 2011

Krisis Tanggungjawab

Semakin kita meningkat usia semakin banyaklah tanggungjawab yang perlu dipikul. Tanggungjawab menjaga ibu-bapa sudah pasti perlu dipikul, melihat ibu-bapa gembira dan dapat hidup senang sudah memadai, tetapi bukan itu yang mereka hendakkan sebenarnya.

Ibu saya berada di usia di mana dia hanya mahu mendekatkan diri kepada Tuhan, dia jarang meminta duit kerana tiada apa lagi yang dimahunya. Melihatnya membuat saya tertanya-tanya kenapa manusia pening memikirkan status, darjat dan harta atau dengan erti kata lain sibuk mengejar material. Memakai baju berjenama, berkereta mahal, air kopi StarBucks dan hidup serba kemewahan dan mengabaikan Tuhan. Ibu juga jarang mengajar atau menghukum kerana biasanya dia akan biar, dengan itu faham-fahamlah sendiri. Umurku sudah meningkat matang yang sepatutnya saya sedang membesarkan anakku bersama isteri tersayang, biarkan ibu bermain dengan cucunya dan saya pula memberi ibu satu kehidupan yang senang lenang, tetapi oleh kerana kehidupan saya penuh dengan dugaan yang begitu best sehingga saya lewat menyedari apa yang menanti di hadapan, maka saya lewat mendapat apa yang sepatutnya.

Ibu tidak pernah marah jika saya ponteng sekolah atau mendapat keputusan yang lemah. Dia hanya harap kami menjadi insan yang berguna. Dalam situasi ini saya tidak mahu salahkan sesiapa pun, kerana Allah lebih mengetahui apa yang tetap ditetapkan untuk hambanya, malah apa yang dipelajari dan siapa saya sekarang tidak pernah saya impikan. Ibu senang dengan apa yang mampu saya berikan tetapi pasti ada watak-watak yang menyumpah dan mempertikaikan setiap langkah kita. Satu pesanan pada diri sendiri yang sebenarnya Tuhan lebih menyayangi kita sebab itu kita diuji agar kita sentiasa mengingatinya dan terus berubah. Semoga aku dapat melanjutkan pelajaran dan mendapat kerja yang lebih bagus untuk menyara ibu .

12 Feb Perkahwinan Nadia dan Nadim

Malam ini kawan adik saya berkahwin, semoga mereka hidup gembira selamanya.

Projek Balang

Selepas hampir dua bulan menjelaskan teori simbol, pelajar tingkatan 3 mula mengeluarkan kisah kanak-kanak dan remaja mereka dengan menggunakan satu simbol, dimana simbol ini memberi kesan yang mendalam atau impak yang besar dalam kehidupan mereka.

Antara cerita yang menarik adalah seorang pelajar suka membaca buku di dalam selimut bersama lampu suluh, maka bila dia meningkat usia dia memakai cermin mata yang tidak pernah ditanggalkannya. Ada beberapa kisah yang sangat sedih dan seperti biasa kisah ibu-bapa yang kurang memberi perhatian, sehingga mereka sangkakan dengan memberi kekayaan sudah memadai. Ramai pelajar lelaki yang mempunyai kisah bermain bola bersama ayah, cuba bermain skateboard, fed up dengan bandar mesin dan yang paling sedih adalah kisah nasi bungkus.

Begitulah kisah mereka, dengan harapan mereka berusah melihat kebaikan atas segala yang telah terjadi.