Tuesday, March 22, 2011

Sandakan

Cuti sekolah saya ke negeri di bawah bayu bercuti di kampung, perjalananya sangat jauh tidak kelihatan kelibat bangunan pencakar langit, tidak kelihatan kenderaan sesak, dan tidak juga kelihatan pegawai-pegawai besar yang sibuk ke pejabat.

Sepanjang minggu ini, aku melalui adat resam kehidupan di kampung yang serba sederhana, namun cukup untuk hidup dengan tenang dan senang lenang menghirup udara segar.

Akan tetapi jauh di lubuk hati setiap remaja di sini ingin keluar dan ingin merasai kemodenan, hidup dengan lebih moden serba canggih dan boleh dikatakan keinginan merasai hidup di kota itu tertulis di setiap muka remaja yang saya temui.

Perasaan saya sangat terharu diberi peluang untuk merasai, melihat dan melalui kehidupan penduduk di sini, mandi air dingin masuk terus ke tulang ditemani ketam yang mengintai, laut tidak jauh dari rumah, tidak kedengaran langsung bunyi kendaraan.

Berjalan-jalan di pekan, tidak begitu sesak,van merupakan pengangutan awan, bagaikan seorang hero bagi sesiapa yang menjawat pekerjaan sebagai pemandu Van. Sudah cukup memadai dan hebat kerana semua awek akan menaiki Van, semua penduduk sanjung tinggi kepada jawataan ini.

Saya mengabiskan masa di tepi laut melihat matahari merajuk dan terus lenyap dari pemandangan, pulang ke rumah menjamak hidangan ikan-ikan laut seperti ikan sebelah dan sayur Hong Kong. Masakannya cukup enak walaupun tidak pedas. Semua dapat menerima saya dengan tangan terbuka.

Ya, seterusnya pulang ke tanah tumpanya darahku. Bandar pesat maju, maju, maju, sesak, sesak dan terus sesak.











































































































































































Sunday, March 20, 2011

Nafsu

Semakin hari saya semakin jemu dengan perangai manusia, apatah lagi saya dikelilingi pelbagai jenis manusia. Ada yang kurang kasih sayang, ada yang mempunyai dunianya sendiri, ada yang menggangap dirinya tidak pernah salah atau sentiasa betul, ada yang sentiasa merendah diri, ada yang sibuk mengerja duit, dunia, ada yang duduk bertapa di satu sudut, ada yang mementingkan diri sendiri, ada yang memimpin dengan nafsu dan bermacam-macam lagi.

Semua ini merupakan peranan syaitan yang menghasut nafsu manusia agar manusia terus leka dan lalai. Tanpa disedari sebenarnya kita sedang hanyut bersama sikap kita yang dihasuti untuk melanggar fitrah manusia, bongkak, pentingkan diri sendiri dan ego sehingga menyakiti hati orang lain.

Akan tetapi ketika kita menyedari semua sikap manusia yang kononnya menyakiti hati kita, kita pula mula mengumpat dan bercakap belakang serta memburukkan manusia tersebut, secara tidak langsung kita juga tergolong dalam kategori manusia yang dihasuti. Beginilah halusnya kerja-kerja syaitan yang tidak kelihatan dan tidak juga terjawab dengan teori biologi atau fizik atau lebih tepat secara saintifik. Jika dilukis saya tidak pasti bagaimana rupa nafsu, adakah seperti kuasa Susano yang dikeluarkan oleh Uchiha Sasuke?

Di antara mereka ini ada yang diuji tetapi mereka tidak jelas atau nampak kesilapan mereka, maka mereka ini terus membuat kesilapan tersebut. Jika diteguri belum tentu mereka akan menerima nasihat kita. Saya harap ada yang akan menegur saya agar saya dapat memperbetulkan kesilapan diri sendiri. Kepada manusia yang terus membuat kesilapan ini saya tidak jumpa ubat atau penawar untuk sakit ini.

Kesimpulannya bersyukurlah kerana kita nampak semua ini dan memahaminya, kerana Allah masih menyanygi kita sebab itu kita diuji.

Monday, March 14, 2011

Bukit Jalil 13 Mac 2011

Selepas seminggu membuat latihan dan saringan sukan tahunan, sabtu lepas kami ke Bukit Jalil untuk mengadakan sukan tahunan 2011. Kebanyakan pelajar yang lemah terus lemah dan akan terus lemah, manakala pelajar yang menyertai kesemua acara pun sememangnya kurus dan fit untuk acara tersebut memang selayaknya mereka menang.

Emcee membaca teks dalam 4 bahasa, arab, cina, inggeris dan melayu, kehadiran ibu-bapa semakin sedikit berbanding tahun lepas, pasukan Kadet Remaja Sekolah membuat demonstrasi ‘Base’ namun ketuanya lupa langkah, pasukan karate terdiri daripada ahli-ahli bukan sekolah ini tetapi mereka juga membuat demontrasi, ada pula kumpulan nasyid yang membuat persembahan 3 buah lagu, tiba-tiba susanan hari sukan bertukar menjadi hari persembahan.

Ramai pelari yang tiada stamina, tiada latihan yang secukupnya, yang sebenarnya pada hari yang sama mereka berlatih dan hari yang sama juga mereka bertanding. Waktu saya sekolah dahulu kami akan berlatih sebulan untuk sukan dimana semua pelajar akan cuba menyertai acara, yang berbadan besar akan melontar cakera atau pelujur, yang berbadan fit pula menunjuk stiminanya dalam acara 100 meter, dan acara bertanding akan diadakan di waktu bukan persekolahan, kalau pelajar sekolah petang, acara akan diadakan waktu pagi dan kehadirannya cukup mengagumkan kerana setiap pelajar ingin memecah rekod masing-masing.

Tertanya sukan ini ingin menunjuk kehebatan pelajar atau meyemaikan semangat kesukanan? Bagaimana pula dengan pelajar yang lemah, yang tidak diberi peluang untuk berlatih, yang tidak menyertai mana-mana acara kerana dianggap lemah dan tidak berguna? Bagi pihak yang terlepas pandang, ingatlah bahawa kamu bertanggungjawab mendidik mereka bukan menunjuk betapa hebatnya sukan tahunan yang penuh dengan rancangan rapi sehingga pelajar hadir dengan baju sekolah tetapi ada pula latihan sukan. Mereka ini dilatih dengan sorakan padu, sepanduk cantik, dan berbaris dengan bersemangat sehingga berlatih 3 empat kali.

Menang kalah bukan satu soalan tetapi tradisi, namun lihatlah dari satu sudut yang semamengnya perlu diperbetulkan semangat kesukanan pelajar yang hanya bergantung nasib di sebuah gelangang futsal yang diconteng line bola tampar, bola keranjang, badminton dan juga dikongsi bersama sekolah rendah, lelaki dan perempuan. Sungguh simpati melihat mereka yang berbakat besar tetapi tidak berpeluang untuk pergi lebih jauh. Bagi saya sukan tahun ini sekadar satu acara tahunan tiada keistimewaan langsung, tiada kualiti.















Sessi Kritik 3D 3 Mac 2011

Hampir 3 bulan saya mengajar pelajar tingkatan 3 berkenaan simbolisme di dalam karya seni, kerana pelajar tahun ini agak pintar dan pandai membuat pilihan, mudah terpengaruh itu sikap remaja yang meningkat usia, walaupun menerima pelbagai dugaan sehingga dipanggil ke bilik disiplin kerana tingkah laku pelajar yang kurang ajar saya tetap mencabar diri sendiri untuk menyiapkan satu projek kolabirasi bersama pelajar tingakatan 3 tahun ini, mungkin di antara kami ada satu persefahaman yang intim.

Teringat sewaktu saya di bangku sekolah menengah di tingkatan 3, semua guru mengajar kami memaksa kami membaca buku sehingga muntah, hanya cikgu seni saya yang sentiasa member projek, tahun ini kami mempelajari teknik cop baju, dan hasilnya kami menghasilkan beberapa helai t-shirt yang dicop “X-treme BMX Plus” yang masih saya dipakai sehingga kini. Ketika itu saya lemah dalam semua mata pelajaran, tetapi bila ditanya lagu, album dan tabluture pasti saya hafal dan juga taksub pada lirik-lirik lagu yang didengari seperti ‘Holy War’. ‘The God Who Failed’ dan banyak lagi.

Petang itu kelihatan muka pelajar yang marah kerana terpaksa menjelaskan cerita mereka yang jujur. Ada yang menangis, ada yang blur, ada yang lost dan ada juga yang berani dan begitu yakin untuk menjelaskan cerita masing-masing. Penjelasan pelajar Thai tidaklah begitu jelas kerana faktor bahasa mereka, tetapi lukisan dan beberapa keyword mereka Berjaya menjelaskan kepada dua orang juri iaitu Cikgu Akmal dan Cikgu Fauzi Yahya. Seorang pelajar begitu berana menceritakan kisah kematian datuknya yang begitu sedih kerana faktor bukan seagama, ramai yang menukar cerita mungkin kerana takut dan malu, tetapi bagi saya mereka berjaya mencuba sesuatu yang baru di luar jangkaan sendiri, walaupun objek ingin dijelasakn tidak jelas tetapi ini membantu saya menapis sessi pengajaran saya.

Terima kasih semua!!!!