Sunday, May 29, 2011

Memahami Idola

Waktu kanak-kanak saya dikenalkan dengan pelbagai adiwira dan gaya mereka, lalu saya pun meniru gaya mereka, waktu sekolah rendah pula saya dikenalkan dengan pelbagai wira sukan, lalu saya pun mengambil keputusan untuk menjadi seperti mereka kerana malas belajar. Waktu sekolah menengah saya dikenalkan dengan pelbagai wira muzik, saya pun meniru dan berpengang dengan lirik-lirik mereka.


Semakin meningkat usia semakin saya memahami peranan wira-wira ini, semakin banyak persoalan yang terbeku di otak dan memberatkan salur peredaran darah di bahagian otak. Adakah kewujudan mereka ini hanya sekadar mitos, agenda yahudi atau memberi pengajaran untuk ditatapi.

Salah seorang wira saya pernah berkata “untuk mengenali, memahami dan meniru idealogi saya lebih baik mengkaji idola saya”. Saya pun mencari dan memahami kenapa karya yang dilahirkan berbentuk begitu, semuanya berpunca dari apa yang terjadi pada zaman kanak-kanak, sekaligus terjawablah segala persoalan dan memberi kata dua untuk terus teruja dengan kehadirannya.

Saya cukup beruntung kerana diberi peluang untuk mengenali beberapa tokoh yang pernah menyinari zaman remaje saya, memberi inspirasi dan memberi titik harapan bahawa ada banyak perkara yang menanti saya. Mengenali dirinya, berbual dan berkongsi idealogi sudah cukup bermakna, cuma belum berani bertanya soalan cepu emas. Mendekati tokoh seni tempatan pula cukup membuka mata untuk meneruskan perjuangan. Bekerja dengan editor sekaligus membaca puisi-puisinya memberi inspirasi untuk menajamkan sejata perjuangan.

Kini, saya berada di satu sudut dan mentafsir segala peranan idola-idola ini untuk meneruskan perjalanan melangkah ke tahap seterusnya, semalam saya diberi kesedaran dan peringatan untuk memahami beberapa perkara. Di antaranya adalah peranan islam dalam sesuatu ilmu, adakah saya sekadar saja-saja mengeluarkan satu idea atau memberi satu jawapan untuk masalah?

Sambutan Hari Guru 2011

Sambutan tahun ini semakin kalut dan serabut, Pengarah Majlis hanya memikirkan plan A tiada plan B, sedangkan sudah berkali-kali dia menjadi Pengarah Majlis,orang buat teater dia pun sibuk buat teater tanpa memahami selok-belok teater, kemudian menunjukkan kecacatan diri sendiri, setiap tahun topik sama, gaya sama, bila ditegur melenting tidak sedar kelemahan diri sendiri, wahai manusia pelajarilah daripada segala perkara yang terjadi disekeliling mu.

Ada guru yang merugut kerana tidak dapat hadiah dan ingin menukar subjek, agar dia mengajar subjek yang disukai pelajar. Makanan semakin sedap, sambutan pelajar lebih baik daripada apa yang disediakan oleh pihak sekolah. Sedikit demi sedikit saya mula merindui kehidupan saya di sini, walau menyedari bahawa saya akan meninggalkan semua ini.

Friday, May 20, 2011

Peperiksaan Semester Pertama 2011

Semakin hari tugas saya sebagai guru pendidikan seni visual semakin pudar, ramai pelajar yang stress, risau dengan peperiksaan penting yang bakal mereka duduki hujung tahun ini, membuat mereka mengabaikan subjek yang tidak penting ini. Sememangnya sekolah tidak menekankan atau mengambil subjek ini penting atau wajib kerana silibus JHSA tiada Seni Visual begitu juga dengan PMR.

Sejak hari pertama saya mengajar subjek ini tanpa sebarang silibus yang disediakan, saya merangka dan melalui proses try and error dengan sendiri, menyediakan segala kelengkapan, merancang, membuat kertas soalan, menanda kertas dan sekaligus mereka poster serta banner untuk sekolah. Tugas penyelaras Vokasional pula terlalu banyak sehingga dia tidak pernah sempat memeriksa kertas soalan saya atau pun dia mengambil langkah untuk tidak peduli kerana setahu saya dia merupakan seorang orthodoks yang memandang seni lukis sebagai subjek melukis.

Tidak guna saya bercerita panjang tetang masalah remeh-temeh, maka saya mengambil keputusan untuk terus memberitahu pe

lajar tentang sejarah seni lukis, artis dan ism-ism untuk mereka mengambil iktibar, pedoman dan menyedari betapa tidak pentingnya subjek ini. Biar mereka membuat keputusan.
















Sunday, May 8, 2011

Diberi Peluang

Saya sedang melalui perang idealogi, ingin membuang dan menerima pelbagai idealogi. Kebanyakan idealogi ini berunsur politik pejabat, politik islamik, politik kebudayaan, politik remeja, politik rumahtangga dan politik kerjaya. Satu demi satu saya teliti dan saya mendapati selalunya saya hanya melayan dan senyum tanda menerima atau setuju dengan pendapat-pendapat mereka. Walaupun jauh di lubuk hati saya sedang bergelodak, perut pula meragam membawa kumbahan ini ke ronggak tekak untuk dimuntah, tetapi saya telan dan terus senyum.

Mereka ini ada dimana-mana samada yang dikenali atau tidak dikenali, jika saya menolak terus idealogi, seolah-olah menggatakan idealogi saya sudah cukup bagus. Jadi soalannya di sini, "apa idealogi ko man, dan buat apa ko perjuangankan?" Jawapannya tidak mahu saya jawab, bukan kerana saya tidak pasti atau tidak tahu tetapi saya memilih untuk kalian memberi definisinya sendiri.

Saban hari saya terpaksa akur dan setuju dengan seribu satu arahan yang diberi tanpa bertanya pandangan terlebih dahulu, adakah sikap ini yang dipanggil bangga dengan idealogi dan memaksa saya menerima idealogi tersebut, walaupun ternyata jelas bahawa idealogi dan pandangan tersebut tidak mengikut Kalam

Allah atau mengikut sunah Rasulullah. Ternyata perang idealogi ini sangat serius dan cuba mengambil alih idealogi saya.
Malam saya berjumpa dengan sahabat lama yang sudah lama tidak berjumpa, dia yang membawa saya ke Jawi, dia yang menjadi saksi ketika pertama kali saya mengucap dua kalimah syahadah, dia juga sering menasihat saya agar meneruskan penceritaan dan pencariaan karya. Kami bersembang tentang masa depan masing-masing yang dibelenggu dengan seorang sahabat lama yang hampir 10 tahun tidak bertemu kerana dia kini berada di Amerika. Saya menceritakan kisah idealogi, pada mulanya dia ketawa dan berkata "Ko jadi Cikgu sekarang kan." Kami berborak lama, berbincangkan tentang nafsu tidak puas hati, element idea dan diakhir dengan opporturnist. Siapa opporturnist ini?


Friday, May 6, 2011

Idealogi Pelajar

Semakin laju internet bergerak semakin cepat waktu berubah,pertama kali bekerja saya sentiasa melihat jam,menanti saat untuk pulang,tetapi kini hari beredar tanpa disedari.

Sudah pelbagai bidang pekerjaan saya ceburi dan pelajari selok-belok pekerjaan tersebut,cuba serasikan diri malah ubah sikap untuk menyesuaikan diri. Kini saya perlu mengubaj persepsi minda untuk setiap kelas dan setiap pelajar yang perlu dilayan dengan pelbagai cara.

Idealogi setiap pelajar menunjukkan kematangan mereka,cukup seronok apabila bergaul dengan pelajar yang dapat melayan frekuansi saya, ada yang lebih matang dan lebih pintar malah banyak dipelajari daripada mereka.

Mungkin kerana saya lebih mengemari golongan yang matang kerana boleh dibuat kawan, boleh bergaul secara professional membuat saya agar bingit untuk melayan idealogi yang jauh ketinggalan, makin mendidih apabila satu kelas sudah jelas dan faham, ada saja suara yang kedengaran menyuarakan bahawa tidak faham langsung. Boleh jadi metedelogi yang digunakan tidak sesuai untuk mereka tetapi saya terpaksa juga melayan idealogi mereka yang berada jauh daripada paksi semeteri.

Saya dapat melihat pelbagai watak saya pada pelajar-pelajar ini,daripada buruk dan baik,pintar dan kurang pintar,rajin dan malas,nakal dan soleh serta bermacam lagi watak dalaman mereka. Pemikiran saya sering berputar ke pelbagai sudut untuk mencari semula diri saya. Saya bakal bergelar pelajar semula tanpa uniform,kali ini idea lebih penting daripada sikap dan watak sebenar lebih penting daripada berpura-pura. Terima kasih kepada semua pelajar di sini kerana menyedarkan saya untuk mengambil yang keruh dan terus berubah untuk menjadi watak sebenar atau diri sendiri,walapun masih perlu melayan idealogi ortodoks yang bakal membunuh watak saya tetapi perlu disedari dan hormati juga idealogi mereka yang menemui diri mereka di pelbagai simpang, dan hanya ambil yang perlu.

Kini,saya jarang mengeluh dan melatar apabila ada beberapa sikap yang mengacau frekuansi saya dan berdoa agar saya tidak menjadi begitu.