Wednesday, June 22, 2011

Surabaya 31 Mei - 7 Jun

Cuti sekolah saya ke Surabaya bersama rakan sepejabat saya, dia mempunyai ramai saudara-mara yang tidak pernah ditemui. Ayahnya dilahirkan di Pulau Boyan merantau ke dan terus menetap di Malaysia, kemudian mendirikan rumah-tangga, adik-beradiknya 7 orang. Tahun lepas ayahnya meninggal dunia, dia terpaksa berkorban untukm menyara keluarganya sekaligus membatalkan niatnya untuk menyambung pengajian di Mesir.

Hampir seminggu lebih saya di sana, menjelajah negara jiran yang begitu sesak dan sibuk, dipenuhi motosikal, beca, kereta lembu, lori besar, kereta dan bermacam jenis kenderaan lagi. Luas Subaraya boleh dikira dari Lembah Jaya Ampang sehingga Dataran Merdeka, tpola tempatan seperti kawasan rumah di Gombak, terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pinggiran kampung yang dihuni oleh golongan miskin, kawasan pekan pusat membeli belah dan bandarnya dipenuhi bangunan sederhana rendah untuk pejabat-pejabat besar.

Kami mengunjungi makam-makam wali songo kerana rakan sepejabat saya ini merupakan pewarisi wali songo, merata daerha kami menjelah makam-makam wali. Bebek (itik) penyet dan satey kambing antara makanan yang agak istimewa dan boleh diterima perut saya kerana terlalu banyak ramuaan dimasukkan ke dalam sesetengah hidangan.

Saya hanya dapat membeli beberapa buah buku, yang sememangnya niat saya dari awal untuk memborong buku tetapi saya tidak ketemui kedai buku yang dicari. Penduduk di sini sangguhp bekerja apa sahaja untuk mendapat sesuap nasi, golongan belia bekerja sebagai pencuci tandas di pusat membeli-belah, gadis muda sangguh menuang minyak di stesen minyak, dan makcik-pakcik tua sanggup mengayuh gerai kecil untuk menjual bakso yang sememangnya ada di mana sahaja. Warga asing tidak kelihatan, ada juga penduduk yang agak licik menjadi tauke besar dengan mengeksport barangan ke negara jiran.

Setiba di rumah sahabat saya di Gombak saya terharu melihat adik-beradiknya membuka hadiah yang dibelikan abang mereka, senyuman gembira terpahat di raut wajah rakan sepejabat, saya tumpang gembira dan agak seronok melihat ragam manusia yang berbeza dengan watak-watak yang selalu dijumpa di pejabat dan di sekitar Kuala Lumpur.