Sunday, July 31, 2011

Mulut

Biasanya manusia yang sedang bercakap mahu orang sekelilingnya mendengar kata-katanya, ada yang akan suka,setuju,teruja,terpesona,terfikir dan berfikir dengan ucapanya.

Akan tetapi ada juga yang akan bengang,terasa,termakan hati. Segala kata-kata yang keluar daripada mulut bermula dengan niat, andai kata niat itu ke arah mengaibkan keburukan orang lain maka berdosalah di polan yang berhujah itu, tetapi jika niat si polan tadi untuk menyedarikan adakah dia tetap bersalah walapun ayatnya makan dalam?

Terpulanglah bagaimana setiap individu yang menilainya, saya juga banyak kali mempelajari dengan kata-kata yang makan dalam,yang buat saya terduduk, yang buat saya terfikir dan buat saya teruja.

Saturday, July 30, 2011

Malaysia 3 Singapura 5

Lakonan hebat pemain singapura membawa mereka layak ke peringkat seterusnya.

Malangnya cita-cita Harimau Malaya tidak tercapai, akan tetapi Harimau Malaya perlu terus tabah untuk mengharungi perlawanan akan datang…
















Sunday, July 24, 2011

Back & Forth

Dia menyelamatkan saya daripada hari-hari gelap dengan bisikan di telinga "Segalanya akan berlalu...

Menemui,memahami, dan menerima suatu anugerah yang terindah dalam hidup ini adalah untuk mempercayai bahawa kami benar-benar sesuai untuk bersama.

"Biarkan halangan datang, biar kita hadapinya bersama-sama". Kini ini kata-kata yang sentiasa bermain di benak fikiran saya.

Mendengar:

Foo Fighters-Miss The Misery

Janji-janji

Setelah menghantar notis perletakkan jawatan, pihak sekolah menambah beban saya dengan dua kelas tingkatan empat. Soalanya disini kenapa ketika saya ingin melepaskan jawataan baru mempertikai jam kredit saya tidak mencukupi? Sedangkan dari awal tahun mereka tidak memberi saya kelas pada hari isnin. Kini dengan ucapan yang makan dalam mereka memberitahu saya “Kami akan gunakan engkau sehingga ke saat akhir”. Sudah empat kali saya menulis surat menuntut hak rekaan banner, tetapi tidak sekali pun menerima jawapan, bayaranya lagilah. Saya dapat merasakan bahawa ada pihak tertentu yang berfikiran atau beragenda. Sememangnya sudah begitu buang masa saya luahkan isu politik di sekolah ini,

Kelas semakin bosan, melayan kerenah anak orang kaya yang dihantar ke sekolah untuk menghabiskan harta ibu-bapa, cikgu pula masuk kelas untuk memperbetulkan akhlak pelajar. Ada situasi seperti memasukan baju ke dalam seluar dan menyikat rambut pelajar, kesedaran untuk belajar langsung tiada, hantar anak ke sekolah islam dengan harapan untuk membetulkan akhlak, mungkin akhlak ibu-bapa yang perlu diperbetulkan dahulu. Doa saya agar pelajar, pemilik, pekerja dan penghuni sekolah ini terus murah rezeki dan sedarlah tanggungjawab mereka ini besar dan saya tidak mampu memikul tanggungjawab ini kerana janji-janji pada diri sendiri pun belum dituruti inikan pula mendidikan anak orang.

Jadi rutin saya sekarang di dalam emosi yang sangat lemah untuk mengajar, saya sekadar memberi kesedaran bahawa dunia luar menanti kamu, menanti untuk membaham, menerkam, menikam dan menanti saat yang sesuai untuk mengambil alih roh anda. Kesedaran ini perlu berubah jadi jawapanya ialah menghitung hari terakhir di sini.

Persekitaran

Kebelakangan ini saya sering menerima perubahan manusia, perubahan persekitaran dan perubahan emosi dalaman. Atas sebab-sebab tertentu manusia perlu melangkah dan mengharungi pelbagai cabaran yang perlu diharungi, dilalui dan juga dipelajari.

Bertan-tan ujian menimba, saya yang meningkat usia diberi beberapa peluang untuk mengubah corak kehidupan. Cita-cita dan janji pada diri sendiri masih belum dicapai, niat untuk memberi ibu dan kakak saya hidup senang dan selesa belum dikecapi, cita-cita untuk membahagiakan orang tersayang belum boleh dilaksanakan, akan tetapi perlu pula melayan persekitaran yang berubah dengan begitu cepat.

Kesedaran ini membuka minda untuk menerima perubahan ini, atas dasar persekitaran yang sedang dilalui,akan dilalui dan bakal dilalui tidak menjanjikan apa-apa kata putus bahawa situasi tersebut akan sentiasa berada kekal sekarang dan menjanjikan seribu satu perubahan, kerana setiap manusia mempunyai keinginan dunia yang tinggi tambahan digoda oleh satu makhluk yang hina, apa yang mampu saya buat hanyalah cuba dan terus mencuba untuk memperbetulkan kesilapan lalu, dengan harapan saya masih sempat dan masih boleh mempunyai kudrat tersebut.

Envy Live KLPAC 17 Jun 2011

Hujung tahun lepas band ini muncul dengan album Recitation, satu tajuk yang membuka deria pendengaran kita ke satu frasa yang berbeza, mungkin penyucian diri, mungkin kembali atau mungkin juga penyedaran.

Lagu-lagu Envy telah banyak membantu di hari-hari gelap, sentiasa memberi mood untuk terus berjuang, terus bernafas dan terus melangkah. Ada kalanya saya melupakan Envy dan melayan band-band lain tetapi tetap kembali mencari Envy atas sebab-sebab Envy memberi mood tersebut.

Sekembali dari trip Subarabaya yang tidak seberapa, saya menanti gig Envy dengan sekian lama,mengharapkan satu jawapan, satu petunjuk dan satu iktibar, saya bersiap awal tetapi partner saya terpaksa batal sebab perlu menjaga anak buah, maka saya pun terus ke KLPAC untuk menjual tiket.

Band permulaan Killeur Calculator cukup unik, pertama kali saya melihat mereka secara live, tidak menghampakan tetapi tidaklah terus teruja atau terdiam melihat mereka. Envy muncul,rupa paras ahli Envy seperti Cina di kawasan sekitar Sungai Wang, t-shirt, jeans dan gaya rambut yang biasa. Tetapi apabila mereka bersatu muzik mereka boleh membawa anda ke demensi yang lain.

Envy tidak pernah menghampakan dan mereka juga sentiasa menemani hari-hari gelap saya tetapi kali ini mereka memberi satu jawapan baru, nantikan hikmah disebaliknya….


Monday, July 4, 2011