Friday, September 30, 2011

Mencari Bidang

Peringatan kepada diri sendiri untuk mencari bidang kepakaran.

Mencari Garisan I

Saya tidak mempunyai bakat melukis dan saya juga tidak dilahirkan dengan kelebihan melukis tetapi sejak kecil saya sangat meminati lukisan, jadi saya sering melihat mediang kakak saya melukis.

Sewaktu sekolah rendah saya didedahkan dengan dakwat cina dan diwajibkan untuk menulis kaligrafi cina, jadi banyak masa dihabiskan disitu.

Sewaktu SPM saya mengambil kertas Pendidikan Seni dan mendapat gred cemerlang. Selepas itu saya tinggalkan dunia melukis kemudian mula semula sewaktu di kolej dan sesekali menconteng sana sini.

Semester ini kelas melukis dimulakan dengan ‘searching line’, pensyarah memberi arahan dan memberikan kami perlu hantar dalam masa sejam 10 keping jenis-jenis garisan dengan pelbagai medium.

Hasilnya ramai yang keliru di antara garisan dan rupa dan ramai juga takut pada garisan, limitkan garisan, limitkan medium dan tidak berani untuk mencari garisan sendiri. Saya juga terperangkap dengan limitasi garisan. Harap-harap dapatlah berkawan baik semula dengan pencil, arang, dakwat cina dan medium lukisan lain.















Kebenaran Miliknya

Sewaktu di sekolah menengah saya dikeliling kawan ketawa dan juga kawan menangis, lambat laun kedua-duanya lenyap ditenggelami masa.

Sewaktu bekerja di kedai muzik saya dikunjungi pelanggan dan kawan sekerja, selepas kerja masing-masing membawa haluan sendiri. Kemudian saya meninggalkan mereka untuk terus mencari diri sendiri.

Sewaktu menuntut di kolej saya mengenali kawan-kawan semuda mempelam, yang baru mengenali erti kebebasan. Mereka mengambil kesempatan ini untuk terbang bebas, sekali lagi saya meninggalkan mereka untuk mencari diri saya dan menjejak yang teristimewa.

Sewaktu bekerja di Istana Budaya saya dikelilingi nama-nama besar, pengarah dan pegawai menjadi kawan saya, berkawan dengan orang dewasa mematangkan fikiran dan memberi lebih fokus pada haluan diri. Mereka mengenalkan saya dengan dunia sebenar, mereka memberi tunjuk ajar secara langsung mahupun spontan. Sehingga kini hubungan silaturahim bersama mereka berkekalan dan terus erat.

Alhamdullilah, saya menjumpai yang teristimewa dan terus bersama dengannya.

Sewaktu mengajar di Sekolah Islam Adni, saya berkawan rapat dengan pelajar dan menyelam bersama idealogi mereka untuk memperbetulkan krisi identiti diri saya. Pegangan bangsa, agama dan bahasa menjadi isu besar menjajah diri saya. Saya juga berpeluang mengenali ustaz warak, rock, kaki sukan dan memahami erti ustaz makan gaji dan ustaz yang kerja kerana Allah s.w.t.

Ramai kawan yang terus kekal menjadi kawan saya, tidak mengira usia,bangsa, pegangan agama mahupun warna kulit. Daripada bayi sehinggalah warga emas tiada masalah untuk saya bertegur sapa. Mengenali, memahami dan menerima watak mereka adalah sesuatu yang agak susah untuk diperjelaskan dengan detail atau secara terang, walaupun saya menyedari kemunculan mereka adalah untuk memberi kesedaran pada diri sendiri dan orang sekeliling.

Kawan biasa muncul dengan pelbagai watak, perangai dan peranan, ada golongan yang sentiasa memiliki kebenaran, mereka tidak boleh menerima kekalahan dan mereka juga tidak boleh menerima jika anda lebih daripada mereka. Hati mereka mulia dan sangat baik hati, malah cukup suka membantu yang memerlukan namun setiap manusia ada kelemahan masing-masing. Agak sukar untuk saya menerima golongan ini, saban hari saya terus belajar erti menerima.

Kini saya menuntut di universiti, berhadapan dengan ramai kawan baru dan terus cuba mengenali, memahami dan menerima watak mereka dalam hidup saya. Kesemuanya bersemangat wajah untuk membuktikan kebolehan masing-masing, tetapi ada di antara mereka yang bakal ditewaskan dan menewaskan saya.

Maaf jika entry ini ada sedikit berunsur riak atau takabur, catatan ini satu peringatan untuk diri sendiri untuk dijadikan iktibar. Sesiapa yang terasa, maafkan saya tetapi idealogi ini perlu dikeluarkan daripada benak fikiran saya.

Saturday, September 24, 2011

Konvekesyen ke-44

Minggu ini jalan banyak ditutup untuk memberi keutamanan kepada sambutan Konvekesyen yang ke-44, seronok melihat graduan berjubah unggu, memegang skroll dan bergambar bersama keluarga dan rakan seperjuangan.

Kami sekelas perlu membuat persembahan untuk malam orentasi bersama skool. Idea simple tetapi simbolik, setiap dari kami berpakaian warna-warni diselang-selikan dengan soalan seperti ‘siapa saya, apa saya buat di sini, mengapa saya di sini, apa tujuan saya ke sini? Dalam pelbagai bahasa, kemudian muncul seorang wanita berwajah dan berpakaian hitam muncul dan kami semua tercegat.

Kelas sudah mula seperti biasa, tetapi saya masih belum dapat mendaftar subjek kerana masih menunggu surat pengesahan pertukaran kursus yang masih belum ditandatangani oleh Naib Censelor. Kami diperkenalkan dengan asas Photoshop, asas internet dan world wide web, asas 2 dimensi serta kelas bahasa inggeris dikendalikan oleh seorang pensyarah wanita yang sangat lurus dan skema, sesekali saya cuba membuat lawak untuk menghiburkan kelas. Beginilah sikap saya ketika di sekolah dahulu, disebabkan bosan maka pelbagai lawak bodoh akan saya keluarkan untuk menghiburkan diri sendiri tanpa disedari lawak itu menjadi bahan ketawa.

Berdiri tegak di situ Skool, yang menjadi medan peperangan kami untuk 3 tahun akan datang. Tahniah kepada semua yang berjaya bergelar graduan dan tahniah juga kepada awak yang lulus peperiksaan PTD, sedarlah bahawa pelbagai plot telah tertulis hanya kita yang dikaburi dengan hijab masing-masing, bukalah mata hati dan terima segala kejadian yang bakal membahagiakan kita.










































Sunday, September 18, 2011

Lukisan Gesture

Sabtu, masih lagi di karnival In-Sight Penang mengikuti kelas lukisan Prof Madya Hasnul Jamal Saidon, dia mengajar kami asas melatih tangan dengan garisan tanpa memikirkan atau melihat apa yang dilukis. Maka lukisan itu akan menjadi abstrak atau impression.

Langkah ini pernah diperkenalkan oleh komrad saya Fikri, dan hasilnya beberapa jenis garisan tebal nipis dan outline sesuatu objek. Perlu selalu melatih pergelangan tangan agar biasa dengan tekanan dan impak jenis-jenis garisan.

Sejenak saya leka dengan body structure menyandar dengan malasnya pada dinding, Prof menyapa cara duduk saya yang very bad posture, kemudian teguran itu menjadi serius dan dia menyuruh saya duduk dengan tegak, dia dapat mengesan bahawa saya lama terbiar dan telah melalui pelbagai jalan yang teruk untuk sampai di Universiti ini, dia mencerita kepada T.C bahawa yang dia pernah menghalang saya untuk ke sini dan dia menyuruh saya membuang saka tersebut tidak kiralah diturunkan oleh tok-moyang atau mak-ayah saya. Kelas diteruskan dengan satu sessi tarik dan tahan nafas untuk merasa kuasa chi masing-masing.

Selesai kelas Prof menegur saya, dia meminta maaf dan berkata “You will be very successful because of your struggling.” Saya sering merugut kepada Fikri bahawa bosan berbincang dengan orang yang tidak dapat melayan dan melawan gelombang frekuensi saya dan ramai yang tidak dapat memahami saya, akan tetapi dengan gaya duduk cukup untuk seseorang mengesan kisah silam dan chi buruk yang menghatuinya.

Apa yang bakal dilalui tidak dapat dijangka tetapi sessi kelasnya bakal berubah menjadi medan perang masing-masing untuk survive.















Friday, September 16, 2011

Kocak Di Fukuoka

Saat masa terlapang saya melatih otak untuk membaca buku semula, buku ini merupakan catatan Seniman bernama Hasnul Jamal Saidon ketika menjelajah ke Jepun pada tahun 2003 untuk salah satu projeknya bersama pelajar university jepun dan malayisa.

Cross-culture, gambar pelajar Jepun yang diMalaysiakan dan gambar pelajar Malaysia yang diJepunkan. Apa yang menarik buku ini bukan sahaja mencerita proses penghasilan karya tersebut tetapi kisah-kisah yang dilalui ketika berada di Negara asing.

Bisu, pekak dan buta huruf dengan membaca dan mendengar hiragana, kanji dan katana. Makananan yang entah halal atau tidak, bahasa inggeris tidak disanjung. Jepun yang terkenal dengan jati diri dan tradisinya kekal dan terus bangga dengan adat mereka.

Selain itu, diskusi sendiri, berdialog bersama angin dan berlawan, berkawan dengan bayangan sendiri bermain setiap saat, pencarian Yang Satu menjadi keutamaan. Rindu pada isteri dan anak-anaknya membuak-buak pada setiap helaian kertas, pesanan bonda dan ayahanda sering diingati. Permainan bayang-bayang menjadi perkara tersirat dalam catatan ini, mengajak kita berfikir dan bertanya dengan bayang-bayang sendiri.

‘Apa yang terhias di luar adalah bayangan dari apa yang terhias di dalam’.

Hari Malaysia

Sempena cuti ini saya mula menjadi mukmim Pulau Pinang, saya dan Bob (rakan lama ketika Kolej) rakan sebilik saya yang pertama pergi ke acara 1 Malaysia Contemporary Art Tourism 2011,MCAT Carnival, In-Sight Penanh di Jalan Macalister. Sebenarnya kehadiran wajib dan diambil kira oleh pensyarah kami.

Sekitar melalui pelbagai jalan dan lorong yang telah bergelar Majlis Perbandaran Pulau Pinang , semakin maju dan moden. Semua jalan sudah sehala, salah pilih perlu tawaf beberapa kali. Beca, gerai di tepi jalan, kedai jeruk dan identiti asal Pulau Pinang masih ada. Murcu kejantanan bangunan Komtar masih berdiri tegak, mamu masih berkain pelikat lorong-lorong belakang masih wujud.

Karnival ini seperti biasa ingin menyemarakkan seni visual, dan memberi pendedahan kepada orang ramai. Pameran pelbagai jenis lukisan dari arkilik, cat air, batik, seni moden sedang tergantung untuk dijual.

Seni, seni, seni perkataan ini bakal bermain di fikiran sayan 24 jam, segala aktiviti, kerja, idea dan lukisan semua sentiasa akan melibatkan seni sehingga muntah darahlah saya dengan perkataan seni.

Sabtu dan Ahad masih perlu ke Karnival untuk beberapa Art-Talk, yang sebenarnya menjelajah ke lorong-lorong tanpa memikirkan apa-apa pun lebih menarik. Teringat saat menjelajah bersama Miko.















































































Sunday, September 11, 2011

Ampang ke USM

Emak pasti sebak apabila memikirkan keadaan saya yang terpaksa berhenti kerja, malah sudah bergelar Mahasistua baru menjejakkan kaki ke Universiti.

Ketika berada di bangku persekolahan, saya tidak menunjukkan minat untuk belajar dan saya sering aktif dengan kegiatan di luar kelas. Di situlah saya menceburi dan mengasah bakat dalam bidang seni. Hampir 10 tahun saya mencari arah tuju seni dengan bermain muzik, melukis, mencoret wajah gadis yang diminati, memahami erti di sebalik permukaan dan pelbagai kuliah di kedai mamak.

Setelah melalui pelbagai peringkat naik dan turun, berkali-kali mencuba akhirnya saya tiba di destinasi yang dituju dengan semangat yang berkobar-kobar. Terima kasih kepada semua yang menyokong, guru-guru yang memberi dorongan dari hari pertama saya ke sekolah, emak dan ayah yang telah banyak menghabiskan wang ringgit untuk menghantar saya ke sekolah. Sahabat andai yang memberi iktibar dan menjelaskan tentang ‘The God Who Failed’.

Sudah pasti ada yang sedih kerana saya tidak lagi bersama mereka, namun saya perlu keluar daripada comfort zone dan mengejar cita-cita yang telah lama terbuku dalam jiwa. Saya bersyukur dapat bersama kekasih tersayang yang memahami dan terus menyokong malah sentiasa bersama saya walaupun berjauhan.

Bagi mereka yang tidak memahami erti pengorbanan, lihatlah daun yang gugur, mereka dijadualkan untuk gugur dan menyuburkan tanah agar tunas baru dapat tumbuh dengan penuh harapan.

Mendengar: Thrice - Anthology

Orentasi

Minggu ini dipenuhi dengan segala macam taklimat, dari awal pagi sehingga lewat malam.

Setiba di Pusat Pengajian, barulah nampak jelas corak pembelajaran, pendaftaran khursus dan pensyarah yang mengarah kami untuk berpakaian casual.

Semuanya berjalan lancar, saya memikul beg Deuter menuju ke pintu masuk Universiti melangkah dengan penuh kesebakkan.

Saya juga mendaftar sebagai ahli Jazz Band, selepas ini akan menghadiri kuliah yang mencabar yang telah lama diimpikan, mempelajari subjek-subjek yang diminati.

Mendengar: Butterfingers-Selamat Tinggal Dunia

Monday, September 5, 2011

Hijrah 1432

Setelah empat kali mencuba, akhirnya saya diterima .Esok saya akan mendaftar di Universiti Sains Malaysia sekali gus bergelar pelajar sepenuh masa.

Terima kasih atas sokongan daripada belaian ibu,ummi,ayah dan kakak, kekasih tersayang, editor tersohor,ustaz-ustaz yang dihormati, sahabat andai dan pelajar-pelajar. Doakan saya berjaya dunia dan akhirat, hubungan kami berdua berkekalan dan ibu dan kakak saya diberi hidayah. Amin

Mendengar: Ajikan-Haruka Kanata