Sunday, October 30, 2011

Recorder

Setelah beberapa jam berlatih meniup recorder dan memahami asas tempo dan beat, saya mencuba untuk menyibukkan diri dengan kerja-kerja yang tertangguh. Kerja terus tertangguh dan beralih arah membasuh cadar, melepak dan berbual.

Malam ini saya bersembang panjang bersama beberapa insan, seorang memberi rambutan dari kampung halaman, seorang lagi cuba mengenali dengan mencungkil peribadi dalaman saya.

Saya memberitahu beberapa dilema yang dilalui, pengelodakan jiwa serta permainan minda berpusing-pusing malah kerja-kerja wajib terus ditangguhkan. Dia mengambil watak Sponge Bob yang pandai menyerap orang di sekeliling dan merendah diri untuk mempelajari daripada sesiapa pun. Agak teruja berbual panjang bersama jiran bilik, malahan dia memberi satu input menarik iaitu kisah “Mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.”

Sepanjang dua bulan ini saya tidak pasti apa yang dicari, bayangan, jelmaan, atau diri saya yang dahulu? Yang terperangkap, dibelenggu, digoda atau dihantui oleh makhluk halus dan zon selesa. Suara-suara kembali kedengaran, akidah mula bergoyang, semakin lalai dan tersasar daripada landasan utama. Mulut semakin busuk, hati semakin hitam, mata semakin kuning, telinga semakin pekak.

Terima kasih awak!!!

Foo Fighters- Times Like These, The Pretender

Monday, October 24, 2011

Zon

Komrad saya menyirim sebuah draf panjang yang ditulisnya dengan pesanan “Sila baca sampai habis, semoga dapat memberi kritikan yang membina, ini draf idea awal yang tercetus.

Tulisan itu membawa fikiran saya ke beberapa sudut, ketika itu pula saya sedang menanti pomen untuk menukar tiub motor yang dipinjam tadi. Fikiran saya jauh melayang ke zaman kanak-kanak, zon bertanya, zaman remaja, zon mengenali, memberontak dan zaman yang paling sukar iaitu zon memahami.

Akan ada yang memberitahu kalian bahawa segala yang dipelajari di sekolah merupakan sampah yang langsung tidak berguna, jika anda memilih untuk menerima sampah itu teruskan menguyah dan menelanya. Jika anda memilih untuk menolak, mulalah untuk mengeluarkan sampah itu terus atau secara perlahan-lahan.

Setiap zon ini mengajar kita sesuatu, jika kita fikirkan dan memahaminya nescaya kita akan berubah dan semakin jujur terhadap diri sendiri, tetapi jika kita terus lalai dan terperangkap maka kita akan terus menipu diri sendiri.

Malam ini saya menonton sebuah dokumentary kumpulan Pearl Jam yang berjudul Twenty, intipatinya menjawab segala persoalan draft tersebut sekaligus membuka minda saya untuk lebih jujur pada diri sendiri.

Mendengar : Eddie Vedder - Man Of The Hour

Pearl Jam – Who You Are

Pulang #1

Imbas kembali…

Sewaktu belajar di Sri Manjung saya jarang pulang ke kampung halaman atas beberapa alasan serta sentiasa menyibukkan diri dan ditinggalkan berseorangan, Tiba saat tepat saya pulang juga untuk menjenguk emak yang sentiasa kesunyian.

Ditemani suara-suara protest, kemarahan, kesunyian, pemberontakan, kebingguan, kebelengguan dan kegelapan perjalanan tiba di perut Kuala Lumpur yang sentiasa lapar dengan duit, kelajuan, kesesakan walau dipenuhi asap hitam.

Cut to…

Selepas beberapa jurang, saya melalui rutin ini semula, perasaan dalaman mula terbina semula, suara-suara lama kembali kedengaran, setiap memori yang ingin dilupakan kembali menghantui, buat kali keberapa? Maaf, sudah lupa untuk mengira, saat memasuki perut Kuala Lumpur saat bercakap sendirian kembali menanti di setiap ruang. Idea membuak-buak, pelbagai watak jelma dan muncul di hadapan mata. Terasa beban, seksa dan kaki terasa berat untuk meneruskan langkah.

Tetapi kali ini berbeza, ada yang menanti dengan penuh senyuman menenangkan, menjanjikan memori indah, lalu terputus saraf-saraf bingkit tersebut walaupun sedang berjalan di dalam perut Kuala Lumpur. Bandar ini berubah setiap saat dengan begitu pantas sekali. Mcdonald's Jalan Silang sudah berubah wajah terus menerekam mangsa-mangasa baru tidak mengira usia.

“Selamat kembali, semoga terus menggelupur.”… bunyi perut Kuala Lumpur

Mendengar : Butterfingers-Air Liur Kuala Lumpur





























Thursday, October 20, 2011

50 Idea

Hasrat ayah agar dia tidak ditipu apabila ke kedai cina kerana saya akan fahami segala pertuturan tersebut sebab itu ayah menghantar saya ke sekolah rendah cina. Namun saya mendapat intipati yang berbeza, kesemua rakan saya berkulit kuning sekaligus mengasingkan warna kulit saya. Di sini bermulanya istilah orang luar, orang asing atau pun bukan di kalangan mereka.

Didikan awal ini mencorak kehidupan saya untuk tidak berdiri di garisan lurus dan memiilih untuk berada di luar garisan lurus, di sekolah menengah pula saya jarang sekali bergaul dengan kaum sendiri atas sebab fahaman saya terhadap kaum sendiri sangat hina dan mundur. Dari sini bermulanya fahaman agama dan fahaman sosial-budaya serta segala yang ditetapkan. Saya ditakdirkan untuk melihat lukisan dan mendengar muzik lalu saya menyibukan diri untuk memahami maksud disebaliknya.

Sewaktu di kolej saya berada di golongan minoriti, saya merupakan senior dengan visi yang jauh, selepas itu saya berkerja dan berkenalan dengan ramai tokoh besar yang mengajar erti kehidupan seniman yang penuh dengan siku liku berduri. Mereka ini seolah-olah memberitahu saya. “Engkau dah pilih jalan yang betul tetapi fahamilah tujuan sebenar.”

Saya terus melangkah dengan meninggalkan kisah silam di belakang dan terus mara ke hadapan tanpa pedulikan jati diri kaum, perjuangan budaya mahupun bahasa ibunda sendiri, apa yang saya ketemui bukan kaum dan budaya walau bagaimanapun sosial-budaya tetap terkandung dalam setiap karya tidak kira karya jenis penulisan, catan mahupun video.

Apabila melihat yang berjaya dan berpakaian segak saya langsung tidak merasa rendah diri kerana mereka menggunakan segala produk yang direka oleh pereka malah mereka kini menjadi mangsa produk pereka tersebut. Sekaligus lebih menyakinkan diri bahawa saya berada di landasan yang betul.

Sedikit demi sedikit saya mula memahami erti cliché dan cuba melarikan diri daripada perkataan itu, sekali lagi saya berada di golongan minoriti, saya merupakan yang senior dengan visi yang jauh, dan menghasilkan karya yang lari daripada yang lain agar idea tersebut sentiasa berdiri atas skala yang berbeza, semalam pensayarah kami menyatakan bahawa 50 idea pertama adalah idea sterotype, 50 idea kedua adalah idea yang bagus tetapi 50 idea seterusnya barulah idea yang mantap. Fakta tersebut terbukit dan sangat menakutkan.

Kini saya tidak tertanya-tanya atau keliru dengan pilihan yang dibuat malah terus melangkah untuk mengeluarkan yang terbaik dan sentiasa berada di luar garisan lurus

Mendengar: Wellwater Conspiracy-Born With A Tail

Wednesday, October 19, 2011

Pointillism

Dua, tiga hari menitik untuk menyiapkan potrait sendiri, seronok melayan kekejaman titik.




































Sunday, October 9, 2011

Rancangan Dunia

Sabtu saya ke kampung Slim River mengunjugi Apak dan Mak Am, alhamdulliah mereka sihat dan masih bertenaga. Ayep anak buahnya yang kelihatan keliru dan tidak bermaya walaupun cuti sebulan.

Ayep, pelajar tahun satu di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Uitm Puncak Perdana bakal bergelar pengarah cuba mengatur langkah untuk berada di landasan yang betul namun masih mengekori bayang-bayang idola-idolanya. Saya memberi sedikit sebanyak intipati agar dia dapat membuka hijabnya.

Antara topik menarik penemuan kali ini adalah satu penemuan baru dan rancangan Lucifer bersama kuncu-kuncunya selama 700 tahun. Jesuit Priest merancang bagaimana untuk meyesatkan umat Muhammad. Pada zaman Rasulullah S.A.W, satu perniagaan hanya ada seorang pekerja, dia yang menjual, membungkus dan memasak tetapi kini sudah ada sistem pelembangaan seperi ahli lembaga pengarah, pengurus dan staf. Apabila kita tidak memiliki kerja kita runsing, kita memberontak dan protest kononnya Allah tidak memberi rezeki sedangkan ini semua rancangan Benedictine Order untuk memastikan kita berjawatan dan mudah untuk menyesatkan kita. Rasulullah S.A.W mengajar kita berniaga dan sentiasa mengingati perniagan secara islam, jika kita berniaga kecil-kecilan dan hidup sederhana, bekerja seorang atau bersama isteri.

Sedikit demi sedikit mereka merosakan pemikiran kita agar kita berpegang pada matawang sedangkan Rasulullah S.A.W mengajar kita wang. Sesungguhnya mereka sudah lama merancang dan mengkaji al-quran, kini mereka menanti untuk menentang kita bersama Al-Masihi Palsu.

Malam, saya beredar untuk meneruskan pengajian menaiki bas dan ferry tanpamu disisiku. Semoga kita semua jumpa apa yang dicari dan berada di landasan yang betul.

Mendengar : A Perfect Circle-Passive
















Jiwa Halus: UPSI, 5 Okt 2011

Sebelum azan subuh lebih kurang 80 orang pelajar berkumpul untuk menghari kuliah Prof Madya Hasnul Jamal Saidon di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kami tiba jam 11 pagi, di tengah-tengah slot pertama.

Selepas memasuki Cosmodome dan melihat karya terbaru dan kajian terbaru beliau yang terus membuka hijab sebagai hamba Allah, karya ini menyentuh serta memperlihatkan kita sebagai hamba yang kerdil dan lebih kecil dari atom jika di lihat dari sudut yang jauh di cosmologi. Kuliah kali ini juga banyak menerangkan tentang projek yang bakal kami siapkan serta perubahan cara berfikir seperti Form (bentuk) kepada Informasi.

Petang ini saya bersama dua rakan lama saya bersembang tentang dunia, masa depan dan kehidupan kami, memutar ke paksi-paksi yang lama tidak dikunjungi dan dibongkari, mengemaskini maklumat terkini dan maklumat lama. Seorang bakal menjadi ayah dan perubahan pada dirinya sedikit demi sedikit mematangkan dirinya, seorang lagi menyibukan diri untuk bergelar Master of the Universe.

Bajet 2012 dibentengkan, umur bersara dilanjutkan kepada 60 tahun, sekaligus memusnahkan harapan graduan untuk bergelar pegawai kerajaan, makin jelas niat kerajaan kita untuk mematikan dan menerima idea baru kerana kerajan takut pada idea-idea baru. Kembalilah kepada Allah, berserah dan doa kepadanya daripada berharap pada dunia yang sementara ini.

Mendengar : Susu cap gantung
















Thursday, October 6, 2011

Steve Job

Sebagai salah seorang pengguna produk ciptaanya, satu penghargaan kepada beliau.















February 24, 1955 – October 5, 2011

Mahasiswi

Genap sebulan saya berada di Penang, bau asap motor Kuala Lumpur tidak dihidu, kurang juga maki hamun pemandu di sini, sebab hanya pergi dan pulang ke Skool.

Pelbagai watak mula memperkenalkan diri dengan ajakan, sindiran dan pelawaan untuk menjadi kawan, kawan baik , teman tapi mesra, teman hidup, teman untuk memudahkan untuk membuat tugasan dan pengangkutan. Agak jahil untuk mengkategorikan sesiapa tetapi mengikut pemerhatian saya di sini tempat paling sesuai untuk mencari jodoh.

Kehidupan kampus mendidik dan mengajar erti berdikari, membuat keputusan dan pengurusan diri. Ramai mahasiswi tahun pertama kelihatan ayu, sopan dan manis dari semua segi iaitu penampilan diri dan budi bicara. Berbeza dengan mahasiswi tahun kedua dan ketiga yang lebih kelihatan matang setelah melalui penemuan diri dan krisis identiti tetapi ada juga yang mencari diri sendiri. Yang tahun pertama masih suci dan berpegang teguh dengan didikan guru serta ibubapa, yang tahun akhir sudah mula menunjuk belang.

Jangan terperanjat jika di sini mereka selemba ke swimming pool dengan pakaian nampak anu, tetapi pulang ke kampung mereka ini bertukar menjadi Siti Fatimah yang ayu sepatah pun tidak berkata. Ramai yang sudah mula mengatur langkah untuk mencari pasangan lelaki untuk memenuhi pelbagai faktor. Betul atau salah bukan isunya tetapi seronok melihat perubahan identiti ini berubah sedikit demi sedikit. Mula bertudung kemudian lepas rambut, mula baju kurung lepas ini baju nampak celana.

Krisis identiti perlu dilalui oleh setiap mahasiswi kerana ada di antara mereka yang datang dari ceruk kampung, pekan, bandar mahupun estate. Pensyarah tidak mengajar mereka untuk menangani krisi ini kerana tugas mereka bukan untuk membetulkan akhlak pelajar.

Segala perubahan ini berlaku dengan ketetapan Yang Maha Esa dan menguji samada kita sebagai hamba semakin dekat atau semakin jauh daripadaNYA. Panduan agama cukup lengkap untuk membetulkan akidah. Pilihan pada anda semua.

Mencari Garisan II

Proses kedua adalah menggunakan pelbagai medium dan kaedah baru untuk mencari garisan. Explore seberapa banyak yang mungkin dengan tidak memegang medium lukisan mengikut cara yang sudah selesa perlu pegang secara luar biasa atau dengan cara pelik yang tidak pernah dicuba.

Berikut adalah hasilnya dengan menggunakan daun pokok malar hijau, ranting pokok, benang, supu, straw, pensil dan pen dengan cara memegangnya yang tidak pernah dibuat.

Beginilah Jackson Pollock, Vincent Van Gogh menemui gaya merek yang tersendiri.

Mendengar : Machine Head-Unto The Locust