Wednesday, November 30, 2011

Ihr Geburtstag

353km jarak yang memisahkan kami berdua, takala kami berjauhan hari ini merupakan hari paling sedih kerana tidak dapat menghabiskan masa sambil menatap wajah ceria dan gembira pada harijadinya.

Walau berjauhan saya berharap dia tetap gembira dan meneruskan kehidupan dengan penuh tabah dan bersedia menempuh segala rintangan dan dugaan yang menanti.

Maaf, saya terpaksa berhutang dan insya-Allah akan cuba meluangkan masa ketika cuti semester, tetapi hadiah sudah diberi.

Semoga hajatnya dimakbulkan

Mendengar :
Thrice-Anthology


Tuesday, November 29, 2011

Membingkai Yang Lain

Setiap perbuatan yang manusia lakukan selalunya dilandasi dengan niat, terlalu halus untuk membaca niat sebenar seseorang, akan tetapi apabila kita telah lama mengenali seseorang kita dapat membaca niat sebenarnya.

Kita dapat mengesan sama ada dia berpura-pura, hipokrit atau jujur pada diri sendiri dan alam. Trend untuk menulis perasaan, perkembangan terkini, perancangan, persoalan, isi hati atau apa sahaja yang terlintas di wall facebook dan membiarkan sesiapa sahaja untuk membaca sama ada status itu untuk umum atau disembunyikan telah menjadi satu perkara yang sangat sinonim. Pernah mencetus pentengaran kerana menyebarkan khabar angin, pernah juga membuka bengkung sendiri.

Yang mengenali akan mengesan dan memberi komen risau, yang tidak berapa rapat akan memberi komen tertanya-tanya, yang terbaca akan memberi pelbagai tafsiran sekali gus akan wujud pandangan berbeza pada individu tersebut. Mungkin individu tersebut ceria, baik dan bersopan-santun tetapi memperkenalkan perangai sebenar di status wall facebook.

Tahniah kepada pencipta sistem status wall facebook kerana berjaya memporak-peranda, menyentap perasaan mahupun memberi iktibar agar tidak mengikuti sikap individu tersebut, tetapi jahat atau baik sistem ini terpulanglah bagaimana masing-masing menafsirnya.

Kepada yang mengenali dan membaca tulisan saya anda pasti menilai bahawa saya sudah berubah dan jelak dengan gaya penulisan saya yang sering menyebut tentang ‘insan yang tersayang’, sedangkan seketika dahulu sering menulis dengan mood kejatuhan, kegagalan dan juga membongkar pelbagai fikiran dari sudut yang berbeza. Anda pasti membingkai bahawa saya sudah berubah dan kini menuju ke arah yang berbeza, barangkali inginkan saya yang dahulu?

Maaf, saya tidak gemar dengan sistem status wall facebook, bukan anti-sosial tetapi tidak gemar dengan sistem tersebut kerana terlalu mudah untuk membingkai seseorang. Saya tidak mengharapkan komen tetapi saya lebih gemar untuk mengeluarkan segala sampah di kotak pemikiran dengan kaedah menulis agar yang membaca dapat berfikir dan tersentuh. Namun saya masih jauh daripada sasaran tersebut.

Mendengar :

Foo Fighters- Exhausted

Sunday, November 27, 2011

1433 Hijrah

Kemarin khutbah jumaat menjelaskan erti hijrah dan cara untuk menjaga mazmumah, agar jiwa sentiasa berada di landasan yang betul.

Kehidupan saya telah banyak berubah, beberapa tahun saya cuba dan terus berusaha untuk melanjutkan pelajaran akhirnya doa saya dimakbulkan, seketika selepas solat saya terhenti apabila menadah tangan untuk berdoa kerana tiada perkara lain yang ingin diminta, tetapi saya sering teringat pada emak dan insan tersayang.

Terasa sangat jauh daripada emak, hanya doa sahaja yang mampu diberi. Banyak faktor menunjukkan bahawa saya gagal menjadi seorang anak yang soleh, saya masih tidak mampu memberi emak hidup senang dan selesa.

Corak kehidupan juga telah banyak berubah, saya sentiasa ditemani teguran, doa, kasih sayang dan kata-kata semangat dari insan yang tersayang. Faktor ini juga banyak mengubah pendirian saya agar berubah untuk menjadi seorang lelaki sekali gus pemimpin.

Kehidupan di sini banyak membuka ruang untuk diri sendiri, kawan tidak akan sentiasa membantu, pensyarah terlalu sibuk dan masing-masing berpangkat besar tidak akan melayan perkara remeh-temeh. Terbuka satu ruang kesedaran yang besar bahawa di saat ini segalanya terletak pada diri sendiri, mahu atau tidak untuk berusaha dan segala usaha ini untuk diri sendiri bukan untuk sesiapa.

Agak sukar untuk memperbetulkan paksi pemikiran dan tumpuan, segala yang difahami dan dipelajari juga sukar untuk digunapakai kerana tidak bersesuaian dengan kriteria pensyarah, namun tidak perlu mengeluh tetapi menerima dan bersyukur dengan apa yang telah diberi.

Selamat Tahun Baru.

Mendengar:
Kelly Clarkson-Addicted


Thursday, November 24, 2011

Membela Janggut

Kini setiap khamis saya bermain bola keranjang bersama beberapa orang sahabat cina, apabila terpegang janggut saya teringat waktu pertama kali saya berlatih di sekolah dagu saya licin dan licin, masa berlalu dengan begitu cepat bermacam jenis kawan saya kenali yang datang dan pergi.

Di sini tiada lagi kawan yang sekepala atau lebih intim, bersama memakai Jack Purcell, jeans lusuh dan kemeja tee lusuh. Tiada yang lahir dari era yang sama untuk berpegang teguh dan mengerti nilai persahabat seperti hasil ciptaan album Pearl Jam- Ten atau saat terbentuknya kumpulan Butterfingers, mereka ibarat keluarga dan sedia mengharungi segalanya bersama.

Ketika ini jika diberi peluang saya ingin berada di gig Butterfingers dan menghayati dendangan Vio Pipe, tangan di atas bahu sahabat sambil mengenang saat-saat menghadapi segala siku-liku, dugaan, pancaroba serta ujian bersama.

Malangnya haluan kami sudah berbeza, walaupun berjauhan dan tidak lagi mengharungi hari-hari yang indah bersama tetapi saya mengenang setiap detik bersama mereka, yang sanggup mencari Sri Manjung walaupun tidak pernah menjejakan kaki ke situ.

Janggut semakin panjang, rambut semakin serabai tetapi hati semakin kosong.

Mungkin akan ada yang memahami dan akan berpegang teguh dengan erti ‘Brotherhood’…mungkin

Mendengar : Butterfingers – Vio Pipe

Monday, November 21, 2011

Persoalan

Sebulan dari sekarang kami akan menduduki peperiksaan hujung semester, maka tamatlah semester pertama. Dalam masa yang sama juga banyak kerja kursus membebani kami untuk mendapat markah akhir bagi setiap subjek.

Soalan demi soalan membebani pemikiran ini, adakah saya sekadar menghantar kerja kursus dan mengharapkan markah yang bagus? Adakah saya sekadar menghadirkan diri untuk kuliah? Adakah perlu mengharapkan sepenuhnya ilmu daripada pensyarah? Adakah ini sahaja yang perlu dibuat untuk mendapat ijazah?

Persoalan ini tidak terjawab kerana pensyarah di sini tidak memberi jawapan dengan begitu mudah. Setakat ini sudah berbakul sampah ditelan dan berbakul sampah juga dicunyah untuk melalui dan menyiapkan kesemua tugasan.

Mujur Allah mengizinkan saya melihat, memahami dan mentafsir beberapa perkara dengan mudah. Mujurlah dengan usia yang meningkat saya mengenali dan memahami potensi diri sendiri, maka saya mencabar diri sendiri untuk mencapai sesuatu yang lebih dan masih mencari apakah yang perlu dibuat untuk mendapat ilmu yang lebih.

Beberap faktor juga akan membuat dan membawa kita ke tahap yang paling rendah namun doa dan ingatan daripada orang tersayang sahaja yang akan membawa kita kembali ke atas.

Wednesday, November 16, 2011

Cross Hatching II

Setiap minggu subjek Asas Seni menjadi satu beban kepada kami kerana terlalu sukar untuk memenuhi hasrat, permintaan dan harapan pensyarah, tetapi saya sangat seronok apabila dapat mencuba dan mempelajari cross hatching.

Uncontrol line, control line, cross line dan pelbagai lagi teknik dapat memberi ton yag berbeza sekali gus memberi satu unsur baru kepada lukisan, sambil mendengar muzik metal pasti lebih layan menghasilkan garisan.

Mendengar : Megadeth


















Sunday, November 13, 2011

Hari Raya Aidiladha 1432 Hijrah


Hari Raya Aidiladha 1432 Hijrah

Cuti penggal buat kali kedua sempena Hari Raya Korban, empat hari saya bersama Syahir (sahabat sejak kolej) menyibukkan diri dengan tugasan. Kami bercadang untuk menyiapkan segala tugasan sebelum pulang ke bandar masing-masing. Perasaan saya berbelah bahagi sama ada mahu pulang atau tidak, jika dahulu saya lebih mengutamakan diri dan pelajaran tetapi kini pemikiran saya berubah, saya perlu pulang menjenguk dan menemani emak dan kekasih.

Kebanyakan restoran tutup, ramai juga yang tidak pulang bercuti dan menyaksikan acara korban lembu di masjid. Malam ketika menaiki bas, udara kami sesak dengan haruman ketiak Bangla yang sesekali berbahasa melayu dan inggeris, sampaikan tukang tiket memerli ‘Hai tadi bahasa sekarang speaking pula” (loghat utara). Kami berdua cukup tidak selesa, namun disebabkan badan penat dan tidak cukup tidur maka kami terus lelap sehingga tiba di hadapan Menara Maybank.

Pagi itu perjalanan dari Capsquare ke rumah saya yang biasanya memakan 1 jam hanya mengambil 15 minit, setiba di rumah mak menyambut dengan senyuman lebar, selepas solat subuh saya terus berlayar ke alam khayal. Beberapa hari saya menyambung tugasan Sesekali melalui jalan-jalan yang pernah menemani dan mengungkap seribu satu memori. Akhirnya selesai urusan di kedai emas, seronok melihat wajahnya senyum lebar seperti tomato masak.

Sabtu kami ke beberapa lokasi mencari ilham dan membuat perancangan awal, walaupun tidak membeli namun kami mempelajari selok-belok penyedian dan perancangan awal. Beberapa sikap yang tersembunyi kini muncul mencari perhatian, saya ketawa sambil melayan kerenahnya yang begitu sunyi dan keseorangan. Fakta terkini Bangla telah berjaya menjadi peniaga utama di beberapa tempat utama seperti Chow Kit, Jalan Tar dan juga Low Yatt Plaza, selepas ini kita akan memberi anak yang dilahirkan di Malaysia sebagai status warga tetap.

Pagi ahad wajahnya ria gembira, memberi senyuman dan seribu satu mimik muka sesuai sekali untuk iklan. Selepas bas berangkat, kami kembali kepada haluan masing-masing tanpa mengetahui sezarah pun tentang apa yang bakal terjadi.

“Sejenak saya ditemani ketika melintasi Masjid Jamek, kini saya kembali berseorangan.”

Deftones – Mascara










































































































Saturday, November 5, 2011

Cross Hatching

Seminggu sebelum cuti Deepavali kami menerima tugasan asas seni lukis berfokuskan ‘Form’. Beberapa teknik dicadangkan oleh pensyarah seperti cross hatching, pointillism dan stippling.

Sewaktu di Kolej pensyarah melarang kami menggunakan teknik cross hatcing, “Selagi kalian tidak mahir melukis kalian tidak boleh menggunakan cross hatching” kata-kata itu sering bermain dia kepala dan kami terus takut untuk mencuba teknik tersebut.

Seperti biasa setiap pagi jumaat pensyarah akan menyuruh kami membentangkan karya di atas lantai dan bersedia untuk di koyak, dibakar atau terus dimasukkan ke dalam tong sampah. Budaya ini diwarisi daripada pensyarah mereka, budaya ini masih diteruskan di kebanyakan Fakulti UITM.

Kelas kami dibahagikan kepada dua orang pensyarah, seorang lelaki dan seorang perempuan, kedua-duanya berlatar belakang seni halus dan mereka mendidika kami seperti pelajar seni halus yang tulen dan jitu. Karya saya melepasi beberapa peringkat, sehingga ke peringkat separuh akhir saya ditewaskan namun diberi peluang untuk membuat semula.

Satu pertanyan mengenai shading dikemukan, soalannya berbunyi “Adakah teknik smudge atau mengosok menggunakan jari dibenarkan?” Pensyarah kami menjawap bahawa tiada kata boleh atau tidak boleh, salah atau betul dan dia pernah mengemukaan soalan di diskusi seni namun soalan tersebut tidak terjawab dan baginya teknik mengosok menggunakan jari terkenal atau sinonim di Pasar Seni, kebanyakan pelukis self taught di Pasar Seni gemar menggunakan tenik tersebut untuk menaikkan wajah portrait, dan teknik tersebut lebih kepada escapism kerana teknik tersebut mudah dan cepat menimbulkan form, akan tetapi teknik cross hatcing pula memerlukan ketelitian, kesabaran dan tumpuan pada setiap garisan tambahan kami merupakan pelajar Universiti jadi perlu menggunakan teknik yang setaraf dengan pelajar agar kami tidak escape dari asas seni.

Rupa-rupanya cross hatching akan membuat anda ketagih dan syok melayan garisan demi garisan. Walaupun karya saya ketagih namun saya mempelajari satu teknik baru dan cara menghasilkannya.

Meg & Dia – My Ugly Mouth

Tuesday, November 1, 2011

31 Oktober 2011: An Evening of Japanese Traditional Music