Saturday, December 31, 2011

31 Disember 2011

Emak merajuk, katanya saya membelakanginya dengan urusan peribadi. Kami berdua memujuknya dengan kejutan istimewa.

Dewasa ini saya jarang bersamanya, harap sempatlah…

Selamat Hari Lahir Mak!!!

5 Min

Berehat 5 minit, istilah baru dalam hidup saya.

Sabah 2011

Semalam tidur di katil sendiri keesokan hari terus berangkat ke kampung halamanya. Buat kali kedua saya menjejakan kaki ke kampung halamanya untuk menikmati udara kampung halaman, tempat kelahiranya.

Hati yang tenang dipenuhi dengan hajat kami berdua. Walau cuti ini singkat namun kami berdua gembira dan bersedia dengan dugaan yang menanti serta bersyukur dengan nikmat yang diberikan.

Tuesday, December 27, 2011

271211

Berkenalan, berkawan, bercinta dan kini...

Semoga hubungan ini berkekalan selama-lamanya

Saturday, December 24, 2011

Cuti Minggu Peperiksaan 2011


Tayangan Video Pahlawan

Final Project (Pelajar tahun 2 Teknologi & Rekabentuk Media)
22 Disember 2011
Pelenggang Chaya (Pusat Pengajian Seni,USM)


Tuesday, December 13, 2011

Cubaan Kanvas

Pertama kali mencuba medium kanvas dan hasilnya agak mengecewakan, form tidak jelas dan banyak perlu diperbetulkan.

Mendengar:Envy- Chain Wandering Deeply



















Keliru Idealogi & Budaya

Beberapa bulan ini pelbagai budaya dan idealogi disuap, dikunyah, ditelan dan terpaksa dimuntah. Pengalaman baru ini sedikit sebanyak menjawab persoalan dan doa sendiri. Kemunculan watak, papan tanda dan teguran memberi petunjuk dan menyedari diri sendiri.

Apa tujuan sebenar menjejakkan kaki ke Universiti ? Peluang pekerjaan? Membina jati diri? Mencari diri? Menerima dan mewarisi idealogi? Mewarisi budaya? Pelbagai kemungkinan dapat dijawab dengan persoalan tersebut.

Sepanjang empat bulan ini kali pertama saya meronda dan memasuki celah-celah kota ini, ternyata bau perut sama seperti bandar kelahiran saya. Yang membezakan hanya kebudayaan yang dipelihara dan diangung-angungkan. Pelbagai usaha dilakukan, Restoran Subway bercorak ‘heritage’ pelbagai arca, lampu neon dan papan tanda dinaikan sebagai sumber informasi.

Bangunan kolonial dikekalkan dan dibaik pulih, beca dikekalkan dan ramai juga pelancong. Bandar ini semakin menjejak langkah Singapura yang terus digengam oleh organisasi besar dunia.

Pemerhatian saya membawa ke beberapa sudut pemahaman disuap, dikunyah, ditelan dan terpaksa dimuntah. Adakah ini yang dimaksudkan dengan rekaan mudah difahami dan diterima atau rekaan berbentuk budaya atau rekaan berbentuk jati diri sendiri.

Manusia sering diuji pelbagai sudut, sudut kewangan, sudut idealogi dan sudut kehidupan. Hari ini pelbagai watak muncul memberi tanda dan isyarat cara mereka menyara kehidupan berlawan dengan arus kemodenan, dihempit bangunan besar, dan dicemburi usia. Semua ini membuka minda dan mata untuk berubah demi menjamin masa depan saya dan insan yang tersayang. Soalan tadi? Masih terlalu awal untuk mendapat jawapan.

Mendengar: Trent Reznor, Karen O-Immigrant Song





























































Saturday, December 10, 2011

Kejutan Budaya

Kali pertama kaki mejejak ke tanah Universiti semuanya begitu asing, koridor, jalan, simpang, tumbuhan, air sungai, makanan dan juga khalifah Allah. Perlahan-lahan saya mencuba menyesuaikan diri dan melayan tiupan angin, sesekali saya ibarat lalang mengikut tiupan angin, goyang dan tidak kukuh.


Tiga bulan kemudian saya mula memahami dan mengenali ruang serta alam terbentang luas ini, walaupun berjauhan dari perut ibukota kelahiran, namun bahang itu masih terasa. Di Bandar leka maka ketinggalan jawabnya, di sini ikut angin hanyutlah jawabnya.


Pelbagal watak muncul memberi pedoman dan tunjuk ajar secara tidak langsung, yang muda mentah seronok mendapat kebebasan, yang berbakat sentiasa bersedia secara pratikal, teknikal mahupun teori, idea mereka segar dan sangat dikagumi dunia industri. Yang agak berumur mencari dan mengatur langkah untuk bernafas di ruang-ruang yang tertentu.


Agak mencabar bersaing bersama idealogi yang berbeza malah agak ketinggalan apabila safar-safar otak tidak berfungsi, dan biasanya berfungsi dengan ego.Dugaan demi dugaan dilalui malah sedang dilalui, namun kesemua watak ini muncul untuk memberi iktibar. Patutkah saya menyertai mereka atau menjauhkan diri daripada mereka?


Andaian yang dibuat jauh daripada sasaran maka semua paksi perlu berubah, sekali gus berubah untuk sesuatu sistem yang menjaminkan peluang pekerjaan dan menjadi ahli kolonial bersifat sehala. Terima kasih di atas kesedaran dan pedoman ini teruskanlah memainkan watak kalian. Bisikan, godaan dan hasutan kalian sangat membina.


Kini ruang dan alam tidak lagi asing namun mereka ketawa dan sentiasa membuka mulut dengan luas untuk menerekam agar saya sentiasa berjaga dan terkejut dengan budaya di sini.


Mendengar: Thrice-The Illusion Of Safety


Monday, December 5, 2011

Kolonialisme

Minda kolonial dididik agar kita bersifat sehala, seorang hanya berupaya membuat satu tugasan sehingga mati. Seorang pelajar lepasan univerisiti bakal bekerja sebagai seorang guru untuk sepanjang hayatnya.

Selepas Pacsa-moden, kita masih dijajah dengan idealogi kolonial, konsumer yang bersifat pasif tidak boleh menerima pendapat sedangkan zaman ini memerlukan prosumer yang aktif dan interaktif. Bermaksud informasi lebih penting daripada form, seorang guru tidak semestinya berpegang pada satu jawatan malah dia boleh membuat multi task.

Sedikit suntingan daripada kelas pagi tadi, idealogi setiap pelajar sekolah disumbat dengan idealogi kolonial yang sememangnya menanti untuk melangkah ke universiti, kemudian berkahwin dan hidup sederhana tanpa menyedari bahawa minda kita sudah berhutang dengan bank dunia.

Selepas tamat pengajian kita melangkah ke universiti dengan anggapan bahawa pusat tersebut dapat memberikan apa yang dicari dan menyediakan segala kelengkapan untuk ke alam pekerjaan.

Acapkali saya melihat ragam remaja yang berkeinginan untuk menggunakan laptop Apple, kamera mahal dan segala jenis kemewahan. Ini menjurus mereka untuk mendapat ijazah dan terus ke alam pekerjaan. Mereka ini bakal menyelam ke alam sehala dengan menanti gaji pada setiap hujung bulan.

Pada hujung semester pertama, saya mendapati bahawa 'sistem wall Facebook' mengaipkan manusia dengan memberi satu sifat traspirasi minda kepada semua untuk mengenalinya dengan jelas. Mereka ini bakal melangkah keluar dari alam kebudakan, alam disuap, alam menanti ilmu mentah dan juga zon selesa dan menjurus ke alam pekerjaan."Aku nak keje, beli keta, kawin, bayar hutang ptptn." Siapakah yang mendidik kita semua untuk berfikiran begini?

Kerja? Pada zaman ini bukan senang untuk dijawad, Bangla dan Nepal sudah menjadi pemandu teksi dan juga pelayan di KFC itu tanda besar bahawa kita tidak boleh memilih. Saya mempunyai ijazah, saya tidak layak untuk menjadi pelayan.

Jadi apa yang mampu kita lakukan?

Hari Asyura

Terdapat empat belas perkara sunat dilakukan pada hari ini seperti menahan marah, mandi sunat Asyura, memelihari kehormatan dan banyak lagi. Sejarah islam menerankan bahawa Allah banyak menurunkan kebesarannya dan keajaiban pada para nabi.


Awal Muharam ini saya ditimpa beberapa ujian, selama ini saya menyangka bahawa dengan segala ilmu, pengalaman dan kemahiran yang diperolehi saya sudah cukup bersedia dan tunggu saat untuk mendapat keputusan cemerlang mahupun ijazah dan ramai juga menyokong ego saya dengan memberi kata-kata semangat, tetapi saya silap.


Ujian kali ini menampilkan watak ego (dia wujud) berdiri di hadapan saya dan mengajak untuk tidur lena, juga berbisik “Lecturer tak suka idea jujur, dia nak idea yang boleh jual, idea baru dan idea komersial. Siapa nak idea jujur, siapa kisah apa yang kau ceritakan, siapa nak fikir, siapa kisah jika risalah kau mengenai kejadian kau?”


Inilah suara-suara yang sering berbisik di kedua belah telinga saya sambil mengoda dan terus mengoda. Saya hanyut, hanyut dengan ego sendiri kononya mempunyai satu daya fikiran yang luar biasa seperti watak Dr Manhattan dalam Watchmen, namun dia sudah hilang sifat kemanusian.


Penyesalan ini kerana terlalu lena dengan persekitaran tanpa menyedari bahawa zon ini sudah menerekam dengan puas sambil menjelirkan lidah. Kini zon ini mula merantai agar saya terus terjerat dan terus lena. Siapa sangka terdapat pelbagai zon di Unversiti, selain zon kejayaan?


Apa yang patut dilakukan untuk berubah dan keluar daripada perangkap ini? Ubah,ubah,ubah itu yang saya tekankan di saraf pemikiran dengan usaha untuk bangkit semula, walaupun menyedari bahawa bisikan itu akan terus kedengaran (masih kedengaran), kini Kopi-O sekoleh menemani setiap malam. Empat assignment berat menanti saat untuk dihantar, Arcylic atas kanvas, web, dan dua lagi tugasan yang belum diberi tajuk.


Selain berubah dari segi mentaliti, saya juga perlu lebih rajin seperti beberapa bekas pelajar saya yang sering memberi iktibar, mereka sering mengulangkaji di rumah tanpa menanti ilmu mentah daripada pensyarah, Inilah kehidupan universiti, jika kita belum bersedia maka kita bakal hanyut, saya pula telah hanyut di pulau yang dibanjiri buah pinang ini.


Saya bersyukur kerana diberi kesedaran, kudrat, tenaga dan keimanan untuk melihat dan menafsir situasi ini dan berterima kasih kerana Allah masih menyayangi hamba yang lemah ini.


Ujian Allah untuk menyedarkan hambanya agar dia berubah dan menjadi lebih baik dari semalam.

Selamat berpuasa dan menerima pengajaran di Hari Asyura.


Mendengar :

Incubus-Make Yourself

Foo Fighters-There Is Nothing Left To Loose