Tuesday, December 13, 2011

Keliru Idealogi & Budaya

Beberapa bulan ini pelbagai budaya dan idealogi disuap, dikunyah, ditelan dan terpaksa dimuntah. Pengalaman baru ini sedikit sebanyak menjawab persoalan dan doa sendiri. Kemunculan watak, papan tanda dan teguran memberi petunjuk dan menyedari diri sendiri.

Apa tujuan sebenar menjejakkan kaki ke Universiti ? Peluang pekerjaan? Membina jati diri? Mencari diri? Menerima dan mewarisi idealogi? Mewarisi budaya? Pelbagai kemungkinan dapat dijawab dengan persoalan tersebut.

Sepanjang empat bulan ini kali pertama saya meronda dan memasuki celah-celah kota ini, ternyata bau perut sama seperti bandar kelahiran saya. Yang membezakan hanya kebudayaan yang dipelihara dan diangung-angungkan. Pelbagai usaha dilakukan, Restoran Subway bercorak ‘heritage’ pelbagai arca, lampu neon dan papan tanda dinaikan sebagai sumber informasi.

Bangunan kolonial dikekalkan dan dibaik pulih, beca dikekalkan dan ramai juga pelancong. Bandar ini semakin menjejak langkah Singapura yang terus digengam oleh organisasi besar dunia.

Pemerhatian saya membawa ke beberapa sudut pemahaman disuap, dikunyah, ditelan dan terpaksa dimuntah. Adakah ini yang dimaksudkan dengan rekaan mudah difahami dan diterima atau rekaan berbentuk budaya atau rekaan berbentuk jati diri sendiri.

Manusia sering diuji pelbagai sudut, sudut kewangan, sudut idealogi dan sudut kehidupan. Hari ini pelbagai watak muncul memberi tanda dan isyarat cara mereka menyara kehidupan berlawan dengan arus kemodenan, dihempit bangunan besar, dan dicemburi usia. Semua ini membuka minda dan mata untuk berubah demi menjamin masa depan saya dan insan yang tersayang. Soalan tadi? Masih terlalu awal untuk mendapat jawapan.

Mendengar: Trent Reznor, Karen O-Immigrant Song





























































0 comments: