Tuesday, December 25, 2012

Selamat datang Zaujahku

Takala dia meninggalkan silamnya dan menerimaku...

Saturday, December 22, 2012

Bernikah

Terharu dengan kehadiran mak,kakak dan keluarga angkat dan sahabat rapat yang hadir untuk menjadi saksi dan menyambut kegembiraan ini bersama.


Thursday, December 13, 2012

Merenung Ujian Allah swt


“…dan tidaklah diuji seseorang itu melainkan dengan kesanggupan..”

Ujian Allah merupakan suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah swt kepada sesiapa saja selagi dinamakan manusia (terutamanya orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dari Allah swt. Dalam kehidupan seharian ini, ujian Allah ini bergantung sejauh mana kecintaan kita terhadap Yang Maha Esa.

Sepanjang tempoh perjalanan hidup ini, saya dihadiri pelbagai jenis manusia, yang dijadikan idola, pedoman, inspirasi, panduan dan juga iktibar. Saya percaya kehadiran setiap manusia ini sekadar memainkan peranan mereka untuk dijadikan teladan hidup saya.

Sekian lama saya berusaha untuk memasuki menara gading untuk mencapai segulung ijazah namun dugaan dan ujiannya semakin sukar. Saya dikelilingi manusia yang mentah dan masih tercari-cari tujuan kehidupan ini. Segala teguran dan nasihat saya dianggap sebagai satu bebanan dan menyusahkan, sehinggalah saya dijadikan kambing hitam malah juga musuh sempadan yang sering dipandang serong.

Satu kejadian melanda dan terdapat dua kesimpulan atau rumusan iaitu satu berjaya menyatupadukan dan satu lagi mengambil kesempatan, kesimpualan pertama diterima bulat-bulat tanpa meragui kesimpulan kedua. Sedangkan kesimpulan kedua itu ternyata jelas namun tidak difahami oleh majoriti yang enggan menerima hakikat bahawa mereka sedang sujud kepada dunia, dan  saya sering tertanya-tanya, apa teruk sangatkah perangai saya sehingga  saya perlu dilayan, dihina dan dikutuk sebegini?

Biarlah mereka dengan pandangan, persepsi dan pilihan mereka, ujian kali ini mengajar saya bahawa bukan semua manusia dapat menerima saya, dapat memahami saya dan apatah lagi menerima hakikat dunia yang nyata, yang mahu sedar bahawa mereka jauh daripada landasan kehidupan.

Jika kita jauh tersasar perlulah ditegur, itulah peranan masing-masing walaupun sekadar lalu dan merenung wajah dengan seribu satu persoalan. Akan tetapi manusia lebih gemar untuk diam  dan memilih untuk tidak memikirkan pandangan tersebut. Renungkanlah!!!

Mendengar-Soundgarden-Blow Out The Outside World



Tuesday, December 11, 2012

Minda Teknikal vs Minda Konsep

Minda merupakan satu asset yang paling bahaya dan juga senjata utama yang diberikan oleh Allah swt kepada manusia. Dengan minda manusia dapat mempertimbangkan sesuatu tingkah laku dan juga dapat membuat keputusan yang logik.

Saya sering menjumpai manusia yang enggan menggunakan atau mengaktifkan minda, mereka lebih selesa untuk menunggu manusia lain membuat keputusan untuk mereka. Sedangkan haiwan mampu berusaha dan memikir cara untuk mencari makan sendiri.

Ada pula manusia yang diberi kelebihan minda teknikal, perkara ini tidak salah namun sampai bilakan badan ini mampu membuat tugasan yang berat? Sehinggakan menanti menerima arahan untuk melalukan tugasan tersebut. Allah swt maha adil, dia memberi kelebihan dan kekurangan kepada setiap manusia. Namun jika kita mampu mengimbangkan kedua-dua kebolehan ini atau sekadar cukup dan tidak berat sebelah, nescaya manusia itu berkebolehan untuk menguasai dirinya sendiri tanpa menanti manusia lain membuat keputusan untuk mereka.

Renungkanlah!!!



Penggambaran

Semester ini saya dibebani dengan tugasan major yang sangat berat, di antara adalah Produksi Video II. Di mana kami dipecahkan kepada 4 kumpulan untuk menghasilkan sebuah filem pendek yang ditetapkan tajuk dan tema.

5 hari kami berada di kawasan produksi bersama kumpulan yang tidak bergaji dan dibayar gaji, bermacam kerenah daripada ahli kumpulan, yang manja, yang buat kerja atas arahan, yang blur, yang lembap, yang berlagak pro, yang dibuli, yang mengambil kesempatan dan bermacam lagi.

Kumpulan saya menghadapi pelbagai kesukaran, kedukaan dan juga kesenangan. Mengikut tafsiran saya, ahli kumpulan saya tidak menyukai jalan cerita atau idea saya, namun dituruti kerana pensyarah amat meminati jalan cerita struktur naratif saya. Mereka tidak memahami babak mana yang sedang berlangung, perlu diingatkan setiap kostium, prop, dialog dan jalan cerita. Screen play juga perlu diarah dan ditegur, malah selepas ditegur masih tiada perubahan. Mereka sekadar membuat kerja untuk menyiapkan tugasan ini tanpa sebarang niat untuk mempelajari selok-belok kamera dan kerja-kerja sebalik tabir.
Ada juga kumpulan mengambil kesempatan terhadap mentor-mentor yang hadir. Tugas mentor sebenarnya sekadar menegur dan membantu bukan mengambil ahli tugasan kumpulan. Tetapi segalanya berubah dan timbul pelbagai situasi yang sangat tidak selesa atas kepentingan sendiri, maka berlakulah ketiadilan sejagat. Waktu produksi ditangguh, mengerah segala tenaga kumpulan lain untuk menyiapkan “kumpulan utama”. Segala kelebihan peralatan, pelakon dan tenaga diberikan kepada kumpulan utama. Kenapa pengarah kumpulan tersebut tidak memberi kepercayaan kepada ahli kumpulanya untuk memegang kamera, memberi arahan screen play? Tugas ahli kumpulannya hanya sekadar mengangkat barat, pasang lampu, menyediakan prop dan kositum, selebihnya diberikan keutaman kepada mentor.

Saya mengeluarkan wang yang agak banyak jumlahnya dengan niat untuk mempelajari ilmu produksi, namun setelah keutamaan diberikan kepada “kumpulan utama” yang dipelajari hanyanya satu kekecewaan dan hampa terhadap segala perancangan dan penat lelah untuk menyiapkan tugasan apabila mendapati bahawa kehadiran saya hanyalah untuk melengkapi dan mengetuai kumpulan saya dan sekadar menambah satu lagi video untuk produksi ini.

Namun, saya berterima kasih kepada ahli kumpulan saya yang menegur kesalahan dan bersabar dengan perangai dan kelemahan saya. Saya berasa amat kesal kerana tidak mengutamakan yang wajib (solat) dan mementingkan tugasan yang sekadar satu kekecewaan. Buat pertama kalinya saya amat membenci karya dan idea saya, dan saya juga mula benci seni video kerana kepentingan tema dan segala nilai komersial.



Thursday, December 6, 2012

Yan, Kedah





















6-10 Disember penggambaran di Yan, Kedah.

Kage






















Maka bermulalah satu episode baru di bawah tajuk bayang.

Pre...


Thursday, November 1, 2012

Tanah Tunpahnya Darahku


Sepanjang Oktober saya memberi tumpuan sepenuhnya kepada projek iklan berskala 3 min bertajuk Tanah Tumpahnya Darahku yang mengisahkan rutin harian rakyat Malaysia yang bosan tetapi pasti ceria serta bersorak dengan penuh semangat setiap kali Harimau Malaya bertanding. 

Konsep dan idea telah ditetapkan oleh pensyarah, tetapi penelitian kali ini terhadap muzik, lakonan dan penyampaian mesej. Limitasi pada kemahiran ahli kumpulan, peralatan, lokasi dan perlakon perlu ditangani dengan bijak agar tiada yang tersinggung dan stress. Setelah selesai sessi pengambaran yang langsung tiada jadual disebabkan jadual waktu. Ada yang kami berdua, ada yang kami bertiga dan ada juga yang saya berseorangan.

Akhirnya segala masalah ditangani dengan tidak pulang ke kampung halaman untuk raya haji, berjaga malam dan tidur sekadar 30 minit sehari untuk siapkan suntingan, muzik, laporan dan finalise berseorangan. Agak lucu kerana ini kerja kumpulan tetapi perkataan berseorangan itu kerap digunakan, namun saya bersyukur kerana Allah memberi saya kebolehan, kudrat dan ilham untuk menyiapkan tugas ini dan tidak menambah beban dan stress orang lain. Terima kasih tidak terhingga kepada orang yang memberi kekuatan, sokongan dan turut menemani saya sepanjang waktu.

 Mendengar:Mono-Jackie Says


 

Monday, October 22, 2012

Mimpi-mimpi


Kebelakangan ini cuaca mengalakkan diri terus lena dibuai mimpi, menetap di pulau cuaca tidak menentu, tambahan hujannya pula berpanjangan. Selimut memberikan bisikan manja untuk meneruskan mimpi-mimpi yang indah, dan setiap mimpi tersebut tidak pernah selesai, entah dari mana datang mimpi-mimpi tersebut?

Ke mana arah tuju mimpi-mimpi tersebut? Sekiranya saya mengetahui jawapan mungkin saya tidak lagi tenggelam ke dalam mimpi-mimpi tersebut, Namun sedihnya jika diceritakan bahawa mimpi-mimpi tersebut membawa lari segala inspirasi untuk bangkit dari buaian mimpi tempoh hari, semalam dan minggu lepas.

Ketika saya mencari semua sudut-sudut inspirasi entah ke mana hilangnya sudut tersebut? Tiada di tengah-tengah lagu, di dalam filem mahupun di dalam coretan buku-buku.  Sebahagian daripada sifat lama hilang entah ke mana?

Tenggelam ke daras mimpi namun imej terakhir yang sentiasa muncul adalah seekor gagak yang mematuk kepala saya dan saya akan bangkit dan menulis sebaris ayat yang tidak memberi makna, tidak pernah dilalui, tidak memberi sebarang memori mahupun memberi sebarang informasi. Dari mana datang kesemua mimpi-mimpi dan coretan ayat? Saya rasa syaitan sedang berusah keras untuk membuai saya ke alam mimpi.

Mendengar: Jerry Cantrell-My Song



Friday, October 12, 2012

Kuala Lumpur 6 Oktober 2012

Setiap dari kita mempunyai tujuan yang berbeza di bandar metropolitan ini, menagih simpati untuk sesuap hari, mencari rezeki halal, memperjuangkan idealogi tersendiri, mencari jodoh, mencari mangsa, atau melaksanakan agenda tersembunyi.

Berbeza dengan saya yang pulang untuk menemui ibu dan tunang tersayang, bagi saya Kuala Lumpur mempunyai nilai astetika yang sangat tinggi. Bandar ini mendidik dan mendewasakan saya, setiap lorong di sini menjadi saksi tumbesaran menuju ke setiap frasa dalam kehidupan saya. Jika dahulu saya mengira detik untuk ke tempat kerja, berazam untuk melanjutkan pelajar dan bercita-cita untuk menghasilkan filem atau bermain di Rock Show untuk menyampaikan kisah tersendiri, tetapi kini Kuala Lumpur hanya sekadar waktu persinggahan sementara, membeli barangan yang patut, melawat kawan dan akhirya kembali di perut Kuala Lumpur untuk pulang ke bilik di Universiti yang menjanjikan tugasan tertangguh.

Pudu Central sudah kehilangan kutu-kutunya, Central Market sudah kehilangan pelukis-pelukisnya dan pemuzik jalananya, Petaling Street sudah kehilangan penjajah murahanya, jalan Silang dibanjiri rakyat Bangla, Burma dan Nepal, anda akan terasa berada di negara lain jika melalui jalan tersebut. Kuala Lumpur dibanjiri Wak Indo, Pak Arab, Negro, Filipino dan pelbagai pelancong dari luar negara, kerana semua mudah didapati di Kuala Lumpur, makanan halal, hotel budget, barangan tempatan dan juga import.

Apakah yang menbuat bandar ini ke tahap ini? Apakah perbezaan Kuala Lumpur dengan Tokyo, New York, Paris? Globalisasi berjaya menyamakan setiap bandar di dunia mempunyai restoran makanan siap saji, pengangkutan serba laju dan pusat membeli-belah. Pandangan masyarakat pula begitu penting berbanding dengan kata hati atau keinginan sendiri. Kerja, kereta, pencen dan pelbagai skim kemudahan begitu penting, tanpa menghayati sesaat udara percuma yang dihirup.

Adakah sekadar itu sahaja jangka hayat kita? Sekolah>Belajar>Kerja>Makan Gaji>Mati. Mudahnya kehidupan manusia, untuk memenuhi syarat pekerjaan, berambut kemas, berkemeja, berkasut kulit, makan di tempat esklusif bersama orang setaraf. Setiap dari kita berusaha keras agar dapat diterima masyarakat ini, setiap dari kita berubah demi diterima masyarakat ini, dan setiap dari kita mengalah apabila masyarakat ini memberi arahan? Sekarang siapa yang mengawal diri kita? Tuhan atau masyarakat? Sekarang siapa hamba benda?siapa sujud kepada dunia?

Bagaimana pula dengan pandangan dan kehendak keluarga?Mak?Isteri?Anak? Nampaknya pandangan masyarakat lebih penting daripada semua. Terima kasih masyarakat, sedang saya sendiri mengatur langkah sendiri, agar kita berjumpa satu hari nanti.

Mendengar;Eddie Vedder-Society


Dr Zakir Naik Malaysian Tour


Sunday, September 30, 2012

Nyata


Kita berdua berasal dari dua dunia yang sangat jauh dan berbeza, ia satu rahmat yang sangat besar untuk kita berdua diketemukan, ia satu anugerah yang sangat istimewa untuk mengenalimu kerana kita berdua berlatarbelakangkan dua cerita yang berbeza, ia juga satu ujian dan cabaran untuk meneruskan hubungan kita berdua.

Namun kau sentiasa berada di setiap nafasku, di setiap sudut hidupku dan di setiap jatuh dan bangunku. Walau dunia sebenar menanti untuk menerkam dan membaham kita berdua, terimalah nasib kita yang telah ditetapkan dan dijodohkan untuk bertemu. Bersyukur kerana kita berdua berjumpa dan berpeluang untuk mengenali, maaf atas segala kekurangan, kelemahan dan keegoanku. Semoga hubungan ini berkekalan dan terima kasih atas kesabaran, kepercayaan dan kesetianmu padaku.

Mendengar:Estranged-Nyata


Friday, September 28, 2012

Bayang-bayang Jumaat


Suatu ketika dahulu sedang sahaba-sahabat saya mendengar kutbah jumaat di dalam masjid, saya menjaga basikal mereka, kami mendengar kutbah yang sama namun seketul demi seketul kutbah itu meresap ke dalam jiwa saya untuk mencari agama yang sebenar.

Syukur Alhamdulliah saya diberi peluang untuk menghadiri solat jumaat dan mendengar kutbah serta solat berjemaah. Walau solat lain tidak berjemaah, solat jumaat satu-satunya solat yang menyatukan semua umat islam. Saya mempelajari dan memahami ilmu baru yang sepatutnya diamalkan pada setiap jumaat. Selain sunaah Rasullullah iaitu,mandi hadas, memotong kuku, mencukur bulu serta memakai wangian-wangian terdapat juga firman Allah S.W.T tentang kelebihan solat jumaat.

Apabila seorang hamba  datang awal ke rumah Allah berjalan kaki dengan wudhuk sempurna, setiap satu (1) langkah Allah memberi ganjar sepuluh pahala, dalam satu (1) langkah yang sama sepuluh darjat,, sepuluh kebaikan dan sepuluh keampunan.

Sekiranya kita datang awal kita malaikat akan mencatit mengikut darjat berapa awalnya kita hadir untuk solat jumaat dengan solat tahiyat masjid dan duduk disaf hadapan, maka malaikat mencatit kita seperti seorang sedekahkan seekor unta selepas itu seekor lembu, selepas itu seperti sedekahkan seekor kibas, selepas itu seperti sedekah seekor kambing, kemudian seperti sedekah seekor ayam dan akhir sekali seperti sedekah sebiji telor apabila khutbah dimulai diriwayatkan maka malaikat menutup kitab catitan amal. Subahanallah begitu banyak ganjaran yang diberikan kepada kita namun kita masih leka dan lalai.

Di Universiti saya sering duduk di satu tempat di mana akan kelihatan jelas bayang-bayang sendiri, dan setiap minggu saya tertanya-tanya apakah yang ingin disampaikan di sini? Alhamdulliah, permainan bayang-bayang kuat dalam hidup saya, sudah tiba masa saya belajar menerima bayang-bayang sendiri. Maka akan lahirlah sesuatu daripada kejadian hidup ini.


Tuesday, September 25, 2012

2 Bulan Menanti...


Segala ujian yang dilalui menguatkan hubungan kami berdua, terima kasih kerana sudi menenangkan hati dan menyejuk mata saya.

Mendengar:Maher Zain-For The Rest of My Life


Merintih


Apabila hati kita kosong syaitan akan bersarang, hati yang gelisah syaitan berpesta, hati keras kerana banyak syaitan di dalamnya dan hati yang gelap hasil didikan syaitan.

Seterusnya kita akan merintih dan segalanya salah dari sudut pandangan kita, kita mula menyalah orang lain. Kita tidak pernah salah dan tidak pernah ingin mengalah. Syaitan akan bersorak dan terus membisik untuk terus lalai. Bersangka buruk, mengata orang, merintih dan mengeluh pada setiap keadaan, tidak penatkah dengan keadaan sebegini?  

Mujahadah?
Sesiapa sahaja berusaha bersungguh-sungguh untuk memerangi nafsu diri sendiri pasti akan dinanti oleh syaitan yang berpangkat lebih tinggi sekaligus tidak mendapat kekuatan untuk belajar redha dan berserah segalanya kepada Allah. Alhamdulliah kita masih diberi kesedaran dan diuji untuk kembali kepada Yang Maha Esa, Ya Allah terima kasih kerana meletakkan kami di lingkaran islam.

“Ubahlah Man, sampai bila kau nak merintih.” Bisikan bayangan sendiri.

Mendengar:Ruhil Amani-Tangan Yang Memberi


Teluk Anson


Untuk mengingati dan memegang janji-janji dahulu.

Mendengar: Envy-Go Mad And Mark







Teluk Batik


Mengunjungi ke kawasan belajar yang telah ditinggalkan buat enam tahun, pekan ini semakin maju dan sesak, mula menjadi tumpuan ramai.

Pantai ini mengizinkan kami melepaskan tekanan selepas kelas lukisan figura, bersalaman dengan sang obor-obor untuk melupakan segala tugasan yang menanti. Air laut ini menjadi saksi dan sumber hiburan kami, juga membantu kami menyiapkan tugasan video  sekaligus membuka hijab kami yang lama terlena.

Dua di antara kumpulan kami telah bergradusi kemarin, seorang berada di tahun akhir dan saya di tahun kedua. Terima kasih pokok, pasir, laut dan segala perhiasan bumi yang mengizinkan kehadiran kami doakan kami untuk terus tabah dan meneruskan perjuangan.

Mendengar: Mono-Legend


 

Tingkat Tiga

Gaya hidup semester ini bagaikan gaya hidup penghuni pangsapuri, hidup di dalam ruang kotak di tingkat tiga ditemani rakan sebilik baru yang berasal dari Terengganu.

Mendengar:Pink Floyd-Wish You Were Here 




Wednesday, September 12, 2012

Tamat Sebagai Cashier

Maka tamatlah tugas sebagai seorang Cashier


Ibu Kota

Perubahan demi perubahan


Candy

Membuat Candy



Itikaf

Sepanjang Ramadan


Dead Pixel

Segala aktiviti komunikasi tergendala


Saturday, July 21, 2012

The Dark Knight Rises

Arahan Christopher Nolan


Wednesday, July 18, 2012