Saturday, January 28, 2012

Tahun Baru Cina

Beberapa hari yang lepas saya kembali mengajar di sekolah lama, bahang kerinduan dapat dirasai dengan pelukan dan kata-kata rindu daripada wajah yang jujur pelajar.

Empat kelas untuk menyampaikan ilmu bahawa seni itu bukan sahaja melukis dan kebudayaan di dalam seni.

Sekolah semakin cantik setelah dibaik pulih, ramai pelajar berpindah kerana yuran dinaikan. Bahang zone selesai semakin kuat dirasai daripada beberapa individu. Saya perlu tabahkan jiwa untuk meneruskan perjuangan.

Rindu Dendam

Setiap hubungan ada pasang surutnya, tambahan setelah bertunang ini banyak perkara perlu diperbetulkan seperti membuat persiapan untuk menjadi pasangan suami isteri.

Kami berdua sering berjenaka, bergaduh, membuat pilhan serta perancangan melalui talifon (jarak jauh), namun apabila kami berdua berjumpa jalinan yang terjalin kembali bersinar, hanya perasaan gembira di hati untuk menghayati dan menghargai setiap saat bersama.

Melihat tunang saya gembira mengubat segala rindu dan bertambah sayang padanya. Sebenarnya dia hanya ingin selalu bersamanya menemani hari-hari akan datang.

Alor Star > Kuala Lumpur

Setelah dua hari bermustautin di rumah opah Syahir kami berdua bersiap untuk peluang ke kampung halaman masing-masing. Kami menaniki bas InterCity yang memberi kemudahan ruang besar sehinggkan motosikal juga boleh dimuatkan untuk dibawa bersama.

Setiba Pudu Sentral hati saya berdebar-debar dan tidak sabar untuk menemui tunang saya.

Mendengar:Silverchair – One Way Mule

Pekan Rabu

Tahun 2006 saya pernah ke sini bersama Istana Budaya untuk mengadakan persembahan Makyung di JKKN, Kedah.

Ketika itu kawasaan ini tidak begitu sibuk, namun setelah dinaik taraf kehadiran Tesco dan beberapa kompleks gergasi mengubha presepsi penduduk di sini, sekali gus memberi keselesaan kepada mereka, syabas kerajaan negeri kerana memberi kemajuan dan menyahut seruan globalisasi dan membuka peluang kepada segala budaya untuk memasuki gerbang minda penduduk di sini.

Gelugor, Pulau Pinang > Gunung Keriang, Alor Star

Selesai peperiksaan dan selesai mengosongkan bilik, saya dan Syahir bertolah dari Gelugor menghala ke Gunung Keriang, Alor Star untuk bercuti dua malam di kampungnya.

Sepanjang perjalanan hanya sawah padi di kedua belah yang cukup tenang dari kesibukan kenderaan tetapi malam serangga bergerak mencari mangsa.

Jalan-Jalan Cari Makan di Bandar Pulau Pinang

Setelah bertungkus-lumus menyiapkan assignment untuk subjek-subjek teras, kami diberi masa lapang untuk membuat persiapan untuk peperiksaan akhir semester, untuk dua subjek universiti dan satu subjek teras.

Pelajar dari Sekolah lain berjaga malam untuk membaca buku agar bersedia untuk menjawab soalan peperiksaan akhir. Waktu ini pelajar sekolah kami bersenang-lenang menghadapi minggu peperiksaan dengan tenang.

Pesan Prof kami “Anak-anak semua, jangan baca nota saya untuk peperiksaan, nanti sasau. Baca untuk tambah ilmu yang berguna sepanjang hayat (bukan untuk dapat A dalam exam je). Ilmu saya tak menjadi jika baca nota untuk dapat A dalam peperiksaan. Yang jadi adalah keSASAUan je. Sila berhati-hati. Sekarang adalah masa untuk serah diri.”

Subjek ini banyak memberi kesedaran dan membina jati diri kami agar bersiap sedia untuk menghadapi lima semester akan datang.

Wednesday, January 11, 2012

Peperiksaan Semester Pertama

Virus

Virus berada di mana sahaja cuma bentuk dan sifatnya berubah.Virus juga berada pada diri sendiri. Kebiasaanya respond kita terhadap virus adalah menyampah,meluat dan terasa sangat sakit hati. Sifat virus yang berubah-ubah mengikut situasi ini bakal memakan manusia disekelilingnya malah juga diri sendiri.

Kali ini saya dilanda virus hebat yang bakal merobek otak, jika terus memikirkan sifat dan penagannya. Maka saya mengambil langkah untuk menolak dan buang jauh-jauh atau dalam erti kata yang sering digunakan "Delete".

Tanpa disedari saya juga bersifat virus pada diri sendiri dengan membuat orang disekelilingi menyampah.

Mendengar incubus -Oil and Water

Wednesday, January 4, 2012

Makbul

Sahabat saya kehilangan motorsikal di Pusat Pengajian Bahasa dan Literasi. Dia menerima ujian ini dan akur pada hikmah disebaliknya, tetapi dia tidak larat melayan soalan-soalan perlu dijawab berualng kali.

Monday, January 2, 2012

Wonderful

Prelude yang difahamkan dalam hidup saya membawa ke destinasi seterusnya. Bertahun duduk di tapak tersebut, cubaan demi cubaan dilakukan untuk sampai ke destinasi tersebut. Album demi album disanjung, kisah-kisah dijadikan teladan dan panduan untuk meneruskan langkah.

Akhirnya saya tiba di destinasi tersebut di samping seorang yang istimewa menanti sekian lama, menanti dengan sabar, menanti ketibaan saya.

Mendengar:
Stone Temple Pilots- Wonderful