Setelah bertungkus-lumus menyiapkan assignment untuk subjek-subjek teras, kami diberi masa lapang untuk membuat persiapan untuk peperiksaan akhir semester, untuk dua subjek universiti dan satu subjek teras.
Pelajar dari Sekolah lain berjaga malam untuk membaca buku agar bersedia untuk menjawab soalan peperiksaan akhir. Waktu ini pelajar sekolah kami bersenang-lenang menghadapi minggu peperiksaan dengan tenang.
Pesan Prof kami “Anak-anak semua, jangan baca nota saya untuk peperiksaan, nanti sasau. Baca untuk tambah ilmu yang berguna sepanjang hayat (bukan untuk dapat A dalam exam je). Ilmu saya tak menjadi jika baca nota untuk dapat A dalam peperiksaan. Yang jadi adalah keSASAUan je. Sila berhati-hati. Sekarang adalah masa untuk serah diri.”
Subjek ini banyak memberi kesedaran dan membina jati diri kami agar bersiap sedia untuk menghadapi lima semester akan datang.


0 comments:
Post a Comment