Wednesday, February 29, 2012

Sinarmu


Video terbaru bagi tahun ini, akan ditanyakan pada 2 Mac 2012 di Muzium Galeri Tungku Fauziah.

Ditujukan khas kepada kekasihku.

Mendengar : Help-The Beatles


Kejutan Masa Depan


Kunjungilah Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang untuk menonton video-video dan karya-karya koleksi Muzium Galeri Tungku Fauziah.
 

Tamat Semester Pertama

Selesai mendaftar kursus semester kedua, segala pengalaman, kenangan manis dan pahit semester pertama perlu ditelan sekaligus dijadikan pedoman dan pengajaran untuk tidak mengulangi kesalahan.

Berbekalkan pengalaman yang ada saya berjaya meletakkan diri tidak setaraf dengan pelajar lain, sekaligus berjaya mendapat markah cemerlang. Tidak perlu riak, sombong dan bangga diri kerana semuanya hanya sementara. Perlu membaiki dan memantapkan lagi kebolehan diri dari segi hafalan, bacaan dan pengetahuan akhirat dan juga dunia.

Terima kasih semua yang menambah idealogi yang memeningkan dan memudahkan. Terima kasih tidak terhingga kepada rakan yang menghulurkan bantuan. Terima kasih juga kepada kekasih yang sabar menanti.







Tuesday, February 21, 2012

Menyeberangi laut


Perjalanan kali ini untuk kembali ke universiti cukup mencabar, menaiki bus (dari KL), kereta (dari Alor Star), feri (Alor Star>Universiti). Terasa jauh dan bukan mudah untuk sampai ke destinasi.

Setelah melalui segala rintangan, kesedaran yang sangat tinggi terbuku di dada, semoga perasaan ini berkekalan. Melihat ibu-bapa menghantar anak-anak mereka dengan harapan tinggi untuk melihat anak mereka berjaya. Ibu-bapa saya mendidik saya untuk berdikari untuk persiapan alam-alam lain.

Mendengar : Sevendust-Xmas Day





Menilai Kelemahan

Setelah mendapat keputusan semester pertama, perasaan mula terbelah terbahagi. Banyak persoalan yang timbul di benak fikiran, tidak puas hati dengan usaha sendiri.

Kononya sia-sia berjaga malam, bertungkus-lumus mewarna, mengarang, mereka dan segala cubaan untuk memenagi hati pensyarah. Saya meletak sasaran yang tinggi pada setiap subjek, namun keputusan dua subjek sangat mengecewakan, bermula perang di benak fikiran, perkataan “kalau” bermain di ruang itu agar saya tidak bersyukur dan menerima pengajaran di sebalik keputusan yang diperolehi.

Perkataan “Kalau” merupakan permainan atau hasutan syaitan yang sering menumpaskan fikiran manusia untuk tidak bersyukur dan menyalahkan pihak lain malah juga diri sendiri. Bersyukur, muhasabah dan menerima segalanya kerana semuanya terjadi mengikut kehendakan dan izin Allah. Bersyukurlah atas segala yang diberikan dan fahami pengajaran yang pada ujian tersebut. Ramai sahabat yang tewas dengan kehidupan bebas, cinta di universiti, mengejar nama, dan bermacam jenis aktiviti yang membuat mereka tersasar.

Berbekalkan dengan ilmu dan pengalaman sebelum ini, minat yang sangat tinggi serta setelah lama menanti untuk menurunkan segala idea ke kanvas dan medium. Akhirnya saya diberi peluang untuk mengaji ke menara gading, sebenarnya keputusan saya cukup baik, tetapi saya perlu tingkatkan usaha dan kekalkan prestasi, masa untuk mengatur strategi.

Foo Fighters- Times Like These




Sem 2: Pudu Sentral>Alor Star


Tiba masanya untuk meninggalkan kota sesak ini untuk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai.

Berbekalkan dua beg pack, azam yang lebih tinggi dan ucapan selamat tinggal daripada kekasih, saya menjelajah ke negeri jelapang padi sebelum ke universiti.




Ujian Kami Berdua


Peringkat awal hubungan kami dipenuh saat indah bagaikan dunia milik kami berdua, terapung-apung di atas bunga ros, berterbangan melalui saat-saat indah bersama.

Tanpa menyedari bahawa syaitan seronok menghasut sambil duduk di antara kami berdua, bersetuju dan memberi galakan ke atas tindakan yang dibuat. Syaitan telah menjalankan tugasnya dengan bagus sekali.

Namun, apabila kami melangkah ke peringkat seterusnya, syaitan tercabar dan mengatur startegi yang lebih hebat, kerana syaitan tidak menyukai pasangan yang menuju ke arah kesejahteraan atau silaturahim yang halal. Maka bermulalah sengketan yang tidak diingini, tidak puas hati, merajuk dan bergaduh kerana perkara kecil.

Ujian ini menguji tahap kesabaran masing-masing, sekaligus membuka pekung sendiri, menujukan perangai dan sikap-sikap lain, untuk dibenci agar hubungan diputuskan, maka syaitan akan kembali bersorak seperti saat gol dijaringkan.

Banyak pengajaran yang diperolehi, perubahan yang perlu diubah, hakikat yang perlu diterima, sikap yang perlu ditegur, dan pengorbanan yang perlu dibuat untuk meneruskan hubungan ini. Terima kasih kerana bersabar dan menerima seadanya, menanti walaupun kerap berpisah. Natijahnya kami berdua bersedia menentang syaitan untuk mendapat kebahagian dan restu daripada Yang Maha Esa

Mendengar: Search-Kejoraku Bersatu




Guru Sambilan

Cuti sebulan saya diberi peluang untuk kembali mengajar secara sambilan di sekolah lama, ramai pelajar mengadu kisah yang dilalui bersama cikgu lama, yang menekankan rendering dan asas lukisan yang sangat skema.

Sempat mengajar Cross Hatching, kaedah mencari idea dan objek sebelum melukis, melihat telatah pelajar-pelajar yang semakin ke arah remaja rebel, naïf dan radikal serta melayan kerenah kebudakkan mereka. Setiap satu daripada mereka memberi peringatan kepada saya agar menjadi seorang ayah yang penyayang, bertanggungjawab dan  mengambil berat tentang anak sendiri sebelum melepaskan tanggungjawab kepada guru untuk dididik.

Selain itu sekolah juga semakin cantik setelah dinaik taraf, sistem pendidikan baru yang sedang dilaksanakan mencabar guru-guru untuk memantapkan cara mengajar, juga terselit sesuatu yang sangat bahaya.

Terima kasih kepada semua pelajar yang memberi kesedaran kepada saya, agar membuat ulangkaji sebelum ke kelas, tidak menanti untuk disuap, dan nafsu radikal yang membuak-buak. Terima kasih juga kepada semua rakan yang menberi nasihat dan tunjuk ajar. Semoga kita berjumpa lagi.








Tuesday, February 14, 2012

Tua

Takala menuju usia tua seseorang itu mungkin diuji sehingga menjadi nyanyuk, lupa diri, bongkok atau menyedari kesalahan lama dan kembali kepada pencipta.


Mengikut kitab kejadian setelah mencapai tahapan umur dewasa maka manusia akan beralih kepada umur tua. Pada usia ini akan nampak tanda-tanda kelemahan seseorang. Rasullullah saw menamakan usia ini sebagai 'pergulatan dengan maut', iaitu masa-masa umur enam puluhan hingga tujuh puluhan. Dalam hal ini beliau bersabda: "Masa penuaian umur umatku dari enam puluh hingga tujuh puluh tahun". (HR. Muslim & Nasa-i)


Bersabda nabi Muhammad saw. dalam sebuah hadist Qudsi: "Telah berfirman Allah SWT: 'Demi kemuliaan-Ku, kebesaran-Ku, dan kebutuhan sekalian mahluk-Ku kepada-Ku, sesungguhnya Aku merasa malu menyeksa hamba-Ku, baik lelaki mahupun wanita yang telah beruban kerana mencapai umur tua di dalam Islam'. Kemudian Rasullullah saw. menangis . Lalu ditanyakan kepadanya:"Apa sebab engkau menangis, ya Rasullullah?" Jawab beliau: "Aku menangisi orang tua yang Allah malu kepadanya, sedang dia tidak malu kepada Allah SWT."


Islam mahupun agama lain mengajar umatnya berbuat baik tidak mengira usia, sering kali kelihatan warga tua menyibukan diri beribadah dan mendekatkan diri pada pencipta. Besar kemungkinan mereka sudah mengingati saat kematian dan mula bertaubat.


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru bin al-'As: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca kedua orang tuanya. Sahabat Baginda bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun kedua orang tuanya? Rasulullah SAW menjawab: Ya. Seorang lelaki yang memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga jika seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya." (Hadis riwayat al-Bukhari)


Tanggungjawab seorang anak ialah menjaga ibu bapa tidak mengira apa sahaja dosa ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Mengenang jasa baik yang tidak mungkin dibalas, bersama menemani saat-saat akhir kehidupanya. Jiran saya seorang pakcik menghadapi kemalangan dan terlantar di hospital, selang beberapa minggu saya bertanya khabar pada jiran saya “Makcik, pakcik masih di hospital ke?” Jawabnya dengan wajah yang selamba namun tetap sadis “Pakcik dah tak de, semalam meninggal”. Innalillahi wainnailaihi rojiun. Walaupun sudah berusia pakcik itu berkerja keras untuk menyara keluarganya. Semoga rohnya bersama orang-orang yang beriman.


Seorang ayah akan bergelar datuk, seorang dewasa akan bergelar ayah, seorang anak akan bergelar remaja. Rasullullah saw bersabda: "Apalah erti dunia bagiku, hubunganku dengan dunia ini laksana seorang pengendara yang sedang berjalan di panas terik, tiba-tiba kelihatan olehnya sebatang pohon, lalu ia pun berteduh sejenak dibawahnya, sesaat kemudian ia pergi lagi dan meninggalkannya." (HR Tirmidzi)


Setiap kejadian diselitkan pengajaran untuk dijadikan iktibar, jika tidak mendapat pengajaran maka sia-sia sahajalah bernafas di dunia ini. Maka akan bermulalah kejadian-kejadian baru untuk diuji dan persedian untuk bergelar suami.


Mendengar: The Beatles-Help (sebuah lagu yang sangat naif)

Tuesday, February 7, 2012

Learning to Walk Again

Dua tahun lepas berapa kali kami pergi jamming bersama, semakin hari semakin seronok, pelajar tingkatan 5 dan bekas pelajar saya, mudah dibuat kawan tetapi bosan dengan kehidupan di sekolah kerana dipaksa belajar subjek-subjek yang tidak diminati.

Apakan daya itulah sistem pendidikan yang dicorakkn untuk remaja, semoga berjaya dunia dan akhirat.

Pesananya"Hope You remember our promise, No matter bertunang, berkahwin, we still jammin brah!!"



Survey,survey dan survey

Mencari kain dan bahan-bahan untuk majlis perkahwinan, semakin banyak kedai dikunjungi semakin banyak lagi yang berkenan di hati.