Saturday, March 31, 2012

Bayangan Dalam


Tugasan Asas Video, kami diberi tugasan untuk mencari isu dan konflik rakan yang perlu diolah menjadi video berdurasikan 1 min.

Kawan sekelas saya Fauzi aka Pojie dijadikan bahan ujikaji, kisahnya sangat linear, sedang mencari makna dan memahami dunia seni kerana keluarga dan rakanya memandang serong pada dunia seni.

Saya mengambil shot close up dan bayangannya di permukaan dindingan dan menjelma beberapa bayangan yang lain lalu kedengaran suara-suara dalaman yang sering menganggu fikirannya. Telah siap shooting di beberapa lokasi, namun masih diperingkat editing.

Mendengar:Pojie-Boneka (Versi Minang)



Zakir Masa

Jumaat


Pagi Jumaat kelas bersama Prof Hasnul, selepas memberi kuliah dia mengajak kami jamming. Tetapi jammingnya berbeza kerana menggunakan alat muzik tradisional yang digelar "Kebun Bunyi"



Thursday, March 29, 2012

Jari Lebam

Tugasan kelas 3D yang menekankan dan penelitian terhadap permukaan dan bentuk 3 dimensi. Kami perlu menghasilakan 2 tugasan individu dan 1 tugasan berkumpulan.

Tugasan pertama menghasilkan huruf dengan menggunakan dawai 100 peratus, cara penyambungan, teknikal dan kekuatan akan diambil-kira. Tanpa berfikir panjang panjang saya akan menyiapkannya sekadar yang mampu namun jari-jemari lebam kerana sudah menjadi kebiasaan dengan keyboard dan mouse. Malam itu kami bertungkus-lumus menyiapakannya kerana pensyarah akan menilai rangka dan memberi pernilaian pertama.

Mendengar: Deftones-Feiticeira




Pusat Rawatan Madaniah




Cikgu Tadika

Minggu lepas saya dibebani dengan masalah pelajar sekelas, isu manja, cakap belakang, menabur fitnah, melabel dan pelajar lain yang turut mengadapi situasi tersebut tidak menyedari bahawa dia mempunyai masalah yang lebih besar daripada masalah dunia.

Pendakwa pertama diberi peluang untuk menuliskan perkara-perkara yang tidak puas hati dan Ahli Lembaga Mesyuarat juga menuliskan kesalahnya, apabila pedakwa membaca kesalahanya dia tidak mampu berkata dan mengaku segala kesalahan tanpa menyedari bahawa kesalahan yang dibuatnya. Pendakwa tidak diizinkan untuk membela diri, pendakwa didapati bersalahh atas kesalah "mengambil  kesempatan"  terhadap pelajar lain dengan mengarang dengan daya psikolog dan menyuruh pelajar yagn sekam untuk menyiapkan assignmentnya pendakwan akan diberi hukuman setimpalnya dengan diberikan gelaran baru iaitu "Mat Top",

Pendakwa kedua seorang wanita didakwa tidak mampu berdikari dan terlalu mengharapkan rakan yang lebih muda untuk menemai ke sana-sini, pendakwa juga menrupakan anak manja yang diberi layanan seperti "anak emas". Tuduhan bukan atas kemewahanya tetapi refleksi sikapnya terhadap kelas, pendawka sering ditegur dengan ayat sinikal tetapi pendakwah menanggap bahawa dia sedang dipuji dan pendakwa sengat menyukainya. Pendakwa tidak dapat menerima hakikat dan tidak juga menyangka bahawa itu kesalahan dan tidak dapat menerima hakikat bahawa kawan baiknya yang mulia juga telah melakukan kesalah.

Pendakwa ketiga (bukan saya yang menjadi hakim) didakwa bersalah atas tuduhan melabel pelajar bermaksiat, tidak solat, islam pada nama, mengandung dan tidak suka bergaul dengan pelajar lain. Pendawka pernah didakwa "munafik" oleh seorang Professor selepas menangis begitu esak, pendakwah masih melakukan kesalahan yang sama, malah lebih teruk dengan mengganp bahawa dirinya sudah sempuran dan hanya nampak kesalahn orang lain tanpa menyedari kesalah sendiri.

Selesai menjadi cikgu tadika, mendengar masalah pelajar dan menegur kesalahan-kesalahan taik gigi seperti berkasut tumit tinggi untuk berjalan di KL, mengambil kesempatan dan bersikap manja. Di benak fikiran saya berpusing, "Perlukan saya yang menegur dan memikul tanggunjawab untuk menyelesaikan masalah ini?" Bagaimana jika anak saya menghadapi atau melalui masalah sebegini, saya percaya kepada karma, jika tidak kena pada saya mungkin pada anak saya dan orang yang saya sanyangi. Jadi saya telah melakukan tanggungjawab saya walaupun kasar dan dianggap jahat. Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dengan isu dan konflit diri sendiri.

Mendengar:Jimi Hendrix-Little Wing

Wednesday, March 21, 2012

Yang dimasak


Saya sering mendengar warga emas tidak gemar dengan makanan yang dijual mahupun makanan segera. Perkara ini membuat saya tertanya-tanya, sedangkan makan itu belum pernah mereka rasai. Warga emas sering berkata “Aku makan garam dulu” dan disahut oleh remaja ‘Kami makan Pizza dulu”.

Penjelasannya berbentuk ilusi yang agak susah untuk difahami, ketika tukang masak memasak sesuatu makanan niat dan angan mereka dicurahkan kepada makanan. Mereka mencurahkan kerinduan anak di kampung halaman, terpaksa bekerja dan juga duit. Maka jelas kelihatan ilusi ini di atas permukaan makanan.

Berbeza dengan masakan emak yang dimasak dengan penuh kasih sayang berserta air tanganya dengan harapan untuk mengubati anak yang jarang sekali ada di rumah.

Saya jarang menjamu lauk yang dimasak emak kerana kesemua masakan emak berminyak dan sangat pekat karinya. Saya membesar bersama keluarga jadi saya lebih mengemari lauk melayu. Tetapi lauk hari ini sangat dirindui, kari telur, kacang peas dan papadom. Saya teringat saat emak menyuap saya dengan penuh kasih sayang dan penuh kesabaran dengan kerenah saya waktu itu yang sangat sukar untuk makan.

Ketika berada berjauhan bahang kerinduan dirasai, usia emak semakin meningkat tambahan kini dia perlu melayan kerenah dan lawak jenaka suaminya yang semakin uzur. Walau apa sahaj yang telah dilakukan oleh suaminya emak tetap taat dan menjaganya dengan menjual muruku untuk menyaranya.

Semoga saya berkesempatan memberi emak hidup senang dan semoga tuhan melapang hatinya untuk menerima kebesarannya.

Mendengar:Eleven-Lucky One


Lawatan ke BSVN & Pusat Sains Negara 17 Mac


Pagi kami berkumpul di BSVN, melihat karya seniman Negara. Kali ini gelagat rakan sekelas saya memegang lukisan dan dimarahi oleh penjaga galari. Kemudian saya pula dimarahi kerana tidak memberi penerangan kepada pelajar.

Kehadiran Prof kali ini membuka hijab kami dengan penjelasan prinsip seni halus, Talkum Powder serta ilmu yang dipelajari bersama Amron Omar. Prof menceritakan tentang titik satah, membaca tubuh dan cara melukis dengan tidak melihat figure semata, tetapi membaca bentuk, flow, struktur, dinamik, keberatan, kestabilan dan bermacam lagi. Amron mengajar mengenali diri sendiri dan berdepan dengan diri sendiri, tiada sebarang konsep.

Golf dan skateboard merupkan dua jenis suka yang lebih kurang sama iaitu berdepan dengan diri sendiri. Mengenal makam ego dan berdepan dengan diri sendiri dan bukan belajar cara-cara melukis kepala orang. “Aku tak suruh ang buat orang, ang buat orang ang masuk grafik, pi buat atas tracer” itu kata-kata Amron Omar kepada Prof.

Pameran Solo Amron Omar menceritakan bagaimana dia berdepan dengan egonya sendiri, dengan menggunakan sifat kerana dia berkebolehan dalam bidang sifat.

Kami ke Pusat Sains menghanyutkan diri ke Mount Kiara, di sini terdapat  pelbagai permainan interaktif yang sesuai untuk memahami prinsip sains. Mudah difahami dan mudah dijelaskan namun ada juga yang memeningkan.

Permainan pelbagai jenis kanta bersama cahaya mampu mengeluarkan pelbagai hasil ilusi yang menarik, satu kaedah yang minimal tetapi mendalam jika dikaji.

Petang itu rakan sekelas saya bertolak pulang ke Pulau Pinang, saya berjalan seorang diri ke kedai buku dan pulang menemani emak di rumah.

Mendengar:Eleven-Beautiful Self










Tuesday, March 20, 2012

Lawatan Ke Muzim Telekom & Petrosains 16 Mac

Kami sekelas bertolak ke Kuala Lumpur bersama Profesor Madya Hasnul Jamal Saidon lawatan sambil belajar di beberapa lokasi.

Awal pagi kami memasuki perut bandar yang sedang lapar menanti makanan, kami ke kedai makan Capital, pelajar lain tercengang melihat pemiliknya cina tetapi penjualnya melayu. Kemudian kami berjalan di lorong belakang Jalan Tar, kasut tumit tinggi tercabut. Kami ke Dataran Merdeka pose demi pose gambar demi gambar diambil, keadaan kasut tumit tinggi semakin tenat, selipar Lee Cooper pelajar cina pula koyak. Terpaksala mencari kedai kasut dan bernasib baik terjumpa kedai baiki kasut.

Kami tiba di Muzium telekom melihat sejarah telekomunikasi yang bermula dengan beduk batu Gua Nia, Morse Code, Telegram, telefon pulas, Main Distribution Frame (MDF), Jam Ibu Sawat  sehingga ke wireless. Prof mengajar kami untuk meng-Sekarang-kan segala peralatan, sebagai contoh jika lukisan di atas batu merupakan alat komunikasi dahulu kini lukisan sebegitu sudah menjadi animasi, graviti dan video game. Juga memasang niat untuk mencipta sesuatu bermula dari sekarang, sewaktu ketika dahulu Hypertext hanyala satu angan tetapi kini pintu gerbang yang dihubungkan kepada beribu link.

Seterunya kami melangkah lebih dalam ke perut bandar ini, kami singgah menunaikan kewajiban di Masjis As-Syakirin yang sentiasa seksa tanpa sebarang penambahan untuk makmum, Klcc dibina setinggi 88 tingkat tetapi masjidnya sempit. Selesai solat dan makan, kawan saya bertanya “Macam mana ko survive kat KL?Huru hara dow”.

Petrosains banyak membuka minda terhadap asa prose sains, seperti tenagan elektrik, cahaya, pergerakan dan gelombang. Teknik persembahanya yang menarik perhatian. Ruang sinaran Ultra UV, projection interaktif, pancaran projection 3d dan bermacam lagi membuka ruang untuk bergambung bersama seni.

Selepas di dua lokasi ini kami berehat dan menjelah ke bahagian lebih dalam perut bandar ini. Setelah mengambil kanvas saya pulang ke kampung halaman.

Mendengar: Max Bruch- Serenade in A minor for Violin and Orchestra, op 75

































Tuesday, March 13, 2012

Engkau

Aku menjadi kuat kerana kewujudan engkau,
Terima kasih kerana membawa aku sejauh ini.
Sehingga ke hari ini, terima kasih atas segala-galanya
Selepas ini semua akan berubah...

Taqiah


Setiap daripada kita mempunyai sikap berpura-pura atau menyembunyikan perasaan sebenar, atas sebab-sebab tertentu dan mungkin juga keadaan memaksa kita bersikap demikian.

Di sekeliling terdapat ramai yang bersikap begini, mungkin CIA yang menyamar untuk mendapatkan maklumat (idealogi filem). Apa saja tujuan seseorang individu bersikap taqiah pasti berbalik kepada niat dan tujuaan sebenar.

Berkali-kali mahluk dari seberang mengajak dan terus menanti untuk menyertainya, kembali ke alam lama. Rutin harian juga terganggu dengan ajakkan sebegini, ditemani ruang dan aura hitam berserta janji-janji palsu.

Semua ini bermula sewaktu saya dipinggirkan, sewaktu saya diabaikan, sewaktu saya disuap dengan idealogi-idealogi palsu (yang saya kira sebuah halusinasi). Saban hari kemunculannya untuk mengajak dan membawa saya ke seberang untuk kembali menemaninya, seperti pasir jerlus cuba menyedut dengan tarikannya.

Sememangnya saya sudah jemu dengan fiksyen ini, berkali-kali berulang, berkali-kali menganggu dan berkali-kali mengundang ke alam itu. Tetapi semua ini tetap akan berulang jika tidak dilawan, pernah juga tewas dengan mematikan saraf-saraf utama, shut down buat seminggu tanpa dunia luar, hilang deria kemanusian dan deria sosial.

Adakah gangguan ini akan berhenti atau berterusan?

Taqiyah bermaksud menyembunyikan sesuatu kepercayaan di dalam hati, sedangkan di hatinya masih memegang kuat kepercayaan itu.

Mendengar: Finger Eleven-Famous
                        Alice in Chains-Shame in You

Sunday, March 11, 2012

Bertunang II


Keperluan bersama menjadi persoalan utama untuk meneruskan hubungan ini, jika dahulu pendapatan hanya untuk kepentingan sendiri kini tidak lagi. Segala-galanya dikongsi dan ditanamkan sifat berkongsi.

Pekerjaan tetap menjadi isu utama,mempersoalkan bagaimana kami berdua akan berdikari dan hidup berumahtangga? Mempersenda kami yang tidak mempunyai kerja tetap dan harta mahupun asset. Berbakul kutukan, pertikaian dan soalan diacukan untuk melemahkan semangat kami berdua.

Di satu sudut cubaan ini bagus untuk mentabahkan dan membuat persiapan buat kami berdua, dan di sudut yang lain pula menampilkan watak kalian yang sebenar. Terima kasih tidak terhingga kerana sudi dan akan terus mempersenda kami berdua. Lawak kalian sesuai diperdengarkan di rancangan raja lawak tontonan ramai.

Ujian ini juga menyedarkan segala frasa yang telah saya tinggalkan, sewaktu ketika dahulu saya sering  bertukar kerja untuk menukar koleksi gitar dengan begitu  rebel tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Memberontak, protest dan merajuk jika tidak mengikut kehendak saya.

Kini kehadiranya mengubah rentak dan perjalanan hidup saya yang bakal dilalui bersama.

Mendengar: Sheila on 7-Mudah Saja


Saturday, March 3, 2012

Bertunang I

Sepanjang tempoh pertunang ini pelbagai dugaan dan cabaran dilalui, takala ini muncul syaitan-syaitan pakat lebih tinggi untuk menggoda agar tugasan yang diberi berjalan lancar.

Secara jujur peringkat ini menguji tahap kepimpinan dan tanggunjawab yang bakal dipikul. Kadang kesensitiviti, kehendak, kemahuan, keperluan, kemanjaan, kesedihan, keinginan dan kepelikkan sikap dan perangai masing-masing muncul tanpa disedari. Bagi saya perkara ini sangat bagus untuk mengenali pasangan dengan lebih intim dan juga peluang untuk memperbetulkan kesilapan.

Tugas yang bakal dipikul bukan sekadar menjadi imam dan memastikan keperluannya tanpa mengambil tahu hal-hal wanita dan keperluan keluarga. Selain memimpin saya juga perlu membimbing dan bersedia menerima teguran dan bimbingan.

Setakat ini kami berdua tabah melalui dugaan dan cabaran bersama. Saya cukup beruntung kerana pasangan saya memahami keadaan saya dan sedia menanti walau kami berjauhan, malah saya masih di bangku universiti, masih merangkak untuk mendapat segulung ijazah. Dia tidak mempertikaikan dan menerima kekurangan dan kelebihan saya.

Mendengar:Glassjaw- Her Middle Name Was Boom
 

Thursday, March 1, 2012

Straw

Kami diberi beberapa batang straw untuk dibentukan menjadi 3D.

Perasmian Kejutan Budaya