Monday, April 30, 2012

Pulanglah


Saya tidak sangka berjauhan telah melahirkan pelbagai perasaan di antara kami berdua. Sebahagian daripada diri ini telah layu dan semakin layu menanti sinaran mentarinya.

Saya di sini mengejar cita-cita dan mengatur langkah untuk masa depan kami berdua, dan dia di sana bersendirian menanti saat saya pulang.

Kawan saya tidak senang duduk apabila mendapat panggilan daripada isterinya,kerana isterinya takut bersendirian di rumah. Saya tergelak dengan situasi tersebut. Kini saya sedang melalui situasi tersebut, dia meragam kerana dia inginkan kehadiran saya untuk berada bersamanya agar dia rasa selamat dan tenang.

Mendengar-Foo Fighters-Miracle

Sunday, April 29, 2012

Racun


Terima kasih kerana menanam perkataan beracun dalam minda ini.
28 April 2012, 11:03pm

Mendengar: City of Prague Philharmonic Orchestra- Proloque (Tristan and Isolde)


Friday, April 27, 2012

Paper Sculpture…The Making


Noor Azlina Mohamed Khalid antara pensyarah yang tidak  menolak idea pelajar sebaliknya dia akan memberi komen yang membina serta memberi idea untuk memasukkan element yang sepatutnya untuk karya.

Semester ini dia mengajar kami asas 3-Dimensi, sememangnya saya tidak meminati 3D. Mungkin kerana perlu memikirkan sudut yang tidak kelihatan dan mungkin juga saya kerana sejak kecil saya terlalu taksub dengan animasi 2d seperti Thundercats, Transformer dan M.A.S.K.

Tetapi Pn Ina mengajar secara professional, dia memberi pendedahan dan input yang penting seperti kaedah pencantum, soliditi dan proposition untuk pembuatan sculpture. Sewaktu pembuatan wire sculpture dia mencabar kami untuk mencantumkan straw dalam masa 30min, straw itu perlu kukuh dan mampu berdiri serta mempunyai “form”. Kali ini dia mencabar kami untuk mencantumkan kertas tanpa menggunakan gam, stapler atau apa saja bahan perantaraan, hanya gunting dibenarkan.

Keseronokkan ini membina mood jujur, murni dan memberi semangat untuk kami menghasilkan sesuatu yang lebih genuine kerana cara didikan dan pendedahanya yang begitu mantap dan bersungguh-sungguh. Pn Ina tidak mendidik secara skema seperti melukis, melakar dan memerah otak pada satu topic, tetapi dia membuka minda dan ruang yang luas untuk menerima sesuatu topik. Bayangkan dia membuat pertandingan cantuman kertas yang paling panjang pada pelajar universiti, dan kami seperti pelajar tadika yang seronok mengoyakkan, sabotaj kertas kawan dan bersungguh-sungguh untuk menang.

Hasilnya kami membentang kertas di Permatang Pelajar ruang utama Pusat Pengajian Seni. Di situ ramai pelajar lalu-lalang untuk ke kuliah. Kami tidak menghiraukan semua itu kerana sessi kuliah yang begitu seronok dan mencabar.

Akhirnya kumpulan saya bersama dua lagi orang lama memenagi acara tersebut dan seperti biasa perlu membuat research berkenaan paper sculpture. Terima kasih Pn Ina atas usaha dan tidak mengira erti penat dalam mendidik kami.

Mendengar:Incubus-Black Heart Inertia



Thursday, April 26, 2012

Awan Bertanya

Semalam Awan bertanya…

Awan: Kenapa sudah lama tidak mengambil gambarku? Bukankah engkau suka menatapku dan mencari makna disebaliknya?

Saya:Kepulan engkau di sini selalu bersembunyi tambah engkau sudah memberi makna yang sama kepada semua di sini.

Awan: Apa tafsiran engkau?

Saya: Engkau kesunyian.

Lalu awan beredar mengikut paksinya untuk menuju ke arah orang yang tertentu menyampaikan pesana bahawa dia dirindui dan dingati selalu.

Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis, apabila orang itu mengeluarkan tangannya, dia tidak dapat melihatnya sama sekali dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayat petunjuk) maka dia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar) Surah An-Nur Ayat 40

“Tidakkah kamu melihat bahawa ALLAH mengarak awan, kemudian mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatan olehmu hujan keluar dari celah-celahnya, dan ALLAH juga menurunkan (butiran) ais dari langit, dari gumpalan awan seperti gunung maka ditimpakanNYA ais itu kepada siapa yang dikehendakiNYA dan dipalingkanNYA siapa yang dihendakiNYA. Kilauan kilat itu hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan”  Surah An-Nur: 43

Mendengar:Butterfinger-Selamat Tinggal Dunia




Nasi Lemak Ikan Bilis


Waktu makan semakin tidak terurus dan kadar makanan yang dijamah juga mengikut kadar kemampuan. Nasi Bujang menjadi menu utama yang penting mengenyang lapar bukan mengenyangkan nafsu.

Menu hari ini bertukar kerana melintasi pasar malam,namun Nasi Lemak Ikan Bilisnya asli, tiada telur, tiada timun, dan tiada kacang hanya sambal ikan bilis. Teringat pada karya Hafzi, kisahnya ketika menuntu di Aswara. Menu utamanya Nasi Lemak dan Coca Cola, karya berunusr sosial politik dan teori barat mengawal minda dan segala-galanya.

Mendengar:Blink 182-Adam’s Song


Bersedia


Berkali-kali saya tertanya sudah saya bersedia untuk menjadi pemimpin, jawapanya terjawab ketika melihat sikap dan perngai saya pada rakan sekelas saya yang lebih muda.

Mereka melihat semua perkara dari satu sudut tanpa memkirkan kesan dan akibatnya. Sebagai rakan yang lebih matang saya menegur agar mereka dapat melihat dan memikirkan dari aspek yang lain. Soalanya adakah saya menggunakan method atau kaedah yang betul? Adakah mereka dapat menerima teguran saya?

Itulah tandanya telah tiba masa untuk saya melatih diri sendiri untuk memimpin.

Mendengar: Flyleaf-Penholder


Benci 1, Suka 10

Sudah menjadi lumrah satu perhubungan untuk merajuk, bermasam muka dan bergembira. Satu penipuan jika satu perhubungan itu tidak  diujian.

Telah tertulis bahawa setiap peringkat manusia akan membawa perangai dan watak tertentu sebagai proses kematangan. Sebagai contoh sewaktu kecil saya rajin bertanya kepada emak tentang itu dan ini, kini tidak lagi kerana tahap pemikiran saya mampu menjawab soalan remeh-temeh yang ditanya dahulu.

Secara lazimnya manusia akan berasa bosan, disakiti dan diganggu emosinya dengan membuat perkara yang tidak disukai dengan berulang kali. Secara tidak langsung perkara itu akan terbawa-bawa ke arah seruis, parah lalu wabak atau simptom tersebut menjadi sukar untuk diubati.

Alhamdulliah Allah menguji dan memberi pengajaran pada setiap ujian, saya bersyukur kerana mampu menerima hikmahnya walaupun kadang agak sukar menerima hikmah tertentu. Takala berada jauh saya diuji dengan ujian untuk menerima dan menyesuaikan sifat dan perangai bakal isteri saya. 

Daripada memikirkan perkara-perkara yang menyakitkan hati dengan sifat dan perangai yang sering menyakitikan hati, lebih baik saya fokus perkara yang disukai dan menyenangkan hati saya, walhal terlalu banyak jasanya dengan menyokong dan terus menjadi tulang belakang saya, yang paling penting dialah yang saya pilih untuk meneruskan hidup di dunia dan syurga. Amin.

Mendengar: The Beatles-Real Love



Tuesday, April 24, 2012

Pistola


Bakal melangkah ke bulan yang padat dengan tugasan, animasi pendek, cut out board, video documentari, poster dan pembentangan tugasan.

Selesai tugasan dan peperiksaan maka lengkaplah tahun pertama saya, teringat hari gelap yang ditemani kenderaan sesak dan lampu neon bernyala terang sambil keluar dan masuk ke perut ibu kota yang kini berada berbatu jauhnya. Rakan-rakan yang terus menghirup udara ibu kota dan melalui kehidupan harian. Meninggalkan ibu-bapa dengan hati yang pilu, mengorbankan tanggungjawab dan meneruskan pengajian dengan harapan mendapat pekerjaan yang lebih baik untuk hidup bersama bakal isteri.

Saat ini minda saya dipikul dengan soalan-soalan, perlukah bangga dengan tahap yang telah dikecapi? Perlukah saya berasa bangga dengan muzik, idealogi dan orang yang mengenali dan saya kenali? Perlukah saya berasa riak kerana saya bakal berumah-tangga? Perlukah saya berasa selesa kerana saya bakal memiliki ijazah? Perlukah saya melayan yang lain dengan pandangan yang berbeza?

Kesemua soalan saya berunsur double standard, yang kononnya saya sudah mencapai sesuatu yang mereka tidak berkesempatan untuk merasa. Mungkin mereka pernah mengidam tetapi tidak mahu untuk berkorban untuk melihat hasilnya. Tanpa mengenang bertapa susah-payah ummi memberi nasihat dan dorongan, Sir Shukri yang mengajar saya tidak mengira waktu, doa ibu-bapa dan kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh tunang saya.

Sesekali terlintas terasa ingin kembali ke saat lepas dan lalui semula,tetapi memahami kenapa saya perlu melalui frasa tersebut terjawap segala doa dan melengkapi hidup saya.

Maka saat ini tiba masanya untuk bersyukur dan membalas jasa mereka, tidak kira berapa kali mereka pernah menyakiti hati saya.

Incubus-Love Hurt
Incubus-Pistola


Saturday, April 21, 2012

20 April 2012

Tarikh ini jarang saya ingati, mungkin kerana jarang disambut oleh ahli keluarga. Sedikit demi sedikit diabaikan dan dilupakan. Sewaktu bekerja saya berkongsi tarikh lahir bersama Pengarah dan Penolong Pengarah Bahagian, dan kami meraikannya bersama.

Kini tunang saya sering ingat dan mengingati tarikh ini, berjaga malam agar dia orang pertama untuk mengucap “Selamat malam, birthday boy, Semoga doa-doamu diperkenankan selalu, Semoga panjang umur dan sehat selalu” . Tahun ini kami berdua berjauhan. Terima kasih Sayang.

Malam ini saya dan rakan sekelas mengiringi Prof Madya Hasnul Jamal Saidon dalam Kebun Bunyi dengan lagunya sendiri. Malam ini juga dia banyak membuka ruang untuk mendidik kami dengan lebih mendalam. Terima kasih Prof atas peluang berganding dalam lagu dan menuntut ilmu.

Saya gembira mendengar suara mak, dan ayah mengingati tarikh lahir saya serta setiap satu yang telah disediakan dan difahamkan oleh Allah SWT. Namun sebenarnya hari kelahiran merupakan hari semakin hampir dengan saat kematian. Satu peringatan dan satu iktibar untuk membetulkan landasan dan kembali kepadaNYA.

Mendengar- Hasnul Jamal Saidon-Zikir Masa
Kelly Clarkson-Addicted



Tuesday, April 10, 2012

Songs in A Minor


Bermula dengan lagu cover, kebanyakkanya berunsur strumming dan chord major. Kemudian lagu-lagu daripada filem Once berjudul If You Want Me, kerana jalan cerita filem ini sangat sesuai untuk merpati sejoli.

Beralih kepada Thrice tetapi versinya lebih menonjolkan gayanya tersendiri. Akhirnya-akhir ini bermula berjinak dengan drop tunning, lagu-lagu seperti Three Days Grace dan Chevelle. Kami pernah jamm bersama, bermain lagu Without You (Open D) suaranya unik, merdu dan mempunyai alunan tersendiri, tidak meniru gaya sesiapa. Kami juga pernah pergi ke gig-gig bersama.

Malam tadi dia menyanyikan lagu Alicia Keys-If I Aint Got You versinya tersendiri, alunan suaranya sungguh Jazzy, sangat menajubkan, daripada permainan strumming biasa dia mampu mengawal suaranya daripada low ke high pitch, saya seperti sedang menyaksikan konsert solo khas untuk saya di Fillharmonik.

Terima kasih atas sentuhan ikhlas, genuine yang mengubat rindu, ketika ini saya sangat menrindui saat kami bermain gitar bersama, saat dia bermain rhythm dengan lagu merapu saya, saat dia merajuk kerana tidak menghargai lagu-lagu dan saat pertama kali saya menukar tali gitarnya. Saya bersyukur kerana dia seorang yang penyabar dan terus sabar melayan kerenah, ragam, ego dan segala sikap buruk saya, tiada lagi yang diminta atau diharapakan daripadanya. Muzik tidak melalaikan, muzik mengeratkan lagi hubungan silaturahim kami berdua, tidak sabar untuk bermain gitar di ruang kami sendiri.

Mendengar:Miko San-If I Ain’t Got You


Monday, April 9, 2012

Research Poster PPS,USM 2012

Sudah menjadi kebiasaan saya untuk mereka poster dan menyusun layout untuk majalah. Pada peringkat awal pengajian di Kolej, saya menerima didikan asas untuk  menggunakan perisian dan terus bergantung 100% pada perisian tersebut.

Setiba di gerbang istana secara tidak langsung saya mempelajari beberapa ilmu ketika bertugas sebagai tukang proff design bersama Pengarah Pemasaran dan melekat rekaan di mounting board. Pereka tersebut melatih saya untuk berjumpa dengan client dan juga mengikut arahan atau kehendakan client.

Saya sering mengintai cara dia membuat rekaan, cara penyusunan dan cara dia mendapat idea. Kerjanya teliti, kemas dan menarik pandangan. Disebabkan muzik yang didengari dan digemari
kami berdua  menjadi kawan walaupun jurang umur yang jauh dan umur saya sebaya dengan
adiknya. Dia sering berpesan "Jangan bergantung kepada perisian, menggunakan perisian bukan satu kelebihan tetapi sekadar membantu untuk menyelesaikan tugasan"

Selepas itu saya meneruskan perjalanan kehidupan seperti biasa, dia berkahwin dan sudah beranak dua, kami bergandingan bahu semula,  dia melatih saya menjadi pembantu pereka majalah dan akhirnya saya mengambil alih tugasan. Namun dia tetap memberi sokongan dan memberi tunjuk ajar, sebagai seorang pereka, abang dan juga kawan.

Ketika saya sedang mencari idea untuk mereka poster Pusat Pengajian Seni, setelah membuat kajian awal saya mendapati bahawa kebanyakkan Universiti Antarabangsa menumpukan kepada bangunan, logo pasukan Universiti, Maskot, mercu kebangaan Universiti, monument lama, lukisan pelajar dan juga ikon penting dalam aliran seni.

Semestinya gambaran di google image sudah memadai untuk membuat rekaan poster tersebut, meniru poster-poster yang sedia ada, maka siap tugasan yang diberikan. Akan tetapi saya mencabar diri sendiri untuk mempelajari sesuatu daripada tugasan ini dan melatih untuk menghasilkan sesuatu di luar kemampuan saya, kerana pensyarah dapat mengesan identiti dan gaya tersenditi, jadi dia ingin melhat sesuatu yang dapat mengejutkan.

Soalan:Bagaimana cara mengasingkan atau memberi tumpuan kepada  Seni sebagai salah satu fakulti,sekolah, unit dan bahagaian di Universiti Antarabangsa mahupun tempatan?

Soalan: Apakah objek yang dapat digunakan agar dapat dicorakkan, dibentukkan dan diolahkan untuk menjadi ikon, simbol atau mercu tanda sesuatu Pusat Pengajian Seni?

Saya sangat berterima kasih kepada pereka tersebut kerana mendidik dan bersama saya sehingga ke hari ini.

Mendengar: ACDC-Hells Bells


Saturday, April 7, 2012

Pernilaian 3D_Dawai


Untuk menyiapkan tugasan 3D kami diuji kesabaran minda, teknikal dan mental, kerana tugasan ini sangat rumit dan menguji kepakaran teknikal membentuk dawai.

Lakaran dan rancangan awal pasti tidak akan sama apabila dawai dibentuk, sekaligus menghasilkan rekaan yang lain daripada lakaran awal. Saya berganding bahu bersama Iqbal untuk menyiapkan tugasan ini, Iqbal licik dan pintar membentuk dawai, beberapa malam kami cuba membentuk dan sekadar menyiapkan tugasan ini agar tidak perlu dibebani dengan tugasan dawain.

Petang rabu hingga ke subuh khamis kami berdua bertungkus-lumus menyiapkan dawai yang dibentuk menjadi huruf. Beberapa kali terlelap, beberapa kali berputus-asa, namun selesai juga akhirnya.

Pagi khamis, kami berdua terlelap dan bangkit lewat sekaligus lewat ke kelas, mujur kami dibenarkan masuk. Setelah menghantar tugasan kami menunggu saat pernilaian dan markah tugasan. Saya yang sekadar menyiapkan tugasan redha dengan markah yang diberikan.

Akan tetapi tugasan saya yang serba minimal dan kosong berbanding dengan yang lain berjaya mendapat markah kepujian. Hati saya terbelah bahagi kerana saya dan iqbal menyiapkan tugasan bersama-sama namun tugasannya tidak mendapat markah kepujian. Ada beberapa faktor tugasan iqbal tidak menepati syarat, namun hati saya tetap rasa bersalah dan senyap dan bersyukur dengan ujian ini.

Namun petang itu, dengan badan yang penat serta mata yang sering kali terlelap kami mempelajari kaedah animasi cut-out yang akan saya gunakan untuk animasi 2d berjudul "Khayalan Bibir".

Mendengar; Soundgarden-Live To Rise