Saturday, May 26, 2012

Mulut Ular


Sedang sibuk menyiapkan model kertas 3D, diberi dua pilihan objek intangible atau tangible.

Untuk kali ini dalaman mulut ular yang dilihat dari sudut atas menjadi case study saya.

Mendengar-Kittie-Charlotte


Dia


Sedang sibuk menyiapkan animasi 2D yang berjudul “Dia”. Cerita ini bercorak linear dan mengupas sistem sekular dalam pendidikan yang mendidik gadis untuk menjadi Lady Boss.

Mendengar-Kittie-What I Always Wanted


Sup Plastik


Sedang sibuk menyiapkan tugasan akhir berkumpulan untuk kelas Produksi Video Digital. Kami perlu menghasilkan iklan 30min berkisahkan “Go Green” fokus pada produk. Pada mulanya bermacam idea diusulkan seperti Alovera, Kayu Sugi, Rokok Daun Hijau tanpa tembakau, Lilin dan Kasut Hijau, namun kesemua idea itu ditolak oleh pensyarah kami.

Saya mendapat ilham daripada molekul plastik yang tidak dapat dimusnahkan dan telah banyak membunuh haiwan laut tanpa disedari manusia juga minum air yang mengandungi plastik. Idea ini diterima maka kami mula membuat kajian berkenaan plastik dengan lebih terperinci.

Pelbagai lokasi penggambaran seperti tepi pantai, longkang, di depan kedai dan kanak-kanak sebagai mangsa generasi akan datang. Kini berada di proses penyuntingan dan efek bunyi untuk menaikan mood tema “Sup Ilusi”. Dengan tambahan teknik "reverse editing".Saya digelar Mat Konsep oleh pensyarah sekaligus disamakan dengan minda seorang professor, satu penghormatan yang membina.

Mendengar-John Frusciante-Wednesday's Song






Monday, May 14, 2012

Office Baru


Tempat baru untuk berteduh dan bergelar pelajar universiti.


Teater Akulah Perempuan Itu


12 Mei 2012

Minggu lepas saya menonton teater Muzikal Kasanova, saya rasa tidak perlulah saya menulis review untuk Muzikal se-gah itu. Namun banyak review yang menarik ditulis di blog-blog lain.

Semalam saya menonton teater eksperimental Akulah Perempuan Itu, bukan tanda menyokong feminisim tetapi melihat bagaimana isu ini dikupas oleh gadis bakal graduan untuk menimba ilmu dan menajamkan kajian saya terhadap isu feminism. Tidak perlulah saya mengangkat nama sesiapa yang penting isi yang disampaikan berunsur ilmiah memadangkan dipentaskan di Pelengggang Cahaya, USM sudah pasti pengarah, pelakon dan krew yang terlibat mempunyai ilmu teater yang tinggi.

Terdapat tiga watak perempuan iaitu Tun Teja yang dikagumi hilang kemelayuan, Tun Teja seorang Serikandi melayu yang gagah namun jatuh dan tunduk pada Lelaki. Kamariah yang menderita dengan tipu daya kehidupan perempuan joget yang sering dikeji dan dihina oleh masyarakat dan Kartika yang dirogol ayahnya sendiri.

Teater ini banyak membahasakan bertapa perempuan tidak berpuasa hati dengan segala yang telah diperbetulkan oleh Rasulullah S.A.W, adakah dia lupa bahawa perempuan zaman jahiliah ditindas dengan lebih kejam, dan bayi perempuan yang dilahirkan akan ditanam. Teater ini menghukum dan menuduh kesalahan pada lelaki 100% dan menyuruh lelaki mengingati asal usul kejadian Nabi Adam dan kembali kepadanya. Teater ini melontarkan satu peringatan bahawa tiada akan lahir genarasi baru tanpa wanita. Adakah dia lupa bahawa nabi yang kita sanjung merupakan lelaki yang dihina dalam teaternya.

Semoga kita mendapat hikmah dan kembali kepada landasan, ini satu tanda peringatan kepada kita semua.

Sunday, May 13, 2012

Pinta Bintang di Langit


Berkebun bunyi bersama pelajar sekolah rendah Convent Green Lane, seronok melihat telatah dan semangat mereka.

Maqam

Sepanjang perjalanan kehidupan setiap manusia akan melalui pelbagai frasa dan peringkat, yang menentukan tahap pencapaian dan kematangan seseorang.

Terdapat lima maqam yang perlu dilalui oleh setiap manusia iaitu:
Maqam an-nafs  =  Maqam egotisma ( maqam nafsu )
Maqam al-qalb   =  Maqam hati
Maqam al-roh     =  Maqam roh
Maqam as-Sirr    =  Maqam rahsia (ketuhanan)
Maqam al-Qurb   =  Maqam kehampiran (dengan Allah)
Maqam al-Wisal  =  Maqam kesatuan (dengan Allah)

Pada setiap maqam terdapat kelebihan, keistimewaan dan keburukkannya untuk dijadikan hikmah sekaligus untuk meneruskan perjalanan ke maqam seterusnya. Seseorang itu mungkin akan menerima hikmah dengan semudahnya atau tidak, dan perlu dingati seseorang juga boleh jatuh kembali ke maqam yang sebelum walaupun seseorang itu telah berada di maqam yang lebih tinggi.

Segalanya telah tertulis namun ujian perlu dilalui dan Allah tidak akan menguji melebihi kemampuan seseorang, setiap ujian mengikut kemampuan seseorang, tetapi hikmah disebalik setiap kejadian yang akan mematangkan seseorang.

Sekali lagi saya diuji dan juga jatuh kembali ke maqam al-nafs, dan lupa siapa diri saya, kebolehan saya serta tanggungjawab yang dipikul. Saya berterima kasih kepada watak-watak yang muncul untuk memberi kesedaran, dan tidak lupa kepada watak yang sentiasa bersama saya tidak mengenal erti jemu dan terus menyokong saya.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Esa, terima kasih di atas ujian ini.

Mendengar-Incubus-Look Alive


Sunday, May 6, 2012

Storytelling vs Abstrak


Seseorang akan mula berfikir setelah memahami sesebuah karya dan dia akan berasa bertanggungjawab terhadap sesuatu  yang bakal dihasilkan.

Seni mengajak manusia untuk mendekati penciptanya dengan mendalami sejarah ciptaan alam melalui lukisan dan seterusnya kepada bidang yang dipilih, mungkin seni halus, seni persembahan atau seni video.

Seni juga merupakan ilmu jiwa bagi seseorang untuk lebih mengenali dirinya dan mendalami sikapnya. Apabila seseorang itu mula membuka hijabnya dia bakal melangkah ke alam yang tidak pernah dijangka, sekaligus berubah dan berupaya melihat pelbagai perkara yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Seni memberi peluang untuk seseorang membuat pilihan untuk mengenali diri dengan lebih dalam atau sebaliknya. Seterusnya akan memahami segala kejadian dalam hidupnya yang membawanya menemui pintu utama untuk membuka hijab, memahmi erti ‘storytellng’ dan akan menyedari bahawa tiada siapa dapat menyusun sebuah plot di dalam storytelling menadingi Allah SWT.

Selepas memahami storytelling dan pencarian akan diteruskan dengan melihat keindahan awan, langit dan sekian alam kemudian berfikir dan mula mencari dan cuba memahami erti abstrak.

Akan tetapi ada pula makhluk yang membuat pilihan, menyuruh dan memaksa untuk tidak mengenali serta mencari diri sendiri. Kesian dia tidak mahu mengenali dirinya dan penciptanya, akan tetapi engkau tidak akan berjaya memgubah presepsi, idealogy dan pemikiran ini. Sekian!!!

Mendengar-Chevelle-Closure