Friday, June 15, 2012

Garisan Satah


Ketika pelajar lain sibuk menduduki peperiksaan akhir, saya dan beberapa orang  kawan serta pelajar Seni Halus berpeluang menyertai kelas Memahami Asas Garisan anjuran Prof Hasnul Saidon.

Kami menjalani aktiviti melakarkan garisan titik, garisan, outline sehingga satah, berkali-kali melakukan kesilapan dan menyedari kemampuan diri sendiri. Pemahaman ini melatih mata dan jari bergerak serentak menurunkan garisan di atas kertas dengan menghasilkan garisan yang cukup bermakna.

Terjawablah sebab-sebab lukisan kelihatan kaku dan separuh mati, latihan perlu diteruskan untuk menghasilkan garisan yang bermakna.

“Dari satu titik ke satu titik , perlu ada TUJUAN atau NIAT. Jika tidak, titik tidak memberi makna”

Mendengar Sevendust-Splinter


Selamat Tinggal Macbook Pro


Diatas sebab-sebab tertentu saya terpakasa menjual laptop yang banyak berjasa, berbulan saya berkerja lebih masa untuk mengumpul duit tidak mengira sabtu dan ahad, tidak menjalinkan hubungan social dengan dunia luar.

Terimas kasih kepada semua individu yang memberi pertolongan dan kata-kata semangat, kepada Macbook Pro: Selamat Tinggal dan berjasalah kepada tuan barumu.

Mendengar Sevendust-Confession (Without Faith)







































Kembali Mencari Aku


Sepanjang semester kedua ini kali pertama saya pulang ke kampunag halaman, sepanjang perjalanan playlist berputar berbisik di kedua belah telinga untuk kembali mencari diri sendiri.

Setiba di perhentian Pudu seawal 4 pagi namun aura pening yang dihantar oleh setiap penghuni Bandar Metropolitan ini masih kuat, meneruskan perjalanan ke stesen bas, hampir sejam saya menanti bas pertama untuk sampai ke rumah.

Sepanjang perjalanan saya mencari perubahan-perubahan untuk tidak ketinggalan namun tetap terdapat perubahan dan bangunan pencakar langit yang sedang dibina, kesedaran terhadap perubahan diri sendiri juga membak-buak. Ini tempat kelahiran saya, walaupun sesak di sini saya mempelajari seribu sau perkara baik dan buruk.

Mendengar Nirvana-Dumb
























Transit to Venus


Acara ini dinanti-nantikan dan diraikan bersama ribuan warga utara, walaupuan hujan tidak dijangakan jumlah kehadiran cecah ke angka ribu untuk melihat Venus melintasi matahari.

Mendengar-Laskar Pelangi (Versi Prof)












Jimba-Jimba


Bersama tiga orang rakan saya menubuhkan satu acara Baskin di Pusat Pengajian Seni dengan tujuan untuk menjalin hubungan silaturahim di antara kursus lain. Dengan budget yang ada kami membuat banner sendiri dan hebahan melalui Muka Buku.

Sambutan kali ini hanya dihadiri oleh sahabat yang mengetahui acara ini dan juga pelajar istimewas yang juga merupakan sahabat rapat kami, Zuano dan rakan-rakanya mendendangkan beberapa buah lagu cover daripada Faizal Tahir dan kumpulan-kumpulan tempatan, Fazzy mendendangkan lagu Najwa Latif dan akhir sekali kumpulan saya mendendangkan 3 buah lagu tanpa lirik dan Masih Aku Terasa menampilkan Syahir.

Banyak kelemahan yang perlu dibaiki seperti hebahan, masa dan pilihan lagu, soalanya di sini perlukan kami meletakkan acara ini di peringkat yang bermaruah atau bermain di tepi lorong seperti meminta sedekah.

Mendengar Gersang-Masih Aku Terasa
















Sessi Permarkahan Model Plane

Seharusnya semua pelajar berada di kampong halaman bercuti sambil menghabiskan masa bersama keluarga, tetapi kami dikehendaki menghantar tugasan terakhir 3d.

Kebanyakkan hasil terakhir sangat menakjubkan dan membanggankan sememangnya menanti untuk mendapat A, rekaan saya mudah, ringkas dan tidak memerlukan kerja yang banyak. Rekaan ini sangat intengable, berkonsep dan anda perlu berfikir untuk mendapat bentuk sebenarnya, ramai yang memandang sinis dan terdengar bisikan halus “Ini mesti dapat A”.

Setelah hampir dua jam kami kembali untuk mendapatkan markah ramai yang kecewa dengan markah yang telah diberikan kerana rekaan mereka terlalu maut dan cantik yang sememangnya mendapat. Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan markah yang diberikan dan sangat sedih kerana tidak akan menyertai kelas Pn Ina  lagi.

Mendengar-Incubus-Look Alive






















Sunday, June 3, 2012

Presentation Sup Plastik


Setelah bertungkus-lumus menyiapkan tugasan video secara berkumpulan, akhirnya tiba hari ditanyakan kepada khalayak ramai terutamanya pelajar senior.

Hasil kesemua video memuaskan pensyarah kami, tetapi dia tidak mengetahui siku-liku yang terpaksa kami lalui untuk menyiapakan tugasan ini. Pelbagai perwatakan dalaman tampil pada watak-watak yang tidak disangka, memberi pengajaran dan pedoman untuk memperbetulkan kelemahan diri.

Semakin menghampiri sidang baru pelbagai ujian sudah sedia menanti, semakin menghampiri saat berumah-tangga semakin banyak cabaran menanti. Namun saya bersyukur telah diberikan anugerah yang terindah yang sentiasa bersama menghadapi segala dugaan bersama. Semoga saya terus berada di landasan yang betul dan hanya Allah Yang Maha Besar mampu mengubah hati kalian.

Mendengar:Estranged-Itu Kamu