Sunday, September 30, 2012

Nyata


Kita berdua berasal dari dua dunia yang sangat jauh dan berbeza, ia satu rahmat yang sangat besar untuk kita berdua diketemukan, ia satu anugerah yang sangat istimewa untuk mengenalimu kerana kita berdua berlatarbelakangkan dua cerita yang berbeza, ia juga satu ujian dan cabaran untuk meneruskan hubungan kita berdua.

Namun kau sentiasa berada di setiap nafasku, di setiap sudut hidupku dan di setiap jatuh dan bangunku. Walau dunia sebenar menanti untuk menerkam dan membaham kita berdua, terimalah nasib kita yang telah ditetapkan dan dijodohkan untuk bertemu. Bersyukur kerana kita berdua berjumpa dan berpeluang untuk mengenali, maaf atas segala kekurangan, kelemahan dan keegoanku. Semoga hubungan ini berkekalan dan terima kasih atas kesabaran, kepercayaan dan kesetianmu padaku.

Mendengar:Estranged-Nyata


Friday, September 28, 2012

Bayang-bayang Jumaat


Suatu ketika dahulu sedang sahaba-sahabat saya mendengar kutbah jumaat di dalam masjid, saya menjaga basikal mereka, kami mendengar kutbah yang sama namun seketul demi seketul kutbah itu meresap ke dalam jiwa saya untuk mencari agama yang sebenar.

Syukur Alhamdulliah saya diberi peluang untuk menghadiri solat jumaat dan mendengar kutbah serta solat berjemaah. Walau solat lain tidak berjemaah, solat jumaat satu-satunya solat yang menyatukan semua umat islam. Saya mempelajari dan memahami ilmu baru yang sepatutnya diamalkan pada setiap jumaat. Selain sunaah Rasullullah iaitu,mandi hadas, memotong kuku, mencukur bulu serta memakai wangian-wangian terdapat juga firman Allah S.W.T tentang kelebihan solat jumaat.

Apabila seorang hamba  datang awal ke rumah Allah berjalan kaki dengan wudhuk sempurna, setiap satu (1) langkah Allah memberi ganjar sepuluh pahala, dalam satu (1) langkah yang sama sepuluh darjat,, sepuluh kebaikan dan sepuluh keampunan.

Sekiranya kita datang awal kita malaikat akan mencatit mengikut darjat berapa awalnya kita hadir untuk solat jumaat dengan solat tahiyat masjid dan duduk disaf hadapan, maka malaikat mencatit kita seperti seorang sedekahkan seekor unta selepas itu seekor lembu, selepas itu seperti sedekahkan seekor kibas, selepas itu seperti sedekah seekor kambing, kemudian seperti sedekah seekor ayam dan akhir sekali seperti sedekah sebiji telor apabila khutbah dimulai diriwayatkan maka malaikat menutup kitab catitan amal. Subahanallah begitu banyak ganjaran yang diberikan kepada kita namun kita masih leka dan lalai.

Di Universiti saya sering duduk di satu tempat di mana akan kelihatan jelas bayang-bayang sendiri, dan setiap minggu saya tertanya-tanya apakah yang ingin disampaikan di sini? Alhamdulliah, permainan bayang-bayang kuat dalam hidup saya, sudah tiba masa saya belajar menerima bayang-bayang sendiri. Maka akan lahirlah sesuatu daripada kejadian hidup ini.


Tuesday, September 25, 2012

2 Bulan Menanti...


Segala ujian yang dilalui menguatkan hubungan kami berdua, terima kasih kerana sudi menenangkan hati dan menyejuk mata saya.

Mendengar:Maher Zain-For The Rest of My Life


Merintih


Apabila hati kita kosong syaitan akan bersarang, hati yang gelisah syaitan berpesta, hati keras kerana banyak syaitan di dalamnya dan hati yang gelap hasil didikan syaitan.

Seterusnya kita akan merintih dan segalanya salah dari sudut pandangan kita, kita mula menyalah orang lain. Kita tidak pernah salah dan tidak pernah ingin mengalah. Syaitan akan bersorak dan terus membisik untuk terus lalai. Bersangka buruk, mengata orang, merintih dan mengeluh pada setiap keadaan, tidak penatkah dengan keadaan sebegini?  

Mujahadah?
Sesiapa sahaja berusaha bersungguh-sungguh untuk memerangi nafsu diri sendiri pasti akan dinanti oleh syaitan yang berpangkat lebih tinggi sekaligus tidak mendapat kekuatan untuk belajar redha dan berserah segalanya kepada Allah. Alhamdulliah kita masih diberi kesedaran dan diuji untuk kembali kepada Yang Maha Esa, Ya Allah terima kasih kerana meletakkan kami di lingkaran islam.

“Ubahlah Man, sampai bila kau nak merintih.” Bisikan bayangan sendiri.

Mendengar:Ruhil Amani-Tangan Yang Memberi


Teluk Anson


Untuk mengingati dan memegang janji-janji dahulu.

Mendengar: Envy-Go Mad And Mark







Teluk Batik


Mengunjungi ke kawasan belajar yang telah ditinggalkan buat enam tahun, pekan ini semakin maju dan sesak, mula menjadi tumpuan ramai.

Pantai ini mengizinkan kami melepaskan tekanan selepas kelas lukisan figura, bersalaman dengan sang obor-obor untuk melupakan segala tugasan yang menanti. Air laut ini menjadi saksi dan sumber hiburan kami, juga membantu kami menyiapkan tugasan video  sekaligus membuka hijab kami yang lama terlena.

Dua di antara kumpulan kami telah bergradusi kemarin, seorang berada di tahun akhir dan saya di tahun kedua. Terima kasih pokok, pasir, laut dan segala perhiasan bumi yang mengizinkan kehadiran kami doakan kami untuk terus tabah dan meneruskan perjuangan.

Mendengar: Mono-Legend


 

Tingkat Tiga

Gaya hidup semester ini bagaikan gaya hidup penghuni pangsapuri, hidup di dalam ruang kotak di tingkat tiga ditemani rakan sebilik baru yang berasal dari Terengganu.

Mendengar:Pink Floyd-Wish You Were Here 




Wednesday, September 12, 2012

Tamat Sebagai Cashier

Maka tamatlah tugas sebagai seorang Cashier


Ibu Kota

Perubahan demi perubahan


Candy

Membuat Candy



Itikaf

Sepanjang Ramadan


Dead Pixel

Segala aktiviti komunikasi tergendala