Friday, October 18, 2013

Aidiladha 1434

Setelah dua tahun bertungkus-lumus syukur alhamdulilah kini berada di tahun akhir pengajian, tajuk Projek Tahun Akhir diterima kini kerap berunding bersama penyelia yang sentiasa memberi tunjuk ajar, teguran dan input-input menarik, tambahan dia menerima dan menjana idea kearifan tempatan.

Sepanjang dua tahun ini saya dihadiri pelbagai watak yang cukup menarik untuk dikaji perwatakannya. Daripada pelbagai latar-belakang keluarga, tempat lahir dan pengalaman hidup, watak-watak ini tampil sejernih air mencerminkan keperibadian tersendiri. Di sini saya diuji dari pelbagai sudut, sebagai bakal ayah, abang, sahabat, ketua kumpulan, dan juga sahabat rapat. Kebiasaanya ego darah muda yang mendidih, ego darah tua yang tidak mahu berubah, taat kepada suruhan ibu-bapa tahap skema, perangai manja tidur bawah ketiak ibu dan juga kejujuran, keikhlasan terhadap agama yang membuat saya tersentuh.

Kesemua watak ini masih bersama saya, ada yang makin rapat dan ada juga yang makin menjauhkan diri, syukur atas segala pengajaran, teguran dan juga iktibar yang diperolehi selama ini. Namun untuk terus berjuang di persada seni negara, beberapa faktor perlu diambil kira tanpa menghindari mahupun bersetuju dengan pelbagai idealogi sekularisma, identiti dan juga agama. Akan tetapi semua itu boleh diubah mengikut pendapat dan fahaman masing-masing.

Syukur Alhamdulilah, saya ditemani isteri yang senantiasa mengambil berat dan menasihat agar saya kembali nuteral, juga ibu yang sentiasa mengingatkan asal kejadian saya, tidak lupa kepada idola-idola yang mencorak saya dan juga  watak-watak dalam kehidupan ini sebagai panduan kehidupan. Terima kasih tak terhingga semua. 

Cuba cari kejernihan di dalam air yang keruh pasti akan jumpa sesuatu yang lebih jernih daripada jernih.

Salam Aidiadha daripada saya dan isteri.

Mendengar: Padi-Semua Tak Sama


Thursday, September 12, 2013

JLD>E36


Perjalanan kali ini mencabar kerana minyak kehabisan di Sungai Akar, kira-kira 3km sebelum perhentian Sungai Perak. Mujur ada abang sekolah pondok berkain pelikat yang tunda saya sehingga ke stsesen minyak perhentian Sungai Perak.

Mendengar-Thrice-Vheissu




Halaman pertama Kartini


Pertama kali saya membaca komik ini pada tahun 1998, waktu itu saya sibuk menghafal ayat-ayat di dalam komik ini untuk mengorat awek.

Selepas hampir  15 tahun memilik komik ini yang ditandatangai beberapa tahun lepas dengan teguran “ini dah usang ni, ko simpan lagi.”. Saya mula mengenali kartunis tembakau dan menjadi rakannya dan kini kolektor beberapa keping karyanya.

Kartini bukan sekadar satu kisah cinta tetapi satu simbol pencarian kehidupan atau apa saja simbol yang dicari oleh manusia. Anda pasti akan jumpa apa yang dicari, saya mengakui komik ini menjadi titik permulaan saya untuk memulakan pencarian dan meneruskan pencarian tersebut, malah membuka hijab saya dan melihat dan memahami pelbagai perkara yang sukar dihadam. Konsep penceritaan cerita ini juga simple, direct dan mudah difahami, ditelan, dikunyah dan juga dihadam.

Terima kasi brader Tembakau.
Mendengar-Black Light Burn-The Opportunists



Metallica Live Malaysia


Sejak tingaktan 3 saya dan rakan-rakan mula mempelajari dan sering jamming lagu-lagu Metallica, rutin harian kami setiap hari selepas sekolah ialah jamming untuk memperbetulkan timing lagu-lagu Metallica.

Setelah bertahan selama 31 tahun, akhirnya mereka datang untuk bermain secara live di Stadium Negara.

Saya hanya dapat menonton video live mereka di youtube.


Center of Excellent

-->
Selama 3 bulan saya menjalani Latihan Industri di Media and Game Center of Excellent. Saya sangat mengemari suasanan tenang di sini. 

Alhamdullilah saya berjaya menyiapkan prototype utuk projek tahun akhir. Terima kasih Dr Shahrizal Sunar dan rakan-rakan.
 


























Wednesday, September 11, 2013

SKD>SBI


Kini Kuala Lumpur sejauh 313km, kami tidak lagi menghadap dengan bangunan pencakar langit seperti KLCC dan Menara KL , tidak lagi melayan kesibukkan lalu lintas ragam warga kota yang sentiasa mengejar masa, sentiasa bergerak pantas. Di Kuala Lumpur segalanya pantas dan cepat.

Terima kasih Kuala Lumpur.


Rumah Kami

Buat pertama kalinya selepas berkahwin kami berdua tinggal bersama, maka di ruang inilah kami bakal hidup susah dan senang bersama.

Doakan rumahtangga in dijauhi segala musibah dan kebahagian selalu.
Amin

 

Saturday, June 1, 2013

Lapor Diri


2 Mei yang lepas merupakan tarikh yang bermakna kepada isteri saya, doa kami dimakbulkan. Kini dia meninggalkan kesesakan ibukota dan bertugas di sebuah bandar yang penduduknya tidak menggunakan lampu isyarat dan cukup pantas memandu kerana jalan-raya di sini agak panjang dan luas.

Perasaan bangga dan kagum dengan kejayaan isteri saya, semoga dia tabah dan sentiasa dirahmati Allah atas segala usahanya.


Weak and Powerless

Seminggu lepas kesihatan saya tidak mengizinkan, pertama kali saya menaiki ambulance, menaiki wheel chair, masuk air dan dirawat di bilik sementara. Sakit apa masih belum diketahui, isnin perlu ke bilik x-ray.

Mendengar: Soundgarden-Zero Chance




Melawat Studio Tembakau


Cuti seminggu awal April saya dan fikri melawat brader Tembakau di studionya, sedikit sepanjang mendalami kisah hidupnya dan juga menjana idea untuk meneruskan perjuangan.

Mendengar:Pearl Jam- Rearviewmirror



Rintis 2013


RINTIS juga bermakna ‘Research and Innovation Towards Integration and Sustainability’. Rintis merupakan pameran projek akhir pelajar Pusat Pengajian Seni melalui kajian ilmiah.

Rintis kali ini mendapat sambutan hebat daripada orang ramai, juga mendapat sebutan semua pensyarah sekaligus badge ini telah meletak Rintis pada graft yang lebih tinggi daripada badge sebelum ini. Tahniah semua yang terlibat.

https://www.facebook.com/rintisshift2013?fref=ts






Minggu Produksi Video Efek


Beberapa sektsa dan moment sepanjang produksi video efek.







Pandora (Video Efek)

Sekali kali menulis skrip, merangka storyboard,melalui proses produksi filem, menjelah ke ipoh, mencari lokasi strategik, mengarah dan kembali ke makmal komputer itu peringkat penyuntingan.

Malahnya yang proses post-produksi hanya dikendalikan oleh saya dan Aiman, penyuntingan, muzik, kesan khas, dan retouch-up. Pada malam tayangan Prof Hasnul menegur atas kelalaian kami kerana tidak menitik beratkan kanvas tayangan dan hanya fokus pada satu layar, ini melarikan landasan new media ke komunikasi media. Satu komen yang membina dan membuka minda semua.

Jutaan terima kasih kepada pelakon hebat kami, Atoi, Ijan, Adib, krew-krew, sahabat, pensyarah yang memberi kerjasama dan

Cerita ini diambil inspirasi daripada ayat quran: “Yang demikian itu adalah kerana Tuhanmu tidak akan membinasakan kota-kota secara zalim, sedangkan penduduknya dalam keadaan lalai.” Surah Al-An’am 31. Semoga kita semua dilindungi dan mendapat pengajaran daripada cerita ini.

Mendengar-Alice in Chain-The Devil Put Dinosaurs Here



Sey-do (Portfolio)

Tahun dua semester dua menjanjikan bebanan tugasan yang menimbun, tambahan segala tugasan ini melibatakan kemahiran penguasaan perisian tertentu, samada minat atau tidak pada penghujung semester kami perlu menyiapkan dua tugasan final dan satu individu dan satu lagi berkumpulan.

Penekanan pada idea, konsep dan tema juga diambil teliti sepanjang proses, malah pada hari pembentangan. Kemahiran untuk menguasai perisian saya tidaklah begitu mantap, saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini tanpa bantuan sahabat saya Mohd Aiman bin Mohd Zubir, jutaan Terima Kasih sahabat. Namun bimbingan daripada Cik Zuriawati binti Ahmad Zahari serta teguran daripada kawan-kawan juga banyak membantu. Juga sokongan dan semangat yang sentiasa diberikan oleh isteri tersayang, tajuk portfolio merupakan sumber ilham dan inspirasi daripada isteri.

Kajian terhadap bayang diteruskan dengan penemuan kesan suara dan munculnya bayang.

Mendengar: Queens of the Stone Age-…Like Clockwork

Tuesday, April 16, 2013

Bayang Yang Degil


Sepanjang dua tahun ini saya telah mempelajari pelbagai perisian, teori, pratikal, manual, bahasa dan ilmu agama. Kesemua subjek ini memerah otak untuk mengeluarkan idea yang asli, setiap kali diberi tugasan saya akan menjadikan diri sendiri atau perkara yang paling dekat dengan diri sendiri sebagai kajian.

Tanpa disedari saya mengolah idea yang sama sehingga menjadi subjek matter saya untuk projek tahun akhir. Bayang yang wujud dalam terang mahupun gelap, bayang juga boleh berbisik, menghantui, mengacau dan menyedarkan diri kita.

Bermula dengan bayangan dalam, kisah dalaman lari daripada bayang sendiri, bayang waktu sekolah, bayang sendiri yang menjadi patung wayang kulit, gagak yang keliru dengan bayangnya sendiri, sehinggalah bayang yang degil. Bayang yang bergerak melawan fitrah, melawan badan yang wujud dan dikelirukan oleh pembayang. Bayang ini memantulakan bayang yang bersih dan kotor untuk ditatapi dan direnung oleh pembayang, setiap pembayang akan mendapat jawapan yang berbeza. Namun carilah cahaya disebalik bayang agar tidak terus dibayangi dan membayangi.