Tuesday, April 16, 2013

Bayang Yang Degil


Sepanjang dua tahun ini saya telah mempelajari pelbagai perisian, teori, pratikal, manual, bahasa dan ilmu agama. Kesemua subjek ini memerah otak untuk mengeluarkan idea yang asli, setiap kali diberi tugasan saya akan menjadikan diri sendiri atau perkara yang paling dekat dengan diri sendiri sebagai kajian.

Tanpa disedari saya mengolah idea yang sama sehingga menjadi subjek matter saya untuk projek tahun akhir. Bayang yang wujud dalam terang mahupun gelap, bayang juga boleh berbisik, menghantui, mengacau dan menyedarkan diri kita.

Bermula dengan bayangan dalam, kisah dalaman lari daripada bayang sendiri, bayang waktu sekolah, bayang sendiri yang menjadi patung wayang kulit, gagak yang keliru dengan bayangnya sendiri, sehinggalah bayang yang degil. Bayang yang bergerak melawan fitrah, melawan badan yang wujud dan dikelirukan oleh pembayang. Bayang ini memantulakan bayang yang bersih dan kotor untuk ditatapi dan direnung oleh pembayang, setiap pembayang akan mendapat jawapan yang berbeza. Namun carilah cahaya disebalik bayang agar tidak terus dibayangi dan membayangi.










Kage_Degil

Lagu ini digubah semula daripada riff sedia ada, daripada mellow ke rabak, daripada seorang sampai muncul bayang yang menggangu.






















Zaujah Datang Melawat


Berjalan-jalan di sekitar Pulau Mutiara, pusing Georgetown, naik feri sedar-sedar dah sampai Butterworth. Zoujah pun pulang.




Umrah

Alhamdulliah, mereka bakal berangkat ke Umrah.


Sequential Odyssey 2013


Sequential Odyseey merupakan karya tahun akhir Ahmad Nurfikri Tarmizi dari Tanjung Tuala.  Karya ini mempunyai 24 kanvas yang dilukis mengikut sequence dan disusun menjadi sebuah komik.

Saya mengenali Fikri sejak di bangku KKTI, dia membantu saya melakar latar belakang untuk projek tahun akhir di KKTI. Bersama-sama kami pernah terlibat di beberapa pameran, Art Talk, kuliah di kedai kopi, nasi lemak Kampung Baru, Studio Jamming dan bermacam jenis saluran seni secara langsung dan tidak langsung. Dia melanjutkan pelajar di UITM, Shah Alam.

Mengenalinya dan mendekati dapat menerokai pesonalitinya dan perwatakanya, sesekali seperti melihat watak sendiri pada dirinya, sesekali melihat bakatnya yang mula menyerlah dan sesekali melihat pilihan yang diambil dari sudut yang jauh.

Membaca karya ini sebagai sahabat yang mengenalinya secara keseluruhan karya ini jauh daripada skala pelajar-pelajar lain yang terperangkap dengan idealogi-idealogi yang didoktrin oleh ilmuwan. Sekaligus meletakkan karya ini berada di satu ruang yang berbeza dengan karya-karya lain. Fikri berjaya menerokai dan memecah gerbang kanvas kemelayuan yang sering diterjemahkan oleh karyawan UITM, dia memberi ruang dan nafas baru kepada komik dengan pengaruh-pengaruh dan sumber inspirasinya. Susunan sequential ini juga boleh dibaca dengan pelbagai sudut, namun dari sudut jujur diri saya karya ini merupakan pencetus kebolehannya yang selama ini bergelombang dengan persoalan-persoalan yang tidak diketemui jawapannya. Semoga beliau menemui jawapan yang dicari dan sentiasa berada di landasan yang lurus. All the best Fikri

Mendengar: Steve Fisk And Ben Gibbard-Oveture







Monday, April 15, 2013

Semester 4


Selepas selesai segala urusan, tugasan dan kebajikan maka perjalanan yang ditangguh perlu diteruskan. Maka dengan hati yang berat saya meninggalkan kewajipan dan meneruskan pengajian. Semoga segala insan dan harta yang ditinggalkan selamat dan sentiasa dilindungi Allah swt.






Majlis Bertandang

Alhamdullilah dengan izin Allah swt, Majlis Bertandang telah berlangsung. Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir serta bantuan yang dihulurkan. Dari adik-beradik, saudara-mara, jiran-jiran serta sahabat handai.

Syukur segala urusan dipermudahkan, gembira melihat kehadiran semua dengan wajah yang gembira. Kepada sahabat yang banyak membantu jasa baik anda hanya Allah yang dapat membalas.Doakan kami berdua berkekalan selama-lamanya. Amin




Berbulan Madu Disember 2012

Takala kami berbulan madu...
Bersyukur atas segala nikmat dan peluang melihat kebesaran Allah swt.