Friday, October 18, 2013

Aidiladha 1434

Setelah dua tahun bertungkus-lumus syukur alhamdulilah kini berada di tahun akhir pengajian, tajuk Projek Tahun Akhir diterima kini kerap berunding bersama penyelia yang sentiasa memberi tunjuk ajar, teguran dan input-input menarik, tambahan dia menerima dan menjana idea kearifan tempatan.

Sepanjang dua tahun ini saya dihadiri pelbagai watak yang cukup menarik untuk dikaji perwatakannya. Daripada pelbagai latar-belakang keluarga, tempat lahir dan pengalaman hidup, watak-watak ini tampil sejernih air mencerminkan keperibadian tersendiri. Di sini saya diuji dari pelbagai sudut, sebagai bakal ayah, abang, sahabat, ketua kumpulan, dan juga sahabat rapat. Kebiasaanya ego darah muda yang mendidih, ego darah tua yang tidak mahu berubah, taat kepada suruhan ibu-bapa tahap skema, perangai manja tidur bawah ketiak ibu dan juga kejujuran, keikhlasan terhadap agama yang membuat saya tersentuh.

Kesemua watak ini masih bersama saya, ada yang makin rapat dan ada juga yang makin menjauhkan diri, syukur atas segala pengajaran, teguran dan juga iktibar yang diperolehi selama ini. Namun untuk terus berjuang di persada seni negara, beberapa faktor perlu diambil kira tanpa menghindari mahupun bersetuju dengan pelbagai idealogi sekularisma, identiti dan juga agama. Akan tetapi semua itu boleh diubah mengikut pendapat dan fahaman masing-masing.

Syukur Alhamdulilah, saya ditemani isteri yang senantiasa mengambil berat dan menasihat agar saya kembali nuteral, juga ibu yang sentiasa mengingatkan asal kejadian saya, tidak lupa kepada idola-idola yang mencorak saya dan juga  watak-watak dalam kehidupan ini sebagai panduan kehidupan. Terima kasih tak terhingga semua. 

Cuba cari kejernihan di dalam air yang keruh pasti akan jumpa sesuatu yang lebih jernih daripada jernih.

Salam Aidiadha daripada saya dan isteri.

Mendengar: Padi-Semua Tak Sama