Monday, February 24, 2014

Ayah

Awal bulan ini saya menerima berita terkejut bahawa ayah saya berada di hospital dalam keadaan koma dan tenat, saya sempat menemui ayah di hospital dan berbisik di telinganya. Selang beberapa hari kemudian ayah meninggal dunia, walaupun berbeza agama saya hadir ke gereja untuk memberi penghormatan terakhir.

Berdiri di gereja yang saya tinggalkan 18 tahun yang lepas dan melihat keranda ayah serta ahli keluarga disekeliling meletakkan tanggungjawab yang besar untuk dipikul.

Ayah mendidik saya untuk berdiri dengan dua kaki sendiri, dia juga seorang pemikir dan sering menceritakan sejarah dunia, dia bertegas untuk menghantar saya ke sekolah cina dan sering datang ke sekolah membawa sepotong tembikai menemani saya sebelum memasuki kelas. Ayah juga punca saya mencari dan menemui islam, terima kasih atas segala ilmu, ujian dan kasih sayang yang telah dicurahkan untuk membesarkan saya.

21 Januari 1945-7 Februari 2014



Selamat Tinggal Bilik


Di bilik ini saya berhasrat untuk berubah, berazam untuk menuntut, menghasilkan karya, bersembunyi dari dunia luar, menyimpan dendam dan pelbagai peristimewa pahit dan manis dilalui.

Telah tiba masanya untuk saya memindahkan segala barang kepunyaan dan meneruskan kehidupan di perantauan.  Terima kasih atas segalanya.

Mendengar;
The Get Up Kids-Action & Action

Selesai Semester 301, Jan 2014



Sandakan, 2013


Menyambut ulang tahun perkahwinan di kampung dan menghabiskan masa bersama keluarga mertua.






Jalan-Jalan Di Kuala Lumpur, 2013


Kini Kuala Lumpur bukan lagi menjadi tempat mencari makan dan juga tumpuan utama setiap hari, sesekali menyinggah ke perut ibu kota menyingkap kembali memori lama.














Teratak Baru, November 2013


Alhamdulliah, syukur kepada Allah yang memberikan kami rezeki dan kudrat untuk terus bernafas di muka bumi ciptaanya, pengalaman hidup ini bertambah di teratak baru bersama isteri dan kucing peliharaan yang mengajar kami erti kasih sayang  dan bersyukur atas segala nikmat yang diberi.







Tamat Kuliah 301, 2013


Semester ini dipenuhi beberapa subjek teori dan method yang mengubah corak kerja, alhamdulliah selesai sessi kuliah dan tugasan serta Presentation Projek Tahun Akhir dan Ko-K Wayang Kulit.

Tiba Masa untuk bercuti.

Mendengar:
Foo Fighters-Learn To Fly









 

Berbasikal, 2013


Hobi lama kembali…

Anai-anai Artis Artis di Kebun Rupa, 2013


Hanyut, Keun Rupan 2013


Pengarah tempatan U-Wei Haji Saari tiba di Kebun Rupa dan memberi peluang kepada pelajar untuk menyaksikan filem Hanyut secara tertutup. Filem ini cukup simple dengan pelakon yang biasa bekerja bersama U-Wei, sekali lagi U-Wei tampil dengan subjek matter yang sama tetapi kali ini lebih jahat dengan novel Almayer's Folly.


USS, Singapore 2013



Nasi Khandaq Beratuq, 2013



Sunday, February 23, 2014

Kelas Storyboard Bersama Kartunis Tembakau, 2013

Kartunis Tembakau mengongsikan pengalaman dan ilmu beliau mengenai storyboard sepanjang bekerja bersama Usop Sontarian, Hostel Blues dan pelbagai iklan.

Kebanyakan input yang diberi berdasarkan pengalaman dan term beliau sendiri yang lebih teliti dan penghayatan terhadap shot, angle dan juga penceritaan yang lebih direct dan jelas. Pengalaman beliau begitu banyak yang tidak cukup untuk kursus dua hari sayangnya orang seperti beliau jarang diberi peluang untuk menyampaikan ilmu di dada.



Pasang Mocap, 2013